boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, October 27, 2011

Panas - Akhirnya Lim Guan Eng Mengakui Anak lelakinya bersalah..

Panas dan mendebarkan.... walaupun sekarang ni cuaca melebihi kepada musim tengkujoh, boleh dikatakan setiap malam hujan,, bukan sekadar hujan biasa,, malah turut disulami dengan kilat halilintar sekali pun turut serta...

Namun pada siangnya cuaca panas,, munkin disebelah petang sedikit mendung dan panas, dan kepanasan ini agaknya membuat UMNo dan konco-konco sentisa tak senang duduk, macam demam tak kebah,, sekejap hilang sekap mai,,

Apa tidaknya,, UMNO cuba nak tutup isu-isu penyelewengan mereka dengan buat cerita kes anak lelaki Lim Guan Eng, yang paling syoknya habis pimpinan tertinggi turut serta, Ketua pemuda dengan cara ketua pemuda, Timbalan Presiden nak tunjuk baik konon, di suruhnya Lim Guan Eng buat repot polis, biar polis siasat,, betui tu,, aku setuju sangat,,,,

Yang paling syiokkk, Pm Najib Altantunya pula berkata-kata,, jangan libatkan ahli keluarga,,, hurrrhhh nak tunjuk baik konon..1malaysia...

OKlah,, wahai ahli-ahli UMNO 1Malaysia sekelian,,, aku nak tanya... ketika kes anak Lim Guan Eng TPM Muhyidin suruh buat report polis..... aku setuju... dan aku rasa hangpa semua setujukan...


Sekarang ada 1 kes ni, belum selesai lagi BACA SINI , Kes dah lebih 5 tahun berlalu, tak kan dah lupa kut,,, semua pihak menuding jari kepada Najib, termasuk dengan aku sekali lah... semua orang tuduh Najib terlibat... apa yang Najib buat lepas tu.... hanya sekadar bersumpah sahaja pada tahun 2009 di Masjid Guar Perahu Permatang Pauh,,

Kenapa Najib tak buat report polis, biar polis siasat betul atau tidak,, sama seperti yang Muhyidin cadangkan pada Lim Guan Eng... ada setuju ka tak...

Sekarang kes ini dah nak dilupakan dah,, rupa-rupanya bapa altantunya masih tak lupa, cuma undang-undang UMNo yang buat-buat lupa,,
he he apa cerita Koperal Sirul dan C/Insp Azilah,, dah kena gantung ka,,, kesian dua ekoq polis ni,,, kalau pejuang arwah Mat Indera di zamanya dulu, kini UMNO gelar komunis, agak-agak 30 tahun yang akan datang 2 orang polis ni kalau betul mati ditali gantung akan digelar apa pula ya oleh anak cucu kita waktu tu,

Lagi sorang, tali barut yang mengaku tak terlibat, bininya sendiri memekik kat mahkamah yang lakinya tak mau jadi perdana menteri iaitu Razak baginda,,, kemana ia sekarang,, apa khabarnya... orang disana.... mungkinkah kini... rindu padanya..... oiii marah J Sham.....

,

.

MB UMNO rupanya yang kena tangkap basah..

Bila aku terbaca dari portal msomelayu. rasa-rasa bayangan siapa yang punya angkara dah dapat dirasai,, tetapi itulah,, nak menuduh tanpa bukti tak patut sama sekali..

Kalau nak kata MB PAS atau Keadilan,, aku rasa selepas kena tangkap saja dah riuh,, dalam tak ada apa-apa hal pun puak UMNO sanggup buat cerita fitnah, inikan pula cerita benar........

Namun bila pagi ini terbaca kisahnya di SINI maka terbukti sudah....



Kahwin dua, tiga dan empat tu baik,, tetapi yang kisah kena tangkap basah tu yang tak baik.... memalukan saja,, apakah kerana ada kuasa kesalahan dapat ditutup,,, sama seperti kisah orang no1 kena tangkap basah di Port Dickson satu ketika dulu,, Mb Besar Isa Samad ketika tu yang jadi penyelamatnya,, itulah budaya orang UMNO....

He he....padanlah baik sangat sejak akhir-akhirni... sanggup bagi 50% discount harga tiket perlawanan akhir Bola sepak piala Malaysia....



Wednesday, October 26, 2011

BADAI-BADAI SIAL MELAYU UMNO


Oleh : NASPAZI

KITA sedang diambang persada zaman ribuan juta tahun waktu muka, saya dan semua warga Konfederasi Malaysia yang hidup dan bernafas hari ini pasti musnah untuk menjadi purba; dan hanya jika penting, bakal disebut dalam sejarah.

Pada dasarnya, semua orang menganggap dirinya penting. Oleh sebab itu, ribuan bentuk perangai ganjil dan aneh yang muncul di kalangan baka baru negara Konfederasi Malaysia bagi mempamerkan kehebatan atau kehandalan diri mereka kononnya yang hanya berlegar di lapangan yang sempit atau di arena yang salah.

Justeru, mereka yang merasakan diri mereka hebat atau handal; sepatutnya mereka mempamerkannya di khalayak sukan antarabangsa atau di khalayak sukan Olimpik, agar kehebatan atau kehandalan mereka bukan sahaja dapat dibuktikan kebenaran atau kesahihannya, bahkan dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Malangnya, apa yang pasti adalah sebaliknya. Arena sukan Olimpik merupakan piawai sukan antarabangsa yang diadakan semula dalam era sejarah moden dunia buat pertama kalinya pada tahun 1896 di Athens; dan yang terbaru pada tahun 2008 di Beijing, namun warga Konfederasi Malaysia masih bankrap Pingat Emas Olimpik.

Demikian juga dalam arena Formula 1, MotoGP dan bola sepak, warga Konfederasi Malaysia belum pernah berada dalam kelompok negara elit yang menjadi juara piala dunia. Tegasnya, apakah makna dan guna berlagak laksana masyarakat negara maju? Pada hal, aras pemikiran masih dalam penjara tempurung dunia ketiga!

Sehubungan dengannya, adalah menjadi tanggungjawab terpenting dan cabaran terbesar kerajaan negara yang diangkat oleh kuasa besar undi rakyat, untuk membangun semula rakyat dalam pelbagai tata kehidupan sesuai dengan standard kemampuan pemikiran rakyat, termasuklah dalam bidang ekonomi, pendidikan, sukan dan teknologi.

Demikianlah bentuk pemerintahan terbaik yang diperlukan oleh rakyat dalam konteks membangun negara sesuai dan seiring dengan keperluan dan kemampuan pemikiran rakyat, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh arus kebangkitan Korea Selatan.

Badai Sial Imperialism Melayu UMNO

Sesungguhnya, pembentukan Konfederasi Malaysia pada 16 September 1963, tentunya demi kedaulatan dan kesentosaan warga yang terlibat (Sabah, Sarawak dan Malaya). Namun begitu, pada hakikatnya adalah sebaliknya. Lantaran itu, yang ternampak berdaulat dan sentosa dalam Konfederasi Malaysia hanyalah melayu UMNO.

Manakala, Sabah dan Sarawak sekadar menjadi barua kuda tunggangan melayu UMNO sebagai warga arrogant yang sentiasa menganggap dirinya super yang boleh memperbodoh Sabah dan Sarawak, sehingga perjanjian yang membentuk Konfederasi Malaysia dilanggar dan dicabul sesuka hati.

Untuk itu, salah satu watak utama yang jelas kelihatan menyerlah dalam diri dan minda melayu UMNO adalah sifat menggertak dan serakah, berbohong dan memfitnah, memutar dan memusing aspirasi murni Konfederasi Malaysia bagi mewajarkan standard Sabah dan Sarawak dijatuhkan sebagai negeri dengan mengadaptasikan identiti Persekutuan Malaya 1957 menjadi identiti Konfederasi Malaysia 1963. Yang demikian, kebangkitan rakyat Sabah dan Sarawak menjadi kewajaran bagi menuntut keadilan dan kedaulatan bersama dalam konteks negara Konfederasi Malaysia.

Justeru, cabaran terbesar warga Malaysia Timur adalah membina pasukan pemimpin standard negarawan antarabangsa untuk memimpin rakyat mencabut akar kezaliman, pengkhianatan dan seterusnya menggulingkan regim durjana melayu UMNO di Sabah, hatta seantero Konfederasi Malaysia, disamping mendirikan pemerintahan autonomi wilayah Borneo.

Salah satu formula utama yang dapat dibayangkan, yang boleh membantu kedaulatan autonomi wilayah Malaysia Timur adalah visi bangsa Borneo bermasyarakat dan bernegara dengan kemampuan pemimpin yang dinamik dan komprehensif dalam memahami watak keparat melayu UMNO dulu, kini dan selamanya sebagai badai sial yang telah menghancurkan perjanjian pembentukan Konfederasi Malaysia.

Mengapa warga Malaysia Timur amat memerlukan pemimpin yang dinamik dan komprehensif? Jawapannya adalah bagi memungkinkan warga Malaysia Timur mampu dibawa mendepani cabaran kearifan sebagai pemimpin dengan rasa tanggungjawab mengemudi rakyat Borneo ke mercu kedamaian dan kesentosaan dalam bermasyarakat dan bernegara yang berdaulat dan merdeka dengan kewaspadaan tinggi untuk mencapai puncak kebahagiaan, kesempurnaan dan kehidupan yang lebih baik, sebagaimana warga Brunei dan Singapura.

Tegasnya, Malaysia Timur tidak memerlukan sejenis pemimpin yang hanya bernafsu besar untuk menjadi pemimpin, tetapi tidak mampu berfikir besar sebagai negarawan atau wibawa sebagai ‘Internationally minded’.

Sabah adalah sebuah negara; sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Justeru, hendaknya kedaulatan Sabah sebagai sebuah negara yang merdeka dihormati dalam konteks keadilan atau keseimbangan bermasyarakat dan bernegara dalam Konfederasi Malaysia.

Jika tidak, nescaya ‘Declaration of North Borneo Independence’ pada 31 Ogos 1963 bagaikan mimpi agung yang kosong seorang hamba abdi yang begitu merindui kebebasan diambang nazak menanti ajal.

John Stuart Mill (1806–1873), pernah menjelaskan bahawa, kerajaan sesebuah negara adalah pantulan dari standard pemikiran warganya. Justeru, dikatakan bahawa pimpinan UMNO perasuah, penipu dan pembohong.

Dengan kata lain, kerajaan melayu UMNO bukan dibentuk oleh rakyat, tetapi oleh penipuan dan pembohongan melayu UMNO melalui pembelian undi ke atas pengundi dan undi pos yang dibantu sepenuhnya oleh instrumen negara seperti polis, media dan SPR!

Apa yang menjadi kemungkinan adalah, jika pimpinan melayu UMNO menipu dan membohong dalam proses mencapai kuasa, sudah tentulah mereka menipu dan berbohong dalam proses menggunakan kuasa yang mereka capai dari hasil penipuan dan pembohongan sebelumnya.

Sabah dan Sarawak digabungkan atau dikonfederasikan dengan Malaya menjadi Malaysia pada 16 September 1963. Kalau begitu, Malaysia bukan Malaya, demikian juga dengan Malaya yang bukan Malaysia.

Tetapi, sarjana agung dalam menipu (melayu UMNO) telah convert Malaysia 1963 kepada Malaya 1957, sehingga seluruh identiti Malaya telah menjadi identiti Malaysia. Dengan kata lain, Malaya tiada lagi identiti sebagai sebuah negara (1957-1963) setelah digabungkan atau dikonfederasikan dengan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia!

Namun begitu, sesudah Sabah dan Sarawak digabungkan atau dikonfederasikan dengan Malaya, lantas Sabah dan Sarawak bagaikan hanya keluar dari imperialism British untuk masuk ke dalam imperialism Malaya.

Dengan kata lain, pencabulan melayu UMNO terhadap 20 Perkara adalah ancaman terbesar terhadap keamanan dan kesejahteraan Sabahan bermasyarakat dan bernegara.

Oleh itu, hanya kuasa keramat undi Sabahan yang mampu menjadi penentu kehancuran sikap imperialism dan pengkhianatan melayu UMNO terhadap Malaysia Timur.

Justeru, seluruh intelektual Sabah mesti bersatu dan serentak bangun untuk mengembangkan sayap-sayap kesedaran demi mempertahankan segala hak Sabahan dalam urustadbir negara Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

Sesungguhnya pemerintahan tamak dan ketidakadilan yang dilakukan ke atas Sabahan oleh melayu UMNO mesti dihentikan. Melayu UMNO dan Sabahan sama-sama dilahirkan bogel dan tiada meterai (seal) hina atau mulia.

Sama-sama tidak dicipta oleh Tuhan hanya untuk menjadi badut, tidak juga diberi akal hanya untuk berbohong, dan bukan untuk menjadi orang yang hanya untuk diperbodoh.

Sementelahan, Sabahan bukan lahir ke dunia hanya untuk menjadi hamba, kemampuan berfikir bukan untuk menerima penipuan, dan bukan juga untuk menjadi orang bodoh kepada melayu UMNO.

Dengan ungkapan lain, tiada ruang bagi melayu UMNO untuk mendabik dada sebagai pentabir negara yang terbaik di dunia atau tidak lebih baik berbanding urustadbir negara Singapura.

Singapura dua tahun berada dalam Konfederasi Malaysia (1963-1965). Tatkala naluri dan firasat pimpinan negara Singapura menjangkakan bahawa, pimpinan melayu UMNO menyeleweng dari tatacara urustadbir Konfederasi Malaysia sebagai gabungan 4 negara, lantas negara Singapura mencari akal dan helah untuk keluar dari Konfederasi Malaysia.

Kini, Singapura dalam kelompok negara maju dengan sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia. Akhirnya, di mana maruah Malaysia?

Pada hal, Singapura dari segi sumber hasil bumi tiada apa berbanding dengan Konfederasi Malaysia. Dalam pada itu, Malaysia serba serbi ketinggalan dengan Singapura. Gross Domestic Product (GDP) atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) contohnya, Konfederasi Malaysia (US dollar) $8,423, sedangkan Singapura (US dollar) $43,117. Sebab itu, gaji pegawai biasa di Singapura sekitar (Singapore dollar) $7,000 sebulan. Sekali lagi, di mana maruah Malaysia?

Badai Sial Fitnah Melayu UMNO

Keadilan itu bersifat universal, pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghargai kemanusiaan. Namun begitu, dihadapan mahkamah sejarah melayu sendiri membentangkan betapa, Tun Mutahir sekeluarga telah mati dibunuh pada tahun 1510 angkara fitnah Raja Mendeliar Kutty dan Si Kitol Kutty yang kononnya Tun Mutahir hendak merampas kuasa takhta Sultan Mahmud Shah.

Demikianlah agungnya fungsi fitnah dalam tasawwur atau weltanschauung melayu bermasyarakat dan bernegara dulu dan kini dalam pelbagai bentuk dan wajah fitnah baru tanpa kejahatan-kejahatan dari masa lampau yang terkutuk itu diakhiri.

Rentetan dari kesinambungan fitnah dalam sejarah masa silam melayu, maka menjelang fajar baru 1998 menjelma, lantas ‘50 Dalil Anwar Tak Layak Jadi PM’ dilancarkan, sekaligus menjadi instrumen kepada pemecatan, penderaan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim dalam era sejarah moden negara pada 2 September 1998 yang berhubung dengan fitnah ‘Liwat I’ sebagaimana kenyataan Mahathir di khalayak wartawan antarabangsa termasuk Newsweek.

“I had disbelieved the ‘Homosexuality’ charges at first but was convinced when I personally interviewed Anwar’s partner. They had not only performed ‘Sodomy’, but during the process, he was… I don’t know how you call it… he was ‘Masturbating’ this man. Do I go around town and tell the world that this is what my deputy was doing?”

Walau bagaimanapun, selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampok pemerintahan negara, Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2 September 2004 setelah Mahkamah Persekutuan menimbangkan rayuan beliau, lantas membatalkan sabitan dan hukuman yang berhubung dengan kes (Liwat I-1998) yang ditimpakan atau dipaksakan ke atas beliau dengan begitu kejam atau jijik oleh para gerombolan panglima fitnah dubur keris bersilang songkok tinggi melayu UMNO di era pimpinan regim Mahathir.

Kini, di bawah gelombang pertikaian yang berpanjangan, pemimpin fitnah melayu UMNO yang berhubung dengan lubang dubur Saiful Bukhari Azlan 2008 dan video seks pornografi boroi Datuk T, sedang melanda dan bakal mewarnai fajar baru arus sejarah dunia melayu waktu muka, tanpa wujud sedikit perasaan aib dan malu kepada negara-negara jiran dalam lingkungan Association Of South East Asian Nations (ASEAN) seperti Brunei dan Singapura yang hidup aman damai dan sentosa, dan akhirnya, takkan hilang fitnah melayu di dunia!

Badai Sial Sistem Pendidikan Melayu UMNO

Sesungguhnya sistem dan model pendidikan melayu UMNO sekarang sarat dengan kepalsuan, penipuan dan pembodohan khususnya yang berhubung dengan sejarah pembentukan Malaysia, dan akhirnya mereka akan menelan kepalsuan, penipuan dan pembodohan mereka sendiri.

Tatkala itu ranking sistem pendidikan terbaik dunia dan ranking universiti terbaik dunia sebagaimana yang dikeluarkan oleh THE Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) comprehensive world education ranking report dan THE World University Rankings 2011-2012 anjuran Times Higher Education (THE), yang mana Malaysia tiada dalam ranking sistem pendidikan dan universiti terbaik dunia.

Justeru, betapa sistem pendidikan melayu UMNO sekarang dan selamanya tidak bertujuan untuk melahirkan orang yang pintar, tetapi hanya untuk melahirkan orang yang boleh mereka perbodoh.

Oleh itu, sistem politik dan pendidikan melayu UMNO lambat laun akan membuatkan warga Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadi orang yang bodoh seluruhnya.

Justeru, sistem pendidikan Sabah mesti dikeluarkan atau memisahkan diri dari sistem pendidikan mengarut melayu UMNO. Sementelahan, sistem pendidikan Sabah dan Sarawak tidak tertakluk kepada sistem pendidikan Malaya sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian 20 Perkara point 15 jika tidak dikhianati oleh melayu UMNO bahawa, ‘Sistem Pendidikan Borneo (Sabah & Sarawak) yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab ia haruslah terletak di bawah kuasa negeri (Sabah)’.

Badai Sial Birokrasi Melayu UMNO

Semenjak pembentukan Konfederasi Malaysia pada 16 September 1963, sistem gaji kakitangan awam negara adalah satu lapis yang telah berjalan dengan baik sehingga 1991. Kemudian, Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan untuk menggantikan sistem gaji satu lapis kakitangan awam pada 1 Januari 1992.

Manakala Sistem Saraan Malaysia (SSM) pula diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) pada 1 November 2001. Sesungguhnya, kedua-dua sistem tersebut kononnya bertujuan untuk menilai prestasi pekerja kakitangan awam, termasuk menentukan kewajaran kenaikan pangkat dan gaji.

Justeru, zaman sekarang untuk mendapat kenaikan pangkat dan gaji yang tinggi, seseorang itu perlu pintar dan bijak menjilat, mengampu dan membodek Ketua Jabatan proksi melayu UMNO. Jika tidak, betapa baik, lurus, amanah, dedikasi dan berhemah sekalipun seseorang itu, amatlah sukar untuk mendapat ganjaran kenaikan pangkat tanpa perkenan Ketua Jabatan yang telah dijilat, diampu dan dibodek sebelumnya.

Dengan kata lain, sistem pengurusan negara melayu UMNO baru sarat dan sendat dengan pelbagai wajah dan bentuk birokrasi, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang tentunya bertujuan untuk menjana kakitangan awam yang hebat dan perkasa dalam hal ehwal menjilat, mengampu dan membodek Ketua Jabatan ternakkan melayu UMNO, dan akhirnya seluruh negara akan ditadbir sepenuhnya oleh para penjilat, pengampu dan pembodek yang pintar dan bijak berpura-pura sebagai kakitangan awam yang ‘Berkhidmat Untuk Ketua’ bagi menggantikan ungkapan ‘Berkhidmat Untuk Negara’ sebelumnya.

Sehubungan dengannya, sesekali kita perlu merenung ungkapan bijaksana leluhur silam yang disampaikan oleh ‘Lao Tzu’ bahawa; “Dalam kerajaan, banyak larangan akan meningkatkan kemiskinan rakyat. Semakin banyak cara penambahan cukai dari keuntungan yang dimiliki rakyat, semakin besar masalah dalam negara dan bangsa. Semakin banyak tindakan bermuslihat yang dimiliki orang, semakin sering masalah aneh muncul; semakin banyak hukum diwartakan, semakin banyak pencuri dan perompak.” (Tao Te Ching 57:2)

Sebagai penutup, saya ingin sekali melihat gelombang kebangkitan warga Malaysia merempuh melayu UMNO dengan keberanian tinggi yang bermoral sebagai panglima, sebagaimana keberanian rakyat Tunisia, Mesir dan Libya merempuh kerajaan zalim negara mereka sehingga tumbang dengan penuh kehinaan akhirnya.

Link : sabahkini

Video jawapan kepada DR MASYITAH - PAS Celaru oleh Ustaz Wan Ji

Jawapan kepada dr Mulut Hebia'ak....






Jawapan untuk PAS makin 'bercelaru'..

Sebelum ini aku ada posting pas-makin-bercelaru.

Nampaknya ada pimpinan tertinggi PAS memberi jawapan balik, Terima Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat... Moga-moga Dr Mashitah dapat sedikit kefahaman... Jangan dok main cakap ikut sedap mulut,,, kalau aku waktu kecik-kecik dulu arawh kakak aku kata jenis mulut "hebia'ak'......


Nik Aziz: Golongan nasionalis punca gejala murtad

October 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad, yang menjadi agenda khusus Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Sabtu lalu, berlaku di negara ini disebabkan tindakan tidak melaksanakan pemerintahan Islam oleh golongan nasionalis.

Nik Aziz (gambar) berkata, fahaman nasionalis menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

Himpun meluluskan deklarasi 10, antara lain menggesa kerajaan mengadakan undang-undang khusus mencegah murtad.

“Di Malaysia ini punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambil kebangsaan.

“Daripada rasa lekeh ini timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata, tomahan itu salah kerana penubuhan parti itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

“PAS orang pertama mempertahan Islam. Bila Islam itu diperjuangkan, maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

“Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunah nabi.

“Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam,” katanya.


Link : Klik


Pakatan Rakyat - Peluang dah ada di depan mata..

Tahniah... Bravo Zulu buat pakar pelembagaan Negara Dr Aziz Bari, walaupun baru sahaja ditarik balik pengantungan tugasnya sebagai pensyarah di UIA, beliau tetap istiqamah dengan sikap semula jadinya iaitu sentiasa memaklumkan salah guna kuasa yang dilakukan oleh UMNO....

Nampaknya kali ini Ketua Audit negara dah main silap mata dengan ahli-ahli Parlimen, namun ahli-ahli Parlimen Pakatan rakyat tidak bodoh macam ahli Parlimen BN, ahli Parlimen boleh dikategorikan sama seperti seekor lembu yang hidumgnya dah dipasak dengan simpulan tali, ikut kemana sahaja bila tali itu ditarik...



Sekarang nampaknya kekeliruan dengan laporan ketua audit negara boleh di bawa ke mahkamah, baca DI SINI

Jadi Pakatan Rakyat jangan terlepas pandang apa yang disarankan itu,, lakukan, moga-moga tindakan Najib dan konco-konconya yang menyalahi perlembagaan negara akan diketahui oleh semua pengamal undang-undang di seluruh pelusok dunia, biar penduduk di dunia tahu yang Malaysia di bawah pemerintahan UMNO dan BN semuanya boleh,

Kita tunggu dan lihat, sampai ke mana UMNO dan konco-konco nak menipu rakyat, lagi sekali terima kasih buat Dr Aziz Bari..




25, 26 Oct Singapura, 27 Oct Seri Manjung..

SPada hari Isnin lepas, berjumpa seorang kawan lama, Cikgu di sebuah sekolah di daerah Seri manjung juga, membebel kat aku sebab mesyuaratnya kena tukar tarikh, menurut cerita dia mesyuarat pada mulanya dah ditetapkan pada 27,28 dan 29 Oct, bersamaan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. tup-tup selepas tu dapat mesej tukar tarikh enjek lewat sehari, terpaksa mesyuarat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad...

Sebab kenapa tidak dimaklumkan....

Hari Jumaat selepas solat Jumaat, si kawan aku mai jumpa aku sewaktu aku nak balik, rupa-rupanya TPM Mahyiddin Yasin nak mai gempur daerah Manjung, sasaran utama Sek Men Batu 10 Lekir, dalam DUN kawasan Pasir Panjang Laut, kerusi IR Nizar Jamaluddin,

Disebab lawatan TPM, tarikh mesyuarat semua guru-guru penanda kertas jawapan peperiksaan PMR dah ditunda sampai ke hari Ahad, mana pi akai TPM ni,, menyusah beberapa ramai guru-guru di Daerah Manjung ni, mereka juga penat di hujung-hujung tahun ni, banyak kerja sekolah nak disiapkan, persediaan pelajar nak menghadapi SPM lain, nak juga berehat...kalau dah sampai ke hari Ahad pun kena ni apa cerita....,

Yang menteri kira nak kepentingan politik mereka sahaja, kepenting anak bangsa melayu mampuih pi,, inilah UMNO... nampaknya pada 27 Oct tu, pelajar-pelajar kawasan Manjung pakai tak belajar nampaknya, semuanya kena pi sambut TPM, ada satu sekolah rendah tu sampai 4 buah bas terpaksa sewa... ni apa cerita ni..., bebudak sekolah tak payahlah dikacau waktu persekolahan mereka, isshhh, awatlah bangang sampai macam tu UMNO ni,, hangpa nak politik mampuih pi lah, tetapi waktu pelajaran dan cikgu-cikgu tak bolehkah kalau tak diganugu....

Pakat Bingong habih jadi rakyat bila UMNO berkuasa....



Tuesday, October 25, 2011

Woi...Menteri betina ni gasak RM73.64 juta...

Habis lingkup dana harta negara.., Hang satu, kau satu, aku satu, depa pakat-pakat faraid habis sebelum negara Malaysia bakal muflis...


Apakah teguran dari Audit negara akan memberi kesan kepada menteri betina ni,,, oooo tidak,, keluarlah laporan songlap 10 lori sekali pun, selagi UMNO dan juak-juaknya yang memerintah, kita hanya boleh mendengar dan melihat yang menteri ini gasak projek berjuta, menteri sorang lagi gasak projek bagi kat laki dan anak-anak 73 juta berjuta, bini PM beli cincin RM24 juta, semua juta-juta,,, last sekali rakyat menjadi mangsa..

Hanya tangan-tangan rakyat sahaja yang boleh menetu hidup atau mati UMNO pada masa akan datang.. tepulanglah pada hangpa nak pilih siapa...



Sayur dan rojak ada di dalam parti BN


BN parti ‘rojak’ dan ‘sayur’



Oleh.

MOHD RASHIDI HASSAN rashidi@harakah.net.my

SIDANG Parlimen yang bermula awal Oktober lepas, bermula dengan hambar dan kelam kelibut. Kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak mampu menyusun pembentangan Rang Undang-Undang (RUU), Usul mahupun Belanjawan dengan cermat.

Umno-BN seolah-olah diburu bayangan hantu apabila, selepas sehari menarik balik RUU Kg Baru 2010, dikemukakan satu RUU baru dan diluluskan dengan amat tergesa-gesa sehingga Ahli-Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat tidak sempat menelitinya terlebih dahulu.

Begitu juga pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kebiasaannya MP dibekalkan dengan buku belanjawan, beserta dengan Laporan Audit Negara, untuk dibahaskan bersekali. Namun kali ini semua peraturan itu dilanggar dan tidak dipatuhi, semata-mata kerana mereka masih mempunyai kuasa majoriti.

Parlimen bukannya sekolah rendah kebangsaan. Sekolah pun ada silibus, ada homework yang diberikan lebih awal untuk murid-murid membuat persediaan. Parlimen tidak harus jadi lebih cacamerba dari sekolah umum buta huruf.

Parlimen adalah sebuah institusi yang tinggi integritinya. Kesucian dan kemuliaannya harus dipertahankan kerana ia merangka, merencana serta menentukan dasar-dasar negara.

Mana mungkin sebuah institusi semulia Parlimen 'dibulldoze' sesukahati ikut sedap hati penguasa yang rakus. Kerakusan penguasa dalam membentang dan meluluskan apa-apa usul di Parlimen khususnya dalam soal Kg Baru, hanya menyerlahkan sikap tamak haloba mereka untuk menjarah harta rakyat.

Umno-BN meminda RUU dan akta, membentangkan Belanjawan secara terburu-buru serta tidak rasional. Seolah-olahnya mereka hendak cepat-cepat mencari dana menampung belanja pilihan raya.

Soal tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) masih lagi menjadi perbualan hangat. Ada yang kata bulan Disember selepas musim haji. Ada yang kata selepas Hari Raya Cina, Februari atau Mac tahun hadapan.

Hakikatnya, pada bila-bila masa pun Umno-BN harus gamble. Mereka sedar, tiada lagi majoriti dua pertiga. Itu dah jadi mimpi. Yang mereka pening sekarang, ialah cuba mencari formula bagaimana hendak mengekalkan kuasa dengan simple majoriti.

Kebimbangan BN terpancar dari perbualan beberapa orang MP BN di satu sudut Parlimen sewaktu rehat. Sambil-sambil menghirup kopi, mereka berbicara tentang masa depan mereka.

"You ingat selepas PRU ini kita masih ada di sinikah?" tanya MP A dari Umno kepada rakan-rakannya.

"Tak taulah, report dari bawah (rakyat) pun macam tak ok, hari tu TPM (Muhyiddin Yassin) turun kat bahagian aku, report kelabu lagi" jawab MP Umno yang lain.

"Aku ingat kerusi Umno ok, parti komponen lain (MCA, MIC, Gerakan) mana boleh jamin," getus MP A tadi.

"Sebab itulah kita minta you orang sikit rasional, kalau tak boleh menang, kasi sama Umno," kata MP Umno lain kepada MP-MP bukan Melayu di situ.

"Haiya, mana boleh itu macam kawan, kita dalam BN mau kasi sama peluanglah," kata MP B dari MCA.

"Betul tu, kitakan 1Malaysia, kita mesti tolong-menolong, kasi hak (kerusi sama) bukan Melayu," kata MP C dari MIC.

"Patut you orang kuat dalam komuniti sendiri. Macam Umno kuat dalam kawasan Melayu. Ini MCA mau lari, Gerakan mau lari, macam mana BN boleh menang," getus MP A, merujuk kepada hasrat Presiden Gerakan dan MCA untuk mencari kerusi selamat.

"Jangan itu macam kawan, kalau macam tu MIC mana ada kerusi majoriti India," getus MP C.

"Itu sebab Zahid Hamidi (Naib Presiden Umno) cakap, parti komponen BN kena rasional, kalau tak boleh menang, kasi kerusi sama Umno la," kata MP A, menegaskan hujah.

"You orang la kena kuat, tarik Cina, India sokong balik BN," getus MP Umno yang lain.

"Haiya kawan, macam mana mau tarik Cina. You Umno sekejap 1Malaysia, sekejap 1Melayu, macam rojak. Susah ini macam maa, Cina lari la," kata MP B sambil berdengus.

"Betul tu, bila polisi Umno sudah macam 'rojak', MCA, MIC, Gerakan jadi 'sayur' lah, habis tak ada future," kata MP C bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun perbualan yang hampir menjadi panas itu terhenti seketika. Masing-masing terdiam apabila loceng masuk ke dewan jam 2.30 petang berbunyi.

Masing-masing bangun perlahan-lahan dari tempat duduk, seperti orang kemalasan, bergerak perlahan-lahan menuju ke dewan. Masing-masing meninggalkan tempat duduk dengan persoalan masa depan yang bersarang di kepala.

Pening memikirkan masa depan diri, masa depan parti yang sudah menjadi 'rojak' dan 'sayur'.

Barangkali mereka sudah mula menerima hakikat bahawa pada sidang hadapan, belum tentu kerusi empuk yang bergelar Ahli Dewan Rakyat, menjadi milik mereka lagi.




Apa Cerita ni ! Dengan SMM pun takut ka!..

Bernasib malang betul rakyat Malaysia,, bertambah lagi malang adik-adik kita yang tengah naik semangat di kampuas UIA... Kesian mereka hajat tak kesampaian.....


Jadi betullah,, kalau dengan pelajar-pelajar pun dah kecut,, memang padanlah Anwar Ibrahim ajak berdebat hal bajet pun kecut....

Lebih baik jawatan PM tu bagi kat lakilah........






Blogger Taipingmali bernafsu SEX ganas...

Sebelum ini kita dok terbayang bloger UMNO papagomo sahaja yang pro sex lucah,, rupa-rupanya bogger Taipingmali pun sama juga.. 2x5, 5 x2,, betullah,, sama perjuangan mereka,, rasuah, arak, judi, bunuh diri, fitnah semua lengkap puak-uak ni....


Sebelum ini apa yang ia tak kata kepada ustaz-ustas dan penceramah PAS,

Artis Bob Lokman Bodoh macam babi

Sesiapa saja yang menyokong PAS dan menentang UMNO maka habislah diperbodoh dan diperBABIkannya...kenapa boleh jadi begitu....


Rupa-rupanya dalam jiwa Taipingmali @ Cikgu Najimy sama seperti Rahim Tamby Chik, Chua Soi Lek, DP Vijendran (mantan Speaker Parlimen), yang bernafsu sex maniac,, tengok sendirilah apa berita yang dibuatnya di Perak Today tu,,, gambar seksi Jeniffer Lopez yang dipaparkannya....

Hoi,, hebat... dalam dok patah kaki kanan tu... tapi ialah,,, kaki yang patah,, anunya tak patah... bukan ada tulang kat anunya tu... urat segala urat aja yang ada...

.

PAS makin "bercelaru".

Inilah sikap perangai bangsat UMNO,,, meraka berak buang taik merata-rata suruh pihak lain yang bersihkan,, haram jadah sungguh...

Timbalan Menteri ni langsung tak sedar diri, setelah diambil jadi senator, dan kemudian dialantik menjadi Timbalan Menteri bukan main lagi kuat menyalak,,, maklumlah PRU13 semakin dekat,, masing-masing nak menonjol diri harap-harap dapat dicalonkan dikawasan yang selamat,,, maka mulalah menyalak,, baca DI SINI,

Hoiii, kalau nak menyalak pun periksa dulu juboq sendiri, ada taik ke tidak kat juboq tu,, jangan dok menyalak juboq sendiri hapak melantung,, tengit,, ingat balik apa kekata anda dengan hukum fatwa yang ikut sedap sendiri,, dah lupa ka, klik berhati-hati-ketika-mahu-bicara-hal-ehwal-islam

Kenapa PAS nak dijadikan isu kerana tak mahu ikut serta ke HIMPUN sabtu lalu,, ingat-ingatlah balik, siapa yang yang dok kawal duit pungutan zakat yang sepatutnya disampaikan kepada fakir miskin, bukan guna duit zakat untuk bayar yuran peguam nak lawan saman menteri dan pengarah Jawi...



Monday, October 24, 2011

Tak patut Berita Harian Singapura buat laporan berita.....

Petang jam 6.30 tadi TPM Muhyiddin dan isteri bersama rombongan dah selamat sampai di Singapura, ini adalah lawatan pertama semenjak beliau menjawat jawatan TPM,

Aku tak fikir Berita Harian Singapura sebagai akhbar tunggal berbahasa Melayu di Singapura tidak tahu jadual ketibaan beliau ke negara mereka, namun satu berita yang begitu menyakitkan hati bila membaca,,


Mudah cetak
E-mel

24 Okt 2011

LUAR NEGARA

Ketua menteri P. Pinang cap Muhyiddin 'pengecut'

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, semalam melabelkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai 'pengecut' kerana mengulangi dakwaan laman blog pro-Umno bahawa anak lelaki setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu mencabul rakan sekolahnya.

Encik Lim berkata beliau 'terkejut dan jengkel' bahawa Tan Sri Muhyiddin menyerang anak lelakinya itu bagi mendapatkan sokongan politik dan sebaliknya memberitahu pemimpin kedua tertinggi Umno itu agar menumpukan usahanya terhadap beliau.

'Jika Muhyiddin benci sangat kepada saya, beliau boleh berbuat yang terburuk untuk mengalahkan saya secara politik,' kata beliau dalam satu kenyataan yang dipetik oleh satu laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.

'Tetapi, Muhyiddin tidak seharusnya menyertai sekumpulan orang yang bersifat pengecut dan menjadikan anak lelaki saya berusia 16 tahun sebagai sasarannya dan menyebabkan anak lelaki saya sekali lagi melalui pengalaman traumatik ini,' katanya.

Beberapa penulis blog pro-Umno mendakwa bahawa anak lelaki Encik Lim mencabul seorang rakan sekolah perempuannya berusia 16 tahun - yang mana gambarnya turut disiarkan - dan cuba mengelak daripada dihukum dengan menggunakan nama bapanya.

'Mangsa' berkenaan, yang dikenal pasti sebagai Anya Corke, seorang pelajar Hongkong yang sedang menuntut di Britain, tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia tidak mengenali anak Encik Lim.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata Tan Sri Muhyiddin gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri dengan mengulangi 'pembohongan' terhadap seorang remaja yang tidak mampu mempertahankan dirinya, walaupun individu yang didakwa sebagai mangsanya itu telah tampil menafikan dakwaan itu.

Kelmarin, Tan Sri Muhyiddin meminta Encik Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat (PR) turut menggesa timbalan perdana menteri itu agar memohon maaf kepada Encik Lim secara terbuka.


Link : cyberita.


.

Apakah ini sebagai kata-kata aluan selamat datang ke negara mereka, mereka nampak suasana iklim politik negara malaysia, mungkin juga mereka sendiri malu pemimpin sesama bangsa melayu cuma berlainan negara mempunyai sikap seperti yang dilabelkan...

Ingatlah sama,,, anak dara di atas tu pun comel juga,,, nasib baik Lim Guan Eng tak nak main kotor macam orang UMNO.... memang patutlah akhbar Singapura labelkan pengecut,,, anak dara sendiri pun tak berapa nak clear...





Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari