boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, November 3, 2009

Old Town White Coffe Haram....

Salam Sejahtera...
Tahun lepas lagi kalau tak silap aku dah terbaca mengenai artikel kes makanan di Old Town White Coffee yang diragui statusnya, malah dalam radio IKIM FM pun ada menyiarakan yang makanan di OTWC ni haram.

Gambar dibawah ini ialah OTWC berhampiran Giant Manjung, aku perhatikan ramai orang melayu yang bersantai minum kat premis tersebut...

[IMG_2035.JPG]

Dibawah ini aku copy balik artikel tersebut buat tatapan dan tindakan pembaca sekelian...
[amoiW.JPG]
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam (WCOK) telah beroperasi pada sekitar tahun 1999. Status penubuhan awalnya TIDAK HALAL dan sehingga kini konsep HALAL yang digunakan masih kabur dan boleh diragui. Antara produk yang diragui STATUS HALAL dan dikenalpasti HARAMnya ialah:-



Nissin Noodles, iaitu Mee Segera Nissin Noodles yang diimport dari negara Hong Kong.

Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish dan Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam pada tahun 1999, TIDAK ADA daging Salai HALAL yang diluluskan oleh JAKIM untuk diedarkan di Malaysia. Perkara ini boleh dirujuk dengan pakar pemakanan seperti para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti, Jabatan Perhotelan dan Food and Beverages (F&B).

Minyak masak yang digunakan untuk semua menu ‘
Ipoh Ho Fun' atau I'poh Kuew Teaw Sup’ dihasilkan oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran kerana tidak mematuhi piawaian kerajaan dan masalah penggunaan bahan daripada lemak babi.

Herbal Jelly merupakan produk yang diimport dari negara China yang dikatakan menggunakan campuran daripada kura-kura. Khasiat kulit kura-kura menurut pendapat orang China bertujuan untuk memanaskan anggota dalaman badan terutama ketika musim sejuk. Persoalannya – adakah UMAT ISLAM boleh menggunakan herba jelly yang dihasilkan daripada kulit haiwan berkenaan!


Untuk memperdayakan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, WCOK telah membuat salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).


WCOK mengatakan, JAIPK yang bertanggung jawab menilai dan menyelia produk berkenaan sedangkan sejak 10 tahun yang lepas CWOK masih merayu untuk memperoleh sijil HALAL.


Justeru, selama ini mereka beroperasi dengan menipu umat Islam terutama mengenai status HALAL!



ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA JANGAN TERPEDAYA DENGAN SIJIL HALAL KONONNYA IA DIKELUARKAN OLEH PIHAK JAIPK.



Selain penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK, umat Islam juga mudah terpedaya dengan paparan beberapa nama pekerja beragama Islam yang bekerja dengan mereka. Tujuannya untuk mengaburi pelanggan Islam kononnya penyediaan makanan dilakukan oleh pekerja yang beragama Islam dan kita semua boleh menikmati hidangan tanpa waswas. Selain itu, terdapat pekerja wanita yang bukan beragama Islam memakai tudung di kepala bagi mengelirukan kita semua.


Di Kulim, Kedah terdapat seorang pengusaha restoran Kopitiam Pak Hainan yang diusahakan oleh orang Melayu yang tidak mengendahkan tentang status HALAL makanan yang dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. Pengusaha berkenaan juga memberitahu pengunjung, pekerja restoran kesemuanya beragama Islam dengan memakai tudung di atas kepala. Mereka tidak perlu khuatir mengenai status HALAL dan HARAM kerana makanan disediakan oleh 'orang Islam yang bertudung'.



Di Tesco Seberang jaya, Perai, Kopitiam White House telah menipu dan memperdayakan umat Islam dengan sijil HALAL dan meletakkan logo HALAL dari JAKIM. Kopitiam berkenaan telah menghidangkan beberapa menu seperti noodles atau mee yang TIDAK HALAL. Apabila ditanya mengenai mee berkenaan, pihak pengurusan tidak memberi jawapan yang benar sebaliknya banyak berdolak dalih sedangkan mee berkenaan diimport dari negara China.



Pada tahun 1996, di dalam TESCO Kajang, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles 'atau 'Meenya’ yang menggunakan bahan kimia yang dikenali sebagai LUNCHEON MEAT. Aduan telah dibuat oleh pelanggan, namun tiada tindakan yang dilakukan oleh bahagian agama untuk menyamak restoran berkenaan yang sebelum ini menggunakan daging babi untuk hidangan kepada orang Cina.



Pendedahan juga dilakukan oleh beberapa orang pekerja Melayu yang pernah bekerja di White Coffee Oldtown Kopitiam mengenai operasi restoran berkenaan. Ekoran daripada itu, pekerja terbabit telah diberhentikan kerja oleh pengusaha yang berbangsa Cina setelah membongkar mengenai perniagaan ini kepada pelanggan beragama Islam dan orang Melayu.



Sekitar tahun 1998 hingga 2008, kira-kira 10 tahun beroperasi, WCOK berjaya membuka lebih 100 cawangan restoran yang menghidangkan MAKANAN KEPADA UMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU TETAPI TIDAK HALAL!


Pihak berkuasa seperti JAKIM pula bertindak seperti kera kesakitan walaupun beberapa aduan telah dilakukan. Adakah pihak JAKIM mempunyai kepentingan di dalam bisnes WCOK? Menurut sesetengah cerita yang tidak disahkan kebenaran, pihak JAKIM juga telah disogok dengan wang untuk 'menutup mulut' mengenai status HALAL dan HARAM restoran berkenaan.



Persoalannya, adakah menggunakan sijil HALAL atau Logo HALAL dari JAKIM secara penipuan tidak menjadi kesalahan?



Namun begitu, beberapa Kopitiam yang prihatin dan bertanggung jawab seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM mendapat sijil HALAL JAKIM kerana tidak membeli makanan yang diimport dari negara Taiwan, Hong Kong, China dan Jepun.




DI PERAK, Sijil HALAL dikeluarkan untuk minuman sahaja sedangkan TIDAK di dalam penyediaan makanan kepada umat Islam dan orang Melayu. Justeru, beberapa restoran atau kafe yang menghidangkan makanan TIDAK HALAL untuk dimakan.


Antara restoran berkenaan;


1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
2.. NEWTOWN Kopitam
3. WHITE HOUSE Kopitam
4. PAK HAINAN Kopitiam
5. JOM BALI Kopitiam

Rujukan boleh dibuat di laman web:
www.oldtown. com.my


Nota- Petikan Asal diedit untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak DBP.

Mangsa Terbaharu SPRM..

Salam Sejahtera...Gambar ini aku cilok dari BH Online.Kira ni pun dah macam 1Malaysia juga ni. Cuma wakil dari MIC ja tak ada.... Oppps satu lagi PAS pun selamat.


AHLI Parlimen Sabak Bernam, Datuk Rahman Bakri (tengah), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM80,000. - Foto Abdullah Yusof





BEKAS Adun Teratai, Yap Soo Sun, 43 (kiri) dan bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi tadi atas tuduhan rasuah. - Foto Ahmad Irham Mohd Noo








PEGAWAI Khas Exco Selangor, Wong Chun How (kiri) dan Firdaus Abu Zaril, pembantu khas kepada Yap Soo Sun, dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi tadi, kerana mengemukakan tuntutan palsu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor


Komen: Agak-agak nanti bila perbicaraan kes siapa yang akan sangkut dan siapa yang terlepas... aku rasa keputusan macam dah boleh tahu aja... tapi hak itu aku rasa... mana boleh pakai... walau apa pun semua ni dah ada skrip.... Kita tunggu dan lihat ajalah...

Mampos UMNO..... Ameen.

Pas dan langkah ‘kebelakang’nya

Oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Setelah dipersetujui oleh sekelian ahli PAS di dalam Muktamar Agung PAS dahulu, bahawa PAS mestilah berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencapai lebih banyak kejayaan di dalam PRU ke-13 mendatang, dan menutup terus agenda Kerajaan Perpaduan. Namun isu ini kembali panas di dalam kepimpinan PAS.


Apa sebenarnya yang berlaku di dalam PAS hari ini? Rata-rata kepimpinan dan ahli bawahan PAS menyatakan soal adab, perpecahan dalaman dan macam-macam fundamental jemaah yang semakin mengelirukan fikrah asliyah (pemahaman sebenar) ahli-ahli kecil PAS.

Rakyat seluruhnya maklum, PAS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini. Dan PAS perlu berperanan sebagai satu badan yang mengembangkan kefahaman Islam yang sebenar menggunakan 'baju' PAS kepada masyarakat bukan Islam. Ini tugas utama PAS selain terlibat di dalam politik.

PAS, Fundamental dan Dakwah

Seharusnya PAS perlu bersyukur dianugerahi pemimpin seumpama Dato Seri Nizar Jamaluddin yang berjaya memberikan contoh menyatukan golongan bukan Islam dan berjaya menarik mereka ke gelanggang kefahaman bahawa PAS adalah membawa fundamental Islam dalam aspek-aspek keadilan sosial dan kebajikan.

Lebih bernilai, DS Nizar memakai baju PAS pada dakwahnya kepada rakan-rakan Cina di dalam DAP dan PKR.

Jika di lihat sejak PRU 12 pada 8 Mac lepas, yang berjaya menterjemahkan mesej Islam kepada masyarakat berbilang kaum adalah PKR, bukan PAS. Itu pun setelah, PAS mula membuka ruangnya bertahalluf dengan rakan-rakan parti lain. Jika tidak, saya rasa PAS tidak mungkin akan membawa idea 'Kerajaan Berkebajikan'.

Jika dianalisis, sebab apa PAS gagal memperolehi majoriti sokongan pada PRU-11 dan kehilangan DAP sebagai rakan tahalluf, adalah kerana PAS waktu itu tegar dengan fundamentalnya untuk membawa 'Negara Islam'. Namun, pada PRU baru-baru ini, PAS berjaya memperolehi lebih majoriti apabila mengenengahkan konsep 'Negara kebajikan' yang lebih dekat dengan rakyat.

Bukankah 'Negara Kebajikan' itu adalah hasil interpretasi sebuah negara Islam?

Patah Kebelakang

Namun, hari ini PAS seumpama hendak berpatah ke belakang, dan kembali menjadi sebuah parti yang dianggap jumud, konservatif dan tertutup, dalam keadaan masyarakat bukan Islam dari Cina dan India juga orang Islam yang kurang faham Islam yang sudah terbuka dan berlumba-lumba mahu mengetahui apa isi sebenarnya Islam yang di bawa PAS.

Mana tidaknya, tindakan 'kurang cerdik' Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang tidak sabar-sabar ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi Selangor, lalu meluluskan Enakmen Undang-undang Arak bagi mencari pesalah minum arak. Sebab itulah saya tidak pelik, ia ditentang oleh rakan-rakan dari DAP yang tidak bersetuju, kerana saya yakin DAP masih belum faham undang-undang Hudud yang sebenar.

Apakah yang PAS faham kini apabila melaksanakan hukum Allah itu adalah dengan tujuh kesalahan Hudud tersebut perlu bermati-matian ditegakkan? Sedangkan, banyak lagi suruhan-suruhan dan galakkan supaya menegakkan keadilan, berhukum dengan adil, menentang kezaliman dan pecah-amanah, serta memusuhi rasuah. Hukum ini dimana letaknya?

Oleh sebab itu, pandangan saya isu 'Kerajaan Perpaduan' ini tidak akan timbul walau sedikit pun seandainya pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PAS faham dan jelas matlamat dan agenda dakwah yang saya sebutkan diatas.

Apa perlu bergabung dengan UMNO, walaupun atas nama 'menyelamatkan umat Islam', yang PAS sendiri pun tidak akan pasti dan yakin, jika mereka bergabung dan membentuk kerajaan, hukum Islam akan berjaya dilaksanakan. Untuk menyelamatkan 'orang Melayu', bolehlah!

Kejayaan Islam Hadhari Pak Lah

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' ini boleh dikatakan salah satu propaganda untuk mensekularkan PAS dengan meletakkan perjuangan kefahaman Islam jauh menyimpang dari fundamental yang diura-urakan PAS itu.

Mengikut bacaan saya juga, ia adalah salah satu kebijaksanaan Perdana Menteri dahulu, Pak Lah yang berjaya menterjemahkan idea 'Islam Hadhari'nya untuk menyatu-padukan ummah atas nama Islam.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin PAS yang dahulunya berdegar-degar mengutuk Islam Hadhari, sedangkan pada hari ini mahukan pula 'Kerajaan Perpaduan', maka mereka ini masih belum faham perjuangan Islam sepenuhnya, atau pun menganut kefahaman Islam Hadhari.

Apa yang berlaku hari ini, boleh diselesaikan. Soal, EGM dan sebagainya, hanya metodologi penyelesaian sahaja. Apa yang penting, PAS mesti mengenal-pasti jalur-jalur kelemahan di peringkat kepimpinan melalui medan-medan tarbiyah antaranya usrah dan pertemuan fikri mereka.

Pemahaman Islam yang seharusnya menepati pada waktu dan kondisi hari ini, sambil digabungkan dengan keluasan konsep Islam perlu diperhatikan kembali. Dan penerangan ini perlu dilengkapi dengan penghayatan sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam pentadbiran politik baginda di Madinah yang memiliki kaum dan agama yang berbilang, dan bukan sekadar mencontohi peringkat dakwah di Mekah yang hanya mengutarakan dakwah fasa rahsia dan seterusnya kepada fasa terang-terangan.

Bagaimana pula dengan dakwah Nabi s.a.w di Madinah yang lebih luas dan terbuka? Bagaimana hubungan Nabi s.a.w dengan golongan bukan Islam? Apa kerjasama politik dan ekonomi yang baginda telah laksanakan?

Persoalan ini perlu ditanggapi dengan kritikal dan ilmiah. Bagi saya PAS masih lagi punyai peluang untuk berubah, sebelum mereka membuat perubahan.

Apa Cerita Sebenar, Kot Mana Pun Masih Nak UG..

Salam Sejahtera...

Semalam riuh rendah satu negara tak kira politik belah mana, kerajaan atau pembangkang semua pakat bercakap hal Dr Asri di tangkap Jais, Dalam parlimen pun sama juga, Kebanyakan Ahli Parlimen Islam semua bercakap hal yang sama...

Yang bestnya jawapan dari PM Bini Rosmah, Kerajaan Pusat tak terlibat
langsung.. Oleh kerana PM Bini Rosmah dah bersuara begitu maka malam tadi berita jam 7 ptg terjawablah sudah perkara sebenar, mamat di gambar ni selaku Pengarah JAIS dah membuat pengakuan .. kes tangkapan ini bukanlah datang dari arahan sesiapa pun, tetapi perkara ini telah lama dilaporkan...
Fuii Yoo, terang bintang, cerah masa depan kerana dapat jawab macam tu...

Pagi ini pulak seorang lagi hamba Allah yang dulunya PAS tetapi dah UMNO yang tempatnya cari makannya itu dicadang nak gantikan kepada Dr Asri pun bersuara juga, nak cakap pasal tauliah dah tak boleh, cahap juga masaalah furuq, yang Dr Asri ni Wahabi, walaupun tak mengaku tetapi dari ucapan dan tulisannya ada elemen Wahabi... itulah ungkapan dari Pengarah Yadim Al Syeikh Nakasone.....

Heran aku, kenapakah isu-isu ini yang dipersoalkan kepada umat melayu Islam, kenapa seorang yang bertaraf Ulamak tidak mahu mempertulkan UMNO yang sekular tu, hang dah duduh dalam UMNO, dapat jawatan besar, dapat pingat Datuk, cakapla.. yang UMNO tu sekular,, apa hukumnya... phoorah....

Yang paling syok sekali jawapan keseluruhan dari PM bini Rosmah, dalam pimpinan PAS dah buat kenyataan yang kerajaan Perpaduan dengan UMNO dah ditutup, tau-tau keluar lagi, apakah bini Rosmah tak faham cakap Melayu atau pun muka tak malu...

Sedia runding dengan Pas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Umno sedia berunding dengan Pas untuk membentuk kerajaan perpaduan bagi memenuhi tuntutan agama.

Perdana Menteri berkata, Umno mempunyai pendirian yang jelas iaitu jika sesuatu perkara untuk kebaikan, ia sanggup untuk melakukan rundingan dengan Pas.

“Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.


Komen: Tahniah UMNO... Strategi untuk mengkucar kacirkan PAS telah berjaya...Anda menang kali ini, tetapi game masih belum tamat.....
Mampos UMNO..... Ameen.

Monday, November 2, 2009

Dr Asri - PM Nafi Kerajaan Pusat Terlibat..

PM persoal motif tahan Dr Asri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Perdana Menteri berkata, ramai penceramah agama yang membuat ceramah tidak ditahan, berbeza dengan kejadian yang berlaku terhadap Dr Asri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Pasar Tani di sini, hari ini.

Najib berkata penahanan Dr Mohd Asri kerana dilaporkan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jais malam tadi bagaimanapun tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat.


Komen : Betui ka..Kerajaan Pusat tak terlibat?.. Jadi bagaimana kehadiran anggota Polis yang begitu ramai sekali, sehingga Polis wanita pun ada juga, nak mai dengar ceramah Dr Asri atau nak mai tangkap.. Apakah Polis Selangor ni terkeluar dari arahan Pusat.... Siapa yang arah Polis tu???... Musa Hasan pasai apa diam, Hishamudiin yang jaga Polis pun diam..juga...

Dr Asri - Kesepakatan (Perpaduan) Akhbar Harakah.

Salam Sejahtera...

Nampaknya Harakah dah mula mengambil langkah awal dalam penyampaian isu tangkapan Dr Asri semalam, apa yang aku dok nampak laporan dari Harakah SINI sama dengan Utusan Malaysia, Bernama, Sinar Harian danBerita Harian, Cuma Berita harian melaporkan jumlah pengikut yang mendengar melebihi dari 100 orang, manakala yang lain-lain termasuk Harakah melaporkan kira-kira 100 orang.

Kalau setakat 100 orang, lebih kuran sama standard dengan surau tempat aku dok pi dengar ceramah ajalah, silap-silap surau tempat aku tu lebih ramai ramai lagi.

Tapi hairan pulak aku, kenapa MStar memberi laporan lebih 300 orang pengikut, baca DI SINI banyak tu... 200 lebih daripada akhbar-akhbar diatas... apakah wartawan Mstar bilang orang sekali dengan bayang-bayang malam tadi kut....OOOooo mungkin Mstar terkira anggota JAIS 35 orang, polis pula 25 orang... tu yang ramai jadi 300 orang......!!?

DR Asri - Apakah cerita sebenar disebalik tangkapannya..

Salam Sejahtera..

Maklumat terkini : Dr. Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat AU jam 9 pagi ini (2 November 2009).

Kalau sebelum ini negeri Darul Ehsan ini hanya melarang tokoh-tokoh agama yang pro pembangkang sahaja, contoh Tuan Guru Nik Aziz sendiri pun di larang memberi ceramah, itu pun di mesjid atau surau... tetapi dibenarkan dipremis persendirian...itu di zaman UMNO dahulu sebelum PRU12 yang lalu.

Tetapi sekarang Darul Ehsan di bawah pemerintahan PR, Malah EXCO Agama dan Istiadat Melayu orang PAS sendiri..

Malam tadi Mantan Mufti Perlis yang berceramah di rumah persendirian Taman Sri Ukay, telah ditahan oleh Jais dengan dibantu Polis dan dan didakwa pada pagi ini...Kenapakah perkara sedemikian boleh berlaku...

Apakah ada kaitan dengan Jawatan Pengarah Yadim yang ditawarkan oleh Bini Rosmah... mungkinkah ada pihak-pihak yang risau akan ketegasan Dr Asri!!

Dengan secara tidak langsung imej Dr Asri akan tercalar, pelawaan untuk menyertai politik mungkin selepas ini akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Isu tangkapan beliau sedikit sebanayak akan menutup kes krisis PAS Selangor.. selamatlah sikit seseorang tu dari perbualan ramai, dah tukar topik...

Apa pun bagi aku, inilah permainan politik GILA BABI..... disebabkan kepentingan sesuatu atau pun peribadi sesetengah pihak, mengapakan seorang tokoh agama yang dijadikan mangsa!! Nampaknya isu politik orang Melayu dan agama di Malaysia semakin bertambah X-Filesnya!!! Mungkin banyak cerita disebalik kisah tangkapan ini..

Semakin hilang kepercayaan ku kepada EXCO Agama Selangor..... Mohon Sembah Derhaka..

Mampos UMNO..... Ameen.



Sunday, November 1, 2009

Hero Melayu Dalam UMNO Timbul lagi..

Salam Sejahtera...

Nampaknya kemarahan Nasionalis Melayu yang ada dalam UMNO tak kunjung padam pada kaum China semenjak selapas PRU12 8 Mac 08 yang lalu.

Mangsa utama mereka ialah Koh Tsu Koon, kesian kat Presiden Gerakan tu, mula-mula dulu UMNO Bukit Bendera yang diketuai oleh Datuk Ahmad Ismail, pakat habis naik sawan ahli UMNO Bukit Bendera marah kat Gerakan.

Hari Khamis lalu, terkejut aku bila tengok dalam sidang Parlimen bila si mamat sebelah ni berucap, menghentam Koh Tsu Koon, katanya kawan baiknya kalah di Batu Kawan, ditolak pengundi disana, tapi dilantik melalui jalan belakang.... (Senator) kemudian jadi Menteri untuk jaga KPI..., apa cerita.. dia sendiri pun tak ada kat Parlimen, bila PM ada, dia baru ada, PM tak ada si Menteri ni pun tak ada..., Kalau hak itu aku sokong, kira berani Mamat ni..

Kira minggu semalam, mamat ni dah pecah rekod dalam Parlimen Malaysia, menghentam menteri komponen BN sendiri, baguih, baguih.. buat lagi lepas ni.. aku sokong.

Kenyataan akhbar hari ini si Mamat ni kata, ia tidak akan minta maaf apa yang beliau lakukan, iaitu menggesa Koh Tsu Koon dan Ong Tee Kiat meletak jawatan.. Tahniah..jangan minta maaf, lawan sehingga titisan darah yang terakhir, tak apa.. nanti Ibrahim Ali ada.. ia tak biarkan anda keseorangan... Seorang Pejuang Melayu dah mula lahir sempena pemerintahan 1Malaysia...

Apakah Mamat ini nak tiru apa yang Exco Selangor Dr Hasan Ali lakukan, maka ia pun nak tiru atau pun ada agenda lain disebalik itu.....Wallahuaklam...

Mampos UMNO!!.... Ameen.

Komen-komen Terbaik dari Blog Aduka Teruna..

Salam Sejahtera..

Aku kalau membaca blog mesti komennya kena baca sekali, sebab dalam blog yang diceritakan tak banyak mana maklumat yang kita boleh dapat, tetapi dari para tukang komenlah maklumat akan terkeluar dari pembaca, ada pembaca dia malas nak memblog, jadi bila ada sesuatu isu yang dibacanya, pembaca mengetahui kisah sebenar dari maka komen-komen inilah akan terkeluar maklumat sebenar.. Kecualilah komen-komen bangsat dari pencacai UMNO, itu tak boleh pakai...

Semalam ada satu entry dari blog aduka teruna DI SINI. Komen-komen terbaik aku copy buat kita baca dan berfikir, apakah ini benar....

kulup said...

lu tengok team 2010 ... geng stapa dah mula serang TGNA

baca sini :

http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/30/suhaimi-embong-hentikanlah-kerja-kotor-mengampu-dan-hina-tok-guru/

dan sini :

http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

Member Baik Dr Kayu said...

Salam, orang yang kau bulat masa PC TGHH selepas meeting khas tu namanya ialah Dr Shamsuri. Nak tahu siapa dia tu? Dr Shamsuri adalah adalah Setiausaha Politik TGHH. Beliau adalah bekas Pensyarah di UPM. Dr Shahmsuri dilantik bagi menggantikan Dr Syed Azman sebagai SU Sulit TGHH.

Konspirasi memastikan kesemua orang di keliling dengan TGHH adalah mesra UMNO dilakukan oleh beberapa kerat geng Terengganu. Selain nama yang korang biasa sebutkan, Mustaha Ali, Ust Nasha dan Hasan Ali, seorang lagi tokoh penting di belakang tabir ialah Dr Kamaruzzaman Yusof atau nama glamernya Dr Kayu. Orang Terengganu. Pensyarah di Jabatan Sejarah, UKM.Selalu keluar di Astro Awani. Beliau mencaturkan pemecatan Dr Syed Azman dan melantik Dr Shamsuri sebagai SU Politik TGHH sebagai memastikan cita-cita politik peribadi beliau agar PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat, berlaku. Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau yang paling setia dan hanya menerima arahan daripada beliau. Dr Shamsuri bertanggungjawab membasuh pemikiran TGHH agar sentiasa mengikut halatuju golongan yang anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

Selain itu, beliau juga mencaturkan pemecatan Dr Dzulkifley Ahmad daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan digantikan dengan Hj Wan Abd Rahman (ada orang kata dia ni Doktor la, prof madya la, sebenarnya dia tak pernah dapat Phd, phd dia tak lulus kat Australia dan tak pernah dapat Prof Madya, membohong semua tu). Hj wan Rahman adalah rakan karib Dr Kayu. Oleh itu, beliau berjaya mencaturkan kesemua orang di keliling Hj Hadi, orang yang mesra UMNO dan anti Pakatan Rakyat.

Itulah konspirasi jahat geng-geng terengganu-ukm, untuk memecahkan Pakatan Rakyat hasil irihati mereka kerana Negeri Terengganu tidak menang dan negeri lain yang PAS lebih lemah, boleh memerintah.

Maklumat Dr Kayu boleh didapati di sini.

http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/

Gambar dia boleh google aje kat Kamaruzzaman Yusoff.

Suhaimi Embong said...

Suhaimi Embong adalah PSU PAS Terengganu. Memang la dia cenderung nak defend bos dia Mustapa Ali. Dia dengan Dr Kayu UKM dan lain-lain memang anti TGNA dan anti Anwar dan Anti Pakatan Rakyat. Tugas diorang tidak perlu sampai bawak PAS masuk di dalam UMNO, tetapi cukup dengan PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat melalui agen beliau, Hasan Ali. Sehinggakan Pakatan Rakyat menjadi haru biru dan hilang keyakinan rakyat. Sehingga PR kalah di Selangor pada PRU 13. Dan jalan ke Putrajya terbantut. Itu misi diorang. Dan sekarang ini misi diorang hampir berjaya dengan keputusan di Bagan Pinang.

Suhaimi Embong said...

Lagi satu, minta Suhaimi Embong bersumpah dengan nama ALLAH SWT, bahawa beliau tidak ada kena-mengena dengan pembikinan blog kontraversi antihusam.blogspot.com . Dan, kamu semua akan dapati bahawa beliau tidak akan berani bersumpah. jeng,jeng jeng.

Anonymous said...

Adukataruna,
Kalau lu nak pundekkan Presiden PAS tu memang tepat.Dia ada dalam Lembaga Disiplin PAS dan dia juga ada dalam Majlis Syura.Tanya dia dalam Jawatankuasa mana yang dia tak ada? Ini bukan demokrasi tapi hadikrasi,ini bukan ketelusan tapi hadisan,ini bukan akauntabiliti tapi hadiliti.Manusia yang selama ini sering mengeluarkan KalamuAllah dan Hadith SAW rupanya tak boleh pakai.
Nak tambah sikit pasal Dr.Kayu. Selain dari dua Dr.ini ada lagi 4 Dr. yang jadi think-tank Presiden dan Mustafa Ali.Gulungan inilah yang jadi "ahli fikir" dan sumber ilham kepada Hadi Awang dan Mustafa Ali.Dan jangan lupa:Hassan Ali.Tak munkin Hassan Ali boleh dikeluarkan dari jawatan PJ Selangor sebab Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Seri Khalid Ibrahim belum jatuh lagi sebagaimana keadaan diPerak.Ramai ahli PAS Selangor tak tahu dan tak meneliti hal ini kerana ramai yang dah "kenyang" terkecuali kumpulan Khalid Samad.

Makkal Sakhti said...

Saya tertarik kepada Lembaga Disiplin yang begitu amat pantas pula membuat keputusan keatas peristiwa yang sudah terlalu lama berlaku dan sudah menjadi pengetahuan umum. Saya rasa tidak ada sesiapapun yang meragui wujudnya usaha kearah Kerajaan Perpaduan walaupun cuba dinafikan oleh segelintir pimpinan PAS. Saya ingin memetik artikel dari Ustaz Ahamd Awang (mantan Pesuruhjaya PAS Perak) jika anda rasakan kenyataan beliau tidak benar. Lihat juga video klipnya yang mencerita wujudnya usaha-usaha pimpinan tertentu utk mengadakan kerajaan PAS-UMNO/BN di Perak. Siapakah pimpinan tersebut? Adakah Lembaga Disiplin tidak mengambil keterangan drpd Ustaz Ahmad Awang? Lawati laman web ini dan nilaikanlah sendiri dengan hati yang terbuka.

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html

Pada saya Ustaz Ahmad Awang bukanlah golongan fasik yang tidak boleh diambil keterangannya, itupun jika Lembaga Disiplin mahukan keadilan dalam membuat keputusan.

Saya rasa, kita perlu mengambil pengajaran dari Sirah, dimana Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "jika anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya!." Beranikah Lembaga Disiplin membuat keputusan terhadap pimpinan yang tidak beramanah ini? Bagaimana pula dengan kenyataan Hasan Ali di media massa yang ternyata memporakporandakan PR? Tidakkah wajar dikenakan tindakan disiplin demi menjaga keutuhan PR? bagaimana pula dengan tindakannya menjemput blogger UMNO dalam menyampaikan RAHSIA PARTI. (saya katakan rahsia berdasarkan kenyataan blogger ALBANJARI dalam artikel dalam blognya). Tidakkah ini merupakan satu pengkhianatan yang terbesar dalam parti? So... siapa yang sebenarnya mendedahkan rahsia-rahsia parti jika bukan Nasa dan Hasan? Kenapa tidak diambil tindakan? Saya pun teringin sangat nak mengetahui siapakah Lembaga Disiplin parti? Terlalu berahsia dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya berahsia! Tetapi tidak berahsia dalam perkara-perkara yang sepatutnya berahsia. Kami sekelian rakyat pun teramatlah pening kepala dengan segala peristiwa yang berlaku. Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Untuk makluman dILA(diatas),memang itulah strategi dan matlamat Geng UG ini - menimbulkan huru-hara dan kekeliruan dikalangan ahli-ahli PAS dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar UMNO/BN menang besar dalam PRU ke13 akan datang.Perak dah dikira selesai dan usha-gigih sedang berjalan diSelangor dan munkin akan berpindah keKedah - sama-sama kita lihat permainan mereka.

Untuk Anon 341pm(diatas): They (Geng UG)started this mess and rubbish so they shall answer later.The "Game" have just started,lets us play to their game.Its impossible to stop now.

saye said...

PAS = pesakit kena cancer

1: "kena buang sel cancer ni kalau tak boleh mati. paling tak pun rawat segera raditerapi ke kimoterapi ke apa-apa jer la

2: mana ada cancer! doktor tu silap, dihasut ada yang bagi informasi salah

Anon 3:41:00 : Bolih tak kita hentikan semua komen- komen ini dan rapatkan saf balik utuk teruskan perjuangan lawan BN. STOP NOW, PLEASE.

ingat kalau berhenti leh sembuh sendiri ke?

Hanz_Azdi said...

jahil apa bendanya FZY...lu habaq mai aku sat! Kalau lu banding ilmu agama lu betui 100% (aku pun 100%)...ni hal politik...semuanya pasal kredibiliti yg ada unsur moraliti atau akhlak juga...juga ketelusan, BUKAN hanya ilmu politik...lu habaq sat antara TGNA dgn Mustapha Ali, sapa lu nak pecaya lebih? TGNA tu bukan mujtahid ker? Dia tatau Quran, Hadis, Ijmak, Qiyas? Habih tu apasal lu bawak teori ni? Ni bukan total TGNA vs TGHH, tapi komplot sekeliling TGHH tu aku nak kita lawan...TGHH mungkin bagus dlm hal agama TAPI dia dah 'DIPERGUNAKAN' dlm byk hal politik...sapa kapla sindiket/komplot ni tu aku tatau..sapa de factor? entah tu everybody's guess..tapi dah makin nyata the game they play is an ABSURD to PAS faithfuls & its voters.
u said "Kalau tersalah strategi/kaedah?" Memang dah byk dah, tu pasal aku takleh tahan hati lagi dah. Cuma ramai lagi tak caya, cam pemimpin PAS seperti Hassan Ali, Mustapha Ali tu bagus sgt. sampai tak khianat kita semua?
u said "hukumlah mereka dgn hukuman yg sewajarnya" ..hukuman dlm PAS depa leh ar terlepas...hukuman Allah? belum tentu...& jangan lagi PAS syok sendiri boleh tak....kerana yg pasti PRU13 PAS akan kalah teruk kalau keadaan terus begini...jangan biarkan keadaan ni.

See the BIG picture otherwise u can't realise it.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari