Buat kekawan yang memberi kata-kata semangat terhadap aku...budak kampung, real aduka, bukit teluk sera, ISA dan Dugong Darat.. terima kasih...
Mana hati tak terasa.. bila ada hamba Allah yang lebih berkuasa menyuruh kita pi cari parti lain.. aku nak pi cari tang mana....nak minta keluar parti,.. mana mungkin...jadi jalan terbaik suruh orang pecat ajalah...Lagi satu yang paling sedih tu blogger popular yang hitnya berjuta-juta pulak yang sound kat aku macam tu... lagi la terasa betapa kerdilnya kita dialam maya yang baru nak belajar memblog....
Lepas tu bila aku balik surau lepas isyak tadi bini aku dengan muka muncung bagi tau " Albanjari SMS"...aku salin balik tanpa edit...Salam tuan, kekeke...Wak nk tengok respon siparpu dan gomo, drama yg aku tgh buat ni, konon2 kita bergaduh psl UG. Cuba hangpa baca SMS dia... senang-senang hantar SMS... kepala hotak dia..dah lah bini aku muncung , lepas tu dok bebel kat aku, kata aku memblog kerja yang tak berfaedah, lari dari tujuan sebenar... itu satu hal.... ada dia nak minta maaf.. ka sorry ka... janganlah nak bagi nasihat orang saja.. pakai akai sama... yang gatai SMS waktu org pi surau.. dah bini aku timbul masaalah.. nak marah kat bini pun tak boleh juga..
Apa yang aku nampak... simangkok ni bila posting nak cari popularti nak dapat hit kat blog, lepas tu belasah kekawan... bila pembaca blog dia komen belambak yang tak setuju dgn dia, lepas tu dia tengok aku jawab macam tu.. dah tak ada arah... SMS cakap lakonan... lakonan kejadah apa... Kita dok tengah fikiaq akan masa depan Islam.. tup-tup simangkok ni nak tunjuk handal pulak... OK baguih lah nasihat dia tu... tapi yang suruh aku cari parti lain... apa parti PAS tu Pak penakan dia punya ka...
Walaupun aku tak ada adap katanya.. aku terima hakikat tu... tapi aku tak ambik posting orang tanpa bagi kredit pada tuan punya,,, tapi simangkok ni aku punya posting berapa kali dia main ambik ikut sedap dia aja.. tanpa kredit, tanpa maklum...boleh ka ambik hak tanpa izin macam tu... padanla blog dapat hit berjuta-juta...betuilah apa yang MSK cerita kat aku baru-baru ni... tak payah aku cerita semua...sebab ni antara dia dengan MSK...hangpa baca perakexpress.com.
Nasib baik ada adik aku blogger Pink Turtle.. tempat aku mengadu... terima kasih Man kerana tolong jawab kat aku... aku memang tadi dah tak ada idea apa nak tulis... bengang se bengangnya.. apa taknya.. Sifu aku SMS nasihat.. dan tengah mlm ni Dr Wahab pulak SMS...
Disini aku nak tanya kat simangkok ni... dulu dia ada buat posting bersiri-siri kisah dia pi ambik al-quran di Kedutaan Arab naik Van UMNO,,, lepas tu ada lagi satu posting bersiri juga yang dia ikut bersama-sama kawannya perwakilan ke mesyuarat bahagian UMNO......Jadi aku tak bolehlah nak level apa-apa pulak... tapi sendiri mau fikirlah.... tu pasal kut agaknya marah sangat kat aku dok tentang UG tu...
Dia umpamakan poster aku macam sampah... Oklah.. aku ni pun bukannya artis ataupun seniman jalanan... tetapi aku juga ucap terima kasih kerana ada juga hamba allah yang menerima dan menilai poster aku... DI SINI. Masih ada lagi sahabat yang dapat membaca hati dan perasan aku... aku tabik kat hang... memang terror sahabat kita ni.. pandai dia buat tafsiran...Insyaallah.. akan aku paparkan poster itu selagi yang termampu diblog aku...
OKlah... cukuplah takat ini dulu, apa pun Wak Albanjari... aku ucap banyak-banyak terima kasihlah apa yang hang tegur aku selama ini, halalkan makan dan minum yang lepas-lepas..terima kasih di atas pemberian tapai diwaktu pertama kali kita bertemu di SUK Ipoh...
WASSALAM.
Ko bodoh ke apa? Ke ko ni UMNO
ReplyDeleteBaca Mafhum Firman Allah di bodoh - Surah An Nisa Ayat 59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin-peminpin)di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
ReplyDeletebro,
ReplyDeletedah la tu...wat pe nak gaduh2 cukup la..
ygkat atas pun tak abih lagi takkan kitakat bawah nak camni lak..?
cool dah le...pasnie kita jumpa ramai2 lagi takkan nak masam muka plak..tak siok aa...
dah la tu ...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedah lah bro , cool aje, biarlah dengan pendapat masing masing, kena hormati begitu, sy hormat pendapat albanjari tetapi albanjari kena hormat pendapat ahli pas yg lain, sy sokong pendapat manjung ni sbb ia realiti yg berlaku, jangan cuba kita nafikan yg ahli pas dan kelab penyokong sudah bercelaru dan keliru dengan apa yg berlaku
ReplyDeleteSalam.....
ReplyDeleteKita sayangkan pimpinan kita. Kita juga sayangkan jemaah kita. Ramai di kalangan kita yang masih terpinga pingan dengan hal nih.
Ada yang terperangkap dalam kefahaman WALA'. Ada yang terperangkap dalam istilah KEPIMPINAN ULAMA.
Fahamilah WALA' dan fahamilah KEPIMPINAN ULAMA.
Pertahankan jemaah dan pimpinan. Bukannya pertahankan individu yang memimpin. WALA' kepada jemaah dan pimpinan serta keputsuan pimpina. Bukannya WALA' kepada individu yang memimpin atau keputusan individu yang memimpin.
Apa apa pun, aku semakin faham dengan al-banjari. Kuatkan semangat wahai manjongmari. Yakinlah dengan ijtihad anta. InsyaAllah ada nilai di sisi Allah Ta'ala.
www.saynotomunafiqeen.blogspot.com
TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
ReplyDeleteErtinya:
Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Sabor Tuan Hj
ReplyDeleteTu pasal aku suka politik
Pagi sokong petang dah tak sokong
Belum dapat jawatan lain kenyataannya dah dapat jawatan lain pulak kenyataannya.
Hari ni lawan besok jadi kekasih.
Ni biasa le Tuan Hj perbezaan pendapat...baru ceria hidup ni...Blogger BN tentu gelak keras perut tengok hangpa berbalah...
Salam MM,
ReplyDeleteAllahuakbar...., saya baru baca posting hg pagi ni, ingatkan dah selesai... rupanya ada lagi... adus... dah la tu.. bawak bersabar dan bertolak ansur.
Wak tembak... MM balas... lepas tu MM tembak... wak balas..., sampai bila bro... nak habis peluru.., orang sebelah sana duduk kat grandstand pakai teropong, gelak sakan.
Daripada tembak menembak dalam blog, eloklah duduk semeja dan selesaikan secara gentleman, secara beradab.
Mungkin ada sesapa di Perak yang boleh jadi orang tengah, takan nak panggil YB Nizar kot...
kah...kah...kah....
ReplyDeleteok la tu bergaduh sesama sendiri sekali sekala.......
tapi jangan lama-lama....
baru la demokrasi dan profesional......
kah...kah...kah....
tak la kita anggap semua benda indah dan cantik je.....
JANGAN LUPA LEPAS NI KALU ADA KONVENSYEN TEH TARIK ADA KAN SESI TARBIYYAH " DEMOKRASI DAN PROFESIONAL" SESAMA AHLI KETIKA BERCANGGAH PENDAPAT YE......
KAH...KAH...KAH...KAH....