boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, February 11, 2010

Apakah Hukuman Sebat Kedua Kali ini..

Salam Sejahtera..

Dua wanita Melayu Maryati Musa 20 tahun dan Normaziah Ahmad 25 tahun, antara 12 orang yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari ini atas tuduhan meminum arak di dua buah pusat hiburan di Kuantan ketika operasi Ops Taubat dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) minggu lalu.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Horoscope Club di Kuantan pada 6 Feb yang lalu dan separuhnya lagi didakwa melakukan kesalahan yang sama di pusat karaoke Mega KTV di Jalan Wong Ah Jang di sini antara 12 tengah malam dan 2 pagi pada hari yang sama.

Apakah kedua-dua wanita ini kalau mengaku bersalah akan di hukum sebat seperti Kartika yang masih lagi belum juga disebat..ha ha heboh lagi seketika, kita lihat UMNO akan bertempiaran mencari hujah, minta buat rayuan terhadap undang-undang enakmen Islam yang mereka sendiri buat dan luluskan....

Apa yang aku dok nampak, anggota JAIP di Pahang lebih efisyen melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan keatas mereka berbanding dengan anggota-anggota JAIS Selangor yang kebih memfokuskan kepada penangkapan ke atas guru-guru agama yang mengajar tanpa tauliah, bukan sahaja Dr Asri seorang sahaja yang diahalang, malah ramai lagi ustas-ustas yang tanpa tauliah dihalang untuk menyampaikan ilmu Allah.

Pelik kan antara dua negeri tersebut, negeri aku Perak tak payah cerita, pegawai Masjid habis berterabuk selepas UMNO mengambil alih kuasa, sekarang tambah lagilah, bila jawatan haram MB yang telak disamak menjadi halal oleh pendeta-pendeta undang-undang demokrasi ala UMNO....

Apa pun tak, masa yang berjalan tak lama ,, kita tunggu PRU13, lawan tetap lawan, Kuasa raja dan undang-undang negara UMNO boleh memperkudakannya, kuasa rakyat,,... Duit RM50, kain batik, beras sekampit rakyat terima, tetapi undi belakang kira....

Berita Berkaitan: malaysiakini.




3 comments:

  1. Tumpang menempek sikit

    UiTM bantu ibu bapa penuntut koma dalam nahas
    11/02/2010 6:35pm


    KLANG 11 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi jaminan akan membantu menampung kos perbelanjaan ibu bapa kepada penuntut institusi pengajian tinggi itu, yang koma selepas terbabit dalam kemalangan di Seksyen 7 di sini Ahad lalu.

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bantuan berkenaan membabitkan kos tempat tinggal, makanan, minuman dan kenderaan sepanjang ibu bapa kepada Mohd. Bakri Mohd. Bazli berada di sini bagi menemani anak mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

    UiTM juga akan menanggung kos rawatan Mohd. Bakri yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah, katanya kepada pemberita selepas melawat penuntut itu di HTAR di sini hari ini.

    Beliau diiringi Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Nasuddin Othman.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam Ahad lalu, Mohd. Bakri, 23, cedera parah di kepala setelah terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

    Sementara itu, bapa Mohd. Bakri, Mohd. Bazli Che Ali, seorang peniaga kedai kopi dari Kelantan, berkata, anaknya sudah sedar, namun masih tidak mengenali orang yang melawatnya serta berada dalam keadaan lemah.

    "Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia menunjukkan reaksi positif dan yakin dia akan kembali pulih.

    "Mohd. Bakri anak sulung kami daripada tujuh beradik dan merupakan harapan keluarga, saya sedih tetapi menerima ketentuan ini kerana sesiapapun boleh terlibat dengan kemalangan,” katanya dalam keadaan masih terkejut dengan insiden yang menimpa anaknya itu. – Bernama

    ReplyDelete
  2. maka komen oleh aku tu, di sini aku nak tanya sikit, nape tak suruh tubuh siasatan di raja? kenape tak buat demonstrasi terhadap adun tu, ha mana ngo cina kapir? ada ke depa nak melalak pertahankan kaum melayu. tapi kalau kena pada bangsa cina berduyun duyun ngo me;ayu membela bangs acina ,, memang bodoh bangang bingai semua ada la puak puak korang ni,,, memang sah la kau ni jenis spesis firaun, setan

    ReplyDelete
  3. salam..mohon budi baik linkkan blog ana disini..terima kasih.

    http://kedah-online.blogspot.com

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari