boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 23, 2010

Wahabi - Ulama mana yang dok menentang UMNO...

Salam sejahtera....

Malam tadi kuliah magrib kat surau, seorang ostad tu, macam tak puas hati, bila penghujung kuliahnya asyik dok sebut bab wahabi,, aduhai,, untuk maklumat ostad, kami yang mai surau ni, nak tuntut ilmu, bukan nak tau wahabi tak betui, sunni sahaja yang betui,, bab itu semua kami yang jahil ni tak perlu tau, bagi khatam sesuatu yang lebih aula dulu..

Sebelum ini satu soalan yang sama isunya juga ! Apa kesannya wahabi kepada akidah umat Islam, soalan yang ditanya pada Ustaz Tarmizi Abd Rahman dalam kuliahnya dua minggu lepas,, mudah aja jawapannya

PePerkara Khilafiah bukan asas dalam perjuangan kita, dakwah kita tertumpu kepada perkara “Qat’ie”perkara khilafiah kita serahkan kepada Ulama’ .Seperti pakaian tutup aurat. Jadi kita seru mereka tutup aurat, adapun jubah , pakai lebai ..itu bukan asas, ini terpulang .Tidak ada pimpinan mengatakan untuk jadi ahli jamaah mesti pakai jubah atau lebai..tidak ada.

Kita memegang yang asal , yang menjadi sebati dalam masyarakat kita.Yang baru kita serahkan kepada ulama’....

Aulawiyyatnya ialah hari ini kena utamakan dengan kembalikan syariat Allah, halangan kita ialah Isme yang sesat dari barat. Adapun masalah khilafiah dalam mazhab di serahkan kepada Ulama’.Yang perlu kita bincang ialah Sekularisme,nepotisme ,dan isu-isu sesat yang datang dari barat.Inilah peluang musuh untuk melemahkan kita.

Wahabi, Syeikh Muhammad Abdul wahab adalah pengasas,apakah dia sesat.Ulama’ di Mekkah semuanya mengikut aliran beliau.Sebagai contoh;-

Fatwa Al Azhar – mengambil gambar untuk tujuan tertentu harus.

Tetapi fatwa Negara teluk hukum mengambil gambar adalah haram.

Persoalan qunut , sesiapa yang nak baca teruskan tetapi jangan menghalang orang lain untuk beramal dengannya.

Jangan mudah menyebut yang ini sesat atau yang itu sesat, ingat jika kita mengatakan si anu itu sesat, andainya mereka tidak sesat, maka sesat itu akan kembali kepada yang menuduhnya.

Dizaman Imam-imam dulu tidak diperbahaskan masalah ini, kerana untuk selesaikan perkara pokok.jadi perkara khilafiah di tinggalkan dahulu.

Dalam perkara aqidah seperti mazhab Khawariz( lahir nya setelah berlaku pertembungan antara Ali dan Muawiyah) Dalam hal sebegini pun tak ada Ulama yang muktabar nak mengatakan sesat atau terkeluar dari Islam. Disalin dari manirmadah.

Ada lagi satu jawapan mengenai wahabi dengan secara ilmiah, hangpa baca di DI SINI.

Bab wahabi ni seingat aku dah lama dah, waktu aku mula dok ikut Kuliah Ijtimak di Sungai Petai, Bukit Gantang Taiping, tahun 85 dulu, ada satu ilmu yang aku dapat dari Allahyarham Ustaz Yusuf Ismail (Yusuf Baling - Calon PRK DUN Bayu - tahun 90han..), ia bagi tau yang baca yassin 3 kali malam nisfu syaaban tu bidaah, semenjak dari itu, sampai sekarang aku tak ikut lagi,,, bagi aku mudah aja,, Ustaz yang bagi penerangan kepada kita tu, bukan atas kepentingan peribadi atau sebagainya, ia bagi tau atas mana yang benar atau salah.. kalau kita rasa yakin dan benar apa yang disampaikan itu ikutlah....

Minta maaflah.. nak luah perasaan sikit, ostad-ostad yang dok pertahankan tahlil arwah, baca talkin tu, kalau dah selesai semua acara tersebut, selalunya waris akan bersalam dan ada memberi sedikit imbuhan, imbuhan tu ostad tu ambik ka atau ia tolak!!!! jadi sendiri fikirlah... malas nak buat telahan lebih-lebih sangat...

Ni lagi satu... sebagai perbandingan mudah dari aku yang bodoh ni...

Aku rasa semua hangpa kenai akan ostad ni... Tokoh paling popular, pernah mendapat bermacam anugerah, seingat aku, beliau adalah salah seorang yang mula-mula menyerang akan fahaman wahabi ni secara terang=terangan, pernah keluar kenyataannya separuh muka akhbar Utusan bab bahayanya wahabi bila berdekatan waktu satu PRK di Kelantan tahun 90 dahulu.

Tetapi pernahkah ia menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO...

Pernahkah ia membela kerajaan PAS Kelantan walaupun ia orang Kelantan.

nak tau lebih hebat lagi ostad ni hangpa baca kat SINI...


OK, kemudian kita ambik pulak Dr Asri, ustas yang dilabelkan dengan Wahabi, aku tak nafikan Dr Asri ni walaupun kekadang tu kita dok nampak kekadang tu berat ke UMNO juga, tetapi dalam duk berat tu berapa banyak isu-isu berkaitan hak rakyat, hak umat Islam yang diselewengkan oleh UMNO telah ditegur oleh Dr Asri. Tolong bagi tau kat aku, mana ada ustaz atau ulama apatah lagi mufti-mufti dalam Malaysia ni (kecuali PAS) yang berani menegur kesilapan kerajaan.

Begitulah, mana ada ulama-ulama atau mufti yang secara terangan-terangan membela Tuan Guru Nik Aziz selaku ketua negeri Kelantan, melainkan Dr Asri walaupun beliau orang Pulau Pinang...


Jadi pakat-pakat fikirlah, janganlah kerana isu-isu sebegini kita terperangkap, musuh Islam sentiasa memerhati kelemahan umat islam...

Kenapa kita masih kepada pemikiran lama, OKlah, kita tolak tepi dulu bab tahlil dan talkin, kita ambik bab kenduri kahwin, kenapa masih dok nak ikut takuk-takuk adat resam melayu+hindu dulu tu, masih nak bersanding, tepung tawar, berpelamin, berinai, dan bermacam-macam lagi tu...

Aku pernah jadi pengiring kawan baik aku menikah di Perlis negeri Wahabi tahun 1984, kahwin dengan anak arwah Ustaz Ramli di Mata Air, simple aja majlisnya di rumah pengantin perempuan, malam (raya puasa pertama) pergi akad nikad, doa selamat dan jamuan makan. Besok harinya kenduri di rumah kawan aku pulak, pun hanya sekadar jamuan makan... kekal bahagia sampai hari ini.

Entahlah, ada yang mudah, ada yang senang, dok gatai nak ikut adat orang dulu-dulu, sebabnya takut nanti apakata orang, apakata jiran.kerana takut kekata jiran kita sanggup berhutang, bergolok bergadai nak buat kenduri bagi kahwin anak…...

Insyaallah, aku akan berazam akan melakukan perubahan-perubahan seperti tersebut, dan aku dahpun berpesan kepada anak-anak aku, kalau aku mati tak payahlah nak susah-susah cari tok imam baca talkin, nak buat tahlil arwah, cuma kalau ada rasa sayang dan belas ehsan, aku cuma mengharap doa-doa dari anak-anak aku,, itu sahaja...

Hangpa nak kata aku aku pun wahbi juga, kata pilah, apa aku kisah,,, keislaman aku Allah yang maha kuasa menentukannnya...



7 comments:

  1. Tuan,mereka yang berpegang sahaja dengan apa yang mereka terima daripada orang sebelum mereka adalah golongan yang malas berfikir dan mengkaji. Mereka termasuk orang yang malas membaca juga bahkan mereka adalah golongan penakut. Puak-puak tu lebih rela hidupa dalam kejahilan dan ketaksuban daripada melangkah keluar ke dunia ilmu yang lebih luas dan mencabar.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Terima kasih Ustaz... kerana sudi buat kali pertama komen dalam blog ana ini... Sebagai memberi sokongan dan kekuatan kepada ana...Jazakallah hu khairan kashira jaza..

    ReplyDelete
  3. MM ..aku pun heran dengan budaya dan amalan umat melayu islam ni ..kematian kalau tak ada talkin dan tahlil arwah macam tak sah urusan urusan mayat .

    ustaz aku pun pernah kuliah kan ..kalau mati , mandi ,kapan , sembahyang , tanam .

    ini ada solan bocor pulak nak di ajar kepada simati dalam kubor..

    yang boleh safaat kan kita di alam barzah hanya amalan , sedekah jariah ,ilmu yang beri manafaat , anak yang soleh .
    orang lain kirim salam ..cuma kenyang makan ja ..

    kalau boleh upah orang ..senang bayak la..suroh la buat tahlil tiap malam pun si mayat tetap meronta di alam kubor ..kalau anak nya tak jaga agama..jgn harap la..

    ReplyDelete
  4. lihat kupasan menarik oleh ust zaharuddin tentang isu wababi di: http://www.youtube.com/watch?v=NE7uqWX6jl8

    ReplyDelete
  5. pendapat hang ni manjungmari adalah pendapat orang belajar agama tak habis,hang belajar agama melalui pentas ceramah pas saja,lama dah hang dok mentakedarah gaji wang & pencen dari kerajaan Umno pusat apa hukum,membesar anak & kluarga dgn duit tu nak hukum apa,tanya mufti hang yang dok puja Drmahadhir& Shahidan,dia pun sama la ni dok telanmacam hang,meseti hukum dia harus,atau wajib ,wajib makan,la ni dok petikai baca talkin & tahlil serta sedekah sringgit 2,kepala butoh hang

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kepala b*t*h hang< inilah bahasa perkataan orang belajar agama yg habis..... (agama apa yg mamat ni belajar abis???) tapi bab menilai hukum makan duit gaji dgn kerajaan pun masih tak reti apa hukumnya... mungkin yg dia paham bila makan gaji dgn kerajaan>kita kena tutup mulut dan menjilat apa juga tindakan umno. Bagi dia >kerajaan itu umno & umno itu kerajaan....

      Delete
  6. memang patut pun mm ni kena butoh.dasar jahil sombong pulak....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari