boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 29, 2013

Perhimpunan Agung Umno - Khir Toyo dah mula menhentam Khairy...

Dendam yang tak sudah kerana kalah dalam pertembungan 3 penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda Umno....
He he he,, kenapa marah sangat ni...



Dr Khir: Pemuda Umno perlu ketua baru

Muda Mohd. Noor
 | July 29, 2013
"Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular," kata bekas Menteri Besar Selangor.




Pemuda Umno – Bahagian 3
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata, Pemuda Umno perlu ketua baru kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah gagal menarik pengundi muda terutama kaum Cina dalam pilihan raya umum lalu.
Kata calon Ketua Pemuda pada tahun 2009 itu, Pemuda Umno memerlukan pemimpin baru yang ada idea baru untuk mengundi BN lima tahun lagi.
“Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.
“Khairy hebat kerana beliau menang dalam pilihan raya, manakala jawatan Menteri Belia adalah jawatan peribadi.
“Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukanya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.
“Saya tidak nampak program yang telah dibuatnya, Khairy perlu kemukakan idea baru ,” katanya.
Dr Mohd Khir bertanding mencabar Khairy dan seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir tetapi beliau hanya mendapat tempat ketiga.
Menurutnya, Khairy hanya hebat kerana beliau berjaya dalam pilihan raya tetapi sebenarnya tidak ada kelebihan.
Jika kalah 50 kerusi?
“Adakah beliau mampu menarik pengundi muda orang Cina untuk pilihan raya akan datang?” tanya bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.
Katanya, Khairy tidak ada idea untuk mendapat pengundi muda yang berjumlah 3.5 juta lima tahun lagi dan ia menjadi survival kepada BN dan Umno.
“Jika pemimpin yang ada kekal, apa jaminan rakyat akan sokong BN dan Umno,” katanya lagi.
Dr Khir menambah, program untuk orang muda perlu digerakkan sekarang dan bukannya dua minggu menjelang pilihan raya.
Beliau menambah, walaupun BN menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi rakyat tidak memberi sokongan kepada BN dan Umno.
Pilihan raya umum ke 14 sangat kritikal kerana jika BN dan Umno kalah 50 kerusi di kawasan bandar, parti itu akan mati, kata Dr Mohd Khir lagi.

Khir toyo kata :"Khairy popular tetapi BN kalah,

Khir Toyo popular bekas MB dituduh di mahkamah... wakaka ..
Gaduh la hangpa.. berjuang nak ke jawatan,, senang nak lahap harta rakyat....

3 comments:

  1. hahaha hangpa,,,pun bodo juga..hahahaha hangpa pun macam lembu juga,,,, hahahha manjungmari bodo

    ReplyDelete
  2. Banyak cerita pulak PENYAMUN yg dihukum penjara tapi masih tak masuk penjara lagi.

    ReplyDelete
  3. Siapa pun jadi Ketua Pemuda tak akan dapat tarik pengundi muda khususnya Cina dan India...Malah Najib PM pun tak daya nak tarik beb........apa lagi kalau Khir Toyo jadi Ketua Pemuda????

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari