Sebelum ini aku posting berita dari akbar Malaysiakini dan Mstar mengenai berita TGNA suruh Nasha letak jawatan...mungkin ada yang kata berita ni tak boleh nak dipercayai... bagi aku ada juga berita yang boleh dipercayai.. nak berita yang boleh dipercayai sekarang ni.. Harakah!!! Memang boleh dipercayaii tapi ada berita yang tak keluar.. ada berita berat sebelah... habih tu nak jadi apa... kita dok kutuk surat khabar UMNO... suratkhabar PAS pun melantung juga... Habis tu macam mana... Macam mana lagi.,.. itu pasal aku letak gambar 2 ekoq tu suruh berenti.. Bagi orang lain jadi CEO Harakah...Baru Harakah boleh keluar berita dengan telus... kalau tidak lebih kurang sama dengan UM/BH...
Baru sekejap tadi adik Blogger Pink Turtle telefon aku, beliau memaklumkan sewaktu aku dok sms kat dia mengenai berita tu.. dia tengah makan tengahari dengan Ustaz YB Abd Latif Ketua Pemuda PAS Kelantan.. apa yang diceritakan oleh YB Ustas Latif ialah beliau tidak pernah melihat TGNA begitu marah dengan perasaan yang sebak kesedihan diatas perbuatan Nasarudin, yang mana sebelum ini TGNA tidak pernah menunjukkan kemarahannya dengan sebegitu rupa.. Malah TGNA terus meminta Nasha melepaskan kerusi Bachok kembali... Sebelum PRU12 yang TGNA bersama rakyat Kelantan betapa bersusah payah nak mempertahankan Kelantan daripada serangan UMNO..berlinang air mata orang tua tu menagis memohon pertolongan Allah...tup-tup senang-senang si Nasha ni nak terima pelawaan Najib untuk kerajaan Perpaduan.. Insyaallah, kalau tak ada apa aral blog Pink Turtle akan menyiarkan rakaman suara ucapan TGNA mengenai kenyataan tersebut...
Kalau kita fikir balik.. Si Berahim Ali tu pun teruk juga perangai dia.. tu sakit hati juga kita kat dia.. tetapi Ibrahim Ali dia tak libatkan PAS... dia cuma gedebe cara dia.. TGNA tak ambik peduli sangat... tapi bab si Nasha ni kira berat.. masaalah masa depan Islam di Malaysia.. tu yang TGNA marah tu... Oii tak kan hangpa tak kenai perangai budaya UMNO... sama aja dengan musuh saudara kita di Palestine tu... itu aja taraf UMNO...
Apa pun aku berasa cukup lega sekali bila TGNA mengeluarkan kenyataan tersebut.. bukan apa.. paling kurang pun aku rasa kerja yang aku buat ni berbaloi.. tak sesia aku letak gambar depa 2 ekoq kat atas tu... walaupun sebelum ini aku telah menerima kecaman yang aku hebat..macam semalam waktu aku kat surau,,, ada seorang sahabat dalam senyuman menghentam aku.. mengatakan sekarang ni dah nak baca blog manjungmari.. terasa juga aku.. tetapi sempat aku balas balik.. blog aku bukan penulis upahan..itu jawapan aku.. tapi itulah perjuangan...terima kasih kepada blogger pemburu syahid yang memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada aku sebelum ini.. begitu juga kekawan yang lain-lain...
Dan tak lupa juga pada Sifu aku, dia berdiam diri bila aku mengambil tindakan tersebut.. mungkin dia mengetahui betapa marahnya aku bermula dari selepas muktamar tempohari...selalunya kalau ada sesuatu posting yang tak betul sifu aku akan SMS atau call bagi tau dan nasihati aku.. tetapi bila bab ni beliau mendiam diri.. terima kasih Cikgu.......
Cuma disini aku mengajak para pembaca sekelian marilah kita sama-sama berdoa, memohon pada Allah biar Islam ini berada dalam keadaan selamat sejahtera tidak diganggu gugat oleh UMNO laknatullah...moga-moga selepas PRU13 nanti syiar Islam akan berada di perlembagaan negara Malaysia. INSYAALLAH.
Pas mesti dipertahankan oleh ahli dan penyokong. Jangan tinggalkan Pas jika kecewa dgn pemimpin spt boneka umno ini. Tapi usahakan supaya boneka umno dlm pas dan pemimpin yang kianat ini diterajang keluar dari Pas.
ReplyDeleteKalau aku suka umno baik aku masuk umno, tak payah jadi ahli Pas macam bodoh ni.
dah lamo den tak denga perkataan MELANTONG ni hahahahahaha......... hantam lahhh TUJUH lautan kita harungi ini kan pulu maianan POLITIK hannntammm jer MANJUNGMARI.....
ReplyDeletePerselisihan pendapat didalam PAS, ada baiknya ahli-ahli PAS serta penyokong-penyokong PAS bermuhasabah dengan Firman ALLAH S.W.T:
ReplyDelete'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.'
'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim'.
'Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani'.
(Surah Al Hujuraat ayat 10-12)
Janganlah dikeruhkan keadaan carilah jalan pendamaian.
teman yang bertshirt hitam di tengah tue abg MM
ReplyDeleteItulah kebaikannya yang timbul dari perselisihan/perbalahan pendapat mengenai UG ini.Sama saperti perselisihan pendapat Imam-Imam mukhtabar,perselisihan mereka membawa kebaikan.Dari peristiwa ini kita semakin dapat melihat hakikat sebenar siapa yang mula dicemari/disusupi oleh musuh kita...UMNO.Perselisihan kita nampak membawa keburukan.Kepada mereka yang bercita-cita tinggi dan nak sangat jadi pemimpin tu,fikir-fikirkan lah.Perjuangan kita bukan setakat berjaya didunia saja...kita hendak berjaya dunia akhirat.Bagi saya secara peribadi tidak ada kerjasama/perpaduan dengan UMNO.
ReplyDelete