boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 27, 2010

Kerajaan PAS Kelantan Boleh Mulakan Dahulu...

Salam Sejahtera...

Cuba perhatikan gambar sebelah ni, tak tau anak dara siapa.., atau pun tunang siapa atau pun juga bini siapa...

Dari segi menutup aurat, kira Ok kalau sekali pandang.., tetapi kalau mengikut hukum pakaian muslimat yang menutup aurat sekupang pun tak boleh pakai...

Masaalah pemakaian seluar ketat, baju ketat ni nampaknya nak menular dengan begitu sekali, aku tak kata kat anak sesiapa, sebabnya hampir keseluruhan anak gadis melayu nerugama islam dah cukup banyak yang berpakaian begini, anak-anak gadis jemaah PAS pun ramai yang terlibat, anak tok imam, anak tok bilai, anak-anak pak-pak haji, phurg , memang ramai,, tak termasuk anak-anak orang UMNO, anak-anak bapa yang tak berparti, anak-anak yang maknya janda ikut sekali....

Apa boleh yang kita lakukan, tengok sajalah, dapatlah juga sedikit sebanyak dosa kering... Bila keluar berita kat negara Islam Acheh di Indonesia telak melaksanakan hukuman keatas pemakaian jeans ketat, aku hanya tumpang seronok, alangkah baiknya kalau pelaksanaan ini berlaku di Malaysia.., Kerajaan PAS Kelantan boleh merintis memulakan dahulu...






2 comments:

  1. Salam,
    saya setuju dgn cadangan tuan,lagipun di kelantan masalah sosial amatlah merisaukan cuma tak diwar-warkan.tak tahulah kenapa,mungkin atas faktor politik yg tak membenarkan ia diwar-warkan kerana menarik undi adalah lebih penting dari membentuk pengundi.
    -pandangan ikhlas saya,bila laa nik aziz nak serahkan takhta,nak dateline sama2 dgn samy vellu ke?:)

    ReplyDelete
  2. TUAN ,SAYA SOKONG 100 PERATUS
    CADANGAN TUAN.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari