boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, September 27, 2011

Bodo Punya Manjungmari - Fatwa Ostad Kazim

Salam Sejahtera...

Inilah dia Ostad yang dok berangan nak jadi MB Perak...


Perangainya telah diikuti oleh blogger pencacai UMNo Taipingmali...ustaz-azhar-idrus-ustaz-bodoh.l.

taipingmali... tu yang tersengih tu...



BN, UMNO, Melayu hilang arah...

Posted by Aspan Alias

BN - hilang arah, hilang tumpuan dan hilang 'priority' dalam perjuangan

Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video ‘undilah’ sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang.

Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah.

Bagi setengah pemimpin berpendapat BN merasa pedasnya dengan kata-kata itu kerana mereka yang paling banyak memakan cili itu. Kata-kata Tengku Razaleigh itu merupakan kata-kata yang amat ditakuti dan sekali gus ianya dianggap sebagai anti BN sedangkan Tengku Razaleigh tidak pun menyebut apakah masalah-masalah yang beliau maksudkan. Itu menunjukan yang pemimpin UMNO sedar yang mereka sedang menghadapi masalah.

Hakikatnya BN memang bermasalah khususnya UMNO. Kalau tidak ada pun kata-kata Tengku Razaleigh itu rakyat tahu BN berada dalam masalah besar yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Kalau tidak ada masalah masakan keadaan haru biru yang di alami negara sekarang ini wujud.

Saya selalu menyebut dalam tulisan saya sebagai seorang yang telah begitu lama menyertai UMNO bercakap benar itu seolah-olah menjadi cegahan dan sesiapa bercakap secara jujur dan terbuka orang itu akan menghadapi masalah dan ditekan dan diketepikan. Pemimpin BN hanya mahu pujian walaupun tidak betul.

BN bermasalah dengan keyakinan rakyat terhadapnya. Krisis keyakinan ini sangat besar yang datang dari setiap sudut. BN sudah diketahui rakyat sebagai pentadbir yang melakukan ‘stripping’ terhadap aset negara kepunyaan rakyat untuk kepentingan beberapa orang tertentu dalam kerajaan.

Ramai kroni kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyelesaikan masalah hutang mereka dengan menggunakan wang dan harta rakyat dan negara secara sistematik dan akhirnya ramai pula rakyat yang menyokongnya kerana menipu mereka. Orang Melayu dan UMNO akan menyokong siapa sahaja yang menipu dan membohongi mereka.

‘Corporate Exercise’ Air Asia dan MAS adalah isu yang besar dan sudah diketahui umum sebagai satu tindakan yang amat buruk padahnya kepada kerajaan BN pimpinan UMNO ini. ‘Share swap’ di antara AA dan MAS ini merupakan penipuan terancang bagi kepentingan orang-orang dan pihak tertentu dalam persekitaran pihak berkuasa. Urusan yang sebesar ini tentunya telah mendapat persetujuan Kabinet dan kita tidak tahu kenapa kerajaan yang menjaga amanah kepada harta rakyat melalui Khazanah itu tidak bertanggungjawab terhadap isu ini.

Apa yang berlaku di antara Air Asia dengan MAS merupakan satu kes pemindahan harta rakyat kepada beberapa individu yang berkepentingan serta satu ‘exercise’ untuk menyelesaikan hutang beberapa orang kroni dengan menggunakan harta rakyat pembayar cukai.

Tuntutan Bersih untuk pihak kerajaan melaksanaan 8 tuntutan dalam pengendalian pilihanraya masih lagi menghantui pimpinan sehinggakan pimpinan kita menghadapi pandangan serong oleh masyarakat antarabangsa kerana kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan ini.

Perpecahan di dalam UMNO di setiap peringkat akan menjadi penghalang yang terbesar dalam usaha UMNO mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhan untuk terus memberikan sokongan terhadapnya. Telah di sebut acapkali yang UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’ tetapi sehingga hari ini parti itu menghadapi kesulitan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu kerana ‘winnable’ atau tidaknya seseorang calun itu merupakan elemen intrepitasi masing-masing.

Saya tidak nampak UMNO akan mampu melaksanakan pencarian calon-calon ‘winnable’ itu kerana UMNO itu sudah terlalu dipersoalkan oleh rakyat untuk kekal sebagai sebuah parti yang ‘winnable’.

Dalam definasi ‘winnable’ itu ianya mesti seorang calon dari parti yang ‘winnable’ serta calon yang akan diberikan sokongan dan dukongan oleh parti dan pimpinan setempat. Ramai yang berpendapat yang calon-calon yang dikatakan sebagai calon yang ‘winnable’ itu sebahagiannya adalah calon ‘payung terjun’ yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan.

Dalam parti sedang berkecamuk di peringkat bahagian-bahagian ini untuik meletakan calon payung terjun itu akan hanya memberikan padah yang lebih buruk terhadap parti UMNO itu sendiri. Dulu-dulu calon-calon payung terjun ini mudah diterima kerana semasa itu sikap perjuangan masih menebal dan rakyat tahu turunnya calon payung terjun itu adalah untuk kebaikan perjuangan parti.

Tetapi perjuangan itu sudah lama hilang dan orang ramai menerimanya sebagai tindakan yang hanya memberikan kepentingan beberapa kelompok dalam pimpinan parti dan calon-calon itu adalah calon kepada kelompok di dalam UMNO sahaja. Najib pastinya akan hanya menurunkan payung terjun dari mereka yang menyebelahi beliau kerana isu ini penting bagi menjaga keselesaan beliau sebagai pemimpin utama.

Keadaan ini lebih lagi menjadi perhatian kerana tindakan secara senyap-senyap mereka di dalam UMNO untuk menurunkan Najib dari kepimpinan itu adalah real dan nyata kepada mereka yang memerhatikan politik UMNO secara detail. Di kalangan pemimpin UMNO di peringkat tertinggi bukannya baik sangat sebenarnya. Masing-masing mahukan calon-calon yang di turunkan nanti adalah dari kelompok mereka dalam parti.

Dalam proses pemilihan calon-calon ini lah akan timbul permasalahan yang besar di dalam UMNO kerana masing-masing akan mengaku dan yakin yang setiap di antara yang bercita-cita itu merasakan yang mereka adalah calon-calon yang ‘winnable’. Tetapi tidak kurang pemimpin-pemimpin yang adalah di dalam barisan kepimpinan bahagian-bahagian UMNO sekarang ini mempunyai ‘apprehension’ untuk menjadi calon UMNO pada masa ini kerana belum pasti menang dalam pilihanraya kali ini.

Ahli-ahli UMNO tidak sehaluan dengan ahli-ahli dari MCA dan Gerakkan dan saya pernah menulis yang BN di Semenanjung itu adalah UMNO tanpa parti-parti komponen yang lain. Jika keadaan ini berlaku BN itu UMNO, UMNO itu adalah BN di Semenanjung ini yang dijangkakan akan hanya mempunyai kurang dari 70 kerusi selepas pilihanraya yang akan datang.

Sesungguhnya UMNO telah terlalu lama terabai kerana sudah terlalu lama dikuasai oleh manusia pemimpin yang terlalu mementingkan kuasa peribadi. Ketagihan mendapat kuasa menyebabkan parti menjadi korban dan budaya perjuangan yang ada di dalam UMNO sudah terlalu jauh dan menyimpang dari matlamat asal perjuangannya.

Sesuatu parti politik itu selalunya ada budaya yang menyebabkan parti itu tertubuh. Tetapi apabila budaya yang selama ini telah memperkuatkan perjuangan parti itu sudah hilang, maka identiti parti itu dengan sendirinya hilang. Apabila identitinya hilang maka parti itu akan dengan sendirinya lemah dan tersasar dari matlamat asalnya.

Banyak bangsa di dunia ini telah hilang dan hanya tinggal di kawasan-kawasan terpencil di banyak negara dan ketinggalan di dalam pembangunan dunia sejagat ini. Semuanya berlaku bermula dengan kehilangan identiti bangsa mereka.

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sedang menjurus ke arah itu….maruah boleh dijual beli. Yang penting mereka menjadi pemimpin. Samada mereka dihormati atau dipandang rendah oleh rakyat tidak menjadi isu.

Sekarang ini Najib sedang menjelajah negara dan ber 'shopping' undi. Beli sana dan beli sini. Jika menang lagi boleh cari lagi wang untuk menggantikan yang telah di belanjakan dalam masa sibuk membeli undi sebelum PRU itu. Keadaan akan menjadi seperti biasa kembali....pemimpin sibuk menyaingi rakyat untuk berniaga dengan bermodalkan kuasa yang di berikan rakyat tadi.

Walaupun 'Melayu tidak akan hilang di dunia in' tetapi 'Melayu akan hilang dunianya'. Syabas UMNO kerana Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya hasil dari perjuangan parti ini.

Link : bn-hilang-arah-hilang-tumpuan-hilang.


Demokrasi olok-olok di Malaysia

Oleh



Belum demokrasi dengan mansuh ISA

September 27, 2011

27 SEPT — Tidaklah Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi dengan cadangan Perdana Menteri hendak memansuhkan ISA. ISA belum dimansuhkan. Ia baru cadangan.

Ia satu cadangan yang baik. Bagi Islam, penganutnya akan dapat satu pahala apabila dia berniat untuk membuat satu kebaikan. Dia akan dapat pahala lagi bila niat itu dilaksanakan. Jika niat itu tidak dilaksanakan, pahala niat tadi kekal. Cuma dia tidak dapat pahala melaksanakannya.

Dengan membatalkan ISA, tiada lagi orang yang ditahan kerana ideology politiknya, tiada lagi tahanan tanpa bicara, hanya mahkamah yang mereman dan memenjara seseorang, maka ia memenuhi satu dari syarat demokrasi.

Membatalkan syarat memohon baru setiap tahun bagi mesyin cetak dan penerbitan berkala adalah satu lagi ciri demokrasi, tetapi ia belum lagi segala-galanya dalam soal penerbitan akhbar dan majalah. Banyak lagi yang perlu bagi kebebasan berakhbar.

Terlalu awal untuk berasa lega dengan niat memansuhkan ISA. Kita kena tunggu dulu dua akta ganti, baru boleh ditentukan ada atau tidaknya keadilan dengan pembatalan itu.

Seeloknya cadangan pemansuhan itu diikuti dengan membebaskan tahanan ISA yang ada dengan serta merta. Justeru ia diumum pada malam Hari Malaysia 16 Septermber, maka serentak diumumkan pembebasan mereka. Banyak kerajaan di dunia membebaskan tahanan dan banduan sempena ulang tahun hari nasional atau hari lahir raja yang memerintah.

Jika niat tadi bersih tidak perlu tahanan itu menunggu bila pemansuhan itu hendak dibuat, semangat demokrasi itu sudah boleh ditunjukkan seawal niat itu diumumkan.

Apapun pembatalan ISA itu memenuhi tuntuan semua orang yang mahu ia dihapuskan dan yang mengira ia adalah satu akta yang zalim. Apa jua alas an kerajaan untuk menamatkannya, ia adalah satu akta yang zalim.

Ia baru memenuhi satu dari ciri demokrasi. Banyak lagi yang perlu dibuat bagi menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi.

Mengadakan pilihan raya memilih kerajaan lima tahun sekali dan mengadakan pilihan raya kecil bila kerusi Parlimen atau DUN kosong, baru memenuhi satu dari kehendak demokrasi tetapi belum lagi sistem itu demokrasi segala yang dituntut oleh Bersih 2.0 tidak dipenuhi.

Pilihan raya itu demokrasi, tetapi pengendalian pilihan raya belum tentu ditunaikan mengikut semangat demokrasi. Hal ini belum ditangani oleh Perdana Menteri Najib dan orang belum yakin ia akan dilayan.

Kita perhatikan pula pentadbiran polis dan sistem kejaksaan kita. Adakah perjalanan polis sejak tahun 1960 dilakukan secara profesional atau ia dibuat mengikut kehendak parti yang memerintah? Adalah wajar polis mendengar nasihat Perdana Menteri, tetapi tidaklah wajar polis bertindak atas kehendak ketua Umno cawangan.

Selepas 13 Mei 1969, hanya Tun Hanif Omar saja yang dirasakan ada sedikit sebanyak keterbukaan profesionalnya. Itu pun belumlah mencapai tahap yang terbaik. Boleh jadi polis sudah merasakan ia telah membuat yang terbaik bagi profesionalnya, tetapi dari segi KPI dan NKRAnya pada mata orang berfikiran kritis, ia belum jadi Polis Diraja, bahkan lebih kepada Polis DiUmno.

Begitu juga sistem kehakiman dan jabatan peguam negara. Adakah para hakim kita berkhidmat mengikut kehendak undang-undang sebenar-benarnya dan mereka bebas mentafsirkannya atau ditentukan oleh satu peraturan yang tidak bertulis dari luar mahkamah?

Sejak peristiwa yang terjadi kepada Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim lagi hujung tahun 1980an, perkhidmatan kehakiman tidak dirasakan mengikut profesionalnya lagi, bahkan ia dilihat sebagai pihak yang terkongkong.

Apabila Tun Zaki Azmi diberitakan bersara sebagai Ketua Hakim Negara baru-baru ini, ada yang terasa beliau seolah-olah baru dibebaskan dari tahanan ISA. Dan gantinya pula seolah-olah baru menjalani perintah ISA. Mungkin ia tidak begitu tetapi itulah pesepsi pro merdeka dan pro demokrasi.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan bagi membuktikan demokrasi yang berjalan itu adalah demokrasi olok-olok. Dengan menghapuskan ISA, maka ia belum bebas dari dunia olok-oloknya.

Apabila yang ada itu adalah demokrasi olok-olok, bukanlah Perdana Menteri Najib dan ketua-ketua kerajaan sebelumnya tidak tahu yang mana satu demokrasi olok-olok dan yang mana pula demokrasi yang seelok-eloknya. Mereka tahu yang mana olok-olok dan yang mana yang seelok-eloknya.

Tetapi jika Malaysia keluar dari demokrasi olok-olok kepada yang elok, maka monopoli memerintah bagi Umno dan BN tidak terjamin lagi. Demokrasi boleh mengekalkan mereka berkuasa dan demokrasi juga boleh menghilangkan kuasa.

Itulah yang ditunggu oleh rakyat. Najib tidak mahu demokrasi seperti itu. Demokrasi elok boleh mengubah kuasa apabila rakyat merasa ia perlu berubah, tetapi demokrasi olok-olok payah bagi rakyat mengubah kuasa bila mereka merasakan kuasa perlu diubah.

Maka pilihan Umno untuk Malaysia ialah demokrasi olok-olok.




Sumber : belum-demokrasi-dengan-mansuh-isa







Kenapa aku benci dengan polis..

Salam Sejahtera...

Sebelum aku nak masuk Navy, aku pernah juga memohon jadi polis, setelah isi borang yang diambil dibalai polis ketika tu, tak lama kemudian aku dipanggil temuduga, tarikh tak ingat dah, tetapi dalam tahun sekitar 80han, sebab aku masuk Navy tahun 81,

Aku pergi temuduga di IPD Taiping, setelah ujian peperiksaan aku lulus, ujian fizikal pula diperiksa,, waktu ni aku kantoi, sebabnya mengikut kata penemu-duga paha aku rapat,, jadi aku gagal...

Balik rumah suami kakak sepupu (sesusu) aku tanya kat aku, betui ka aku mohon jadi polis, aku cakap betui tetapi tak dapat, beliau larang aku masuk polis,, udahla.. tak payahlah katanya... aku tak tau kenapa kenapa sebab ia tak bagi sebab kenapa tak boleh masuk...

Kini lebih 30 tahun berlalu, barulah aku tahu sebabnya....



Tahun 1995 sewaktu aku bertugas dalam Navy, aku ditukarkan ke satu Yunit yang mana aku bekerja dengan ramai anggota Polis, dari sini baru akunal hati budi perangai anggota polis,,, tetapi apa pun ramai yang baik boleh buat kawan, ada seorang dua yang agak menjelikkan, tetapi mereka-mereka ini dari cawangan marin,, tetapi kalau dari anggota balai (GD) apa yang dok nampak lebih ramai yang menjelikkan dari yang boleh buat kawan...,

Pada malam pengiraan undi PRU12 2008 yang lalu, masih terbayang diingatan bagaimana sikap seorang pegawai C/Insp yang menghalang aku dan beberapa orang kawan nak masuk ke dewan MPM untuk pengiraan undi, walaupun kami ada PAs SPR , aku ada 2 pas SPR, satu PAS kira undi, satu lagi PAS sebagai pencadang calon,,, puas bertekak hampir nak bergaduh baru boleh masuk, sedangkan amoi dan anak-anak Cina pakai lambang BN senang aja mereka lepaskan masuk, mana tak sakit hati,, bila kita komplain depa jawab depa ada pas,, aku balas balik,, ni yang kami ni pun ada pas juga kenapa tak boleh,, bukan pas ni kami buat sendiri,, SPR yang keluar,, merah muka C/Insp tu,, akhirnya baru dibenarkan.. itulah sikap mereka,,,

Kemudian bila timbul kes krisis perebutan negeri Perak, lagi sekali perangai polis cukup menjelikkan, tak payahlah nak ulas lagi, menyakitkan hati,,, kemudian isu demontrai BERSIH 2.0 lagi sekali polsi buat perangai.....

Kini yang terbaharu Polis buat perangai lagi, apakah dengan adanya jawatan sebagai polis, maka mereka tidak boleh ditegur.. KLIK sini.
MOHD. RIDZUAN menunjukkan laporan polis dan X-ray akibat dibelasah oleh polis di Jitra, Kedah semalam.
Kenapa polis jadi begini,, sebabnya bagi aku ini semua kerana UMNO,, UMNO mempergunakan polis demi kepentingan masa depan politik mereka, jadi apabila polis melakukan sebarang kesalahan, selalunya seberapa upaya kes ini akan dilindungi, hanya sekarang ini baru ada beberapa kes yang diambik tindakan seperti kes adik Amirul,

Ingatlah wahai polis-polis yang dok perasan dengan jawatan, sampai waktu dan ketika kamu akan pencen, akan menjadi orang awam,, itu jam baru kamu tahu,,, dan yang paling penting kamu juga akan mati,, ingat!!... siapakah yang akan urus mayat kamu itu.......orang-orang UMNO.... belum tentu lagi......,, ,


Monday, September 26, 2011

Video Ostad Perasan - angan-angan nak jadi MB ganti Zambry

Kalau dok bergelumang dalam tong taik, maka inilah jadinya.... paling tidak pun bau taik.....


Ada sesiapa yang percaya cakapnya itu,,, awat bodo sangatkah UMNO nak lantiknya jadi MB..., apa kelayakannya, setakat ceramah banyak merapu dari mengajar... entahlah kut Parti UMNO dah tak mau kat Zambri anak Kadiaq....


Zambry pekenakan Dato Seri Najib...

Macam mana ni......cuba peratikan.....

Kalaulah pelakon Shah Rukh Khan hangpa rasa ada peluang ka Najib nak pakaikan beret tu, sorryla... Najib kena dok tepi tengok nganga melopong aja... Tu yang Zambry gelak sakan tu..... padan muka Najib....


Apalah disuruhnya Najib belah lemang,, aku rasa inilah kali pertama Najib .belah buluh lemang dalam seumur hidup, dah lah dibaginya parang potong babi suruh buat belah lemang,,, wakaka,, tengok gayanya, macam nak belah kayu rupanya... sepatutnya parang tu masuk sikit aja, lepas tu kita kuakkan parang tu, bagi buluh terbelah,, ini tidak,, hancurlah pulut lemang tu....



Hangpa tengok, hilangkan sikit pulut tu,,, Najib nampaknya dah warning Zambry tu,, siap ko Zambry... lu orang tengok mulut Rosmah, apa macam rupanya... lepas ni sorrylah nak jadi MB Perak lagi,,, lu hanya sesuai jadi Klik sini



Sunday, September 25, 2011

Dato Seri Najib menderhakai kepada Datin Seri Rosmah...

Macam mana ni....

Bagaimana boleh Rosmah kena tinggal tak joint sekali.....Memang tak patut....

Ni nanti balik rumah,, kena tidoq kat luar la.....










Gua respek Lim Guan Eng... Dia joint juga,, sebab dia KM Pulau Pinang,, tetapi lihatlah.. baju warna kuning yang dia pakai... bukan baju T merah putih Najib & the gang... Tahniah... Lu memang berani...




Video Mad Sabu Terlalu Bodoh - Lu seorang saja yang cerdik..

Songkok yang dipakainya pun dah boleh kita jangka apa yang terkandung dalam akal otak nya itu....


Tungku Abdul Rahman pejuang kemerdekaan,,,, wakaka... Bekas DO Baling samasa penjajah Inggeris, Datok Onn Jaafar Tok Wan Hisyamudin adalah bekas MB Johor zaman penjajah,,, ini yang dikatakan oleh UMNO pejuang kemerdekaan....

Siapa yang bodoh,,, siapa yang cuba nak menipu rakyat dalam sejarah... inilah dikatakan manusia yang paling kenang budi.... ia kenang budi UMNO,, bukan kenang rezeki dari pada Allah...


Awas... Bersiap sedia rakyat Malaysia...

Salam Sejahtera,

Satu berita yang paling mencemaskan, tetapi rakyat Malaysia tak ambik kisah, bermula dari manusia no 1 negara hingga ke rakyat jelata...masing-masing sibuk dengan agenda kepentingan peribadi,,,,

Kalau pemimpin asyik memikirkan bagaimana nak tipu rakyat, supaya rakyat dapat memberi sokongan, walaupun secara jelas pemimpin itu korup..

Manakala rakyat pula asyik dok memikir kos sara hidup yang terpaksa ditanggung semakin membebankan akibat keborosan pemimpin rasuah...



Manakala berita yang dikeluarkan pun hanya sekadar siar,, jangan tak siar.. tidak perlu diperbesarkan,, nanti rakyat jadi jadi panik, gelisah,,, maka negara tiada produktiviti,,,,

Alangkah baiknya jika pemimpin negara memaklumkan kepada rakyat supaya bersedia, berdoa memohon kepada Allah minta bala tersebut dihindarkan, sepertimana bencana alam banjir, paling tidak pun rakyat sudah pun tahu, sebagai contoh negara Jepun menghadapi gempa bumi,, bagaimana keadaan rakyatnya yang tenang tanpa panik untuk menyelamatkan diri...

Ini tidak,,, pemimpin asyik dok menjaja kepenting politik parti memerintah...

Alangkah baiknya kalau objek serpihan dari langit tu jatuh menuju sasaran A seperti dibawah,,, bukan aku meminta,,, tetapi biarlah mereka juga merasainya,, jangan hanya rakyat biasa saja yang merasa... ada yang setuju...,

klik untk besar



Saturday, September 24, 2011

Video UMNO Rasuah.. Siapa Curi RM600 Juta?


Beli cincin 24 juta, beg tangan 1.5 juta, sambut menantu juta-juta...


07 hb Okt nanti umum lagi juta-juta....

Salahguna Kuasa - Felda talian hayat Utusan Malaysia...

Salam Sejahtera,

Bukanlah UMNO namanya kalau tak menyalahkan kuasa yang ada pada mereka, sebelum ini Najib dikatakan menyalah guna kuasa melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, baca di najib-salahguna-kuasa-lantik-isa-samad.

Mungkin ini sebagai mengenang budi Isa Samad sewaktu kejadian tangkap basah di Port Dickson dimana Isa Samad menjadi MB dan menyelamatkan keadaan...

Dan hari ini berita Felda dengan tak semena-mena pi tolong selamat Utusan Malaysia,, satu lagi salah guna kuasa...

DALAM NEGERI

AKHBAR PERCUMA

WAN Mohd. Fandi Wan Daud (dua dari kiri) dan Mohd. Shafie Saparman (kiri) mengedar akhbar Utusan Malaysia kepada pengunjung gerai Felcra pada Karnival Usahawan Desa 2011 di Presint 2, Putrajaya, semalam.


FELCRA Berhad semalam mengedarkan 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada orang ramai yang berkunjung ke Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD 2011) di Laman 1Malaysia Presint 2, Putrajaya membabitkan kos sebanyak RM6,000.

Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Felcra Berhad, Wan Mohd. Fandi Wan Daud berkata, pihaknya memilih Utusan Malaysia kerana ia banyak memberi input kepada pembaca terutama mengenai isu semasa di dalam dan luar negara.

Turut sama mengedarkan akhbar Utusan Malaysia tersebut ialah Pengurus Bahagian Tanam Semula Felcra Berhad, Mohd. Shafie Saparman dan Pegawai Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 3, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), Yaum Ahmad Arsyad Md. Wazir .

Karnival lima hari bermula 21 September hingga esok bukan sahaja menjadi pentas kepada usahawan menampilkan produk keluaran mereka tetapi juga menjadi platform untuk mencari pasaran baharu hingga ke peringkat global.

Seramai 500 usahawan menyertai karnival tersebut dan mereka akan mempamer serta menjual empat produk utama iaitu makanan, kraf tangan, herba dan perkhidmatan.


,

Kah,kah,kah, gambar Dr Mahathir baru lepas bersunat ....

Salam Sejahtera,

Kah,kah,kah... baru nak kenal Islam,, baru nak suruh hukum hudud dilaksanakan,,, baru nak baligh,,,,,,,baru nak bersunat... kah,kah,kah....,




Sorry la Blogger RBF... lu konden TGNA,,, gua pun boleh juga kondem Mahathir,,, esai maaa..... hudud-beranikah-pas-bawa-usul-ke.




Tipah Tertipu...atau Melayu Tertipu..

Salam Sejahtera...

Dari Dulu, Kini dan Selama-lamanya...selagi UMNO yang memerintah selagi itulah Melayu tertipu....


Melayu terpedaya oleh strategi Cina!

September 23, 2011

SURAT FMT

Dari General Wu, melalui e-mel

Orang Melayu biasanya cepat marah apabila terdengar desas-desus bahawa orang Cina akan menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya.

Itupun jika berita ini adalah benar. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ini bermakna slogan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah retorik kosong sahaja.

Justeru itu, strategi Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meraih undi ialah untuk menghebohkan berita palsu bahawa DAP adalah lebih kuat daripada PAS dan orang Melayu akan rugi jika mereka undi PAS sebab PAS telah ditenggelamkan oleh DAP.

Sebenarnya ini ialah strategi klasik tentera Cina dari zaman peperangan ’3 Kingdoms’ dulu. Strategi ini menggunakan taktik melagakan musuh untuk membinasakan musuh. Oleh itu, Umno cuba melagakan DAP dan PAS supaya DAP ataupun PAS ataupun kedua-duanya akan musnah sama sekali.

Umno tahu bahawa orang Melayu akan marah terhadap PAS dan DAP apabila berita palsu disebarkan bahawa ‘PAS tunduk kepada DAP’. Ini adalah permainan sentimen perkauman. Namun demikian, situasi ini juga menunjukkan bahawa sistem demokrasi di Malaysia masih mundur dan tidak matang langsung sebab orang Melayu tidak akan memberi peluang kepada orang Cina untuk menjadi Perdana Menteri walhal rakyat Amerika telahpun memilih Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Strategi Umno memang akan berjaya sebab minda orang Melayu mudah dimanipulasi dan dikawal. Jika terdengar sahaja ada berita palsu bahawa Timbalan Perdana Menteri mungkin ialah orang Cina dari DAP, orang Melayu dengan cepat telah naik berang dan menjadi seperti kera kena belacan.

Inilah kekuatan Umno. Kekuatan Umno banyak bergantung kepada kelemahan minda orang Melayu yang senang diputar-belitkan.

Dan ini pula minda orang Melayu telah terpedaya dengan kegunaan strategi klasik tentera Cina. Ini bererti strategi Cina telah berjaya menumpaskan minda Melayu!

Sampai bila akan orang Melayu terpedaya?


Sumber : melayu-terpedaya-oleh-strategi-cina/


Presiden PERKASA Ibrahim Ali terima anugerah tertinggi Perancis..


Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis

TERKINI @ 10:56:45 PM 23-09-2011
September 23, 2011

Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Barety di Kediaman Duta Perancis di Kuala Lumpur, 23 September 2011. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.

Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.

Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.

Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.

Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia.

“Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat,” kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang.

Friday, September 23, 2011

Santa Claus akan hadir pada 07 Okt 2011 di Parlimen..,

Bajet Santa Claus?

Najib dikatakan akan membentangkan bajet 2012 pada 7hb Oktober yang akan menjadi satu bajet pilihanraya. Ramai berpendapat bajet kali ini adalah bajet ‘santa claus’ dan akan memberikan hadiah yang berbentuk tunai kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Banyak lagi hadiah untuk petani-petani seperti pemberian baja percuma dan lain-lain bentuk ‘pembelian’ undi yang akan dibuang rakyat dalam pilihanraya yang tidak berapa lama lagi.

Buat pemulaannya Najib telah memberikan ‘hadiah’ kepada seratus orang ketua kampong untuk menunaikan ibadah haji dengan tanggungan 1MDB dan beliau sendiri memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada bakal-bakal jemaah haji tersebut. Bergembiralah seratus orang ketua kampong ini kerana dapat menunaikan fardhu haji secara percuma.

Kalaulah saya seorang ketua kampong sekarang ini peluang untuk mendapatkan hadiah istimewa itu mungkin saya dapati dan tentu sekarang saya sedang sibuk membuat persiapan untuk melangkah ke tanah suci itu. Agaknya jika Dato Ariff Sabri seorang ketua kampong di Pekan mungkin Ariff juga dapat peluang untuk menunaikan ibadah haji percuma itu.

Saya berharap Najib tidak menyisihkan 17,000 orang ketua kampong serta pengerusi JKKK seluruh negara untuk mendapatkan ‘naik haji percuma’ ini. Selepas ini tentu dikampong-kampong akan berlaku perebutan untuk menjadi ketua kampong untuk menunggu peluang ke tanah suci secara percuma dari 1MDB itu. Berpecah lagi masyarakat di kampong untuk meerebut jawatan ketua kampong serta pengerusi JKKK pula.

Bagaimana pula ahli-ahli jawatankuasa JKKK? Bukankah mereka juga merupakan orang-orang penting dalam menjaga kemajuan dan keselamatan kampong masing-masing? Mampukan kerajaan menaja semua orang ke tanah suci?

Selain dari itu banyak pihak telah mengandaikan yang semua rakyat akan mendapat imbuhan secara tunai mengikut saiz isi keluarga. Ada yang mengatakan yang Najib akan memberikan RM 3000 sekeluarga dan ada yang berkata RM 1500 bagi satu keluarga.

Petani-petani pula akan mendapat baja percuma dan sebagainya. Tidak tahu pula berapa kampit seorang yang akan di terima mereka dan tentulah ianya tidak akan dapat ‘hadiah’ ini berterusan.

Semua ‘hadiah-hadiah’ ini hanya diberikan semasa musim pilihanraya sahaja. Manakan mampu kerajaan untuk terus menerus memberikan subsidi sebegini sampai bila-bila. Jumlah segala gula-gula ini sebenarnya kecil jumlah billionnya kerana jumlahnya lebih kecil dari jumlah wang rakyat yang disonglap oleh pemimpin-pemimpin kita melalui projek-proek kerajaan yang dilaksanan secara runding terus dan pemberian kembali ‘hadiah’ secara ini hanya melibatkan jumlah yang terlalu kecil kerana pemberian seperti ini hanya berlaku sekali dalam tempuh 5 tahun penggal pilihanraya itu.

Jika benar pemberian secara ini dilakukan tentulah tidak lari dari andaian yang pimpinan kita melakukan penyelesaian dengan membeli undi dengan wang ringgit sahaja. Bagi pemikiran seperti ini mereka menganggapkan yang rakyat akan memberikan sokongan kepada kerajaan apabila menerima subsidi sementara ini.

Sesungguhnya rakyat lebih memerlukan sebuah kerajaan yang bersih dan boleh diyakini untuk menjaga nasib negara dan bangsa-bangsa di dalamnya hidup di dalam sebuah negara yang bersih dan aman.

Jumlah seribu dua yang mereka dapat itu boleh mereka dapatkan melalui usaha sendiri yang mampu dilakukan jika kerajaan itu bersih dari isu rasuah dan salah guna kuasa. Pemberian cara ini bolehlah memberikan kelegaan sedikit kepada rakyat sebulan dua, tetapi sampai bila sebuah kerajaan itu boleh kekal jika rakyat hanya disogokan dengan tunai seribu dua dalam pilihanraya sahaja?.

Sekampit dua baja yang diberikan kepada petani-petani tidak mungkin boleh menjamin petani-petani kita untuk hidup sempurna selama-lamanya. Cara memberikan imbuhan tunai ini tidak akan membantu negara kerana wang rakyat tadi tidak terurus secara optima dan baik dan akan berlaku ketirisan dimana-mana.

Elakan kita dari memberi ikan kepada rakyat tetapi lebih baik diberikan pancing dan umpan untuk mereka memancing sendiri. Sampai bila kerajaan hendak memberikan ikan itu. Najib perlu ingat yang wang yang diberikan secara salah ini merupakan wang yang di cukai dari semua rakyat. Rakyat memerhatikan perilaku kita sentiasa. Rakyat akan marah jika Najib berbangga memberikan subsidi sementara ini dengan membelanjakan berbillion wang mereka yang mengisi kantung perbendaharaan kita.

Janganlah dipergunakan wang rakyat untuk kepentingan politik kepartian dan peribadi semasa pilihanraya kerana itu menyakitkan hati orang yang membayar cukai itu. Mungkin PM tidak tahu berapa ribu rakyat yang di hadapkan ke Mahkamah kerana tidak mampu membayar cukai pendapatan dan tentulah mereka terpaksa bersusuh payah untuk mencari jalan untuk melunaskan pembayaran cukai kepada jabatan cukai negara.

Setelah bersusah payah membayar cukai tentulah mereka akan merasa benci kepada pemimpin-pemimpin kita yang senang-senang menggunakan wang mereka untuk kepentingan politik kepartian

Rakyat tahu parti mana pun yang mentadbir negara jabatan yang mengutip cukai itu adalah jabatan yang sama. Pegawai pegawai jabatan kerajaan tahu yang mereka menyumbang dan berkhidmat kepada ‘government of the day’, tidak kiralah jika UMNO atau PAS yang memerintah.

Jika Najib memaparkan bajet ‘santa claus’ maka rakyat hanyalah mendapat seperti ‘ang pow’ yang hanya diperolehi semasa hari natal setiap tahun. Tetapi ‘santa claus‘ ini hanya membahagi-bahagikan duit raya hanya lima tahun sekali. Jika setiap rakyat mendapat ‘ang pow’ RM 1000 dalam pilihanraya ini maka jika dinilai rakyat hanya mendapat RM1000 dibahagikan dengan 5 tahun, maka rakyat dapat RM200 sahaja setahun untuk menyerahkan negara kepada mereka yang akan membinasakan negara. Pada penilaian pemimpin kita hanya bernilai RM250 sahaja setahun dan jika dibahagikan dengan 12 bulan kita dinilai hanya sebanyak RM21 sahaja sebulan atau 0.80 sen sehari.

Oleh itu rakyat kali ini akan memilih pihak mana yang boleh diharapkan untuk menjaga wang ringgit rakyat yang dimasukan kedalam kantung perbendaharaan kerajaan itu. Mungkin rakyat mahu mencuba pihak lain pula untuk menjaga harta benda negara kita. Jangan dibahaskan kredibiliti pihak lain kerana belum dicuba lagi, tetapi yang pasti kerajaan pada hari ini telah terbukti menjahanamkan harta benda rakyat tanpa henti-henti, serta segan dan silu.

Posted by Aspan Alias at 15:08

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari