boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Ceramah.. Show all posts
Showing posts with label Ceramah.. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

Rasuah Dari Umno - Syurga Menanti Penduduk Manjung .....

Rasanya dah lama aku tak menulis kisah mamat sorang ni,,, pertama sekali sekarang ni memang aku dah tak berapa nak layan blog ni,, entahlah ditambah pula dengan suasana politik semasa terkini,,, lagi bertambah malas,,,, 
Tapi bila bab kisah mamat sekoq ni,, semangat balik nak menulis, malah dalam FB aku pun penuh dengan isu dia,, harap-harap dapat berterusan, hangpa tolong-tolong doa untuk aku diberikan kekuatan untuk aktif semula..

Saturday, April 6, 2013

Saksikan angin ribut mengiringi ucapan DS Najib di Pahang..

Hebat Dato Seri Najib,, ini baru pemimpin sebenar,,, sampai angin ribut turut mengiringinya  bersama rakyat , khemah pun terbongkang terbang tiup diangin...


Wednesday, March 27, 2013

Polis halang ceramah treller berkebajikan PAS di Taiping.

Umno pejuang parti keramat melayu semakin kepanasan,, terpaksa menggunakan kuasa melalui polis untuk menghalang kebangkitan rakyat..


Friday, March 15, 2013

Cabaran buat Anwar dan Unit Amat Taiping dari Blogger Taipingmali

Semangat demokrasi sudah tiada lagi dalam negara ini,, nak ajak berhujah pihak umno memang tak mampu nak berhujah, amalan mereka yang sekarang ialah sekat halang report polis dan serang dengan cara bacul..


Friday, February 8, 2013

Lihat dan Nilai kerja-kerja Umno yang cukup hebat untuk rakyat...

Apa lagi cai-cai umno nak kata.... sekarang dah kantoi.... benda buruk tak payah tunggu setahun,, seminggu pun tak sampai,, Allah S.W.T dah izinkan untuk dibongkarkan....

Kan dah kantoi...


Monday, February 4, 2013

Perghhh.. Hebat... memang BEST sungguh...!..

Rentetan dari kisah semalam.... Sesiapa di antara yang tak tau cerita,,, boleh klik Sini

Biasalah... dah nama pun pemimpin... memang lah yang terbest habuannya......


Saturday, January 12, 2013

Wednesday, September 12, 2012

Menyedihkan gambar-gambar Abby berceramah di Markas PAS Ampangan Seremban.

Mula-mula Assyaikul Ostad Kazim menghentamnya, katanya baru dua hari joint parti PAS dah melebehi ustazah,,  kemudian Ustaz ASri pun hentamnya juga, kalau tak tahu pasai hukum jangan duk memandai bercakap,,, 
Kemudian yang terkini kena lagi,, dengan Mursyid Ulama Muda UFB pulak...

Thursday, August 30, 2012

Dato Seri Anwar Ibrahim,, cukup-cukuplah tu...tak payahlah..

Bila aku tulis dan komen sedikit tentang cetusan hati ketua umum PKR, tidak mahu duduk di Putraja ramai yang melenting... 

Aku tak tau kali ini ada tak lagi perkara yang sama...  

Friday, June 1, 2012

UMNO Lumut Keluar dari kejahilan... wakaka...

Tak tau macam mana aku nak kata....  bulan lepas 5 Mei mari dah... 


Hari Ahad ni mai lagi.... tak ceredik lagi orang UMNO Lumut... kesian... 

Klik pada imej untuk besar..



OKlah... kali ini nak keluar dari kejahilan...., Zambry yang sebelum ini terkenal dengan kehebatan ilmunya tak dapat nak ceredikan ahli-ahli UMNO Lumut,, Terpaksa guna penceramah yang dah naik taraf..... Dah dapat gelaran Tuan Guru..... Kesian anak-anak muda.... tak dapat nak main futsal malam tu.....


 




Saturday, May 5, 2012

Gambar lautan manusia di Ceramah Fathul Bari Seri Manjung..

Sebelum ni aku ada tulis artikel mengenai ceramah Fathul Bari  di umno-lumut-anjur-ceramah-ulama-muda.


Aku tak pasti apakah kerana apa yang aku tulis atau memang penduduk dah sekitar Manjung dah tahu siapa Fathul Bari ...

Sehingga inilah terjadi.... . 
klik pada gambar...


 sumber gambar terkini facebook.com/photo... 




Friday, May 4, 2012

UMNO Lumut anjur ceramah Ulama Muda Fathul Bari guna dewan KRT..

Pagi semalam, seorang sahabat mai jumpa aku, tanya,,, siapa Fathul Bari, bila ia tanya aku teringat dengan banner di bawah... 


Rupa-rupanya kawan aku ni AJK KRT disebuah taman berdekatan dengan taman perumahan aku,, ia menceritakan dia dengan 2 orang lagi AJK KRT tamannya telah dipanggil mesyuarat, ingat kut mesyuarat Rukun Tetangga, rupanya mesyuarat lain, yang jadi pengerusinya ialah Pegawai JASA Lumut, 
Haji Sazali bekas Setiausaha UMNO Bahagian Lumut dan juga bekas pegawai di PPD Manjung, juga bekas Pengerusi Masjid AnNasrriyah Setiawan... 

Dalam agenda mesyuarat malam tu Haji Sazali Pegawai JASA mahu AJK KRT diseluruh Manjung menyampaikan program tersebut kepada masyarakat setempat agar imej kerajaan yang memerintah dapat dipulihkan,,,, tudia,,, terkejut beruk melopong kawan aku dengan geng-gengnya... 

Yang aku hairan,,, kenapa UMNO Lumut malu-malu dalam program ni, atau sengaja berlindung sebalik JASA selaku proxy UMNO untuk menipu penduduk-penduduk setempat yang tak tahu apa itu JASA, dan siapa itu Fathul Bari,,, kenapa aku kata siapa Fathul Bari... 





Hangpa tengok,,, Nama Jawatan Fathul Bari pun depa tak berani nak letak Ketua Ulama Muda UMNO... 

Kalau bubuh nama UMNO sahih dewan tak akan ada orang yang nak pi dengak, mungkin AJK KRT sendiri pun halang, sebab atas nama politik..,  muka-muka UMNO mana ada yang berminat dengar ceramah,,, kalau konsert serah kat depa... 










Saturday, March 3, 2012

Waspada da siap sedia buat ahli PKR dan Pakatan Rakyat Lumut besok malam (Ahad 4 Mac)

Pencacai dan penjilat-penjilat UMNO Lumut dah mula kepanasan,,, awas besok malam....






Persediaan rapi harus dilakukan.... Sebelum sesuatu perkara buruk berlaku....

Monday, February 27, 2012

Laporan Kisah Ceramah Hasan Ali di Seri Manjung..

Lebih jam 6.00 tadi hujan dah mula turun,, walaupun dalam cuaca yang agak terang,, terdetik dihati kecil ku, alangkah baik nya jika malam ni hujan lagi,,,,, lebih kurang 6 30 hujan berenti, sempat aku pergi ke pasar malam...



Macam biasa magrib aku pi berjemaah kat surau taman belakan rumah aku,, balik dari solat magrib, dongak ke langit nak gelap,,, nak hujan lagi ka.,,,

lebih kurang 15 minit nak masuk waktu isyak, aku keluar siap bawa kamera,, gatai pergi round kawasan stadium Manjung, nakpaknya ceramah dah mula,, rasa-rasanya dengar ke suara macam Yeop Saidin,, seorang lagi ustaz pencacai UMNO..., dalam aku dok pusing,, nak cari tempat sesuai nak snap ambik gambar, baru sempat snap satu gambar hujan dah turun,, kelam kelibut nak keluar,, sampai satu kereta dia dok pasang lampu,, hala kat aku,, siap sound kat aku,, haa ambik gambar,, nanti boleh siar dalam blog,, aku tak kenai siapa mereka,, aku hanya sekadar senyum,,, mereka bagi tau Hasan Ali tak sampai lagi...

Aku sempat keluar dari stadium dalam hujan dah mula turun,, dan dapat berteduh di stesyen minyak petronas depan stadium... Alhamdulillah, aku tak lah basah,, hanya lembap-lembap saja baju tu,, tak lah kesejukan,, dan yang rasa selamatnya,, bila aku dah sampai dapat berteduh, hujan mula bertambah lebat, sehingga azan kedengaran dari masjid daerah,, namun ceramah di staduim macam biasa juga....

Agaknya Allah nak tunjuk kepada hamba-hambanya,, hujan yang lebat ditambah pulat kilat dan guruh yang cukup kuat,,, dan akhirnya pentas tempat berucap dihapan stadium gelap,, tak tahu kenapa,, sehingga jam 10 20 mlm, hujan baru mula perlahan,, gerimis yang masih kasar-kasar,, aku stat motor redah balik juga,, sehingga sekarang suasana masih lagi hunjan diselang seli cahaya kilat...

Tak tahulah aku,, Hasan Ali sempat atau tidak berceramah,,, mereka merancang,, Allah juga merancang,, pada mulanya ceramah nak dibuat dalam dewan MPM,,, namun entah kenapa,, tak cukup bajet agaknya,, atau pun mereka-mereka dah tahu apa yang berlaku di Perlis ketika Hassan Ali berceramah,, jadi ambik ambik iktibar tak mau berulang,, maka buat di stadium,,,
Alhamdulillah,, Maha suci Allah umat Islam di Manjung terselamat akidah dari dicemari oleh pakar motivasi yang mengaku pakar ilmu usul...

Kesian kat pakcik makcik yang aku lihat berjalan kaki nak pegi dengar Hasan Ali,,, nak balik sekarang ni jam dan 11 05 malam,, masih lagi hujan.....

Ambik ko UMNO Lumut, moga-moga kalian lepas ni ada rasa kesedaran apa yang kamu nak lakukan,, jangan nak permainkan agama Allah,, kalau dahulu hangpa dok kata PAS perguna agama Islam untuk kepentingan politik sempit,, tetapi sekarang siapa yang menggunakan agama Islam untuk politik,,, habaq mai..

Saturday, February 4, 2012

Zulkifli Noordin menjadi mangsa vandalisime di Manjung..

Petang semalam semasa aku nak pi Tesco Manjung, tertera gambar Zul Kulim di Billboard Taman Berpadu nak masuk Tesco,,, oleh kerana mukanya jenis muka penipu teringin aku nak snap gambarnya..... sekadar buat simpanan...



Malam tadi kat surau sambil dol dengar ceramah maulidurasul dari Uztaz Zulkarnain Ipoh, dok sembang dengan beberapa sahabat,, terbuka cerita muka Zul kena conteng,,, aku tanya bila,,, si sahabat bagitau dari semalam... aku kata biar betul, sebab semalam aku pi Tesco elok gambarnya,, aku tunjuk bukti,, sisahabat mengeras lagi,, ia kata betui,, tk percaya jom pi tengok,, ajak sorang lagi member guna kereta kancil, tinggal ceramah, kami pi tengok,,,

Betui... memang gambarnya kena conteng..... Nasib kolah Zul,,,, nasib conteng aja,,, kalau jumpa muka bertemu muka silap-silap kena ludah....










Wednesday, November 2, 2011

Penceramah Perak FM di GAM sebab sebut pasal HUDUD

UMNO kepala bana yang dok sebut siang malam sokong Hudud, rupa-rupanya sekadar sebut sahaja,, bila ada ustaz-ustaz atau penceramah yang cuba nak terang pasal Hudud di tempat awam, alamatnya putuslah hubungan....

Aku tak tau kenapa, apa yang aku dok kenal penceramah ni, Ustaz Ahmad Munawir ni seorang penceramah bebas, seratus peratus bebas, jika nak dibandingkan dengan Ostad Kazim, memang jauh beza, ostad Kazim ia bebas warkak kat gerombolan Melayu, manakala Ustaz Munawir ni bebas ke arah Islam.... Itu agaknya dah kena gam dari Radio Perak FM,, tak merasai lagi nak dengar ceramahnya kekadang tu pada jam 1.30 tgh dan 6.30 ptg...





Tak apalah Ustaz,, lagi di GAM, maka bertambah kuatnya Islam yang kita perjuangkan..... Insyaallah...





Monday, August 22, 2011

Isu kafir agaknya UMNO marah sangat kepada Azmil Mustafa...

Salam Sejahtera ,

Tengahari tadi dalam facebook aku telah ditanda oleh Azmir Azhari ceramah oleh bekas artiz Ustaz Azmil Mustafa, alhamdulillah sebelum ini broadband celcom susahlah nak dapat dengar dan lihat dengan secara direct macam VCD... tetapi ceramah Azmil ni alhamdulillah,, boleh dapat lihat dan dengar dengan secara terus.....



Tak ada duit, tapi kerja semua beres,,, ini semua kerana kerja-kerja Islam... itu yang pertama dilontarkan oleh beliau...

Ada dua tiga sebutan ceramahnya yang membolehkan pihak-pihak tertentu panas telinga....

1, Mengapa kita mengagungkan orang Barat dari menggagungkan Allah Taala. dengar secara tak langsung kita menderhaka kepada Allah....contoh kelakar seorang pemuda membawa teman wanita untuk pergi ke hotel, sampai kat lampu merah jam 3 pagi, berhenti kereta brek eeeeih, hukum manusia lampu merah boleh ikut, hukum Allah langgar semacam..terlalu mengagungkan Lord Reid, Al-Quran campak buang..banyak lagi yang panas-panas ni,, dengar sendiri.....

2, (DEB) Dasar Ekonomi Baru - Azmir kata Dasar Ekonomi Bodoh... apa tak bodohnya orang Melayu, 30% hanya untuk bumiputera atau orang Melayu, yang sikit dapat banyak, yang banyak dapat sikit....sedangkan majoriti rakyat orang Melayu 65%..... Cuba tunggu 10 tahun lagi, pasti orang melayu berebut tak cukup....

3. Yang agak Panas, Najib selaku orang Islam, ketua negara Islam, kenapa sanggup pi jumpa Pope Paus ketua kafir no 1 dalam dunia, pi ke sana sahaja, tak boleh pun nak jumpa ulama-ulama besar Islam,, hairan kan... Yang ini aku cukup setuju,, agaknya itulah sebabnya Allah turunkan bala dan petunjuk dengan kes isu Gereja Damansara Utama tu, mana ada Najib berani bersuara isu ni.... diam terus...

4, Yang ini pun panas telinga, kes negeri Perak dalam isu Menteri Besar, ada pihak yang sanggup pi ke England rujuk masaalah ini, kenapa tak rujuk Al-Quran....

5, Yang ini agak kritis,, apabila isu kafir diketengah dengan membaca ayat yang menolak hukum Allah dan menjadi kafir dengan nyata... he he isu kafir diketengahkan... panas beb... isu murtad tak selesai lagi, isu kafir ditimbulkan.... Bukan orang PAS yang sebut aaaa... bekas artis yang mempunyai kesedaran yang tolong tegurkan.... aku agak isu inilah UMNO yang sangat-sangat terkilan....penakut nak tegak hukum Allah.

Apa pun aku boleh simpulkan,,, ceramah beliau memang padat, puas hati mendengarnya selama sejam 15 minit,, ... alhamdulillah ada perubahan saudara kita ini,, sayang sekali teman sama-sama beliau sewaktu berlakon dulu Ogy Ahmad Daud berubah hanya separuh jalan,,, tak dapat meneruskan seperti Azmil......





Sunday, May 29, 2011

Mufti Perak - Tak Salah gaji dari hasil wang judi..

Salam Sejahtera,

Isu ni dah kira lama juga dah, yang aku ingat di bawa oleh blogger Taipingmali, habis dengan aku sekali kena tempiasnya,,,

Cuma aku sedikit terkilan, begitukah nilai seorang penceramah PAS, kalau setakat ahli PAS tegar apa pun yang dibawa oleh penceramah PAS ia boleh terima, tetapi bagaimana dengan orang atas pagar yang sentiasa memikir,

Bagaimana tempohari pemimpin, ustaz-ustas yang menyokong Pakatan Rakyat membela kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu pemberian wang judi, tup-tup tak berapa bulan, Ustaz Azli bawa balik isu yang sama seperti UMNO Pulau Pinang bawa,, itu yang aku konfius, .dan yang jadi mangsanya pulak tok Mufti, wakakaka... Ustas Taliban hentam mufti....

Tok mufti pun tak senang duduk,, jawab mesti kena jawab,, tercabar beb!!!, kang kontrak jawatan nak kena sambung, sekali nyawa ada dibadan, selagi itu jawatan mufti.......


POLITIK

Mufti Perak bidas Azli

IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.

Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi




,

Saturday, April 23, 2011

Kuliah Magrib di Madah Seri Manjung - Kesian DS Anwar...

Salam Sejahtera,

Seperti biasa, malam minggu ke empat setiap bulan, kuliah Ustaz Sidiq Nur, mengajar kitab tasauf Minhaj Abidin, kuliah beliau aku memang jarang miss, macam mana sekali pun aku pegi tadah telinga dengan apa yang beliau ajar..

Entah macam mana, habuan dan ketentuan Allah yang menentukan segala-galanya, dalam ucapan Ustaz Sidiq Nur nak menutup kuliahnya, beliau menyebut akan hal Ds Anwar, sebab malam ni ada ceramah Ds Anwar di Teluk Rubiah, dalam dok sebut-sebut nama DSAI dengan mngajak semua jemaah mendoakan keatas beliau diatas segala fitnah dan mehnah yang berlaku ketaasnya,......

Secara tak disedari DSAI pun sampai ke surau Madah, pakat terkejut beruk jemaah yang ada dalam surau, masing-masing tak lepas peluang pakat bangun beramai-ramai nak bersalam dengan DSAI,

Alhamdulillah, walaupun beliau di fitnah dengan sebegitu teruk sekali pun, namun masyarakat yang belajar dan celik mata, mereka tidak mudah mempercayainya., malah Ustaz Sidiq Nur sendiri bagi hpnya kepada SU surau suruh ambik gambarnya bersama-sama dgn DSAI, sempat lagi ustas,,, cekap betui..aku tak ada kamera, jadi aku tak sempat nak ambiq gambar,, hangpa tunggu sajalah dalam FB Otai Manjung, dia ada ambik gambar-gambar semuanya......

Dalam kesempatan yang cukup terbatas, DSAI berucap mengucapkan terimakasih kepada jemaah surau semua kerana memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya,, beliau berucap sambil membaca beberapa potong ayat al-quran, sungguh beliau membaca dengan betul, namun sikap orang yang berilmu, beliau meminta pengesahan dari Ustaz Sidiq Nur betul ke ayat yang beliau baca sambil mengaku yang beliau dulu bersekolah Inggeris....ini yang ada kehebatan pada DSAI jika nak banding dengan Najib, cukup jauuuuh..... berbeza...

Dalam dok beliau beri ucapan dan sedikit tazkirah sambil menyentuh pemerintah Hosni Mubarak, sambil membandingkan dengan Najib Rosmah, betapa hebat cengkaman Hosni namun kuasa Allah tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya, jadi dengan itu beliau bermohon keapada semua jemaah yang ada, jangan berhenti dari berdoa memohon pertolongan Allah, kerana doa adalah satu daripada faktor yang akan memberikan kemenangan.

Cuma aku terasa sedikit kesian kat Anwar, bila dia dok ceritakan yang bininya Azizah sekarang ni mengawal pemakanannya, siang tadi beliau nak makan capati pun tak berani,, kena diet.. itu ceritanya, beliau cukup takut dengan satu penyakit yang baru timbul dan cukup merbahaya sekali.., nak tau penyakit apa.... .... PERUT BUNCIT.......,

Friday, January 14, 2011

Penduduk Lumut dan Manjung - Boikot Ustaz Kazim...

Tengahari tadi hujan begitu lebat, mebuatkan aku bercadang nak solat Jumaat di tempat kerja aku,, namun dengan takdir Allah jam 1.05 thg hujan dah berenti walau pun ada sedikit gerimis, lalu aku menukar niat pergi sembahyang Jumaat di tempat biasa...

Alhamdulillah, aku sampai selesai masuk Masjid, waktu pun dah masuk, ngam-ngam... Tok Bilal pun azan masuk waktu zohor.. Bab khutbah tak payah ceritalah, khutbah entah apa-apa, yang tak dapat menarik perhatian jemaah..

Selesai Jumaat aku kelam kabut nak balik, biasalah tepi pintu nak keluar terpandang ada pamplet kuning., macam teringin nak ambik,, rupa-rupanya tu dia.. macam dibawah...
2xklik
Dia pun teringin juga nak amal kebajikan, nahi mungkar pun dia buat juga.... apa lah hang manjungmari...

Bila aku nak balik keluar sahaja dari Pangkalan tu dia terpampang pula banner nala punya besar ..... dengan menayangkan namanya dahulu... gambarnya pun terletak kat atas, kat gambar penceramah kat belah bawah..., nampak dak ..



Dengan menayangkan namanya dahulu tertera kemudian gambarnya pun terletak kat atas sebelah kanan, kat gambar penceramah kat belah bawah sebelah kiri..., nampak dah..., setakat mana depa ni dok hurmat kat para Ustaz-ustaz..., macam ni punya adap depa buat kat Ustaz..pada muka.. baru ada akai.

Dan Ustaz ni pun satu hai juga... Spesis jenis pencacai UMNO, selepas sahaja kerajaan Pakatan rakyat dirampas, Ustaz ni dah beralih arah 99%.. malah Ustaz ini jugalah sama-sama dengan mufti dalam program sembahyang hajat dengan Zambri memohon menunggu keputusan siapa MB Perak..

Kalau sekarang ni pun kalau hangpa rajin buka PerakToday, boleh lihat program Ustaz ni kat rumah kediaman MB.. Jadi tak ada orang lain lagi kah nak buat ceramah, asyik-asyik muka Ustaz tu aja, ada MOU ka...,

Atau si Kazim ni pun ada hati nak jadi calon macam abangnya ka Najmudin yang juga penasihat agama Zambri, abang adik dah kerumun Zambri ni, he he he..tunggu ajalah PRU13 nanti...
Buat pembaca yang menetap kat Manjung atau Lumut tak payahlah hangpa nak dok pi, tapi kalau rasa nak makan free tu pergilah, aku rasa ada makan free, sebab tengok khemah besak punya ada 4 biji, hangpa pi makan ajalah, lepas makan balik tengok TV lagi baguih...

Aku malas nak kondem ustaz ni, sebab aku bukan ustas,, tapi bagi aku kalau nak dengar ceramah ustaz ni, lebih kurang hangpa tengok lawak kumpulan senario kat Tv3 tu ajalah,, adalah sedikit nasihat kut,,, tetapi ada kah dia berani nasihat Zambri dengan program ancaknya,,,

Kalau tok mufti pun kelam kabut nak jawab, ni setakat ustaz cabok dok cari makan dengan ceramah nak cakap banyak... phoorah... Ustaz macam tu hangpa nak pi dengak... sia-sia aja.. jadi lara adalah..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari