boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 17, 2014

MH 370 - Apakah ini langkah usaha terakhir dari Rosmah@Najib?

Berbomoh 1Malaysia sudah, berdoa perdana sudah, solat hajat perdana sudah, zikir yahana-yahana sudah, namun masih lagi belum nampak dimana pesawat tu berada...

Apakah ini sebagai langkah terakhir Rosmah dengan bantuan Ketua Putera Umno Malaysia merangkap Pengerusi Tabung Haji Malaysia.....

MAKKAH, 16 April -- Anak-anak Permata Insan menunaikan solat hajat di hadapan Kaabah untuk penumpang dan anak kapal pesawat MH370 sempena lawatan ilmiah mereka ke Arab Saudi yang bermula pada 11 April lalu, di sini hari ini.
Seramai 29 anak-anak Permata Insan yang terpilih untuk mengikuti lawatan ilmiah ke Arab Saudi iaitu ke Jeddah, Madinah dan Makkah berpeluang menemui tokoh Islam yang disegani seperti Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdur Rahman As Sudais, mengadakan sesi bertalaqi di masjid di Madinah dan Makkah serta melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik termasuk Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait yang merupakan menara jam tertinggi dan terbesar di dunia.
Permata Insan, satu cabang Program Permata, merupakan program untuk kanak-kanak seawal usia 8 tahun yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sejak 2010, bagi melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA





baguih,, terbaik,, moga-moga doa dari anak-anak yang bersih dari segala dosa akan dimakbulkan Allah,, dengan membongkar sekali siapa yang empunya angkara ini semua..







11 comments:

  1. Bro jgn tunjuk sangat tahap kebebalan didepan org...

    ReplyDelete
  2. Berdoa ,zikir, bersangka baik dan solat adalah suruhan agama.
    Fitnah , caci , berdusta dan maki hamun bukan cara islam. Dan juga bukan cara menyesaikan masalah.

    ReplyDelete
  3. Solat hajat depan Ka'abah? Kalau solat hajat kat Malaysia tak makbul ke? Macam terasa jauh je dengan Tuhan!

    ReplyDelete
  4. Jgn la kta berburuk sangka dgn depa ni yg mana benda yg elok
    tu biarkanlah itu antara dia dgn Allah..Siapalah kita ni nk menilai amalan seseorang itu..

    ReplyDelete
  5. Aku tak nampak pun sebarang kekurangan maupun kelebihan posting kali ini.dimana bebal nya,dimana buruk sangka nya,dimana fitnah nya,dimana caci nya dan dimana maki nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikatbata,,, tajam pandangan hang,, sengaja aku tak mau nak komen banyak ,, walaupun bagi aku tak berapa nak kena tindakan Azzez penegrusi tabung haji dengan sesuka hati menganjurkan program kesukaan rosmah... Cuma harapan aku,, mungkin doa anak-anak kecil tu dimakbulkan Allah..biar kita tahu siapa perancangnya seperti mana kisah memali..

      Delete
  6. Betul2 membazir. Dengan duit tu kalau bawa beberapa orang tua yang tak mampu pegi haji lagi baik.

    ReplyDelete
  7. Memebazir la kan...bagi kat Hadi Awang wat bayar saman lagi baik ...huahahahaha.....mentaliti puak2 munafik ..konon berjuang untuk agama ALLAH..hehehe..tapi mengharapkan ganjaran di dunia..bukan keberkatan kehidupan dunia dan akhirat yang di cari...

    ReplyDelete
  8. First In the World !! – Teknologi Elektron : ‘Solar Etron Cell tech’
    Revolusi Terbaru Dalam Dunia Perubatan & Kecantikkan Moden !!
    Anda Pasti Teruja Dengannya !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete
  9. Mmg membazir, setan jer suka membazir.Jgn ikut kerja setan,neraka padahnya.

    Miss vee, tumpang sekaki nampak....takmo komen ka?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari