boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

MH 370 - Apakah ini langkah usaha terakhir dari Rosmah@Najib?

Berbomoh 1Malaysia sudah, berdoa perdana sudah, solat hajat perdana sudah, zikir yahana-yahana sudah, namun masih lagi belum nampak dimana pesawat tu berada...

Wednesday, January 8, 2014

Sunday, July 28, 2013

3 Abdul Zaman P Ramlee, Zaman Umno ada sorang Abdul ?

Filem melayu P.Ramlee 3 Abdul, rasanya semua peminat filem melayu ingat jalan ceritanya,, bagaimana P.Ramlee watak Abdul Wahud yang cerdik,, mengenakan bapa mertuanya bersedekah dan juga berzakat sehingga habis bangkrap kena jual bapa mertua bersama Mr Penasihat 25%


Friday, July 26, 2013

Tengok! Tak sesia Najib&Rosmah lantik Azeez jadi Pengerusi Tabung Haji..

10 kilo kurma berapa harganya,, kalau jenis mariami paling murah RM30.00 sekilo, 

Air zam-zam pulak 20 liter, berapa seliter,, RM10 seliter, jumlah kedua-duanya dharab 7261...berapa,, hangpa kira sendiri..


Tuesday, July 2, 2013

Dimana suara Ahli Parlimen Islam PR yang lain-lain...

Agensi Lembaga Urusan Tabung Haji,, ditubuhkan oleh Professor Ungku Aziz atas tujuan untuk membantu umat Islam di Malaysia memudahkan menunaikan rukun Islam ke5 iaitu fardhu Haji...


Sunday, June 30, 2013

Bekas Pelakon Hebat dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji ...

Rasanya ramai ingat kisah hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang Negeri Sembilan 2009... Satu pertembungan hebat setelah UMNO tewas di beberapa kerusi di Dun Pulau Pinang, Kedah dan Perak.


Thursday, May 23, 2013

Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang di tuduh khalwat..

Hancoq,, sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan bersama stafnya ditangkap,,, malah sebelum tu lagi, Hakim mahkamah tinggi syariah pun kena tangkap juga,, 
Hari ini satu lagi berita,,, Pengarah Tabung Haji pulak,,, apa nak jadi dengan negara Malaysia..



Wednesday, March 13, 2013

Adik Askar dan Tentera - Jom belajar Matematik ?

Enam belas persennn... Terbanyak... fuiyo..... itulah yang Menteri Petahanan kata...Banyak sangat dah ker! 

Sepatutnya boleh daripada 16%.... 


Tuesday, March 12, 2013

LTAT untung bayar dividen 16% - Raja Ropiaah dapat?

Pendapatan PNB, KWSP, Tabung Haji, LTAT, Bank Rakyat dan beberapa agensi lain lagi, sejak tahun 2011 hingga 2012 semuanya meningkat.... semua untung.... 

LTAT mengumumkan untung beratus juta,, siap bayar 16 % kepada ahli-ahlinya........banyak ker..?..


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 - TAKZIAH buat Tentera dan Pekerja.

Alhamdulillah - Semalam hari terakhir tahun masehi 2012, masih lagi belum kiamat  alam dunia seperti yang diramal kan oleh beberapa pihak, jadi belum terlambat masih ada  masa dan kesempatan buat kita semua kita umat Islam nak bertaubat, terutama sekali umat melayu mazhab Umno....kembalilah ke pangkal jalan melalui AlQuran dan Assunah...

Monday, August 27, 2012

Edisi 18 SX - Amboi !.... Sedapnya dapat peluk ...errmm...

Peluang yang datang menggolek, buka senang nak dapat,, sekali sahaja dalam seumur hidup, itu pun bukan semua yang boleh dapat,, majority yang dapat hanya dalam  puak gerombolan parti syaitan... 
Bila dah terlampau seronok  kerana terpilih, apa lagi,,, ngam dan terkamlah...


Friday, November 4, 2011

Nak kenal awek cun Jamil Khair Menteri Agama ada di sini

Inilah mem Jamil Khair.... kiranya 10 kali Ok lah nak dibanding dengan Rosmah,

aku bukan nak cerita hai dia ni,, dia ni aku tak mau nak ambik kira,,, cuma aku cerita burok laku perangai pemimpin UMNO....


Burok laku kerana geng-geng UMNO mengambil kesempatan bila sampai ke tanah suci,, apa tidaknya,, tujuan Tabung Haji mula-mula ditubuhkan untuk memudahkan umat Islam Malaysia melaksanakan fardhu Haji...

Tetapi nampaknya sekarang ni Tabung terpaksa menyediakan kemudahan istemewa kepada pemimpin UMNO yang menunaikan haji ke Mekah dengan ala ekslusif... apa cerita..ni....






Dato Paduka Badruddin Amiruldin


Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kolej Poly Tech Mara merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia turut hadir untuk mengerjakan fardhu umrah dan haji beliau






Nampaknya UMNO sesuka hati memperkuda agensi-agensi yang dibawah pemerintahan mereka untuk kepentingan mereka sendiri. Nak pi buat ibadat ke nak makan ala-ala eklusif...


Ni lagi satu,,, lu tengok, seolah-olah tak yakin dengan ketentuan Allah, Allah dah jemput mari ke rumah dia Baitullah, dah tentu selamat,, tetapi lu orang lihatlah sendiri,, dah berapa ramai dah umat Islam yang sedang mengerjakan Saei mati kena tembak......




Tuesday, June 21, 2011

Kenapa Dividen Tabung Haji ciput....

Salam Sejahtera,

Tabung Haji, KWSP sekarang ini tidak dapat lagi memberi dividen yang agak setanding dengan Bank Rakyat atau Koperasi Tentera,,

Kenapa.... inilah salah satu sebabnya....



KUALA LUMPUR, 20 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS- Pokok Sena) mendakwa wujud keraguan dalam proses jual beli bangunan 38 tingkat di Platinum Park di antara Tabung Haji dengan TTDI Development Sdn Bhd.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan mengenai keraguan dalam proses jual beli dan tawar menawar memandangkan pengarah urusan Kumpulan TTDI, Datuk Johan Ariffin yang merupakan pihak yang menjual turut bertindak sebagai kontraktor membina bangunan tersebut.

"TTDI Development menjual dan membina bangunan untuk Tabung Haji di mana pengarahnya sendiri adalah menjadi lembaga pengarah bebas kepada dua anak syarikat Tabung Haji iaitu Tabung Haji Properties Sdn Bhd dan Tabung Haji Technology Sdn Bhd.

"TTDI jual dan jadi kotraktor membina bangunan untuk Tabung Haji dengan harga RM466 juta," kata beliau sewaktu membahaskan perbekalan tambahan 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Tabung Haji membeli bangunan tersebut pada 2009 dengan harga RM466 juta berasaskan keluasan lantai 360 ribu kaki persegi dengan harga RM1,298 satu kaki persegi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut mempersoal ketelusan pembelian itu kerana mendakwa pengarah urusan TTDI Development boleh mempengaruhi keputusan Tabung Haji.

Sedangkan ujarnya Tabung Haji boleh menyerahkan pembinaan bangunan itu kepada dua anak syarikatnya yang akan menjimatkan kos.

"Kenapa Tabung Haji nak bagi tanggungjawab membina bangunan itu kepada anak syarikatnya?

"Jika kepakaran menjadi isu kenapa Tabung Haji tidak serahkan projek tersebut kepada Tabung Haji Properties yang kini sedang membina menara wakaf di Jalan Perak Kuala Lumpur dan sedang menyiapkan beberapa projek lain seperti balai polis di USJ Subang.

"Isu kepakaran tidak timbul kerana saya difahamkan Tabung Haji Technology berjaya membina projek-projek lain," katanya.

Selain itu beliau turut mempersoal sama ada telah ada atau tid amengenai pengesahan daripada penilai hartanah bebas mengenai harga pasaran iaitu RM1,300 kaki persegi.

"Apakah nasihat penilai hartanah bebas ini telah dibentangkan kepada lembaga pengarah untuk makluman mereka apatah lagi terdapat keraguan dalam urus niaga?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan menjelaskan keraguan tersebut kerana melibatkan wang penyimpan Tabung Haji yang majoritinya ialah orang Islam.

"Masalah-masalah ini boleh menjejaskan masa depan Tabung Haji dan kesannya ialah kepada penyimpan-penyimpan Tabung Haji yang terdiri daripada orang Islam.

"Tabung Haji sebagai satu institusi untuk menjana dana kewangan untuk ekonomi umat Islam sepatutnya dipelihara dengan baik dan diuruskan sebaik-baiknya.

"Kita tidak mahu wang penyimpan Tabung Haji dikhianati," katanya.


Sumber: harakahdaily.

:

,

Tuesday, March 8, 2011

CEO Tabung Haji mendapat elaunan RM300K sebulan!!

Salam Sejahtera..
Dalam waktu yang terbatas hari ini, aku sempat melihat laporang parlimen petang tadi, waktu yang sempat aku lihat bila Saifudin Nasution AP Machang dok pertikai ucapan pembukaan oleh agung semalam mengenai jumlah kemiskinan tegar hanya 100 orang dalam Malaysia,,,

Punyalah nak membohongi rakyat kononya ekonomi negara dalam pentandbiran najib dah pulih,,,

Kemudian aku keluar solat asar, masuk balik Ibrahim Ali pulak yang dok berucap, hurg bergegar dia dok tibai entah siapa,, mengenai ekonomi bumiputra tetapi nampaknya yang kena Mustafa Mohamad sebab jaga Miti,

Selepas tu, ia sebut pula bab Bank Rakyat yang dah berbelas tahun memberi dividen kepada ahli-ahli sebanyak 15%, sedang Tabung Haji yang untung berbillion-billon juga hanya membayar sekadar 5% lebih sahaja...

Ibrahim menanya Parlimen apakah benar CEO Tabung haji yang tugasnya mesyuarat dan menjaga anak-anak syarikat Tabung Haji dibayar elaun sebanyak RM300 ribu sebulan,,,

Huiiiii, hasil keuntungan simpanan umat Islam yang nak pegi haji, UMNO dengan kroni-kroni pakat faraid sorang sikit....

Umat Islam nak pegi Haji, tak melalui tabung haji kalau kena tangkap akan hilang kerakyatan, inilah hukuman yang dicadangkan satu ketika dulu...
Inilah UMNO... yang mengaku Islam....Khawwwhk ptuiiihh.......

Tuesday, October 19, 2010

UMNO BN , Nak masuk syurga pun ada kuota...

Ha ha...., ambik ko..., main-main dengan kerajaan UMNO ni semua depa nak kontrol, sampai untuk nakmasuk ke syurga pun kena melalui keputusan mereka..

Ini bukan aku pandai-pandai nak buat fitnah atau buat lawak bodoh dengan secar langsung aku dapat dosa free... tetapi inilah suara luahan tak puas hati dari ahli Parlimen UMNO sendiri....

Hangpa baca kat DI SINI.

Sembang bab haji ni pada malam tazkirah magrib malam ahad lepas oleh Ds Ir Nizar, ada menyentuh bab haji, katanya bagi UMNO Haji ni ada pun tak apa, tak ada pun tak apa sebagai rukun Islam..... sedangkan hanya ibadat haji sahaja yang Allah nukilkan satu surah dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Hajj, malah menurut Nizar, jemaah haji yang berkursus haji pun tak diterang atau diajar dengan sepenuhnya apa itu definasi haji,,, sebagai contoh bacaan talbiah haji... Lab bai kallah tu, kalau kita fahami apa maksud ayat tu, maka sesiapa yang tunai haji, kalau mereka betul faham, 26000 jemaah haji Malaysia, balik dari haji semua pakat-pakat tinggal UMNO...

Memang pun, kalau kita sampai saja ke tanah suci, pijak saja kaki kat Air port Jeddah, maka kita akan diberikan buku kecik panduan haji dan umrah dalam bahasa Melayu, di dalam buku ini ada terkandung 10 perkara yang membatalkan iman, tetapi berapa orang jemaah yang baca itu semua,...

Masing-masing tak ambik kisah dah pun apa yang tertulis dalam buku tu, sedang itu perkara pokok sebelum kita nak melaksanakan ibadat haji, kalau tidak sesia saja buang berbelas ribu ringgit, balik Malaysia hanya dapat gelaran haji,, perangai masih nak menentang islam...

Di malaysia, 10 perkara yang membatalkan iman tu pun tak pernah diajar oelh penceramah atau guru panduan haji, yang mereka dok terang balik-balik haji ifrad, haji tamatuk, syarat sah dan rukun haji,, sedang berapa rakyat Malaysia yang imannya kena diperbetulkan dahulu, sebelum nak buat ibadah haji....

Yang ini pun sapa nak tanggung..., UMNO la..., sebab dia yang nak kontrol sangat, nak pi haji kena dengan Tabung haji, pi melalui lain, silap-silap hilang kerakyatan,,, undang-undang sakai yang depa guna..

Buat sahabat dan saudara-saudara ku yang akan mengerjakan haji, aku hanya minta dan mohon satu sahaja dari kalian, berdoalah- dan bermohonlah kepada Allah, berilah kemenangan kepada Islam di Malaysia ini....Itu sahaj yang aku minta dari kalian... Amin..

Monday, March 22, 2010

Jawatan Menteri, Pergi Haji Tabung Haji Taja!!!

Salam Sejahtera...

OOOO, baru ku tahu, selama ini, tiap-tiap tahun musim haji ada saja saja menteri yang dok pegi, ku sangka kut pergi dengan perbelanjaan duit tabungan sendiri, rupanya pergi dengan tajaan tabung haji.... baca kenyataan dibawah..

"Mashitah berkata pada tahun lepas iaitu 1430 hijrah jumlah RA yang ditaja oleh TH hanya 11 orang dan mereka dibenarkan membawa pasangan masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan 22 orang sahaja.

Beliau berkata senarai RA itu merangkumi menteri dan isteri, Pengerusi TH dan isteri, Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH serta isteri, lima anggota Lembaga Pengarah dan tiga anggota Majlis Penasihat Ahli bersama pasangan masing-masing. Seterusnya


Dah lah menteri, Pengerusi TH, Pengarah Urusan dan pengarah-pengarah lain lagi, awak semua berkhidmat dengan Tabung Haji dah dibayar gaji dan elaun belas-belas ribu sebulan, pergi haji pun dengan tajaan, dah lah tu siap boleh bawa bini pulak tu, sampai kat sana dapat layanan first class 5 star ....., apakah kamu laki bini yang pergi ni buat kerja macam petugas-petugas tabung haji yang bertugas siang malam tak kira waktu...!!!!


Entahlah , malas aku nak komen banyak-banyak bab ni,, moga-moga Allah sahaja yang menilai perbuatan kamu itu, ingatlah oii, tak ada pendeposit tabung haji, maka tak adalah jawatan-jawatan yang kamu semua pegang itu...,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari