boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK DUN Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Permatang Pasir. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO ... PRK Bagan Pinang - Pelakon Terbaik Masuk Hospital..

Salam Sejahtera...

Sekejap tadi sewaktu dok menunggu pesanan makanan disebuah kedai makan, aku sempat tengok berita TV3, berita yang dah nak akhir tu memaklumkan Ahli MT UMNO Masuk Hospital.. tah tak perasaan pulak Hospita mana... tapi nampaklah muka orang Utan ni dok atas kerusi roda ditolak, tengkok dah pakai alat bengkong keliling lehernya tu..dan yang kelakarnya pakai unform kelas tiga punya. betuika oii title datuk oiii, boleh pakai baju hospital kelas 3..., nak berbohong pun biar betuii.

Kononnya dia dimasukkan ke hospital kerana pening-pening akibat dari kesan tumbukan dan pukulan oleh penyokong PAS semalam di bahagian tengkok , kepala dan belakang....



Cuba hangpa peratikan gambar ni.. aku terjumpa dalam satu tak pasti dah... Hangpa tengok Dato Ismail sabri di depan dan mamak orang utan tu kat belakang, kalau dari gambar ini ia cuma dipegang bahu oleh seorang pemuda yang bersongkok.... tak ada pun kena yang kena pukul... Apa pun aku harap kalau ada lagi gambar-gambar yang bersangkutan dengan mamak orang uta ni pakat-pakat bawa keluar... tunjukkan pada umum..

Nampak sangat pembohong,,, udahlah tu.. Kalau diikut kenyataan datuk Ismail Sabri yang aku dengar dalam TV, ia selamat kerana dikawal oleh pengawal peribadinya... cuba hangpa fikir... apa punya pengawal-pengawal peribadi.. bila ada orang kena pukul, ia boleh biak tengok aja... betui ka.. ada akai ka pengawal peribadi macam tu....

Manakala polis yang aku dok nampak beribu-ribu yang beruniform, yang preman pula tak tau banyak mana... boleh biar ada pergaduhan... dan kenyataan dari polis pun tak ada pun laporan kes tersebut....

Jadi yang terbaik aku cadangkan elok lapor atau minta Polis dari cawangan Gerakkhas yang di ketuai oleh Yusuf Haslam, A Galak, Abby dan geng-gengnya yang mai menyiasat.... tu baru betui...
Mampos UMNO...


Wednesday, August 26, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - PM 1Malaysia akan kaji punca kekalahan di PP..

Ha ha ha......

PM kerajaan laki bini berkata BN akan kaji punca kekalahan Mat Pekung di Permatang Pasir..., baca DI SINI.

Yang kelakarnya ada sedikit ...

"(BN) telah mencuba yang terbaik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu. Najib berkata, beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan itu tetapi enggan mendedahkannya."

Komen: Aku pun tahu faktor tu, tapi aku dah siar pun dua tiga kali sebelum ini....

Tuesday, August 25, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tahniah YB Baru Salleh bin Man..

Alhamdulillah...

Dalam suasana umat Islam sedang berpuasa, tiba-tiba dengan keizinan Allah S.W.T masih lagi memberi kekuatan kepada Parti Islam Semalaysia dan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi N11 DUN Permatang Pasir..

Walaupun ada suara mengatakan majoriti menurun sebanyak 881, bab tu tak boleh nak dijadikan suatu sebab yang mengatakan PAS kehilangan sokongan, ini disebabkan permainan bangsat SPR yang menjadi tunggangan UMNO yang menentukan tarikh hari mengundi... mengapa diberikan tarikh hari bekerja,,, sedangkan hari kelepasan umum Ahad dan sabtu ada...itu yang menjadi persoalan...

Bab kenyataan TGNA mengatakan penyokong UMNo tak boleh masuk syurga, dijadikan isu satu Malaysia, habis segala mufti, majlis fatwa, ahli akedemik agama semua pakat menghengtam TGNA, sehingga Mat Sembab suruh TGNA bertaubat... tapi sayang UMNO salah orang nak ajak TGNA suruh masuk perangkap... aku boleh bayangkan isu bab syurga ni selepas ni akan padam... oii rakyat dah cerdik... melainkan penyokong UMNO masih lagi tahap bangang.

Bagi aku kemenangan kali ini adalah doa-doa dari seluruh umat Islam yang mahukan kemenangan berpihak kepada PAS selain dari kerja keras petugas-petugas pilihanraya Permatang Pasir... tahniah terhadap kalian semua... Tahniah buat pengundi-pengundi yang mengundi PAS....Tahniah buat blogger-blogger yang berada di PP sanggup melaporkan suasana di sana...moga-moga Allah jua membalas tugas yang anda lakukan demi kemenangan Islam. Aku hanya tumpang gembira diatas kerja kuat kalian semua....
Allah hu akbar...


Monday, August 24, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Janji calon BN..

Berita jam 8.00 malam tadi aku sempat dok tunggu sekejap tengok apa yang nak ditemberang oleh puak UMNO laknatullah buat malam terakhir sementara nak tunggu hari sebenar esok PRK N11 Permatanag Pasir.

Sempat TV tunjuk kempen calon BN.. ni pun kalau kira dah salah guna kuasa hak kerajaan untuk kepentingan parti, dalam pada tu berkata calon BN ni Mat Pekung.. bukan aku kata aaaa, sungguh aku cuma tolong sebutkan setelah Mahathir yang kata UMNO letak calon yang ada pekung... jadi aku gunakanlah..

Mat Pekung ni kata DUN Permatang Pasir ni terlalu teruk, tiada perhatian buat rakyat dan pengundi di DUN tersebut, jadi jadi si Mat Pekung ni kalau dia menang dia akan tubuhkan tiga (3) buah pejabat khidmat DUN di Permatang Pasir, untuk kemudahan pengundi Permatang Pasir.

Hangpa tengok.. hebat janjinya tu, cuma aku bukan apa... aku teringat balik lagu Tan Sri P. Ramlee dalam Madu 3... Mesti Pandai Pembohong,.... Mesti Pandai temberang..... yang lebih tu hangpa sambung sendiri.. aku pun tak ingat semuanya senikata tu... cuma lengkap lah Mat Pekung ni... kalau bernikah dua pun tak mau mengaku sampai ke sudah... aku rasa lebih teruk lagi dari apa yang Tan Sri P Ramlee buat senikata lagu....orang macam ni ka hangpa nak calon... khawk phtuiihhh...

Sunday, August 23, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Kempen UMNO tak kira halal haram..

Calon BN bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman menyampaikan jadual berbuka puasa kepada Asiah Ismail ketika berkempen di Kampung Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 25 Ogos ini. - UTUSAN/ASMARUDDIN JAMALUDDIN

Gambar ni aku cilok dari Utusan Melayau Online.... Dalam suasana bulan puasa, beginikah caranya...sebagai seorang Islam... apakah Puan Asiah Ismail tu muhrimnya OKlah... kalau bukan Muhrim, dia bukan kira tua atau muda... haram tetap haram... tetapi kalau tengok dari riak gambar tu... Orang tua mengendeng ke belakang nak mengelak agaknya... simangkok Mat Pekung yang beriya-iya sangat... Padanlah sanggup berbini dua... macam tu perangai dia... Oii macam ni punya gaya tak layak jadi wakil rakyat....

Saturday, August 22, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Email KPP Ust Nasruddin.

Salam...

Aku terbaca emain ini dlm blog MSO.. Memang ramai yang hentam KPP bila ia buka kes tambahan calon UMNO Mat Pekung di Permatang Pasir... Terutama sekali DI SINI. Tak dapat aku nak tolong backup KPP ni, sebab hujah Aduka Teruna tu pun ada betulnya... tu baguihnya kita berblog, banyak buah fikiran yang kita dapat dari kekawan ...

Cuma di sini aku cuma boleh tolong siarkan sama email KPP Ust Nasarudin... moga-moga penyokong PR faham akan niat dan maksudnya....

Assalamualaikum... Teruk juga Abg Sayuthi belasah saya . Tidak mengapalah, tapi haraplah kiranya Abg Sayuthi dapat siarkan artikel saya berkait isu ini dari blog saya untuk tatapan umum. Saya dedah yang kasar kasar sahaja. Tidak tergamak nak dedah semua kalau keadaan tidak memaksa. Saya hanya dedah setakat yang diizinkan oleh isterinya.

Tujuan saya supaya Rohaizat kembali kepada isterinya dan berlaku adil. Kalau dia tidak boleh berlaku adil hanya kepada 2 org isteri, persoalannya bagaimana dia nak berlaku adil terhadap lebih 20 ribu pengundi di Permatang Pasir kelak. Ini bukan soal peribadi. Kalau dia hanya nama Rohaizat semata - mata. Tetapi kini ia Rohaizat yang menawar diri nak jadi pemimpin.

Peribadi pemimpin mesti baik , bertanggungjawab dan berlaku adil..Dia nak kahwin 2 atau 3 bukan persoalan saya, tetapi jgn zalimi isteri. Bagi saya , zalim pada seorang isteri oleh sang suami samalah dosanya zalim kerajaan pada seorang tahanan bawah ISA yang ditahan tanpa bicara, yang kita bantah ramai - ramai hari tu.

Saya bukan nak berhujjah dengan Abg Sayuthi ni tetapi sekadar nak maklumkan maksud saya . Pun begitu, benarlah saya masih muda dalam politik dan saya perlu tunjuk ajar.Tapi dalam mengenal kezaliman untuk di tentang, rasanya saya sudah cukup ajar Insyallah.Selamat berpuasa bang ! tolong siar deh artikel ambo tuh.

Komen: Ustaz... Teguran dari kami blogger-blogger cikai ni ialah untuk menambak baik pimpinan yang ada.. cuma gaya penyampaian masing-masing tu kekadang tu ada yang terlebih sedikit.. nak buat macam mana... marah kat UMNO tu dah unlimited...

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11- N11..Khas Buat Khairy- Sila Jawab 2 soalan dari saya...

Salam Sejahtera...
Selamat Berpuasa.... Alhamdullilah, Hari ini kita sama-sama menyambut puasa, kalau boleh aku nak puasa betui punya puasa, tak mau nak kutuk sangat puak-puak yang nak masuk syurga sesangat........

Lepas makan sahur tadi sementara nak masuk subuh, gatai pi on komputer, ni masaalahnya bila dah memblog, patut buka Al-Quran, ni pi merayau tengok apa cerita... aduhai...apa nak jadi... termasuk dalam Mkini, terbaca satu artikel panas, huh!!! mana boleh tahan YOB... Puasa-puasa juga... orang dok pedajai parti aku, tak kan aku nak biaq... mana esaiiii... baca DI SINI. (Klik 2x pada gambar untuk lebih jelas)

Sedap mulut menantu Pak Lah menyoal kita, cuma aku anggap soalan dia ni umpama periuk kata kuali hitam, dia tak sedaq juboq dia pun hitam melegam juga....

OK Khairy soalan pertama aku... Hang menang Ketua Pemuda, pasai apa tak di lantik jati Menteri, Ok ni vacancy, Timbalan Menteri.. No vacancy....., Pembohong.... pasai apa PM laki bini boleh lantik beberapa banyak senatorr untu jadi menteri, Jamil Khair, Shahrizat Jalil, Raja Nong Chik, Koh ksu Koon, Masitah... semua dilantik jadi menteri... sedangkan hang Ahli Parlimen, mennag Ketua Pemuda... pasai apa tak ada jawatan.....oiii malu la sikit, Naib Ketua Pemuda Razali Ibrahim pun dapat jadi Timbalan Menteri Belia,,, yang lagi sedih calon yang bertanding dengan hang, Mukris yang bercakap pun dok tergagap-gapap, kalah dengan hang pun dilantik menjadi Timbalan Menteri jaga AP kereta.... Hang... nak kata tak ada kelayakan,,, ooiii sorry man... OXFORD yoooo.... bukan level SPM tamat Tkt 5 macam aku ni......

Soalan Kedua aku....
Aku nak tanya kenapa kumpulan blog pencacai UMNO sanggup buat tohmahan dan tuduhan kat hang, ada ka SINI . Blogger yang tukang buatnya adalah sama dengan bloger parpukari.
Kenapa boleh jadi begitu... Bukan apa.. aku kesian kat hang,, sebelum ni hang kerja setengah nyawa, mula-mula hang kata pengundi hantu Pembangkang punya, oiii hebatlah pembangkang boleh kerjasama dengan SPR....... kemudian hang kata lagi pemuda pembangkan nak undi UMNO,,, oiii hebat hang... aku ingat hang lagi hebat kalau hang duduk dalam PAS... sure lagi hebat, hang berani, hang ada kelayakan tinggi, silalah masuk PAS sempena bulan Ramadhan... sama-ssma kita berganding bahu untuk meningkatkan taraf orang melayu dan Islam di Malaysia..Sebelum ini hang beriya sangat nakkan perpaduan Melayu.... Silalah Wahai Khairy... marilah sama-sama kita berjuang dalam Islam.... Ajak-ajak pengikut dan penyokong-penyokong me bersama-sama tinggalkan UMNO... UMNO dah tak mau kat hang.....Tinggalkan UMNO... UMNO dah nak jahanam.........

Friday, August 21, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Pelajar Tadika & Wanita!!!...

Layan ajalah... Apakah tujuannya yang sebenar..... Ataupun sekadar lakonan....

Yang penting tetap kempen...kalau tak berkempen kang jadi lain cerita pulak.. aku rasa tanggapan aku mungkin betul sebab bila Mat Sembab keluar kenyataan di akhbar DI SINI.

Nampaknya Mat Pekong ni sama leboh kurang Wan Ahmad Farid sewaktu PRK Parlimen Kuala Terengganu, waktu tu Najib jadi Pengarah Pilihan raya... tetapi kali ini nampaknya Mat Sembab punya giliran pula... apakah Mat Sembab nak kenakan Najib!!!!

Tidak bagi aku tetap ini adalah strategi Najib yang dah tahu akan kekalahan di PP... jadi nak elak malu besar letakkan calon masaalah, nanti kalau kalah calon punya hal.. Najib masih lagi boleh pi bercuti, pi diam-diam balik baru bagi tau... selap-silap bawa penyakit apa pulak kepada rakyat Malaysia....

Pergi Jahanam Lah UMNO..PRK N11 PP - Berita Yang Sukar Nak Percaya..

Salam Sejahtera...

Satu berita terbaharu pagi tadi, apakah ia benar... Aku tak pasti... Tetapi inilah standard UMNO.. membuat cerita-cerita yang tak sepatutnya boleh berlaku, tempohari ia buat heboh dengan pengundi hantu, tetapi mengikut berita terbaharu ceritanya lagi kecoh.... Tak mungkin..Apakah dengan cerita sebegini BN akan Menang.. . Janganlah nak klentong pada pembaca... Mengapa Tak Percaya ka!!!!!!! ....Baca DI SINI.

Thursday, August 20, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Dulu Surat Ugutan,.. Hari ini Molotov Cocktail

Sebelum ini kecoh bab Mad Said KP SPRM yang juga bapa kepada penyeludup VCD Lucah Bawah umur yang ditangkap di Australia beberapa bulan yang lalu tealh mendapat surat ugutan bunuh yang ditulis tangan kononnya... kemudian di pos ke Ibu Pejabat SPRM Selangor... Hebat kan Gangster kat Selangor berani brutal gila semacam...!! Ataupun adakah ini sekadar wayang Cina!! Hangpa sendiri fikirlah..

Kemudian hari ini heboh kenderaan SPRM yang terbakar di baling oleh molokov coctail pulak, kat botol arak yang digunakan itu siap ada tanda cop kedai... lagi hebat... semakin nak habis proses prosiding inkues TBH semakin hebat... Hebat wayang Cina depa.....

Cuma aku heran, kena bab surat misteri yang dihantar oleh seseorang staff SPRM kepada badan penyiasat Inkues tidak disebutkan oleh pihak media kerajaan... Pasai ada tak ada sebut langsung... apakah sebab ada disebut ada nama TP SPRM dan juga Khir Toyo terlibat sekali... Kenapa tak disiarkan di media.... Aku ulang lagi sekali... KENAPA TAK DI SIAR DI MEDIA PRO KERAJAAN... KENAPA TAK SIAR DI MEDIA... .... Surat tu hangpa boleh baca di DI SINI.

Kalau kita baca di surat tu ada menyebutkan yang TBH ditarik melalui tali pinggangnya menyebabkan jatuh, kalau hangpa perati balik macam itu jugalah yang berlaku dalam kes YB Gobala di gerutu oleh Polis pada hari penamaan calon Isnin lalu... Itulah kerja mereka SPRM itu pun adalah bekas PDRM, jadi perangai dan perbuatan menyeksa orang tahanan kira standardnya samalah.... Moga-moga Allah akan memberi petunjuk mana yang Haq mana yang batil... Penduduk Permatang Pasir ingatlah... UMNOlah pengkianat kepada Melayu dan pengkianat kepada Agama Islam. JANGAN UNDI BN... JANGAN UNDI CALON UMNO...

Wednesday, August 19, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Beranikah dia...

Salam Sejahtera...

Seorang Menteri yang sebelum ini menteri jaga hal ehwal agama Islam JPM, tetapi dah naik taraf kepada menteri Pertahanan merangkap Pengerusi UMNO Pulau Pinang telah mempersoalkan pimpinan PAS terutama kepada YB Dato Mahfuz kerana mengesyorkan Calon BN Mat Pekung tarik diri dari calon. Kemudian tak puas hati lagi ia mngajak Mahfuz bertemu dalam gelanggang... Baca DI SINI.. Ooii berani Menteri Pertahanan baru ni semenjak balik dari Asia Barat selepas bertemu dengan rakan sejawat dari Israel Ehud Barak... apakah ini salah satu ilmu yang di ambil dari Ehud Barak.

Memanglah tidak sepatutnya peribadi calon dipertikaikan,, tetapi bab amanah bagi aku tak boleh di permainkan, bagaimana dia nak memikul tanggungjawab yang lebih besar kalau kes yang tak sampai separuh dari 1/4 juta pun dah kelabu mata....... Memanglah... bab duit ringgit, persen, mark-up, kowtim dah jadi budaya dalam UMNO, bab tu halal syeikh... jangan risau, dapat komsyisen pi umrah, bertaubat depat Kaabah, kalau mati nanti sure masuk syurga... dont worry, syurga tu bukan Nik Aziz punya....he he....

Malam tadi pun aku tengok, menteri pertahanan semangat bercakap bab syurga juga, huh hebat syeikh, banyak ilmu agama yang ada pada menteri pertahanan, hebat syeikh, sama hebat dengan mufti aku Tan Sri Dato Seri Dr ................. Sama sebiji...cuma aku nak tanya.. beranikah Menteri Pertahanan nak terima cabaran dari Naib Presiden PAS yang baru... DI SINI.
Kalau berani baguih lah... jangan berani bercakap depan kamera apabila wartawan tanya aja... hak tu standard budak tadika Kemas pun boleh........


Tuesday, August 18, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11, PP Mat Pekung Malas Nak Layan...

Salam Sejahtera...

Memanglah sejak dari awal kedatangan UMNO ke dunia Semenanjung Tanah Melayu sehinggalah sekarang yang mana dah nak putus hayat seketika lagi, menunjukkan yang mereka ini jenis mahluk tak bermaruah, tak ada perasaan malu baik kepada Tuhan Allah S.W.T mau pun sesama manusia sebangsa dan mengaku pulak tu seagama.

Sekejap tadi TV kedua-dua chanel yang sempat aku tengok, TV9 dan TV 3, mengenai kes Mat Pekung menyonglap duit sebanyak RM140.000.00 yang menyebabkan Bar Council sekali lagi menerangkan yang Mat Pekung sah terlibat, tetapi UMNO dengan muka tak tahu terus melacurkan Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Omar untuk mempertahankan si Mat Pekung tetap tak bersalah, ya dari segi SPR memang tak bersalah, tetapi dari segi peibadi seseorang yang nak jadi calon, layak kah nak memegang amanah yang lebih besar kalau sebelum ini menjadi pemegang amanah pun dah tak tahan daulat, baru RM140,000.00 dah gelap mata.........

Selepas itu TV pergi pulak menemuramah si Mat Pekung, apa jawabnya.. ia malas nak layan dengan tohmahan tersebut, lebih baik dia meneruskan agendanya menemui pengundi... oii Mat Pekung, kalau dah terkedu pekung dah pecah, melantung hangit bau seluruh Malaysia, apa lagi yang nak layan, dah tak boleh nak jawab... cuma apa yang boleh aku katakan, hang memang jenis muka tak malu...., sebab tu hang tak amanah, mentekedarah duit persatuan orang... hang memang tak layak jadi calon......

Monday, August 17, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Mat Sembab Dah mula ...

Salam Sejahtera...

Sekejap tadi berita NTV7 jam 7.00 Mat Sembab sebelah menyatakan calon BN di Permatang Pasir adalah calon yang terbaik buat pendudk PP.. seorang yang muda, berkelulusan tinggi, penduduk tempatan, buka orang luar dari Permatang Pauh, menerajui beberapa NGO dan macam-macam lagi. Ini seolah-seolah berlawan dengan sifat yang ada pada calon PAS.... walaupun ia tak menyentuhi peribadi calon PAS, tetapi apa yang mangkok ni sebut mengenai faktor tersebut tak ada pada calon PAS.

Cuma aku nak tanya.. bagaimana calon UMNO BN boleh jadi begini... ini blog pencacai UMNO.. kononnya nak membela calon UMNO yang yang diperkatakan sebelum ini... apa yang boleh dibanggakan lagi hanyalah boleh menjalani guaman sebagai peguam syariah sahaja... Peguam sivil sorry...... sila baca kisahnya di sini dan fikirkanlah.. inikah yang dikatakan terbaik oleh Mat Sembab... DI SINI.

Friday, July 31, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO...Apa Cerita Sebenar Wacana Ilmiah..

Salam Sejahtera..

Baru sahaja habis selesai kerja-kerja politik di Manik Urai, maka timbullah kembali ura-ura nak berwacana di antara Pemuda UMNO dengan Pemuda PAS.. walaupun banyak pihak yang kurang setuju, tetapi nampaknya program tersebut akan diteruskan juga...

Tetapi dalam pada itu nampaknya akan ada ungkapan " Kita Lihat Siapa Yang Kena"... Sebelum ini keluar kenyataan Ketua Pemuda UMNO, DI SINI. Kemudian yang terbaru keluar pulak kenyataan dari Ketua Pemuda PAS.. DI SINI. Huh... kalau tengok sekali lalu kenyataan Ketua Pemuda PAS.. huhhhh Brutal Yob.. Kira OK lah... tajuknya saja " "Kalau setuju, ayuh berwacana, kalau tidak..."..Cuma aku nak tanya apakah kenyataan ini keluar di sebabkan PAS akan menghadapi PRK lagi di Permatang Pasir. Harus di ingat PRK Manik Urai PAS hanya menang 65 undi... ingatlah balik.....

Aku terbaca satu artikel dari Blog Azizi Abdullah " Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno kata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Dewan Pemuda Pas, bagi mengadakan pertemuan empat mata berhubung cadangan wacana ilmiah antara kedua pihak.

Laaaaaaa.....masih ada lagi runding berunding. Ada lagi dalam diam, dalam senyap, dalam sepi, dalam rahsia, dalam...dalammm poket menggentel-gentel pasal nak berunding?

Yeebabbbbbb! Kita tengok sejauh mana tanjak Tantawi bersilat tepis.

“ Politik sekarang dah tak main debat mendebat. Dah ketinggalan zaman. Tak ada kerja lainke? Apakah dengan debat itu Umno boleh faham dasar Islam? Boleh terima perjuangan Pas?
Kalau macam tu kena belajar politik semula nampaknya,” demikian kata Wak Brahim dari Kuala Pahang, cicit piut Mat Kilau."

Selamat menempuhi Pilihanraya Kecil... Moga-moga PAS akan dapat mengekalkan Kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti yang lebih tinggi.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari