boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, February 7, 2011

Rasuah.. Hukuman kat dunia dah kantoi....

Salam Sejahtera..

Tentu pembaca blog MM masih ingat gambar yang kat bawah ni...kesian tengok wajah air muka,, macam ada problem besar.. ..


Rupa-rupanya memang problem sungguh.....

Bahasa

Rasuah: Ketua Umno Pandan pitam ketika tuduhan dibicarakan

February 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ketua Umno Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abd Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abd Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abd Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan.

Terdahulu, mahkamah membenarkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek untuk meminda lapan daripada sembilan pertuduhan iaitu daripada memperoleh kepada menerima rasuah melibatkan RM169,323 yang dikenakan terhadap tertuduh.

Bagi lapan pertuduhan itu, Abd Ghani, 43, yang ketika kejadian seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa menerima rasuah itu daripada Abdul Rahman Yaacob.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Dia didakwa menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 4 Ogos 2006 hingga 31 Mac 2007.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal kesalahan jika suapan itu dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan pertama iaitu bagi kesalahan memperoleh secara rasuah daripada kontraktor yang sama, bagaimanapun kekal seperti pertuduhan asal mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama.

Mahkamah menetapkan Rabu ini untuk sebutan semula bagi pihak pembelaan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya perlu untuk memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan. – Bernama.


Mari Lihat Gambar - Jangan Ketawa,, Tak Baik...Nanti mengumpat..

Salam Sejahtera...
Aku tak mau nak komen apakah tindakan kerajaan membawa balik pelajar Mesir ke tanah air satu tindakan bijak atau tidak, cuma apa yang aku dok nampak, ini sebagai tindakan membawa keuntungan masa depan politik UMNO, pertama sekali dapat menghalang pelajar Mesir turut sama terlibat dengan aktiviti demontrasi,, katakanlah separuh dari pelajar Malaysia ikut bersama rakyat Mesir berdemontrasi,, oii ini membahaya,, takut-takut nanti budaya demontrasi dari Mesir masuk ke Malaysia,,,

Cuma aku teringat balik cerita dari seorang tuan Guru yang aku dok mengaji satu ketika dulu, Allahyarham Tuan Guru Yusuf Ismail (Yusuf Baling), beliau menceritakan sewaktu dalam kuliahnya, beliau menyambung belajar di AlAzhar, selepas habis belajar di India, bila tiba perang Mesir - Israel, belaiu sama-sama mengangkat senjata bersama-sama pelajar lain menentang Israel, ada juga pelajar Malaysia waktu tu dok diam dalam asrama, orangnya ialah Dr Hamid Othman yang masih lagi hidup..

Kena pelajar sekarang baru demontrasi, belum lagi israel serang mesir, dah pakat nak lari balik,, pelajar bidang perubatan Ok lah,, ni pelajar Syariah, pelajar agama Islam,, pun cabut,,, Walau pun ada sebilangan kecil pelajar yang tak mahu pulang, Tahniah buat pelajar-pelajar tersebut, andalah bakal peneraju gerakan Islam di Malaysia yang akan datang......

Itu pasai kebanyakan ustaz-ustas muda graduan timur tengah, kurang menonjol dalam gerakan jemaah Islam,, bayangkan 40 ulama muda,, baru kena kejut sikit,, meneru bagi borang keahlian UMNO.... .

Terpaksalah para PM, menteri dan juak-juak pencacai memenuhi lapangan terbang, sambut pahlawan-pahlawan wira negara....




He heh bukan senang nak dapat berbual dengan PM... untung ada demontrasi....


Permata dari Mesir pun ada, suka tuan punya Permata.....



Gambar atas ni dari Berita harian online,, aku sangka silap......


Dari Mstar Online... pun sama juga... Kasih Terima,, betui ka pelajar yang buat atau ..... ish,ish... tak baik menuduh...... kah kah kah.

Sunday, February 6, 2011

Serangan Gerak Saraf dari Awang Selamat..

Salam Sejahtera..

He he banyak agenda yang terusra dan tersirat..UMNO semakin hari semakin tersepit dari kacamata penilaian orang-orang muda Melayu,

Sebelum PAS menjadi sasaran Awang Selamat dan akhbar Utusan Melayu, namun bila ada agenda perpaduan Melayu, nampaknya serangan terhadap PAS semakin kurang, melainkan pada waktu-waktu PRK seperti di DUN Tenang, selesai PRK untuk sementara waktu, cuba-cuba pulak tulis nak bodek Presiden PAS, dalam pada nak bodek atau nak jolok, harapannya PAS akan bertelagah dengan PKR,, bijak-bijak Awang Selamat... baca apa yang dia tulis pada ahkbar MM hari ini...

Anwar dan Hadi

Awng Selamat

Selain kelemahan tertentu dalam Pas, antara faktor signifikan kepada kekalahan pembangkang di PRK Tenang ialah isu Anwar Ibrahim.

Pembangkang melangkah ke PRK Tenang dengan PKR pimpinan Anwar, sudah semakin tenat dan hampir terburai. Isu semakin ramai pemimpin dan ahli pelbagai kaum meninggalkan PKR, ternyata memberi kesan kepada keseluruhan pakatan pembangkang. Isu pergolakan dalaman PKR, pemilihan parti yang berserabut dan dikritik hebat serta kegagalan memberikan penjelasan menyakinkan terhadap banyak isu, menjadikan parti itu tidak lagi dihormati. Anwar sendiri berdepan dengan isu moral yang serius ekoran kes perbicaraan liwat. Banyak lagi persoalan mengenai kaitannya dengan beberapa individu masih belum terjawab.

Di Tenang, ceramah Anwar kurang mendapat sambutan. Cubaan beliau untuk bermain sentimen liar juga tidak berjaya. Malah Awang difahamkan, di sebuah kawasan Felda, seorang pemuda yang hadir bangkit merampas mikrofon kerana membantah ketua pembangkang itu memburuk-burukkan Felda. Khabarnya, Anwar yang sedang berceramah ketika itu terpaksa menghentikan ucapannya kerana ternyata hadirin tidak memihak kepada beliau. Awang percaya, era Anwar sudah berlalu. Selagi beliau menjadi sandaran, selagi itulah, potensi pembangkang amat terhad untuk meraih lebih banyak sokongan terutama majoriti Melayu. Pakatan pembangkang perlu memikirkan pemimpin yang lebih bersih untuk menggantikan Anwar. Awang nampak pada peringkat ini, Presiden Pas, Hadi Awang calon paling sesuai. Mungkin sebahagian daripada kalangan pemimpin pakatan pembangkang

termasuk Pas sendiri tidak bersetuju. Tetapi Awang ada keyakinan kepada Hadi dengan syarat Pas perlu menjadi dominan. Pakatan pembangkang tidak akan ke mana jika tidak dapat memenangi hati majoriti Melayu. Itu realiti politik Malaysia..

Mengapa Awang Selamat tak letak nama TG Nik Aziz,, kenapa TGHH jadi pilihannya... he he... masih dok menaruh harapan lagi lah tu...

Presiden PAS tak seburuk kelaku macam pemimpin UMNO, sesama sendiri pun sangggup berebut kedudukan jawatan dalam parti, tindas menindas,,, PAS bersama dengan Pakatan masih boleh bekerjasama, saling bantu membantu,, sasaran utama UMNO BN mesti dijatuhkan dahulu,,

Ya UMNO mesti turunkan.., di kuburkan....,
..

MPM - Kenapa bodoh sangat ?!!!

Tamatnya sokongan Melayu pada pemimpin India

Salam sejahtera.
Inilah tahap pemikiran melayu cerdik + bingung nak tipu pengundi Melayu dalam masa yang sama nak jaga parti UMNO jangan berkubor pada PRU13 nanti..

"Langkah kami yang pertama dalam usaha ini ialah menyebarkan gerakan bahawa orang Melayu tidak akan sekali-kali memberikan apa jua sokongan kepada mana-mana pemimpin India, baik dalam BN mahupun pembangkang, bermula dari mana-mana pilihan raya akan datang," Baca Seterusnya

Sejak bila gerombolan Melayu ni sokong kaum India dari parti pembangkang.. habaq mai,,,

Kalau betui sayang dengan nilai kesusasteraan melayu tu, bukan sekadar tamat sokongan pada India,, sepatutnya tamat sokongan pada UMNO... sebab UMNO dah lemah,,,

UMNO yang memperbodohkan orang Melayu dengan menyuruh pengundi melayu sokong Samy Veloo dan kuncu-kuncunya, sedangkan Samy Veloo sendiri kurang ajaq dengan orang Melayu dan umat Islam,, namun orang Melayu UMNO tetap sokong Samy Veelo,, Kini bila tibul isu Interlock baru tersedar yang kurang ajarnya anak-anak buah Samy Veloo,

Isu sekecil begitu pun tak boleh nak diselesai,,,, mana menteri penerangan dan warisan,, kenapa senyap menikus,, Apakah UMNO akan ikut kehendak MPM itu,,, sorry la.. Kalau hukum Al-Quran UMNO tak ikut, setakat desakan buku Interlock UMNO nak ikut... tak ada makna dia nak ikut,, dia peduli apa Interlock, PPSMI dan bermacam lagi,,,

Pemimpin UMNO tak kan nak fikir isu buku itu, pemimpin UMNO sibuk dok memikir, dimana tempat di luar negara yang sesuai untuk mereka nak melarikan diri selepas PRU13 nanti... .

Friday, February 4, 2011

Krisis Mesir - Tanggungjawab Kerajaan...

Salam Sejahtera..

Semalam aku mendapat satu komen daro seorang blogger pencacai UMNO tahap Melayu hutan belantara...

Blogger joecharlie said...

KRISIS MESIR : MISI SELAMATKAN PELAJAR OLEH UMNO !


macamni la bro. tak payah nak hipokrit.

pelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.

hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.

artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.

bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.

MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI

Posted by GAP KEMBALI at 3:09 AM

February 4, 2011 5:17 AM


.Jadi dengan ini terbukti sikap dan perangai UMNO dan suku sakat yang sewaktu dengannya, beginilah yang berlaku di negeri Kedah dalam peristiwa banjir yang melanda negeri itu tahun lepas...

Inikah hati budi UMNO, sedangkan pelajar yang menuntut di Mesir apa yang aku tahu, jikalau dalam jurusan agama, majoritnya pemergian mereka ke sana adalah usaha sendiri, jikalau yang menepati syarat kelayakan dapatlah bantuan dari Baitulmal, dapatlah menampung perbelanjaan disana, ada yang setengah tu terpaksa menebal muka buat surat serta lampiran hantar merata surau mohon bantuan ikhlas, pelajar-pelajar ini tidak layak memohon PTPTN.

Apakah kerajaan tidak terasa terlepas dari tanggungjawab sosialnya terhadap rakyat dalam memberi kemudahan pembelajaran. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar ini bila balik ke tanah air mereka bakal menjadi insan kamil, mereka dapat mempergunakan ilmu yang mereka pelajari untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Si pengkomen tu tulis di sini bermula pengkaderan PAS,, salah tu, aku nak habaq bagi, Tan Sri Hamid Othman, bekas Menteri dan Penasihat Agama PM, adalah pelajar dari AlAzhar, UMNO totok, Tan Sri Wan Mokhtar, mantan MB Terengganu paling lama, adalah pelajar dari AlAzhar, dan ramai lagi yang tak larat aku nak senaraikan...

Bagaimana pulak calon PAS Dun Tenang Cikgu Mala, bukan dari Mesir pun, jadi tak payahlah nak bagi hujah dangkal...

Tak cukup dengan Blogger Pencacai UMNO, Menteri bekas pencen askar pun nak tunjuk hebat, nak cerita yang Kerajaan membantu dengan percuma...

TERKINI

Pemindahan pelajar Malaysia ke Jeddah percuma

04/02/2011 8:30pm

KAHERAH 4 Feb. - Proses memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, dilakukan secara percuma tanpa sebarang caj dikenakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan tempat tinggal, pengangkutan, cukai lapangan terbang, bayaran visa ke Jeddah serta makan dan minum secara percuma kepada mereka, katanya.

Jamil Khir berkata adalah satu fitnah mengatakan bahawa kerajaan mengenakan bayaran kepada pelajar Malaysia di Mesir yang dibawa ke Jeddah. - Bernama



Itulah,,, setiap kejadian tu ada hikmahnya,, sebelum ini bini-bini menteri, menteri saja dok perabih wang rakyat pergi lawatan ke negara Arab, pi balik, ulang pi lagi, tak renti-renti,, seolah-solah kapalterbang Kerajaan Malasyia itu umpama hak mak bapa depa,,,

Ha ha.. kali ini sesekali bagilah untuk rakyat yang memerlukan,,, tak kan bini menteri saja yang nak guna pakai wang rakyat tanpa faedah....


Thursday, February 3, 2011

Ketuanan Melayu UMNO - Ketuanan Arab Mesir

Salam Sejahtera,..
Sejarah yang lampau tak akan dapat dipadamkan dari ingatan manusia selagi manusia itu akalnya waras sehinggalah ke ajalnya.
Siapa yang tak ingat, sewaktu era Mahathir, PAS pernah di cop lebih berbahaya dari kominis,,
Tahun 1985 berbelas orang manusia melayu terbunuh ,di bunuh di Memali Baling Kedah tanpa belas kasihan, tanpa rundingan, sudah 26 tahun berlalu, kes itu masih sunyi sepi tanpa pembelaan di mahkamah yang dikatakan adil buat semua rakyat..

Sejarah juga berlaku, dimana Kerajaan PAS Terengganu (semua Melayu) yang memerintah tahun 1999 telah ditarik balik pemberian wang royalti Petronas, semuanya itu ada dalam lipatan sejarah..

Tahun 2008 selepas tsunami politik PRU12, lima buah negeri telah diambil alih dari UMNO,maka keluarlah kata-kata keramat yang dijadikan zikir amalan Melayu bangsat, "Bersatulah orang melayu", Kenapa dah hilang 5 negeri baru nak ajak melayu bersatu...

Dalam dok ajak melayu bersatu, Kerajaan PR Negeri Perak telah dirompak di sinag hari, Kerajaan Selangor sehingga sekarang tak aman-aman asyik diganggu gugat,,, itu pun nak dok ajak bersatu,, bersatu kepala tegkorak depa..

Oii, mana mungkin melayu boleh bersatu atas dasar kaum atau bangsa, mustahil, lihatlah sejarah Melayu Melaka, sejarah Melayu dinegeri-negeri bersekutu yang mana raja-raja melayu dok berebut, bergaduh nak kan tahkta, akhirnya penjajah Inggeris yang berkuasa.. Itulah perangai orang Melayu dahulu yang sekarang ini diwarisi oleh UMNO..

Yang itu dalam pandangan mata kasar di dalam negara. Cuba kita lihat apa yang berlaku di luar negara sekarang ini, Kerajaan Arab Mesir...cuba perati dan tengok apa yang berlaku .

Double klik untuk besarkan gambar...
Yang dalam gambar tu semua umta bangsa Arab, tak ada rupa Cina, Eskimo atau Jerman..., Tetapi boleh berlaku pertempuran sesama sendiri...


Bukan setakat seratu dua ratus orang, tetapi dah melangkau jutaan manusia,,



Inilah Arab sesama jenis (spesis ) Melayu UMNO, melayu bangang.., yang ini arab bangang, dalam rakyat jutaan manusia menyatakan ketidak puas hati terhadap Presiden, rupa-rupa ada lagi yang bengong tahap pencacai..


Jadi apa yang berlaku di Arab Mesir sana, arab sama arab pun tak boleh bersatu, bersatu atas ketuanan bangsa, atas perkauman assobiyah,,, memang mustahil, jadi kita di Malaysia ni, tak payahlah nak dok sibuk-sibuk jom orang melayu kita bersatu, kepala pundek laaa...

kalau orang Melayu teringin nak bersatu, marilah, tapi bukan atas dasar nama Melayu,, Noooo, Melayu boleh bersatu atas nama Islam, bukan sahaja kaum Melayu, malah komposisi kaum terbesar Cina dan India pun boleh sama-sama turut serta, itulah yang berlaku dalam Pakatan rakyat, dalam dok pakat-pakat sedikit demi sedikit kaum Cina dan India dalam Pakatan daham faham hukum Islam,,,

Tak macam MCA saudara kandung UMNO dunia akhirat, masih tak faham Islam, masih dok pertikai amalam umat Islam, dah 53 tahun mereka bersama dalam BN, namun tak faham atau sengaja buat-buat tak gfaham..

Dan UMNO harus ingat, jika kezaliman terhadap rakyat dalam negara Malaysia masih berjalan, tidak mustahil apa yang berlaku di Mesir boleh berjangkit dan merebak di Malaysia, dan apa yang aku dok nampak, jika perkara seumpama di Mesir berlaku di Malaysia, aku rasa lagi hebat, sebab Ketuanan Melayu UMNO akan bertembung dengan Pakatan Rakyat, faham-faham sahaja lah..



UMNO Selangor masih nak membalas...

Salam Sejahtera...
Nampaknya apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Selangor terhadap ADUN Bebas Pebuhan Kelang sudah terbalas....

Masing-masing nak tunjuk kuasa, tak nak mengalah,, namun apa pun ini semua adalah hasil kerja terkutuk perbuatan UMNO Selangor yang didalangi oleh Najib sendiri,, mereka tidak ada rasa malu atau segan silu dengan menggunakan instrumen kerajaan....


KUALA LUMPUR 3 Feb — Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari PKR akan dikenakan tuduhan hasutan Isnin ini ekoran kenyataan beliau berhubung kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Shuhaimi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau ditahan oleh polis hari ini dan dimaklumkan akan didakwa di bawah Seksyen 4 1 C Akta Hasutan minggu depan.

“Saya tidak pasti mengenai skop sebenar tuduhan ke atas saya tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan tulisan saya dalam blog mengenai isu setiausaha kerajaan negeri ” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut wakil rakyat itu pihak polis ada menghubunginya dan meminta agar datang ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam.

Bagaimanapun beliau tidak bertemu dengan polis semalam sebab ada ceramah malam tadi.

Beliau telah memberi keterangan kepada polis kali pertama pada 12 Januari lalu.

Dia dibebaskan dengan jaminan mulut. “Saya ditahan di luar ibu pejabat polis hari ini ” kata beliau merujuk kepada ibu pejabat polis daerah di Seksyen Shah Alam.

Katanya biro politik PKR yang diketuai Latheefa Koya akan menguruskan kes beliau.

Selain Latheefa Shuhaimi juga dijangka akan diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada 27 Januari lalu Shuhaimi dan pegawai khasnya Mohamad Azmin Abdul Karim sekali lagi memberi keterangan kepada polis tetapi ia mengenai kejadian Pusat Khidmat Adun itu disimbah cat merah 7 Januari lepas.

Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dalam blognya srimuda blogspotcom pada 30 Disember lepas.

Polis telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Adun Sri Muda di Kota Kemuning pada 14 Januari lalu.

Pada 24 Januari lalu Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua cabang PKR Kota Raja mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataan itu menerusi blognya

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan awal bulan lalu berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-olah sebagai “beraja di mata bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Shuhaimi telah pun bagaimanapun menafikan kenyataannya itu bertujuan menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Ulama UMNO cabar nak berdebat dengan TG Nik Aziz..

Salam sejahtera..

Makhluq inilah sewaktu dalam PRK DUN Galas yang dok maki hamun TGNA sewaktu dalam kempen di Galas tahun lepas,,

Menurut cerita dulu-dulu, makhluq ni adalah penceramah tersohor PAS, dia nilah yang rajin dok mengkafirkan ahli-ahli UMNO....

Tup-tup dengan takdir Allah dia pulak yang masuk UMNO,, hairankan kuasa Allah...
Entah kenapa pulak, terasa hati rindu dendam dengan TGNA,, nak ajak berdebat, tak cukup nak berdebat siap nak lapor kat Polis, kemudian Majlis Raja-raja Melayu pulak...ish-ish..

Dah rupa perangai budak tadika KEMAS aja... he he macam ni rupa jenis standard Ulamak Veteran UMNO... khahk...pthuiih..

Oii hari ini baru aku dengak Ulamak Veteran pulak,,, sebelum ini ulama Muda,,, macam-macam ulama UMNO,,, Ulamak MCA pun ada.... .


Ulama Umno: Raja Melayu, Majlis Fatwa perlu kaji ‘fatwa’ Nik Aziz

February 02, 2011

KOTA BARU, 2 Feb — Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Pengerusinya Prof Mohd Noor Deris berkata kenyataan Nik Abdul Aziz seperti mengundi PAS masuk syurga dan tidak mengundi PAS disifatkan golongan jahiliyah dilihat bercanggah dengan syarak kerana boleh menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Sehubungan itu beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

“Kalau dibiarkan perkara ini ramai orang mati kerana murtad, atau keluar dari Islam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong baru-baru ini, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

Prof Mohd Noor berkata telah banyak perkara Nik Aziz melakukan fitnah antaranya Malaysia bukan negara Islam, Umno tidak mahu Islam dan imam Umno tidak sah diikuti dan menurutnya Nik Abdul Aziz perlu meminta maaf terhadap kenyataannya itu.

Beliau berkata asas politik Islam ialah membentuk masyarakat menjadi satu ummah sedangkan PAS tidak ke arah penyatuan ummah.

“PAS hari ini memporak-perandakan ummah kepada beberapa jemaah atau parti dan akhir-akhir ini semakin sesat daripada politik Islam,” dakwanya.

Malahan beliau berkata Nik Aziz tidak menepati ciri-ciri seorang ulama mengikut al-Quran berikutan tindakannya yang memecah-belahkan umat Islam dan perkara itu dilarang oleh Allah.

Katanya pada masa sama Nik Aziz sanggup bermusuh sesama Islam dan berkawan dengan musuh Islam iaitu parti DAP, yang menentang hudud.

Berdasarkan penelitian itu, katanya Nik Aziz dilihat tidak memperjuangkan Islam tetapi lebih bersifat politik “Assobiyah” iaitu sanggup menyelewengkan agama untuk melindungi individu tertentu di dalam parti dan menggunakan agama untuk kepentingan parti bagi meraih kepercayaan.

Katanya biro akan membuat laporan polis terhadap Nik Aziz dalam tempoh terdekat dan sedang merangka satu memorandum untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja. — Bernama.

.

Wednesday, February 2, 2011

Doa Umat Islam Mesir Ramadhan tahun lalu dimakbulkan oleh Allah.

Salam Sejahtera,

Malam tadi kuliah magrib oleh Ustaz Zakaria Ahmad (Ustaz baca doa), habis sahaja kuliahnya, beliau ada menyentuh sedikit bab isu pelajar Malaysia di Mesir, menurut beliau yang juga pelajar Al-Azhar, Mesir keislamannya hanyalah di AlAzhar, luar dari tu.... serba serbi ada lebih kurang Malaysia lah juga.. malah tarian gelek zaman jahiliah arab dulu pun masih ada lagi di Kaherah.

Hosni Mubarak yang mengambil alih jawatan Presiden Mesir dari Anwar Sadat adalah seorang sosialis, status agama tak pasti, tetapi bininya seorang kristian... telah memerintah Mesir dah lebih 30 tahun...

Rakyat Mesir yang berkemampuan atau berpendapatan tinggi hanya sekadar 1% sahaja,, yang lain hidup melarat, bayangkan seorang pensyarah Universiti hanya mendapat gaji sekitar RM2,000 sahaja... Menyebabkan ramai tenaga pengajar Mesir berhijrah ke seluruh negara Asia Barat..

Rakyat Mesir bangun berdemontrasi di jalanraya apabila makanan sudah menjadi satu masaalah untuk mereka hidup, selagi makan dan tempat tinggal masih selesa buat rakyat, percayalah, demontrasi sebegitu tak kan berlaku...

Teringat balik aku akan kezaliman kerajaan Mesir tak payah ceritalah, berapa ramai pelajar Malaysia sendiri yang kena tahan jika disyaki terlibat dengan ikhwan muslimin, malah Ustaz Ibrahim (mantan calon PAS Parlimen Lenggung) sendiri pun kena tahan sebulan tahun lepas...

Apakah kezaliman yang dilakukan oleh regim Hosni dah sampai ke tahap maksimun menyebabkan rakyat bangun atau tuhan dah makbulkan permintaaan doa-doa mereka di solat terawih perdana mereka pada tahun lepas, Lihat. gambar sekitar sejuta muslim solat. .

Jadi kalau kita pun rasa-rasa nak jatuhkan UMNO dengan kuncu-kuncunya, maka Ramadhan yang akan datang pakat-pakat ramai-ramai turun solat terawih dan banyak-banyaklah solat malam mohon pertolongan dari Allah.. Insyaallah, mampos UMNO....
..

Tuesday, February 1, 2011

Menang di Tenang - UMNO menzalimi rakyat Johor..

Salam Sejahtera,
Aku bercuti sejak hari Sabtu, cadang-cadang tu nak balik ke Johor Bahru pagi Ahad tu, niat nak lalu ikut Segamat menuju ke Labis, namun nak dijadikan cerita suasana iklim setiap pagi cuaca mendung gelap nak hujan, terpaksa program nak bercuti dibatalkan,, apa tidaknya, bila melihat kawasan Johor Bahru daerah Kangkar Tebrau pun banjir,, beerti rumah arwah mertu ku turut tempias sikit-sikit banjirlah nampaknya..

Apa yang menghairankan sebelum ini, Pengarah kaji cuaca telah mengeluarkan kenyataan ramalan cuaca yang negara kita akan mengalami cuaca panas dan kemarau yang melampau, bagaimana pula hujan dengan lebat, selalunya ramalan dari Kaji Cuaca jarang yang meleset..

Kita imbau kembali apa yang berlaku selepas sahaja penamaan calon di DUN Tenang, betapa celuparnya suara-suara pemimpin parti MCA dan Gerakan mencerca hukum Islam yang diamalkan oleh calon PAS Cikgu Mala, ada Pemimpin UMNO ambik kisah.. malah depa pun sama-sama ikut serta..

Bila Nik Aziz bagi tau mengundi UMNO berdosa,, phurrh ramai lagi yang bersuara, kali ini bukan Cina, bukan Hindu kafir,, tetapi Melayu, Melayu oii, Melayu bangsat tak sedaq ke diri, tak tau hukum agama, nak cakap agama,, bila orang bagi nasihat, menggelupoq terasa, belum lagi mampos..

Dan akibatnya inilah, yang menjadi mangsa rakyat-rakyat jelata, akibat dari kedajalan pemimpin UMNO, juga pengundi-pengundi Melayu dan beragama Islam mengundi calon UMNO...






Tentu nanti yang akan kata aku merapu, memandai mereka cipta,,, aku tak reka... Tok Guru dah nasihat, degil, ketegaq... inilah habuannya..

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).


lagi satu amaran Allah !...
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

dan kalau rasa nak lebih mendalam nak tau berdosa ke tidak mengundi clon UMNO hangpa-hangpa pakat baca kat DI SINI ,.


Ustaz Kazim sebut definasi politik dalam satu ceramahnya ialah senang aja.. buat dua benda ,, iaitu buat garisan pangkah,, lima tahun sekali,,, pilihlah kut mana pun, yang penting Melayu bersatu.... tengkorak dia...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari