boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, December 7, 2010

Projek bernilai RM111 juta..

Beruntung sungguh kanak-kanak seramai 174 yang terpileh tu.. tetapi bagaimana kanak-kanak Islam tang memerlukan pelajaran di dunia dan juga akhirat, peruntuk apa yang ada disekolah-sekolah agama sentiasa terabai...,,

RM111 juta tu banyak tu,,, dimanakah jurucakap-jurucakap, Idris Jala, Pemandu, penasihat ekonomi negara,

oii mangkok... harga minyak RON95 yang sebelum ini Ismail Sabri Yakob memberi jaminan tak akan naik,,tetapi naik..., hangpa cekik poket rakyat, dalam suasana pembaziran berleluasa dalam negara...,.



DALAM NEGERI

Konsert Anak-Anak Permata di Istana Budaya 14, 15 Disember


Rosmah Mansor bersama kanak-kanak menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas sidang akhbar mengenai Konsert Anak-Anak Permata di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 6 Dis. - Seramai 174 kanak-kanak di bawah program Permata Negara akan terlibat membuat persembahan sempena Konsert Permata Seni pada 14 dan 15 Disember ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program itu berkata, konsert bertemakan 'Menggilap Bakat Muda, Menyerlah Rentak Bangsa' itu akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya.

''Konsert selama 90 minit yang akan berlangsung nanti akan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu Permata Seni Tari yang menggabungkan lima koreografi tarian pelbagai kaum dan Permata Seni Koir yang turut menampilkan lima seleksi lagu koir.

"Segmen ketiga pula akan menampilkan Permata Seni Muzik dengan menampilkan empat susunan lagu secara orkestra," katanya pada sidang akhbar di Istana Budaya hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohd. Juhari Shaarani.

Menurut Rosmah, kanak-kanak itu telah menjalani latihan intensif sepanjang tahun oleh tenaga profesional dari dalam dan luar negara.

"Pada masa hadapan, jika kita menerima peruntukan daripada pihak kerajaan atau swasta, saya berhasrat untuk membawa kanak-kanak ini membuat persembahan di luar negara bagi menunjukkan bakat yang ada dalam diri kanak-kanak Malaysia di pentas dunia," katanya.

Mengenai konsert yang bakal berlangsung, Rosmah berkata, sebanyak 1,400 kad jemputan kepada orang kenamaan dihantar bagi pementasan tertutup pada 15 Disember ini.

"Orang ramai pula boleh mendapatkan lebih 1,300 tiket percuma untuk pementasan khalayak yang akan berlangsung pada 14 Disember ini, bermula lusa.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberi persetujuan untuk hadir," katanya.

Program Permata hasil cetusan idea Rosmah merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada perkembangan bakat terutama seni dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.


Komen ...Kalau aku tak mengata memang tak puas... terpaksa dok berleteak juga... Kalaulah program sebegini yang diterapkan kepada anak-anak kecil.., aku rasa 15-16 tahun lagi Sekolah Harapan yang ada di Melaka itu terpaksalah di tambah lagi...

1 comment:

  1. Kenapakah dibazirkan duit dalam keadaan ekonomi negara yang saya lihat langsung tidak menampakkan pertumbuhan sejak dari pemerintahan yang nombor 5 hingga sekarang.

    Kenapakah masih lagi wujud individu yang cuba menonjolkan kepimpinannya walhal beliau langsung tidak dipilih oleh rakyat.. adakah ini dinamakan demokrasi

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari