boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 22, 2013

PRK ke 2 - Apakah akan berlaku di Parlimen Permatang Pauh.

Sebagai pembukaan perlawanan perlawanan bermulanya PRK selepas PRU13 berlaku di N01 Kuala Besut,,, 

Bagaimana pula untuk kali ke 2 ?..

Aku rasa akan berlaku di Parlimen Permatang Pauh ? kenapa..



Rayuan Liwat II: Anwar pertikai Shafee Abdullah jadi ketua pendakwaraya

pada 22-07-2013 10:07


Post Pic
 
PUTRAJAYA: Kes rayuan Liwat II yang membabitkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula hari ini terpaksa ditangguhkan berikutan peguambela utama Ketua Pembangkang itu - Karpal Singh dilaporkan tidak sihat.
 
Menurut peguam Ramkarpal Singh bapanya masih terlantar di hospital. Sepanjang minggu lalu, Karpal juga dilaporkan berada di Hospital Kuala Lumpur.
 
Panel tiga hakim - Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh bersetuju menangguhkan prosiding rayuan kerajaan itu ke tarikh lain selepas bersidang kira-kira 10 minit.
 
Pengurusan kes pula ditetapkan pada 1 Ogos ini.
 
Januari tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk zabidin Mohd Diah melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
 
Keputusan pembebasan Anwar dalam kes itu mendapat perhatian meluas media, termasuk daripada wartawan asing.
 
Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika terbukti bersalah.
 
Hari ini, beliau tiba di mahkamah pada jam 9.04 pagi tadi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR bersama penyokong parti itu. Hadir bersama adalah Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
 
Anwar yang ditemui pemberita selepas penangguhan itu kelihatan tenang. Pada sidang medianya, beliau mempertikaikan tindakan Pejabat Peguam Negara yang melantik Datuk Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwaraya yang disifatkannya bermotifkan politik.  
 
"Kita bagi notis untuk bantah ialah keputusan kerajaan Barisan Nasional melalui peguam negara untuk melantik Datuk Shafee Abdullah yang memang dituduh sebagai terlibat dalam prosiding kes ini lebih awal. 
 
"Dia menjadi pendakwa dalam banyak kes melawan kita dan dia pernah menggunakan mahkamah untuk menyerang kita dan sekarang dilantik sebagai ketua pendakwa kerajaan dalam kes ini.
 
"Pertama saya telah jelaskan bahawa kes ini, rayuannya kerana dendam kesumat peguam negara, (Datuk) Ghani Patail terhadap saya daripada awal dan keputusan kerajaan dalam hal ini, Datuk Seri Najib, untuk menghalang proses kebebasan yang saya perolehi sekarang.
 
"Walaupun semua orang anggap cara penolakan kes itu cukup kuat dan tidak berasas sehingga orang menganggap kes itu sudah selesai. Jadi kita tentu tidak boleh pandang ringan kerana saya ingat ada motif politik yang besar dalam kes ini," katanya.
 
Shafee sebelum ini adalah salah seorang peguambela kepada Abdul Razak Baginda yang dituduh terlibat dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
 
Selain itu, beliau juga pernah mewakili Senator Datuk S Nallakaruppan dalam kes saman fitnah Ketua Pembangkang itu terhadap lelaki itu berhubung penyiaran artikel oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 yang bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla". 


Dendam yang tak sudah-sudah.... sama-sama kita tunggu pada 01 Aug nanti, yang masih dalam bulan Ramadhan.... berpuasa atau tidak mereka-mereka yang terlibat....

Mereka mengharap Anwar tetap akan ke penjara,,, jadi banyak lagi kebongkaran umno akan terpelihara daripada terus dibongkar...
Tapi mereka lupa pengganti Anwar dah pun sedia ada.... buat lah apa saja,,, kebangkitan rakyat ke jalanraya ,, itu sahaja ubatnya...




6 comments:

  1. Pada pandangan peribadi aku... Anwar Ibrahim tak sepatutnya dibuli dan didera lagi kerana sudah puluh tahun dia disiksa tanpa henti oleh pemimpin UMNO Baru yang berselindung disebalik agensi kerajaan. Mereka itu apabila mati, kuburnya akan disiram dengan air mawar berperisa kencing babi.

    Tapi untuk memeriahkan suasana.... aku tidak menghasut tapi aku mencadangkan.... benarkan Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes Liwat II seperti yang diharapkan oleh Datuk Zaid Ibrahim bekas menteri undang-undang yang pernah menjadi pemilik firma guaman terbesar di negara ini.

    Lagi pun Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah begitu yakin boleh mengalahkan DS Anwar dalam kes rayuan itu nanti sehingga hakim akan menghantar DS Anwar kepenjara.

    Apabila Anwar Ibrahim dimasukkan kedalam penjara sekali lagi maka penyokong setianya pasti bersedih dan kesedihan itu boleh mendatangkan kemurungan yang akhirnya mereka jadi gila.

    Bila ramai penyokong yang dah jadi gila... mereka akan kejar peluru yang keluar dari muncung senapang polis dipandangnya seperti batu permata yang tersarung dijari Rosmah.....

    ReplyDelete
  2. Dah tak ada arah...

    ReplyDelete
  3. Moga laknat ALlah segera menimpa KERAjaan, parti, kepimpinan dan seluruh anjing-anjing umnoapco dan mereka dihancurkan ALlah dengan sebangsat-bangsat kehancuran, insya ALlah.

    ReplyDelete
  4. Msuk aje Anuar kat Dalam....baru malaysia jadi AMAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong..Masukkn saje Anwar ke dalam pejabat PM d Putrajaya...Aman..x ada kes liwat lagi dan lagi dan lagi....duit rakyat selamat.

      Delete
  5. KERAjaan 1 israel seropa pelaq!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari