




Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.
Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.
Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.
Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.
Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.
Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.
Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.
Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.
Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.
Link : skandal-seks-krisis-politik-pakatan-
Aku tak pasti ada Mashitah ni belajaq menulis dari blogger papagomo atau pun papagomo tu anak murid dia,,,, hampeh.....
| Kuek Ser Kuang Keng 6:48PM Mac 1, 2012 |
"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.
AnonymousFeb 29, 2012 07:15 PM
Hanya empunya diri yg tahu kenapa dia memilih utuk bersara awal. Mungkin alasannya kerana tawaran lumayan dari luar. Namun pada pandangan saya tawaran atau tarikan dari luar tidaklah segala-galanya. Saya pasti tolakan dari dalam juga adalah faktor yg tidak boleh dinafikan. Secara logiknya sebelum ini tiada Panglima di dalam perkhidmatan ATM bertaraf 3 bintang yg minta berhenti awal kecuali yg ada masalah atau skandal. Dalam kes Dato Jamil (PA), beliau seorg panglima yg amat disegani dan rata2 warga TLDM sering memperkatakan kebaikan beliau. Kehilangan seorang yang dilihat bersih dan punya kualiti pemimpin yg baik adalah sesuatu yang agak menyedihkan warga TLDM. Orang yang sepatutnya berhenti bukan PA tetapi PTL kerana sikap PTLlah yg dirasakan faktor penolak utamanya. Tahukah kita bahawa di samping PA ada 2 lagi Panglima dua bintang yg akan bersara dlm masa terdekat. Mereka ini walaupun berpeluang utk menyambung selama dua tahun lagi (sehingga usia 60 tahun), tapi menolaknya kerana sudah tidak tahan dgn karenah PTL. Secara logiknya jika laksamana dua bintang pun dah tak berselera untuk terus duduk lama dlm navy tentu ada masalah di peringkat kepimpinan. Tahukah kita bahawa tidak sukar untuk menghidu perancangan licik PTL utk menaikkan kroni-kroninya dlm masa tempoh 4 thn mendatang sementara beliau masih menjadi PTL. Kebanyakan Pegawai Kanan yg akan dinaikkan ke pangkat dua bintang ke atas dlm masa terdekat ini khabarnya diberi kontrak 2 tahun sahaja. Selepas dua tahun kroni2 PTL yang sedia menunggu akan dinaikkan supaya apabila tiba masa PTL bersara tahun 2016 nanti, kroni beliau sudah pun berada di tampuk pemerintahan tetinggi. Ketika itu mudahlah PTL berurusan dgn kroni2nya dan mengemudi TLDM dari luar demi kepentingan bersama. Sungguh hebat dan licik rancangan PTL sekarang, samalah seperti apa yang dilakukan pemimpin2 BN. Patutlah PTL ini amat anti dgn parti pembangkang dan DSAI. Dengar cerita bulan Mac ni PTL AKAN MEMEBUAT LAWATAN KE SELURUH PENGKLAN TLDM UNTUK MEMBANTU KEMPEN PILIHANRAYA BN. Biasalah bila dah tersepit didesak meletak jawatan dan kepimpinan beliau dipersoal oleh warga TLDM di setiap peringkat, jalan paling selamat ialah menggunakan saluran politik untuk terus berkuasa. Pangkalan Lumut ni pun dah jadi macam sarang umnogok….mual sungguh tgk muka Laksamana Jadian Zambri yg sering keluar masuk pangkalan TLDM akhir2 ini. Hujung minggu lalu pun beliau dilihat berkeliaran dlm pangkalan …… tabUr duit BR1M. Sebaiknya PTL berhenti dari TLDM dan terjun je ke kancah politik kalau benar-benar anak jantan. Jgn cuba nak perbodohkan warga TLDM dgn politik umno. Sebagai tentera , sedarlah kamu sepatutnya bersikap berkecuali. Kot ya pun kamu pemuja no.1 umnogok, jgnlah cuba nak mengheret kami warga TLDM utk turut sama membenci pembangkang. Mai sini nak habaq!!!, mendukung Kerajaan dgn mendukung parti yg memerintah adalah satu perkara yg berbeza. Ada faham?