boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, June 14, 2009

“Saya tetap menang”


Saya agak kecewa bila membaca Ust Nasha menjawab “I still won” atau “saya tetap menang” apabila disebut oleh wartawan bahawa dia hanya memperolehi 46% dari undi perwakilan. Ini adalah kerana ia mengingatkan saya kepada jawapan Dr. M bila dia menyebut “walaupun dengan majoriti satu undi, saya tetap menang”. Sebagai pemimpin dia harus lebih peka kepada hakikat bahawa dia tidak mendapat sokongan majoriti dan bagaimana PAS seolah-olah terbahagi dua dalam persoalan pemilihan ini. Jawapan “saya tetap menang”, sekiranya benar, merupakan jawapan yang agak kebudak-budakan bagi saya dan kurangnya sifat kepimpinan. Ini juga menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap kehendak majoriti perwakilan.

Seterusnya baca DISINI

Komen... Itu pasal aku bubuh gambar kat atas tu.... bukan kerana kerajaan perpaduan....

4 comments:

  1. Mintak tolong jangan beriman (percaya) pada dakyah dan media ciptaan orang yang tak mahu Al Quran sebagai panduan hidup.

    Allah SWT Berfirman dalam Surah Al Israk Ayat 53 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku: "Hendaklah kamu mengucapkan perkataan yang lebih baik (tentang kebenaran Al Quran). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan (pergaduhan, perbalahan, pertelingkahan) antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." ShodaqALLAHul'Azim.

    Aku harap ko buang banner warna merah tu. Sebab itu adalah dakyah iblis dan syaitan yang suka melihat jemaah Islam berpecah.
    Jangan main ikut atau sokong suatu perkara kalau kita tak tau/takde ilmu tentangnya sebab semua perbuatan kita akan ditanya kelak ....

    Allah SWT Berfirman dalam Surah Al Israk juga Ayat 36 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan janganlah kamu mengikuti (ikut, taat, buat, sokong, setuju, bantu) tentang apa yang kamu tidak mempunyai (SUMBER YANG SAH) pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pebndengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung jawapan (di akhirat kelak)." ShodaqALLAHul'Azim ....

    Sebuah hadis yang bermaksud:
    "Dari Abu Bakrah R.A berkata:Bahwa Rasulullah SAW menggolongkan persaksian palsu termasuk termasuk dalam dosa dosa yang paling besar." HR Muttafaqun 'Alaih dalam hadis yang panjang ....

    WAllahua'alam....

    ReplyDelete
  2. tak dpt buat semua,jgn tak buat langsung....

    anda berhak untuk bersuara!!

    tak semua setuju,jgn sampai semua tak setuju...

    suara anda tak semua berhak nk tau!!!

    tak semua menang,eloklah semua tak kalah...

    BIAR TAK BERILMU DGN SEMUANYA,DRPD SEMUANYA TAK BERILMU!!!!

    ***bekerjasamalah semuanya untuk islam!!!!

    ReplyDelete
  3. dalam isu ini aku lebih suka menerima hujahan
    ayoh ziz (TGNA). ayoh ziz antara pemimpin pas yang kata2nya seiring dengan amalannya. dan telah dibuktikan pencapaiannya serta angkatan kerjanya di kelantan. ayoh ziz bukan hanya bijak melontar idea bahkan turut bijak dalam merealitikannya. lihat saja kelantan. hampir 20 tahun ditadbir oleh beliau kelantan seimbang pembangunnan fizikal dan rohani. hujahan ayoh ziz ttg "kerajaan perpaduan" cukup bernas. berdasar kepada pengalaman silam dan kini PAS dihentam oleh amno. tapi malang sekali ada pimpinan yang lebih gemar "mencuci tong taik dengan masuk ke dalam tong daripada mencuci atau membuang tong tersebut" (ingat x ini bidalan siapa???). 1 lagi harakah sendiri x nok siar pon statement ayoh ziz tentang UG ni. aku x benci TGHH, tapi aku kecewa kerana dia hanya lontarkan isu ini mcm org kaya campakkan syiling kepada org2 miskin untuk direbut-rebut dan dikutip-kutip. tanpa ada penjelasan tambahan yang konkrit. benda ni dah lama di keluarkan. tapi x jugak sampai sekarang ada dijelaskan. aku sedih!
    bukan aku saja, ahli2 dan penyokong2 pas kelantan pun kecewa.
    bercakap senang gu..
    tapi cuba laksana!!!
    Allah dah cuba lontarkan ujian buat org tganu perintah... apa jadi??? cakap mmg senang! idea mcm2 buleh keluar. tapi hasilnya???
    dalam ramai2 pemimpin pas lo ni, aku tgk ayoh ziz jah hok kuat pertahan dasar PAS. yang lain... Allah saja yang tahu.
    tolonglah fahami, hayati, selami sejarah perjuangan PAS selama ini. PAS doh dekat nak sampai ke PUTRAJAYA, tapi kisah-kisah mcm ni buatkan PAS tersadung!!!
    org yang mintak isu ini dihentikan itulah org yang hanya pandai berkata hingga pas tganu punah ranah!!!
    ujian Allah akan datang lagi insyaAllah dalam PRU 13...
    aku harap sementara mata masih terbuka, aku dapat lihat PAS di PUTRAJaYA bersama rakan PR.
    ayoh ziz, aku dan rakyat kelantan berdiri teguh bersamamu.

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dengan hang. Blog ni tempat kita meluahkan apa yg kita nak. Bukan meluahkan apa yg orang nak. Hang ada hak untuk menyatakan apa yg hang rasa. Klau lah, semua benda yg kita tulis nak ikut apa yg orang lain nak, baik suh orang tu ja yg tolong tulis kat blog kita. Lagi satu, sapa dia tu nak suh ang keluar dari PAS? Klau apa yg kita rasa tak kena, kita tak boleh comdem orang atas, klau condem kena pecat atau letak jawatan, kita sama la mcm Umno. Tak puas ati ngn presiden umno, kena letak jawatan atau dipecat dari parti. Dunia2. Bila ego dah menguasai orang, ni la yg akan terjadi. Bodoh.hehe

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari