boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, August 10, 2010

200,000 masih belum jadi ahli PBTM

200,000 bekas askar belum daftar PBTM

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani berkata, sehingga kini, sambutan yang diterima daripada golongan tersebut untuk mendaftar sebagai ahli agak mendukacitakan. (Petikan Utusan Malaysia 9/08/10)
Berita penuh DI SINI.

Hairan juga, kenapa sekarang baru nak kelam kabut sibuk hal ehwal bekas askar, sebelum ni tak ambik kisah pun,,,,, mungkinkah dah tak sibuk macam dahulu lagi, sebelum ni ada jawatan Senator, walau pun kalah jadi Calon UMNO di DUN Kelantan, bisnes kereta mewah apa macam sekarang! Kes saman bab AP Klon macan mana cerita ya!!... Di sini.

Kalau kat Ipoh sibuk askar tak daftar jadi ahli PBTM, kat Manjung sibuk dok cari ahli kelab bekas TLDM, dua minggu lepas, seorang jiran setaman , kira orang lama la, sibuk dok mai tanya kat aku, dah isi borang belum jadi ahli kelab bekas TLDM, sia-sia ja dia kena dengan dengan aku, aku jawab direct tak ada selindung-selindung lagi... aku kata... " tak kelapak aku nak jadi ahli apa-apa lagi, aku susah ka, senang ka ada depa ambik tau hal aku, tau-tau depa nak suruh masuk jadi ahli, bukannya free, kena bayaq...

Kat Manjung sahaja sekarang ni ada 3 PBTM, Cawangan DUN Pangkor, Stiawan dan Pasir Panjang, yang agak menonjol dan terkehadapan ialah PBTM Stiawan, yang kedua Pasir Panjang dan tercorot Pangkor.

Ketua denga AJK-AJKnya untunglah, bila ada sesuatu pemberian kerajaan, merekalah yang isi borang dulu, dah habis mereka pulun, barulah ahli-ahli dapat tahu, nak buat apa lagi, tarikh pun dah tutup, sebijik apa yang berlaku dalam UMNO begitulah berlaku dalam PBTM di daerah Manjung, daerah lain aku tak tau...

Bila UMNO dah nazak, nyawa dah sampai kat kerongkong, barulah nak sibuk korek sana, korek sini, bagi tau 200 ribu belum jadi ahli, sebelum ini kenapa tak ambik tau, masing-masing bilik projek sendiri!!!!

Baguihlah, cadangan mendapatkan pencen untuk pesara tentera yang berkhidmat lebih 10 tahun dan menaikkan kadar pencen pesara yang berkhidmat selama 21 tahun. Datuk Presiden sendiri pun service 13 tahun saja dalam askar..., tu yang semangat nak fight tu, nanti bila ada pertandingan jawatan ada harapan boleh menang lagi jawatan presiden..

Fui yo,,, 10 Oktober nanti Najib nak jumpa dengan ahli PBTM, tu yang dok kumpul suruh jadi ahli tu..., kat Stadium Bukit Jalil, mesti dapat makan free, tambang free, t-shirt free, duit poket itu pun kalau orang tengah tak belasah, silap-silap boleh dapat Bom C4 free pun baguih juga, sure aku pun nak pegi......

Terima kasihlah kerana baru sekarang nak teringat kepada kami bekas askar yang dah pencen, ish,ish ada value lagi kami ni....apa yang hangpa berasa nak bagi kami terima, bukan harta mak bapa hangpa yang punya....syukur kepada Allah di atas pemberian itu.


Monday, August 9, 2010

Apa Kata UMNO?!! - Ada akai atau tidak Menteri ini.


Harap lepas ni bila balik mai Malaysi menteri ni dapat pengajaran baru,,, manalah tau Melayu Sabah ni cerdik dan berani sikit dari Melayu UMNO Semenanjung.

Kalau tak faham juga elok nanti kau balik Sabah tu, pergi duduk kat Pusat Perlindungan Orang......... Sepilok lagi baik!!!...


Gambar Malaysiakini

Apa Kata UMNO?!! - Cadangan ganti Sekolah Pelajar Hamil..

Dalam tempoh minggu ini kecoh dengan cadangan nak didirikan sekolah pelajar di Melaka,,, satu cadangan yang akan menambahkan beban masaalah sosial dan tanggungjawab kepada negara..

Aku tak tau macam mana pendekatan yang diambil oleh pimpinan UMNO, cerdik sungguh mereka nak menyelesaikan masaalah tersebut, dengan hanya menggunakan akal fikiran dari kepala otak dan bukannya bersandar kepada Al-Quran dan Hadis..

Apakah dengan adanya sekolah tersebut masaalah pelajar hamil akan selesai..!!!, percayalah, selagi tidak kembali kepada hukum Allah, maka tunggulah, akan bertimpa-timpa masaalah akan menjelma..

Sebelum ini masaalah HIV-AID, selesai kah! Sudah selesai atau belum!!!!! Mungkin akan keluar jawapan, sek rambang hanya separuh, dan separuh lagi kerana berkongsi jarum suntik dadah, lagi pun dadah itu dah tak power, sekarang dadah yang paling top syabu..., tak pakai jarum kut...

Katakanlah sekolah tersebut hanya sebuah di Melaka, cukupkah untuk menampung pelajar hamil dari seluruh Malaysia, dalam akhbar baru-baru ini pelajar di Terengganu sahaja dilaporkan berbelas orang, sementara nak tunggu sekolah siap pelajar yang termengandung akan semakin bertambah, apa tindakannya ...

Maka dengan ini aku cadangkan kepada pemimpin UMNO, yang agak praktikal dan bersesuaianlah dengan keadaan ekonomi negara maka elok sangatlah sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dibawah jagaan dan seliaan Kementerian pendidikan dibekalkan dengan kondom...., itu bahasa melayu, bahasa inggeris condom, bahasa palig mudah sarung.....

He he he ... Apakata UMNO.... Setuju....






Apa Kata UMNO?!! - Anak Melayu, anak menteri

Oleh Rahim Othman

INILAH GAYA HIDUP KAMI !
GAYA HIDUP ALA BARAT LE KATAKAN ! BARU ADA KLAS !
KAMI ADALAH BANGSA MELAYU JENERASI BARU,,
BANGSA MELAYU YANG LAHIR DI ERA MAHATHIR DAN KINI DAH MAJU !
MAKA TARAF SOSIAL PUN MESTI MAJU, MESTI BERUBAH, MESTI MODEN
KAMI BANGGA MENJADI ANAK MELAYU MODEN ! (melayu yg dah hilang jatidiri)
KAMI BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA ! (anak malaysia yg dah hilang identiti)

SLOGAN “MALAYSIA BOLEH” CIPTAAN MAHATHIR MEMANG BEST,
MEMANG HEBAT DAN MEMBERANSANGKAN.
Malaysia boleh !... Malaysia boleh ! Malaysia boleh !
Tidak ada yang tidak boleh ,, Semuanya boleh !
Ini baru ringan-ringan aje,, Kalau nak lebih berat tak ada hal lah!
Bisa diatur! MALAYSIA BOLEH!
Contohilah kami !.. Kami anak Melayu Berani ! Kami anak Malaysia Boleh !
DAN YANG LEBIH PENTING..KAMI ADALAH .. ...
ANAK-ANAK PEMIMPIN UMNO


“ANDA KENAL KAMI ? “ tanya budak-budak ini agaknya.
“Bapak kami pemimpin besar, bapak kami orang ternama,
bapak kami orang kuat parti..” Ooooo.
Kita pulak nak tanya “ Kamu ni orang apa ?” Tentu mereka akan jawab..
“ Kami orang Islam,,..dan keluarga kami orang Islam” .....
Lantas dalam hati kita akan berkata,,... ooo bijak budak-budak ni menjawab.
Tak pernah pula kita terfikir bahawa antara “orang Islam” dan “Penganut Islam”
memang tak sama ... Agaknya ini lah yang dikatakan Islam kulit ? Islam
keturunan ? Islam Pak turut ? Islam Celup ? Islam liberal ? ,,, MASYAALLAH !

Wahai budak-budak semua ! Kamu sewajibnya belajar agama!, Dekati agama !

bukan menjauhinya!... inilah akibat, kalau buta agama.

Tingkah Iaku anak-anak muda ini,,... MENGHAMPIRI ZINA

Cara mereka berpakaian juga MENDEKATI ZINA

Bolehkah si Jantan ini menjadi HARAPAN BANGSA? HANCUR! MUSNAH,

Dan si betina ni jadi TIANG NEGARA? LEBUR ! PUNAH !,

Inilah yang dibangga-bangga oleh jenerasi Melayu masa kini !

Inilah yang dieksyenkan sangat oleh Melayu UMNO ?

(Hoi ! Mak Bapak kalian sedar ke ni ? ATAU tak ambil kisah? )

Kalau anak Menteri sendiri berani, terang-terang beraksi panas macam ni!

Tak mustahil anak-anak muda yang lain mencontohinya! Harap-harap tidak!!

Mereka ini tentu berpelajaran, atau berpelajaran menengah, jadi kerajaan

Persekutuan harus bersiap sedia untuk membina sebuah UNIVERSITI
MENGANDUNG untuk menempatkan mereka yang termengandung nanti.
Disamping itu, lepasan-lepasan dari Sekolah Mengandung Melaka juga pasti
mahu ditempatkan kesitu kelak.

(Syabas Ali Rustam ! Syabas Rosnah Ketua Puteri ! – pencetus idea. Otak anda memang terlalu bergeliga, terlalu kreatif, terlalu proaktif, ... macam buah nangka besar yang nampak cantik tapi busuk. Macam kelapa tua yang dah terlebih tua. Tak ada santan. Hampeeehhh!.)

Wahai anak-anak bangsaku yang beragama Islam lagi beriman,, Dirikan lah solat, kerana solat itu menjadi pengawal kamu dari melakukan kemungkaran dan maksiat. Takutlah kamu akan siksaan Allah terutama dihari kemudian nanti .

Oleh : Rahim Othman

Sunday, August 8, 2010

Awang Selamat - Sila periksa juboq anda dulu...

Awang Selamat - Nama gantian buat penulis pojok Utusan Melayu yang sentiasa menghentam gerakan Islam dan kumpulan dakwah, Kalau penulis blog yang mengadu domba digelar oleh TGNA Penulis Celaka, maka bolehlah aku katakan yang Awang Selamat ni spesis anak haram kelahiran UMNO..

Jawatan Awang Selamat sebelum ini dipegang oleh Zainuddin Maidin (ZAM),seingat aku dengan tempoh yang cukup lama, biasa sekali tu kena bayar saman dimahkamah kerana menulis membuat tuduhan TGHH sebagai Nabi, ZAM ni paling dia anti dengan kumpulan Arqam sewaktu ia menjadi Ketua Penulis Utusan, apabila ia bergiat penuh dalam politik UMNO tempatnya di ambil oleh Johan Jaafar dikenali dengan panggilan Wak Cantut, atas kebijaksanaan Johan Jaafar pandai menulis, menjadi pengacara debat perdana, kini ia mendapat habuan menjadi Pengerusi Eksekutif Media Prima..

Jadi siapakan Awang Selamat era 1Malaysia yang gila perpaduan melayu..., wahai awang selamat, sila buka seluar dalam anda.., check balik ada ke tidak anu..., sebab anda hanya berani berselindung di sebalik nama Awang Selamat... ada sesiapa staf dari Utusan, boleh tolong bagi tahu siapa awang selamat tu...


Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus




ATM tak guna bahan C4


Oleh : Rahim Othman


ATM tak guna bahan C4

ZAHID MENGAKU KEBENARAN !

TAPI MASIH TAK BERCAKAP BENAR !


Itulah Sifat Semulajadi Umat Melayu Mahzab UMNO






Zahid mahu semua pihak henti spekulasi

KOTA BELUD: Kementerian Pertahanan mahu semua pihak menghentikan spekulasi mengenai penggunaan bahan letupan jenis C4 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan latihan atau operasi.

Selain tidak benar, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tohmahan itu juga boleh mencemar imej dan kredibiliti ATM.

“Pasukan ATM tidak pernah menggunakan C4 dalam latihan atau operasi, sebaliknya menggunakan bahan letupan PE4 (Plastic Explosive).
“Jika ada bahan letupan C4 diperoleh, ia bukan dari stok ATM dan kita menafikan ia diambil, dicuri atau digunakan oleh mana-mana pihak berdasarkan rekod inventori sedia ada,” katanya selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Parlimen Kota Kinabalu, Kota Belud, Pensiangan, Tenom, Ranau dan Penampang di Padang Bandaran Kota Belud, semalam.

Ahmad Zahid berkata, mereka yang membuat spekulasi termasuk pemilik blog perlu menarik balik laporan tidak benar itu kerana ATM tidak pernah lalai dalam menjaga aset dalam inventorinya.


Apa Kata UMNO??!! ‘Wira Bangsa Melayu’

Hari ini lahir sebutir lagi kepala taik yang paling busuk tercatit dalam sejarah melayu UMNO di bumi Malaysia dengan mendapat jolokan ‘Wira Bangsa Melayu"...

Kenapa jadi wira...,

sebab tak mau bertanding..., (dah tau nak kalah mana nak bertanding).., dan sebelum ni selepas PRU12 2008 lalu, bergaduh macam nak rak dengan Gerakan, punya la main wayang, macam ia nak pi cekik Koh Ksu Koon tu,... tup-tup Najib pi lantik Koh Ksu Koon jadi Menteri, baru ada akai...

Kemudian lagi sekali berlakon, kononnya orang Cina hanya menumpang sahaja, sedangkan puak-puak UMNo yang dok jual tanah Pulau Pinang tu,, Wira pun wiralah.., Proton Wira pun boleh, orang dah tak berapa pakai lagi dah,,, la ni pakat-pakai Persona dan Exora...,





Baca DI SINI


Apa Kata UMNO??!! Mufti Yang Tak Rasa Jemu atau Tak Rasa Malu..

Hairan sungguh-sungguh, apakah ada ganjaran yang sedia menanti disebalik ini semua, paling tindak pun sambung kontrak jawatan 5 tahun lagi...

Aku nak tanya sikit ?!..

Kenapa sebelum PRU12 yang lalu tidak ada pun seruan supaya Melayu bersatu seperti mana yang berlaku sekarang....

Kenapa tak buat seruan kepada parti UMNO supaya kembali ke landasan Islam yang sebenar...

Kenapa tak buat fatwa sah atau tidak rampasan kerajaan negeri Perak yang dilakukan oleh UMNO...

Kenapa diam membisu apabila kejadian sidang DUN, dimana anggota polis bermaharaja lela dalam DUN Perak, kenapa anda diam, adilkah perbuatan tersebut dalam hukum Islam..

Wahai Harussani bin Zakaria.!!!..

Ingatkah anda lagi kisah di sekitar bulan Nov 2006, bila ada seorang wanita bernama Raja Sherina datang bertemu anda dan membuat pengakuan yang ada rakamannya, menceritakan beratus ribu rakyat Malaysia berugama Islam yang memeluk ugama kristian, kemudia bila datang Isu Datuk Azhar Pelayar Solo Negera yang kononya akan membaptiskan umat Islam di Gereja Silibin melalui SMS, membuat ramai umat Islam berkumpul di gereja tersebut membuat bantahan,

Kejadian tersebut polis telah mengambil tindakan menahan beberapa umat Islam termasuk anda sendiri wahai tok mufti, dan dengan pengakuan andalah wahai Harussani, membuat Raja Sherina dengan suaminya telah ditahan oleh Polis di rumahnya di Sungai Petani.Daripada kejadian tersebut kisah Raja Sherina tu tak tau bagaimana sehingga sekarang..

Patutkak anda membuat pengakuan sebegitu terhadap polis demi kepentingan Islam dan keselamatan pengadu raja Sherina. Anda seorang Ulama yang dihormati waktu itu, tetapi anda belum apa-apa lagi dah kecut **** apabila ditahan dan disoal siasat polis.., layakkah anda sebagai seorang mufti dengan berperangai sebegitu rupa.....






Apa Kata UMNO??!! - Hukum Allah VS Hukum Manusia..

Salam sejahtera...

Sebelum aku menulis apa-apa sila Klik DISINI.

Tetapi bab di atas tu kira masih OK lah, sebab itu undang-undang manusia, mungkin sesiapa yang tinggi darjatnya boleh terkecuali dari undang-undang manusia walaupun perkara sebegitu tak sepatutnya berlaku, dimanakah amalan yang pernah dipraktik iaitu Contoh melalui tauladan..

OK, bagaimana dengan gambar di bawah,, ehsan Berita Harian Online hari ini...
Timbalan Perdana Menteri ada di sebelah, kenapa ia boleh berpakaian sebagai seorang Islam...,


OK, Yang bawah ini gambar ehsan dari Utusan Online...


Yang ini Menteri Wanita UMNO, haprak......, YDP NCWO Tan Sri Dr Sharipah Hapsah lagi haprak x haprak.., apa tidaknya,, keturunan Syed... beb.. aduhai...

Kesimpulan yang kita dapat ialah Pemimpin UMNO ni bila bab Islam ia tak boleh nak praktikkan dengan sepenuhnya,,, si TPM tu ia hanya dapat melakukan untuk dia seorang sahaja, anak dara dia tak dapat nak dibetulkan, tak percaya.. Lihat di SINI.

Apa macam?!! berderau darah yob... aku rasa isshh.. macam muda lagi aku ni, umur aku rasa macam nak masuk 25....

bab Menteri Wanita UMNO pulak, lagi bertambah haru biru... apa tidaknya, nak menyuruh rakyat sudah tentu tak mampu, sebab ia sendiri tak boleh nak ikut, walaupun disebelahnya Permaisuri berpakaian mengikut hukum syarak, walaupun tak sepenuhnya, tetapi jadilah...

Jadi apalah nak diharapkan pada UMNO dalam bab Islam ni, itu pasal nak ajak bersatu dengan PAS demi perpaduan melayu. bukan perpaduan Islam...


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari