boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, March 8, 2011

CEO Tabung Haji mendapat elaunan RM300K sebulan!!

Salam Sejahtera..
Dalam waktu yang terbatas hari ini, aku sempat melihat laporang parlimen petang tadi, waktu yang sempat aku lihat bila Saifudin Nasution AP Machang dok pertikai ucapan pembukaan oleh agung semalam mengenai jumlah kemiskinan tegar hanya 100 orang dalam Malaysia,,,

Punyalah nak membohongi rakyat kononya ekonomi negara dalam pentandbiran najib dah pulih,,,

Kemudian aku keluar solat asar, masuk balik Ibrahim Ali pulak yang dok berucap, hurg bergegar dia dok tibai entah siapa,, mengenai ekonomi bumiputra tetapi nampaknya yang kena Mustafa Mohamad sebab jaga Miti,

Selepas tu, ia sebut pula bab Bank Rakyat yang dah berbelas tahun memberi dividen kepada ahli-ahli sebanyak 15%, sedang Tabung Haji yang untung berbillion-billon juga hanya membayar sekadar 5% lebih sahaja...

Ibrahim menanya Parlimen apakah benar CEO Tabung haji yang tugasnya mesyuarat dan menjaga anak-anak syarikat Tabung Haji dibayar elaun sebanyak RM300 ribu sebulan,,,

Huiiiii, hasil keuntungan simpanan umat Islam yang nak pegi haji, UMNO dengan kroni-kroni pakat faraid sorang sikit....

Umat Islam nak pegi Haji, tak melalui tabung haji kalau kena tangkap akan hilang kerakyatan, inilah hukuman yang dicadangkan satu ketika dulu...
Inilah UMNO... yang mengaku Islam....Khawwwhk ptuiiihh.......

Apa Kata Umno ?!! - Cuba cari dalam gambar ni apa yang berbeza!!!

Salam Sejahtera..
Sekadar nak mengasah minda petang-petang ni....
.

Hanya terbuka buat pembaca- ahliu dan penyokong UMNO sahaja.... .

Sebelum dan selepas PRK Merlimau dan Kerdau...

Salam Sejahtera....

Tahniah aku ucapkan kepada pengundi UMNO BN di PRK Merlimau dan Kerdau, tahniaah,, anda memang bijak,,,, bijak sangat... kenapalah kecik-kecik du tak mampus...
Ko orang lihat ni ...

.
Suratkhabar muka depan sebelum PRK Merlimau dan Kerdau...


Hari ini pula...

EKONOMI

Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.


Sama-sama kita pakat-pakat tunggu bala yang sendiri tempah, sendiri tunggu dan terima...

Monday, March 7, 2011

Apa Kata Umno ?!! - Eiiii....

Salam Sejahtera.


Apa komen Tan Sri Mufti Harusani, Mej Jen (B) Dato Sri Jamil Khair dan tidak lupa Alfadhil Ustaz Kazim Elias Alhafiz...

Gambar di cilok dari malaysiaberih

Sunday, March 6, 2011

Politik Orang Melayu - Ikut resam itik jawa..

Salam Sejahtera.
Hari ini akan melahirkan dua lagi ADUN yang baru,secara lahiriahnya kemenangan akan berpihak kepada yang berkuasa dan mempunyai sokongan yang kuat, itu pendapat yang diberikan oleh seorang professor entah dari mana yang sebelum ini aku tak pernah dengar namanya yang terpapar dikaca TV malam tadi....


Namun apa yang sebenar berlaku dalam keadaan politik Malaysia terutama dikalangan orang Melayu jakun, mereka mengalamkan resam itik jawa ,

Kalau kita lihat resam atau habitat itik jawa mereka hidup dalam berkumpulan, yang berderet-deret mengikut ketua yang berada di hadapan...Tidak pernah membantah apa yang ketuanya lakukan..

Jikalau ketuanya yang dihadapan tu terjun dalam lombong, maka pengikut-pengikut yang lain dengan taat setia tanpa membantah akan sama-sama terjun dalam lombong berenang bersama-sama, walaupun dalam lombong tersebut ada buaya katak atau ular sawa yang sedia menunggu mangsa,

Begitu juga kalau si ketua melintas jalanraya yang penuh kenderaan, yang lain-lain tetap akan mengikutnya melintas jalan tanpa mengindahkan nyawa mereak sendiri, mereka hanya berserah kepada malakaikat maut yang menentukan nyawa mereaka..

Begitulah orang Melayu di bumi Malaysia ini, sangat setia dengan ketua atau pemimpin mereka, tidak dapat memikirkan apa yang baik atau apa yang buruk,

Letaklah siapa saja menjadi calon pilihan ketua mereka, bekas perasuah, pecah amanah, kenyataannya semua pasti menang, akibat penangan resam itik jawa..

Nak kata mereka tak beragama tidak mungkin, mereka pergi ke masjid atau surau sembahyang berjemaah, tetapi lepas sembahyang sunat, gabuih pungkoq mereka balik, sebab nak tengok berita TV jam 8, kuliah magrib anggapan mereka kuliah mengata kat orang,

Sedangkan kalau kita perhatikan sembahyang mereka kekadang tu banyak lagi yang tak betul, inilah kesan pemerintahan sekular yang UMNO mati hidup balik pun tetap akan mempertahankan.. ...,

Sama-samalah kita berdoa agar sahabat-sahabat dan kekawan kita dapat berubah hati dari resam itik jawa ke resam akal manusia yang akal pemikiran yang merdeka,

Friday, March 4, 2011

PRK DUN Kerdau - Lihat dan nilailah dengan tafsiran sendiri!...

Salam sejahtera,
Lihatlah apa yang ada dalam gambar di bawah ini..,


Tak mau nak komen apa-apa,, dengan gaya dan stail calon lulusan AlAzhar seperti didalam gambar, sesuaikah beliau nak menjadi calon kepada penduduk Kerdau..
Sendiri fikirlah....

Sifat ADUN UMNO yang pemurah senyuman..

Salam Sejahtera.,
Inilah contoh seorang lelaki gentlemen, walau pun keputusan hakim dah keluar menyatakan bersalah, namun masih ada kelihatan wajah-wajah yang tak bersalah... taklah macam rupa kat SINI ..poyo... .

Namun apa pun jangan ingat boleh ada PRK lagi, seperti yang aku tulis yahoo ada lagi prk di lenggeng pula . Sebabnya mengikut pada laporan berita awal tengahari tadi keputusan hukuman akan dijatuhkan oleh oleh hakim pada jam 2.45 petang hari ini...
Tup-tup berita TV jam 7.00 memaklumkan keputusan hukuman akan dijatuhkan pada 1 April nanti.. kenapa.. susah sangatke nak cari hukuman yang setimpal dengan kesalahan...
Kenapa boleh jadi begini,, hakim bodo ke atau kita rakyat yang diperbodoh... celaka punya UMNO...

Jadi senyum lebar ADUN yang mentekeradah rasuah...,

PRK DUN Merlimau - Hak yang busuk tu UMNO suka....

Salam Sejahtera..
Sama-samalah kita nilai balik apa yang kita amalkan, apa yang kita makan,,.

TOUCHING BASE AT THE MARKETS: Accompanied by some members of Puteri Umno, Barisan Nasional's candidate for the Merlimau by-election, Roslan Ahmad, picks out some petai from a trader at the town's pasar malam (picture by Izhari Ariffin). At the Pasar Tani Mega, Roslan and his wife Zalifah Omar beside him greet a stallholder (picture by Chan Wai Yew).
Mar 3, 2011 5:24 pm


Memanglah petai ni satu jenis makanan tambahan sebagai ulam atau bahan campuran yang cukup sedap,,,, tetapi selepas itu bayangkan keharuman bau tandas anda selepas menikmati kenakan petai....

Maka dari sinilah hukum makanan sedemikian menjadi makruh... bila dah makruh tu bermakna Allah tak berapa suka.... tetapi orang UMNo cukup suka...

Yahoo... Ada lagi PRK... di Lenggeng pula...

Salam Sejahtera...

Kalau mengikut pada proses undang-undang besar kemungkinan ada lagi satu PRK...

Tetapi entahlah,, banyak sangat tangan-tangan ghaib yang menguasai SPR dan kehakiman dalam negara..

Bahasa

Rasuah: Adun BN Lenggeng didapati salah, hukuman petang ini

March 04, 2011

SEREMBAN, 4 Mac — Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.



PRK DUN N28 Kerdau - Fatwa songsang dari Ulamak UMNO!!

Salam Sejahtera.
Nampaknya selagi ada PRK, maka selagi itulah terserlah lafaz-lafaz songsang yang bertentangan dengan hukum syarak..
Kenapa boleh jadi begini..., bayangkan, As Syeikhul Mej Jeneral boleh mengeluarkan ungkapan.. "Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat,’’.

Nampaknya apa yang dimaksudkan itu Islam lain, politik lain, atau dalam ertikata politik suku, agama suku...

Tuan-tuan pembaca sekelian... awai-awai lagi Allah S.W.T telah menunjukkan kepada kita,, betapa sesatnya orang yang memiliki ilmu agama, jika cara penghidupannya dengan memilih kesesatan... semakin hari semakin bertambah sesat dengan tanpa disedarinya...Masyaallah.

Berita berkaitan. DI SINI/ .

.

Thursday, March 3, 2011

PRK DUN N28 Kerdau - Moga-moga jadi teladan ....

Salam sejahtera,
Alhamdulillah, ini baru aku lihat seorang pemimpin tertinggi UMNO boleh menjadi Imam dalam sembahyang berjemaah, Tahniah...
,

Kira hebat TPM Malaysia,, dibelakangnya yang jadi makmum pun kalau kita perhatikan calon UMNO Syed Ibrahim lulusan AlAzhar sendiri menjadi makmum, agak-agak Najib bila pulak naj jadi Imam, teringin juga aku nak tengok... Kalau Najib jadi Imam aku rasa makmum yang kat belakang paling lekeh pun ulamak besar Yusuf Qardawi...,

PRK DUN KERDAU - Isu remeh temeh...

Salam sejahtera,

Dalam waktu kempen PRK DUN Tenang bulan Jan yang lalu bermacam isu yang berkaitan hukum hakam agama telah diperitkakan oleh puak-puak jahil murakab termasuklah UMNO sendiri....,

Rupa-rupanya Presiden UMNO sendiri pun tak berapa nak peka dengan isu tersebut.... lantaklah....




Bila dah presiden UMNO main redah aja,,, pengikut pun kira hukum harus dharuratlah gamaknya,,, cuba tengok calon yang dibangga-banggakan lulusan alazhar... tapi ialah bahasa arab, mana ada sebut hukum pegang tangan bukan muhrim,, tak kiralah tua atau muda.....

PRK N27 Merlimau - Ini rupa calon UMNO...

Salam sejahtera,

Buat pengundi DUN Merlimau, inikah rupa calon yang nak pilih pada 6 Mac nanti.....
,

Belum lagi jadi calon dah rupa ini, undang-undang yang mereka sendiri buat tak boleh ikut,,bagaimana nak suruh mat-mat rempit ikut undang-undang jalanraya,,

Wednesday, March 2, 2011

Aku gumbira.... aku juga sedih....

Salam sejahtera,
Aku cukup rasa gembira bila Panglima tentera darat menyuarakan Jangan heret tentera.


Cuma yang di bawah ni kira macam mana pulak, senang-senang dengan muka tak malu pi serendeh tahan bahu pakai pangkat panglima,,, ini politik ke main taik.....






Tuesday, March 1, 2011

Saman Ekor - Rakyat diutamakan..

Salam Sejahtera..
Dalam sehari dua ni walaupun ada 2 PRK di Merlimau dan Kerdau, namun publisiti yang mendapar perhatian media ialah isu pembayaran saman ekor..
Kat berita TV sebentar tadi Ketua bahagian memaklumkan sejumlah 1.5 juta saman telah dibayar....
Apa yang kita sedia maklum sejumlah 15 juta sama yang tertunggak, yang baru bayar 1.5 juta, beerti ada lagi 13.5 juta belum berbayar...
harap-harap selepas PRU13 nanti Pakatan Rakyat memerintah Malaysia menggantikan BN, maka segala saman ekor itu insyaallah, akan dihapuskan. yang dah membayarnya termasuk dengan aku sekali nak buat macam mana...

Cuma harapan aku pemimpin UMNO ramai juga yang kena saman,, depa ni tak boleh lupus saman ekor, sebab depa yang buat undang-undang ni, jadi sebagai penghormatan depa kena bayar.. sebagai contoh di SINI dan juga sini. .



Dalam berbelas juta saman tu, agak-agak berpa juta rakyat yang kena saman secara teraniya... sebab ramai juga yang teraniya..


Cuba tengok kat tajuk bawah akhbar tu, ada yang teraniya,, termasuk dengan anak aku sendiri, dalam dok belajar di sini, motornya dapan surat saman, bulan Sep tahun lalu di Kuala Lumpur, sedangkan ia belajar di sini,, dalam surat saman motor jenis cc 250, motor anak aku cc150, bila pergi nak selesai kat Traffik IPD Lumut, tak boleh, kena buat surat hantar ke Kuala Lumpur, punyalah cilaka tahap 5 star punya celaka,, mereka yang buat silap, lepas tu mengarah pihak yang teraniya membuat itu dan ini,,,

Bila dah hantar surat, siap pakai Poslaju lagi,, sampai sekarang belum ada apa-apa tindakan,, bila semak kat myeg.com masih ada lagi nama terbentang... apa punyak sial bahagian traffik PDRM ni aku pun tak tau....

Kemudian dua tiga hari yang lalu aku dapat satu email,, lagi sakit hati membacanya,,, aku salin balik...

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

By Yunus Sauman Sabin

Assalamualaikum wbth.

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor. Adakah patut kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008.

Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung Malaya.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini maka saya telah mebayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang. Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui no talipon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi. Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya. Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya. Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan.

Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu. Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan? Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin


Jadi pakat-pakat fikiaq dengan perasaan yang waras.., adilkah kerajaan UMNO menzalimi rakyat sebegini rupa,,, buat pembaca yang masih lagi menyokong UMNO tu, sudah-sudah... kalau masih dok rasa sayang lagi kat UMNO, aku rasa hangpa lebih baik berdoa dengan Allah minta ditukarkan janji lembu lagi baik,, boleh kami sembelih qurban pada aidiladha tahun ni...


.

Kes Liwat Saifol - Siapakah Lelaki Y itu...

Salam sejahtera,,,

Kes perbicaraan liwat si sayfol semakin hari nampaknya semakin rancak.. ada pulak individu lain yang turut serta..Di SINI .

Siapakah lelaki Y itu?!!!!

Mengikut dari TTweak.... lelaki Y ialah DI SINI atau yang lain-lain di SINI .

Melayu yang mempergunakan wajah peribadi Islam..

Salam sejahtera,
Berpakaian berperibadi muslim memanglah sangat-sangat digalakkan, malah kalau kena gayanya dapat pahala percuma, sebab mengikut sunnah rasullullah..,

KOPERAL Jenain Subi, 48 keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mahkamah memerintahkannya membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu di Mahkamah Shah Alam, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Feb 28, 2011 1:38 pm


Cuma apa yang aku dok nampak sekarang ni dah menjadi satu trend, tak kira sesiapa, pembunuh, perogol, bila ke mengadap kemuka pengadilan di mahkamah, ....

Maka bermulalah dengan berpakaian bersopan, berkopiah..... hairan aku... nak tunjuk baik sangat ka...

Kenapa tak nak bersongkok macam ni.... .

kan ke smart macam ni.... kah....kah...kah....,


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari