boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, July 10, 2013

Awal Mula - Pas dah kena KO satu kosong.... Adoi..

Ikut mana yang tak memenuhi syarat aku pun tak pasti,, tapi sedih juga lah, awai-awai dah kena reject dengan hakim... Dimana penasihat undang-undang sebelum nak buat petisyen..



DUN Selising: Mahkamah tolak petisyen PAS

July 10, 2013
Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," kata hakim.
UPDATED

KOTA BAHARU:  Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu,
berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.
“Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos,” katanya ketika membacakan keputusan itu.
Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.
Pada PRU13 lalu, DUN Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.
Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Selising, Semsudin Muhammad.
Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada PAS bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.
Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.
Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen DUN Gaal.
Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan.
Parlimen Bachok
Calon BN bagi kawasan Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN Datuk Ilias Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.
Bagi kawasan Parlimen Machang pula, calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail kalah kepada calon BN Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan  majoriti 805 undi dan di DUN Gaal, calon BN Redzuan Stapha kalah kepada calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat dengan majoriti 302 undi.
Terdahulu, ketua barisan peguam mewakili BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun  membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi kawasan Parlimen Machang.
Menurut Mohd Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguam bela yang dilantik oleh pempetisyen di bawah Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Zamani kemudiannya membenarkan bantahan Mohd Hafarizam.
Barisan peguam yang mewakili PAS dan PKR diketuai Hisham Fauzi.
Pada pilihan raya umum lalu, PAS menguasai 32 kerusi DUN di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.
Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi PAS.
Mohd Hafarizam, yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen DUN Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
Katanya, ia keputusan wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan.
Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila tiga daripada petisyen yang difailkan BN tidak ditolak dan memberi peluang untuk saksi memberi keterangan pada perbicaraan nanti.
“Kami amat bersyukur dan gembira kerana tiga petisyen yang difailkan tidak ditolak tetapi telah ditetapkan untuk perbicaraan. Ini merupakan satu penanda aras untuk rakan kami di negeri lain pertahankan (21) petisyen yang difailkan BN. Ia adalah petisyen yang kukuh dan wajar untuk dibawa ke perbicaraan,” katanya.
- Bernama


RM30,000 dah terbang melayang ,,,, Bagaimana pula dengan petisyen PRU di negeri lain,, terutama negeri Perak..
Moga-moga Petisyen Pas Perak membuahkan kejayaan...,,Ins Sya Allah.



4 comments:

  1. apa sbb dah KO satu gol?
    ddlm sesuatu organisasi cari lah PUNCA?
    ddlm parti politik lihat lah KEPALA nya?

    sbb itu ddlm kes Kugan hakim sabitkan kesalahan kpd KETUA polis..

    masaalah akan brtimpa2 klu dah ketua pon gian & asyik lalok dgn pil kuda!

    ReplyDelete
  2. teman udah tau lama dah brape banyak peti sen pun mesti bungkus...dulu kini dan selamanya kena kencingle org PAS

    ReplyDelete
  3. Bu,atlah sembahyang hajat 40 hari berturut-turut, pohon Allah swt melaknati dunia akhirat hakim yang tidak adil

    ReplyDelete
  4. mahkamah kan geng umno...napa nak terkejut pulak? terus terang aku cakap...umno ngekek je bila PR nak guna mahkamah lawan umno...sah sah umno yg menang...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari