Kalau betul umno ikhlas nak sama-sama nak melaksanakan hudud di bumi Malaysia, sepatutnya rakannya tak berani nak tunjuk kurang ajar....
Peguam Pas Cabar Parti Gerakan Berdebat Isu Hudud
KENYATAAN MEDIA ISU NOTIS UNDANG UNDANG DARI GERAKAN
Pertama saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang Pas mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh 24.4.2014 yang dihantar kepada Pas berkenaan isu hudud.
Keduanya,Pas yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas pandangan mereka berkenaan hudud itu. Pas mungkin tidak setuju dengan pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.
Ketiganya, jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh Pas adalah berkisar kepada isu Perlembagaan. Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.
Amat malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh Pas atau Kerajaan Kelantan. Ketiadaan perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan menghantara notis tindakan undang undang kepada Pas hanya berdasarkan sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.
Dakwaan Gerakan dalam Notis mereka kepada Pas bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara kita adalah, dengan hormat, satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang perjalanan sistem undang undang jenayah dalam negara ini.
Untuk makluman Gerakan, kewujudan dua sistem jenayah dalam negara ini telah pun wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud. Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh itu sama ada hudud wujud atau tidak , hakikatnya negara kita telah pun mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan. Nampaknya bukan Pas yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan.
Malahan jika kita mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem jenayah dalam negara kita. Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah !
Apa pun kita patut memuji Gerakan kerana meskipun mereka menghantar Notis yang boleh dikatakan pra matang kepada Pas, mereka tidaklah dilihat menghina hukum hudud seperti para pemimpin Umno, sekutu mereka yang beragama Islam , yang pernah dan diketahui menghina hukum hudud secara terbuka sebelum ini.
Alexender Pope menyatakan " Little knowledge is dangerous thing" maka atas ruh kata kata tersebut saya ingin menasihatkan pemimpin Gerakan pelajarilah hukum hudud sebelum kamu ingin menentangnya. Adil kah menentang hudud tanpa mengetahui dan memahami undang undang hudud itu terlebih dahulu ?
Saya juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. Mengapakah kita tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian seperti ISA , Akta Hasutaan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA , Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.
Mengapakah apabila kerajaan BN luluskan Akta Pencegahan Jenayah yang mengembalikan kuasa menahan tanpa bicara Gerakan tidak membantah malahan menyokong. Bukankah ia adalah Akta yang zalim dan melanggar hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan?Mengapakah tiada notis dihanta kepada Umno , MCA dan MIC?
Adakah Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".
Saya mengambil kesempatan ini mengajak Gerakan untuk kita sama sama berdialog atau berdebat secara rational dan matang dalam isu hudud ini. Gerakan sediakanlah tempat, tarikh dan masa insya Allah Pas bersedia datang bila bila masa.
MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI LAJNAH UNDANG UNDANG PAS PUSAT
PENGERUSI LAJNAH UNDANG UNDANG PAS PUSAT
Ada berani ke parti Gerakan nak sahut cabaran ni,, sure tak berani,, macam mana umno juga ler..
YB Hj Imran lepas ceramah ajak semua pi tinjau pangkalan TLDM.. tgk berapa byk duit habis utk hari TLDM.. utk puaskan nafsu serakah pemimpin navy..
ReplyDeletePengecut
ReplyDeleteumnuuuuuuuuuuuu lagi x usah cakap la.harap berkokok dbelakang skutu dia ja.bila ajak berdebat jawaban menteri perdana bukan cara kita!!!!!!! hahaha
ReplyDeletePas pun sama. Dia minta dap dan pkr tentang hudud .Bila tak jadi dia cakap tiada dalam buku jingga.
DeleteDulu nik aziz dah cakap . Kalau dap dan pkr tak setuju , pas takkan laksana hudud.
boleh Tuan Anonymous April 25, 2014 at 10:47 am nyatakan bila TGNA cakap mcmtu?
DeleteSyabas saudara Mohamed Hanipa Maidin, tanpa ragu saya amat berbangga dengan anda. Bagi pihak yang jahil itu perlulah mempelajari tentang perkara yang hendak diperkatakan, sebelum memperkatakan mengenai sesuatu perkara itu. Allahuakbar.
ReplyDeleteKenapa PAS tidak mahu mengambil inisiatif menerbitkan buku kecil atau pemplet yang mudah dibaca oleh semua orang berkaitan dengan undang2 Islam yang mana hudud adalah sebahagian darinya? Buatlah pemplet... terangkan apa undang2 Islam yang terdiri daripada hudud, kisas dan sebagainya. Terangkan ciri2, kaedah dan kebaikkan undang2 Islam. Buat dalam perbagai bahasa termasuk bahasa Mandarin, Kantonis, Tamil, Iban, Kadazan dan Inggeris selain dari bahasa melayu supaya semua orang dapat membaca dan memahaminya dengan mudah. Bukan macam sekarang hanya berdasarkan cakap, hujah dan pandangan yang keluar dari mulut. Kalau pun ada dalam bentuk buku... ia terlalu tebal dan terlalu ilmiah untuk difahami oleh orang2 biasa lebih2 lagi orang bukan Islam.
ReplyDeletesyabas tn hanipa maidin, ni baru anak jantan. kita tengok apa reaksi gerakan, mungkin gerakan takut soi lek kena rejam kot tapi jgn risau, soi lek tak kena punya sbb hudud tak terlaksana kat hangpa non-muslim, so dok diam2 jgn menyibok. hairan sgt awat yg kafir ni menyibok lebih.
ReplyDelete(press statement ni ada 2 spelling error, satu tempat lepas tanda soal tak ada space, sapalah seketeri hanipa ni?, memang lah x penting sgt spelling tu tapi memberi gambaran pas ni parti cincai).
gerakan bodoh. rakyat tolak gerakan
ReplyDeleteAlhamdullilah masih wujud pemimpin yg berani.
ReplyDeletePas perlu keluar dr PR krn Dap & Pkr terang2 menentang plaksanaan hudud!
ReplyDeletekalau betul2 umno menyokong hudud itu pertanda yg amat baik untuk Islam diMalaysia. aku sokong PAS keluar saja dr Pakatan Rakyat, biar dap dan keadilan sesama mereka.
Delete