boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 4, 2014

Kantoi - kenyataan terkini mangsa pengkhianatan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Mahasuci Allah pemerintah seluruh alam,, ia berkuasa dengan segala-galanya, secara tak semena-mena kezaliman yang dilakukan oleh umno 30 tahun lalu terbongkar kembali oleh mereka-mereka yang terlibat..
Panas... semakin panas.. pertembungan 2 pihak sesama umno...



PADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.
Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.
Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.
Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:
1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.
2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.
3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.
Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:
1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.
2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.
3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:
(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah
Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.
4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.
Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku.
Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota polis dan 14 orang awam.
Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:
1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.
3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.
Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.
Kesimpulannya ialah:
1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.
2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.
3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. TETAPI TIDAK ADA MEDIA YANG SEDIA MELAPORKAN FAKTA INI.
Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.
Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.
Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya. Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.
Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

TUN MUSA HITAM
4 April 2014

12 comments:

  1. Alhamdulillah sekiranya Tun dah insaf.Pergilah jumpa waris kpd14 insan yg gugur shahid dan mohon kemaafan dr mereka(kiranya belum)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes,selepas kutuk , maki, fitnah dan panggil aljuburi , tukar kem saja semua orang tu cakap betul.
      Semuanya jilat balik.
      Tapi kalau keluar parti semuanya tak betul.
      Inilah namanya HIPOKRIT. Sifat biasa ahli politik.

      Delete
  2. Hanya dgn kuasa Allah SWT yg membolehkan misteri ini mula terungkai. Selaku menteri KDN Musa yg berasal Johor, tidak mungkin begitu berani membuat onar di Kedah negeri Mahathir. Keterlibatan Mahathir dlm peristiwa serangan ke rumah Ibrahim Libya memang nampak nyata, walaupun cuba disorok selama ini. Sifat peribadi dan imej antara mereka berdua ini pun sudah cukup nyata memaparkan siapakah yg punya kerja terlaknat itu. Perkara hakikat walau dimanipulasi bagaimana sekalipun, hakikat tetap hakikat. Tiada satu manusia pun yg mampu untuk mengubah hakikat. Semoga Allah melanjutkan usia mereka berdua dan yg lain yg berkaitan diwaktu itu, bagi membolehkan rahsia jahat itu terbongkar.

    ReplyDelete
  3. Sya memang minat style Dan gaya bicara walau pun sya x minat politik skg no. syukur kerana bicara Tun Musa geraak Dari Allah Dan muga TUN Musa sama2 PKR KE Pas diakhir USIA beliau

    ReplyDelete
  4. sebenarnya kalau anda selidik dulu akhbar tarikh tersebut sememangnya musa hitam berbohong,bertepatan dgn tarikh kejadian,dr m memang berada di china

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhbar mana tu? Jika akhbar kawalan UMNO/BN, mereka ibarat anjing tentulah mengikut skrip yg diaturkan oleh tuannya. Check dgn pihak imigresen negara China mengenai daftar masuk keluar, barulah lebih meyakinkan. Tetapi jika Eric Chia sempat kowtim dgn negara China dulu, daftar itu sukar dipertikaikan kini. Jika tidak pun, minta Mahathir tunjukkan paspotnya kalau dia tidak lupa di mana diletakkan paspotnya itu. Ada berani?

      Delete
    2. Wow...wow.....wow......akhbar maner tu?utusex atau berita hairan.kih.kih.kih.kih.akhbar yg selalu kalah saman ker.itu fakta bro.tapi madey selalu auta.jawaban dia cukup cantekkkk....saya lupa dah,lama dah...dah tak ingat.maner mungkin Musa Hitam dan mantan KPN lupa plak.sejahat jahat jin bersamaan sejahat jahat madey.tolol ler jika percaya ckp madey.

      Delete
  5. Bro...engkau ambil fakta dari akhbar memang lah bodoh piak. Akai ada ka. Siapa dlm dunia ni nak percaya akhbar di malaysia? Lembu pun tak nak. Cuma puak2 umno totok macam bro yg masih percaya. Apa la ha.g niii.

    ReplyDelete
  6. Musa Hitam mungkin bercakap benar sebab kes Memali berlaku pd 19 hb manakala madey berucap di Universiti China pd 22 hb. Ini benar sebab semasa ia berlaku madey masih di KL dan zainuddin maiden sendiri kata semasa nak naik kapal terbang madey dah tahu kes ini. Macam biasa madey akan jawab dia lupa walaupun ianya kes besar spt kes Ops ISA lalang. PKPZ, kes liwat anwar dll.

    Silap2 nanti dia kata dia pun tak ingat siapa jadi pm pada masa kes2 ni berlaku.................Melayu Mudah Lupa tetapi madey pula buat2 lupa???

    Memang dasar lidah kel*ng.............cakap putar sana putar sini sampai terbelit lidah.

    ReplyDelete
  7. Anonymous April 5, 9:07 AM
    Setuju amat dgn komen anda kecuali dlm kes liwat Anwar, dia tak kan lupa jasa Rahim Noor, Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar serta Augustine Paul-Arifin Jaka, rasanya lah.

    ReplyDelete
  8. Memang la aku tak ingat dan lupa dah.. kerana lama dah.... hangpa pun kalut paksa aku jawab... apa nama.. dah 30 tahun dah.
    kan aku pun dah tua nak mampos dah hampir..90 taun dah.
    Cuba tanya aku pasai nak jadi PM semula ka apa ka aku ingat la... pasai duit untung bisnes ka, ha.. itu aku ingat la..
    Bab pasai bunuh org memali tu bukan keja aku...apa nama.. tu keja polis la kot..
    Keturunan aku pun aku tak ingat...bukan mai dari sempadan pakistan tu... alkutty tu mai dari melayu jugak... apa nama.. raja ka sultan melayu tu...
    Ha..ha.. padan semua melayu hangpa kena kelentong dengan aku...

    ReplyDelete
  9. Percaya ckp madey kutty bersamaan percaya ckp bomoh 1malaysia..akai ada ka...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari