boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, December 17, 2010

Itu bukan Undang-undang ISALM....

Salam Sejahtera…

Aku harap kenyataan akhbar seperti yang yang aku salin kat bawah tu bukan dating dari seorang yang alim dalam hal ehwal hokum Islam…

Bila aku baca baca tajuk saja, aku dah rasa ada sesuatu yang tak kena…. Mana mungkin undang-undang yang Allah S.W.T perintahkan kepada manusia tidak mantap…

Yang tidak mantap itu ialah undang-undang enakmen jenayah syariah ciptaan manusia berbangsa Melayu yang digubal mengikut kehendak nafsu serakah UMNO dan diluluskan oleh raja-raja melayu sebelum digazet menjadi undang-undang.… Itulah hasil selama 53 tahun UMNO memerintah....Undang-undang itu bukan undang-undang Islam yang termaktub dalam Al Quran.


Bahasa

Undang-undang Islam tak cukup mantap tangani kes zina, kata pakar

December 17, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Undang-undang jenayah Syariah perlu dikaji semula agar sistem kehakiman itu mempunyai kuasa menyeluruh sebagai pencegah gejala zina dan pembuangan bayi yang terus mendapat perhatian masyarakat.

Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Paizah Ismail berkata, undang-undang jenayah Syariah yang diamalkan bukan undang-undang bertujuan untuk merealisasikan syariat Islam sepenuhnya.

“Sebaliknya, ia merupakan undang-undang yang berperanan untuk menampung kekurangan yang ada pada undang-undang konvensional dalam hal keagamaan.

“Kerana itulah peruntukan-peruntukan dalamnya lebih bersifat untuk menjaga kepentingan keagamaan bagi umat Islam di negara ini dan bukan melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya,” kata beliau pada Muzakarah Fatwa “Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.

Melihat kepada kes zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa, Paizah berkata undang-undang jenayah Syariah gagal untuk berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menangai gejala itu.

“Mungkin agak janggal untuk mengatakan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sekarang tidak cukup mampu berperanan sebagai satu faktor pencegah gejala perzinaan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

“Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut.

“Tambahan pula rakyat Malaysia termasuk orang Islam masih prejudis terhadap keadilan syariat Islam, realiti ini telah meletakkan undang-undang jenayah Syariah di tempat yang salah,” katanya.

Beliau juga berkata, dengan sedikit bidang kuasa dan tradisi mahkamah yang kurang mantap, undang-undang jenayah Syariah tidak boleh menyumbang ke arah menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi.

“Kesan pelaksanaan mungkin ada tetapi sedikit sekali, hasilnya tidak lebih daripada rutin yang tidak mampu mempengaruhi perkembangan masyarakat.

“Justeru dalam menghadapi realiti yang serius seperti soal perzinaan dan pembuangan bayi, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan kerana syarat ini tidak dapat dipenuhi undang-undang jenayah syariah sekarang.

“Peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mampu memberi kejutan kepada remaja dan penuntut terlibat supaya lebih berhati-hati agar tidak akan berhadapan dengan hukuman berat yang sukar dipikul,” katanya.

Sumber : DI SINI

3 comments:

  1. salam tuan,

    macam-macam tuan.

    saya salin gambar memeperingati detik hitam 16 disember tu.

    syukran!
    DUNIACACAMARBA

    ReplyDelete
  2. aku tengok muka pensyarah ni sebijik macam makcik kantin . isssh2 agak nya dia jadi pensyarah cari makan ja kot ..bukan pensyarah yang betoi2 menjiwai dan perjuangkan islam .

    kalau ada anak baik aku hantar sekolah pondok lagi baik dari hantar mengaji bawah pensyarah macam ni..ilmu burong tiong ja lebih..

    ReplyDelete
  3. ..salam..aku rase korg ni salah faham. ape yg die ckap tu btol cube baca dan pahamkan dan kaji btol2. perlu diingat undang2 syariah xsama dgn hukum hudud sbb tulah wlaupun ade undang2 syariah tp peruntukan hukuman zina dsb xblh mencegah bnde2 sebegitu, jadi perlu dibaiki iaitu ikot hukum hudud.

    “Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut."

    sila bace btol2 sblm buat ulasan.
    @muraibatu >> walau muka makcik kantin pon, beliau bertaraf prof madya dan ade ilmu lg tggi dr kau...kau?? jgn suka kutok org Allah xsuke..org ni makhluk Allah..kau kutok bnde yg Allah buat. jdilah contoh terbaik utk anak2 anda..salam..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari