boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 20, 2010

Kes Bung = Dua Pendapat Berbeza...

Pendapat atau Kenyataan dari Menteri Wanita... Biasalah...


Betul tu Datuk Seri Shahrizat....

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) menyokong hukuman sebulan penjara dan denda yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas.


Shahrizat berkata, hukuman itu juga menunjukkan bahawa tiada kompromi dalam isu berpoligami oleh mana-mana lelaki Islam di negara ini.

“Peruntukan poligami di dalam Undang-Undang Keluarga Islam adalah jelas bahawa mana-mana individu lelaki Islam yang ingin berpoligami hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu, secara bertulis, daripada Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata peruntukan ini bertujuan untuk memastikan kepentingan dan kebajikan isteri, anak dan keluarga sedia ada terpelihara. Sehubungan itu, katanya undang-undang itu tidak patut dipermainkan atau diperlekehkan oleh mana-mana individu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini yang mengenakan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Bung Mokhtar kerana kesalahan berpoligami dengan pelakon Zizie Izette Abdul Samad tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Link: dppwm.

Pendapat dari Dr Asri Mantan Mufti Perlis..

YB Datuk Bung Mokhtar Mangsa Undang-Undang

Saya amat bersimpati dengan apa yang menimpa YB Datuk Bung Mokhtar. Inilah bagi saya undang-undang yang ‘caca-merba’ atas nama agama. Seseorang yang berkahwin dengan proses yang halal diambil tindakan hanya kerana dia berpoligami. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan. Jika pun pihak Jabatan Agama ingin membendung salahlaku atau salahguna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab. Bukan undang-undang mengambil tindakan hanya kerana seseorang itu berpoligami. Undang-undang menyanggahi ruh Islam yang luas dalam masalah ini. Soal keadilan tidak boleh dinilai di sudut tertentu semata sebelum perkahwinan. Entah berapa ramai lelaki yang kononnya layak berpoligami kemudian tidak adil.

Untuk membendung ketidakadilan poligami bukan dengan menghalang poligami. Itu hanya meningkatkan maksiat semata. Sebaliknya, untuk menghalangnya ialah dengan diketatkan undang-undang di sudut keadilan antara isteri kepada suami yang berpoligami. Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi ‘ada yang ternama tidak berkahwin’ bebas dengan pasangannya yang ternama.

Persoalan yang patut difikirkan, adakah undang-undang yang seperti ini boleh dinamakan sebagai undang-undang syariah? Saya bersimpati dengan YB Datuk Bung Mokhtar dan isterinya dalam kes ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

link: drmaza.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari