boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 23, 2010

Berita baik buat Cikgu dan Guru...

Dua hari sudah aku ada terbaca kelohan seorang guru di blog biaqpila. kisah bagaimana seorang guru gred DG41 yang diarahkan menjaga peperiksaan SPM, biasalah jaga peperiksaan SPM mau 3 minggu lebih, menyebabkan kenduri kahwin, imbuhan claim beberapa ringgit sahaja yang dapat, habis jaga periksa kena pi sekolah balik..c

Ada siapa yang simpati kat naib guru-guru yang mengajar anak kita semua,, nak harap Menteri Muhyiden Yassin, asyik dengan saya tak ada kuasa... abis tu siapa yang berkuasa?... RM.. Oii bukan ringgit Malaysia,, Rosmah Mansor..

Namun kini petunjuk untuk kebaikan masa depan guru dah ada, dapat disediakan tetapi guru-guru kenalah bekerja keras bersama-sama rakyat diluar sana... jom kita jatuhkan UMNO pada PRU13 nanti.. Insyaallah......



Negara tak akan muflis kerana imbuhan khas pendidik PR, jamin Anwar

December 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan inisiatif imbuhan khas pendidik bulanan RM500, dijanjikan Pakatan Rakyat, tidak akan menyebabkan negara muflis sebagaimana didakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (gambar) ini dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan akibat pelaksanaan imbuhan khas pendidik bulanan itu.

Inisiatif menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan merupakan salah satu daripada 10 perkara yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyen mereka di Pulau Pinang, Ahad lalu.

Pakatan Rakyat berjanji akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersamanya.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya.

Pakatan Rakyat menganggarkan kos itu dengan mengambil kira kewujudan 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

“Usaha menaik taraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran).

“Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita,” kata beliau.

Menurut Anwar, inisiatif itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun dan jumlah itu adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno-Barisan Nasional (BN).

Dalam ulasan yang dilihat sindiran, kata Anwar, kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

Malah, katanya, bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan.

“Pembaziran Umno-BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi Pemandu bagi 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

“Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun,” kata Anwar, bekas menteri kewangan.

Justeru, Anwar berpendapat bahawa persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul.

“Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno-BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini,” katanya lagi.

Menurut Anwar lagi, hakikatnya bidang pendidikan tidaklah berada dalam senarai kepentingan Umno-BN.

Ketika berada dalam kerajaan Anwar juga pernah menjadi menteri pelajaran.

“Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi,” katanya.

Justeru kata beliau, langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

Najib memaklumkan perkara itu selepas merasmikan persidangan tritahunan Cuepacs kelmarin.

Perkara ini telah disyorkan Cuepacs sejak 2002 tetapi menurut Anwar, hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno-BN memberikan reaksi cemas.

“Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari,” katanya lagi.

Anwar juga menegaskan, ia bukanlah caranya kerajaan merancang kebajikan pendidikan negara.

“Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari