Sebelum ini gegak gempita riuh rendah umpama negara macam dah nak kena serang dengan Jepun buat kali kedua disebabkan pembatalan perarakan dijalanraya sempena maulidur rasul, kenapa riuh sangat, sebab negeri Pulau Pinang di perintah oleh DAP, DAP itu Cina, DAP itu saudara PAP parti memerintah Singapura, itulah tohmahan UMNO buat orang Melayu supaya membenci DAP.
Sehingga hari Selasa lepas malam Rabu diadakan siri Hujah anjuran TV9 kononya orang melayu telah di tindas sejak DAP memerintah Pulau Pinang, nak termuntah aku tengok ucapan dari wakil Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang menghentam Kerajaan Lim Guan Eng. Kononnya orang Melayu dah berkurang akibat dari pemerintahan DAP, oii dah lama dah....., sebelum Mac 2008 lagi orang Melayu dah pupus dari Pulau sana, waktu DR Lim Chong Euu dangan Dr Koh Ksu Koon lagi dah, orang melayu dah pups, kenapa UMNO dengan wakil-wakil NGO penjilat UMNO tak bising.
Bila dah tak ada rah, tak dapat sambutan isu orang Melayu, UMNO main isu agama kononnya nak tarik perhatian orang Melayu, isu berarak sempena Maulidur Rasul yang dibatalkan, dahkena lagi Lim Guan Eng, seronok akhbar utusan melayu jaja muka depan, bertambah jualannya yang semakin merosot sebelum ini.
Bila Tuan Guru Nik Aziz cuba nak kefahaman Islam yang sebenarnya mengenai isu tersebut, dah pakat kata Tok Guru nak cover DAP pulak,, oii mangkok, bab agama Islam tak boleh nak cover-cover, nanti didepan Allah sapa nak jawab, riuh lagi isu maulid, sehingga Dr Asri mantan Mufti Perlis pun buat kenyataan, alhamdulillah, kurang sikit, namun ada lagi individu-individu terkenal yang dah popular sebelum ni, pun turut serta nak tambah lagi kepopularatinya, nak tambah bagi kecelaruan,.. kalau dia orang politik standard macam Ibrahim ahli aku tak kisah, tapi mahluk ni adalah penulis hebat, penerima anugerah seni Malaysia 2009, ia pun turut nak beri pendapat disamping nak hentam TGNA, ni apa cerita... baca di tehranifaisal. Janganlah disebabkan faktor kefahaman mazhab maka kita nak cari pasal, sebab TGNA pun tak pernah ganggu lu punya bisnes, lu punya tulisan, isu lebih besar sedia menunggu nak membaham kita, kenapa tak bising. Kenapa isu UMNO yang semakin mengcengkam rakyat lu diam, takut anugerah lain kali tak dapat....
Oklah, berita terbaharu dan terkini, Negeri Johor yang terkenal dengan amalan-amalan seperti Yasin, Marhaban, tahlil pun kali ini tak berarak, Negeri Pahang ikut serta dan juga negeri Perlis Darul Sunah..., Ini apa cerita... apakah terpengaruh dengan DAP pimpinan Lim Guan Eng...., Oii pencacai UMNO,, silalah buat bantahan dinegeri-negeri tersebut, aku pun nak join sekali....
Berita Berkaitan : malaysiakini.
biasa la tuan.. bila kita sebut pasal negeri lain, depa kona ikut lain...x caya tgu la..nnt ada la pecacai komen kat sini... - Neo
ReplyDeleteLanun berduka di pohon sena
ReplyDeleteBuah bidara di tepi teluk
Konon tak suka kaumnya Cina
Anak daranya direbut nak dipeluk2
Menyuluh nasi di subuh puasa
Makan bubur caca sambil berbual
Berpuluh kerusi Umngok berkuasa
Ke tangan mca gerakan habis dijual