by DOMINIC LOH
Guang Ming Daily
Guang Ming Daily
SERI MANJUNG, Perak
Ketika orang ramai amsih lagi mempersoalkan tentang keabsahan, rasional dan kemampuan dua projek di Tanjung Hantu, Perak, Sahabat Alam Malaysia (SAM) sekali lagi mendedahkan tentang wujudnya pembalakan dikawasan tersebut walaupun kedua-dua projek tersebut belum lagi dimulakan.
Banyak kayu-kayu berharga telah ditebang dalam jumlah yang banyak yang mungkin akan menyebabkan krisis alam sekitar. Harimau kumbang umpamanya, akan kehilangan habitat mereka dan penyu kemungkinan tidak akan mendarat lagi manakala industri perikanan akan terjejas.
Guang Ming Daily baru-baru ini membuat tinjauan bersama sepasukan Aktivis SAM untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di tanjung Hantu dan mendapati bukti-bukti pembalakan tetapi tidak ada tanda-tanda pembinaan dilakukan.
Oleh kerana tempat diaman projek ini akan dijalankan terlalu jauh, sebuah kenderaan pacuan empat roda digunakan tetapi percubaan ini gagal kerana kami gagal mencari jalan ketempat projek tersebut dicadangkan.
Mengikut laporan, sebuah kilang besi akan dibina dalam kawasan hutan simpan manakala sebuah kilang LNG akan dibangunkan dalam hutan simpan Kelas 1. Satu jawatankuasa aktivis SAM telah dibentuk untuk memantau kedua-dua projek ini yang berkemungkinan besar akan mencemarkan alam sekitar dan memusnahkan ekosistem tempatan.
Walaubagaimanapun, tiada kesan-kesan atau tanda-tanda pembinaan dua kilang ini, sebaliknya kami terkejut bila mendapati pembalakan haram berlaku didalam kawasan Hutan Simpan Segari Melintang.
Salah seorang Aktivis SAM, Loh Eng Soon memberitahu Guang Ming Daily, kedua-dua projek yang terletak disepanjang pantai Tanjung Hantu tidak mempunyai jalan masuk untuk kenderaan bermotor. Tiada papan tanda atau kenyataan diletakkan. Apa yang kelihatan hanyalah lori-lori mengangkut balak keluar masuk dari kawasan itu.
“Apa yang saya difahamkan, sebaik saja projek kilang besi ini diluluskan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa telah memulakan aktiviti pembalakan dimana projek tersebut bakal diadakan.
Berkaitan dengan projek LNG pula, kawasan dimana projek tersebut bakal dibuat telah dimusnahkan dan pokok-pokok telah ditumbangkan.
“Kita bukan saja terkesan dengan pembinaan dua projek tersebut, tetapi pembalakan berskala besar ini akan memusnahkan ekologi disini. Harimau kumbang akan kehilangan habitat manakala penyu sudah tentu tidak akan datang lagi.”
Gudang balak
Apabila kami mengikuti Team SAM untuk meninjau tempat kedua-dua projek tersebut, kami terjumpa sebuah tempat yang dikenali sebagai “gudang balak”, malangnya “gudang” tersebut sudah di bersihkan sebelum ketibaan kami. Tiada siapa kelihatan menjaga gudang tersebut dan adalah sukar untuk mengetahui sama ada kayu-kayu balak tersebut datang dari Segari Melintang.
Dari “gudang balak”, kami menaiki kenderaan pacuan empat roda kesebuah tempat yang dipercayai menuju ke tapak kilang besi dan projek LNG di Tanjung Hantu. Jalan yang dilalui hampir hancur, dengan tanda-tanda pembalakan telah dijalankan dimerata tempat.
Kami mengambil keputusan untuk berhenti selepas hampir empat kilometer kerana terlalu banyak jalan-jalan yang dibuat dan kemungkinan kami akan sesat didalam hutan tersebut.
Kami memerhatikan keadaan sekeliling tetapi tiada tanda-tanda jalan ke tapak projek tersebut dan gagal mengenalpasti tempat sebenar projek tersebut akan diadakan.
Nelayan tempatan berkata bahawa mereka hanya mendengar projek ini dari berita TV. Walaupun begitu, mereka tidak pernah melihat sebarang kerja pembinaan dimulakan dikaasan tersebut. Mereka juga tidak pasti tentang aktiviti pembalakan yang dijalankan disana.
Agak mengejutkan juga apabila kami mendapati, selain daripada tapak cadangan kedua-dua projek tersebut, terdapat juga aktiviti pembalakan haram didalam hutan simpan tersebut dan aktiviti penanaman ladang kelapa sawit.
Menodai hutan dara
Menurut Akta Taman Negara, sekiranya hutan simpan itu hendak dibangunkan, kerajaan berlu menggantikannya dengan hutan simpan lain untuk memastikan jumlah keseluruhan hutan simpan negara tidak berkurangan.
Hutan Simpan Kelas 1 tidak sepatutnya dibangunkan sama sekali, kecuali ianya di turunkan ke Kelas 2, hutan pengeluaran. Walaupun begitu, Hutan pengeluaran Kelas 2 juga hanya dibenarkan untuk tujuan eko-pelancungan.
Didalan Hutan Simpan Segari Melintang, kami mendapati papan tanda menunjukkan bahawa hutan tersebut telah diklasifikasikan sebagai hutan simpan, Hutan Simpan Bernilai Tinggi, Hutan Simpan Dara dan Hutan simpan Kekal.
Pusat Penetasan Penyu yang mungkin hilang
Semasa musim bertelur, penyu laut biasanya akan memilih kawasan pantai yang jauh dari keriuhan untuk bertelur. Sekitar tujuh atau lapan tahun lalu, penyu laut mendarat dipantai berhadapan Pusat Penetasan Penyu di Pantai Remis untuk bertelur. walaubagaimanapun, apabila beberapa kilang dibangunkan disitu sejak kebelakangan ini, penyu-penyu tersebut mula berpindah ke Tanjung Hantu, kira-kira 7 km dari situ untuk bertelur.
Dengan kehadiran dua projek mega yang dirancangkan di Tanjung Hantu, para aktivis alam sekitar meramalkan bahawa penyu-penyu laut ini akhirnya tidak akan mendarat lagi.
Pusat Penetasan Penyu Segari dibangunkan pada tahun 1994 dan merupakan satu daripada dua tempat yang membenarkan pelancung melawat dengan percuma. Sebuah lagi di Terengganu.
Seorang pekerja disitu, En. Ramli, memberitahu Guang Ming Daily bahawa penyu-penyu laut akan hanya mendarat ditempat sunyi yang tidak dihuni oleh manusia. Kilang-kilnag yang dibina dikawasan pantai bukan saja akan menyebabkan bunyi bising malah akan menyebabkan pencemaran alam.
“Penyu-penyu akan mendarat di Pantai Segari setiap tahun untuk bertelur, terutamanya dari april hingga Ogos. Nelayan yang mempunyai permit akan membantu pihak berkuasa mengutip telur-telur penyu tersebut dan mendapat elaun RM2.00 bagi setiap bij yang dikutip.
Walaubagaimanapun, oleh kerana elaun yang rendah dan sikap yang negatif, hanya sejumlah kecil saja yang berjaya dikutip.”
Ramli memberitahu dia seringkali meminta nelayan supayatidak mementingkan diri sendiri kerana sikap itu akan hanya menjauhkan penyu dari datang mendarat.
Cadangan projek kilang besi dan LNG yang terletak berhampiran Teluk Senangin akan menyebabkan kesukaran dan menejjaskan kehidupan para nelayan.
Hentikan kemusnahan alam sekitar
Loh Eng Soon memberitahu, SAM dan KUASA tidak pernah menentang pembangunan, tetapi kilang-kilang yang hendak dibina perlulah dibuat ditempat yang sesuai yang tidak mencemarkan alam sekitar.
“Kami menubuhkan satu jawatankuasa untuk menghalang aktiviti-aktiviti yang boleh menggugat alam sekitar.”
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cadangan projek di Tanjung Hantu ini bolehlah melayari Facebook Selamatkan Teluk Rubiah.
“We will collect as much information on the steel and LNG projects as possible and submit our proposals to Perak menteri besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir with the hope that the authorities would halt all projects that would jeopardise the environment.
“Kami akan mengumpul sebanyak maklumat yang mampu mengenai projek kilang besi dan LNG ini dan akan menghantar cadangan kepada Menteri Besar dengan harapan pihak berkuasa akan menghentikan projek-projek yang menjejaskan alam seitar ini.
Kami juga akan mengadakan satu seminar/forum dalam bulan December untuk menjelaskan kepada penduduk Seri manjung tentang projek ini”
Source: Guang Ming Daily
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/03/hentikan-tangisan-penyu-segari-2/
No comments:
Post a Comment