boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, September 21, 2013

Rasuah @Demang politik,,, Pesta merebut harta rakyat dah bermula dengan sumpah lahanat.

Inilah rupanya burok kelaku bani melayu,, dalam banayk kes, aku rasa ini salah satu terhebat dengan kebangangannya... sorrylah Juragan 69.,, pepagi begini dah mula duk mengutuk, dah buat camna, kalau dah bangang..


KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Pencabar bagi Jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail turut hadir menyerahkan borang pencalonan beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA



Aku tak kenal mamat handsome macho ni,,, Juragan 69 jangan marah ye,, sebab aku puji,, memang macho pun kalau lelaki bermisai dan janggut, cuma sayang tak termasuk kategori sunnah nabi..

Tapi bila aku baca berita dari sumber sahih,, nak tergelak pun ada,, dalam duk macho handsome,,, aduiii...


Syed Rosli Lafaz Sumpah Laknat Selepas Serah Borang Cabar Khairy

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Umno 2013 sedikit kecoh berikutan pencabar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, membuat provokasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Syed Rosli, 37, yang juga Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan dilihat cuba menarik perhatian media apabila seolah-olah menyampaikan ucapan di ruang kaunter mengambil nombor giliran selepas menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan itu pada 8.20 pagi.

Beliau turut melafazkan sumpah laknat berbunyi: "Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Bahawa sesungguhnya saya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, bersumpah laknat bersama Al-Quran sekiranya saya menjadi Ketua Pemuda, saya tidak akan melakukan perbuatan seperti rasuah.

"Saya juga mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk sama bersumpah laknat sekiranya mereka merasakan mereka memimpin dengan bersih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Rosli mendakwa Pergerakan Pemuda di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dilihat lemah dan lesu selain terpalit dengan isu rasuah.

"Kalau tak bersih, jangan pimpin Umno. Rakyat tengok Umno ini rasuah. Saya ahli biasa tetapi saya dah jemu dengan gelagat Pemuda Umno. Saya menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda kerana saya mahu melihat Pemuda lebih berani dan membuktikan Umno ikhlas memperjuangkan nasib orang bawahan," katanya.

Syed Rosli menafikan hasratnya untuk bertanding jawatan utama sayap itu adalah bagi kepentingan diri.

Pemilihan Umno kali ini menyaksikan sejumlah 24 jawatan dipertandingkan di peringkat sayap Pemuda terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.

-- BERNAMA



Bersumpahlah 7 hari 6 malam sekali pun, apakah perwakilan nak ambik kisah, akan siapa calon yang dia akan undi,,, ada fulus masyuukk,, undi la, kalau dah PRU 13 yang lalu bermain dengan rasuah demang , skrg bila dah kena kat batang hidung,, ha ha bersumpah lahanat pulah,, apa pun aku ucah tahniahlah,, dengan lafaz sumpah tu,, terbuktilah apa yang aku duk perkatakan umno rasuah demang benarlah rupanya...

12 comments:

  1. mempermainkan hukum al quran tuhan jawap nanti dialam akhirat bro.

    ReplyDelete
  2. Bhai MM...pada aku, jika ada sesiapa yg menentang kj itu adalh berita atau keputusan yg bijak dari ahli umno...kj mmbina kekuatannya bkn kerana dia kj, ttp atas tangan2 yg mmbodek pak lah...bhai MM jika lu nk menghemtam atau menghempas kj hngga lunyai sekalipun...teruskn bhai. Pada aku kj tak lebih dari 'anwar in the making'...

    ReplyDelete
  3. apakah itu demang?? bahasa sastera Jawa zahid hamidi...

    ReplyDelete
  4. Aku kesian tengok kalau ada orang baik tapi bangang dalam umno. Dalam pas pun ada. dalam pkr pun ada.

    Apa pun dalam umno paling ramai. Contohnya ialah juragon. Nampak baik tapi bangang supremo. Cuma dia berani tanpa segan silu tonjolkan kebangangan dia. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai 01.13, bersyukurlh klu lu dilahirkn dgn kebijaksanaan...ttp biarlh kebijaksanaan di nilai oleh org lain dan kita muhasabah diri atas kebodohan kita...kerana rak semesti yg bodoh lbh bodoh dari yg 'rasa' bijak...dan yg bijak mnkin terkhilaf sbgi manusia...fikir2 lah

      Delete
    2. Kah kah kah... pasal gua nampak lu bodoh lah gua komen camtu. Tapi lu memang hebat bhai... walaupun ramai yang menilai lu bodoh, bangang, bahlul, bengap, bongok dan tak terkata apa lagi dah tapi lu tetap berani menonjolkan kebodohan secara terang2an kat sini... kah kah kah.

      Bersyukurlah kerana lu dilahirkan bodoh dah tak boleh nak repair lagi dah... kah kah kah

      Delete
    3. Cakap2 org yg bertakwa kpd parti isle...semoga lu mndpt rahmatNya...tak rugi umno bkn pilihan lu...thanks bhai

      Delete
    4. Bengali juragan ini bukan masaalahnya tetapi lu pembela yang tidak kena pada tempatnya, aku minta hang jadi pembela islam bukan pembela pas tambah lagi pembela umno. kerana umno ni busuk sampai ketulang.

      Delete
    5. Hahaha...lu mmng semulajadi suka memaki hamun, mengutuk...hmm mesti anak bini lu bahagia dgn kemanisan mulut lu yg...

      Delete
  5. dah budaya umno rasuah ...maka dia pun terpaksa menyatakan begitu ..

    ReplyDelete
  6. Memang kelakar.... Salah satu cara nak dapat jawatan dalam parti UMNO Baru mesti sebut nama tuhan, mesti berjanji tidak akan menipu, mesti anti rasuah dan bersedia nak jaga agama bangsa negara. Sumpah laknat itu hanya perbodohkan orang melayu UMNO Baru yang tak faham agama kerana bila tiba masanya sumpah laknat itu akan dikhianat sama seperti pemimpin UMNO Baru yang lain.

    Lihat apa yang dilakukan oleh Najib dalam pilihanraya ke 13, janji pada rakyat harga petrol tidak akan dinaikkan tapi bila dah menang harga petro naik juga cuma ayatnya saja berbeza. Harga minyak tidak dinaikkan tapi subsidi kerajaan ditarik balik sebanyak 20 sen saja.

    Apa yang ahli UMNO Baru faham tentang itu tentang harga petrol naik..... hanya tahu anggok-anggok, geleng-geleng dan akhir sekali tepok tangan.! Bodoh tak boleh diajar, pandainya langsung tidak boleh diikut. "kalau harga ayam naik, jangan beli ayam, beli daging..."

    Ahli UMNO Baru sudahlah bodoh takut pula nak minta sesuatu kebaikan untuk bangsa melayu dari pemimpin mereka. Mereka lebih mengharapkan kesenangan dari perjuangan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan Rakyat. Tapi malu nak mengaku.

    Sila tunjukkan kepada kita siapa yang memperjuangkan nasib melayu UMNO Baru menghadapi masaalah yang berkaitan dengan kehidupan mereka ? Tidak ada sesiapa. Mereka hanya bercerita tentang melayu perlu bersatu.... melayu perlu rebut peluang.... bumiputera akan dibantu ..... hasilnya melayu kasta bangsawan saja yang bertambah kaya dan selesa.

    Tanpa Pakatan Rakyat.. sorry to say....orang melayu dalam parti UMNO Baru peringkat bawahan adalah bangsa paling miskin, dan kekal bangang dalam kehidupannya di Malaysia.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...rasa cam kelakar jew...cam baca satira purbakala...sorry bhai

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari