Salam Sejahtera....
Salam Sejahtera....
| Isu k'jaan perpaduan meletus semula? |
Jul 1, 09 5:12pm |
| Isu kerajaan perpaduan rupa-rupanya belum reda dalam PAS dan mudah mencetuskan pergeseran kembali di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantahnya. Mangsa terbaru melibatkan artikel ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang tiba-tiba lesap tidak boleh dibaca lagi hari ini. Artikel tertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang turut menguasai sidang pengarang Harakah. Masa dan tarikh ia dibuang daripada edisi internet itu tidak dapat dipastikan tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet. Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan nasibnya sama dengan edisi dalam talian di laman web tersebut - ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya. Saranan mengadakan perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno bermula Februari lalu lagi tetapi menonjol lebih jelas di muktamar ke-55 kira-kira sebulan lalu sehingga diredakan 22 Jun apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menolaknya. [Laporan penuh menyusul] Komen... bagi aku hormatilah kehendak perwakilan muktamar PAS 54 di Ipoh yang lalu.. dan hormatilah juga pimpinan kita Mursyidul AM PAS.. janganlah ada kepentingan peribadi lalu diambil kesempatan dengan nama Kerajaan Perpaduan. |
Sambil menggesa Nik Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.
Mohd Shukor yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat daripada mana-mana seumber untuk mengesahkan spekulasi kononnya akan berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
Isu kekosongan kerusi Parlimen ini timbul kembali di kalangan pemerhati politik berikutan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Isu kekosongan kerusi ini dijangka berlaku selepas selesai pilihan raya kecil Dun Manik Urai di Kelantan.
Zaid dikatakan akan bertanding di situ untuk membolehkan beliau memasuki Dewan Rakyat balik dan seterusnya membantu Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, Mohd Shukor mengakui isu kekososngan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pernah timbul beberapa bulan sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke-12 lalu. “Ketika itu Khalid baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor”.
“Kami pernah mendengar isu tersebut ketika Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi selepas setahun berlalu kami tidak pernah mendengar isu ini dibangkitkan kembali,” katanya lagi.
Secara peribadi dia melahirkan kurang setuju jika pilihan raya kecil Parlimen diadakan di kawasan tersebut memandangkan kecenderungan pengundi Melayu masih kurang berpihak kepada Pakatan Rakyat.
“Walaupun Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu dari kalangan pengundi bukan Melayu namun sokongan pengundi Melayu amat diperlukan bagi membantu kemenangan calon dalam pilihan raya kecil ini,” katanya.
Walaupun dia akur dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat lebih mendapat sambutan berbanding dengan Umno mahupun Barisan Nasional namun segala-galanya bergantung kepada isu semasa.
Shukor menyifatkan situasi politik di Parlimen ini adalah 50-50 memandangkan majoriti undi yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-12 lalu adalah 2,515. “Jika dalam kawasan Parlimen jumlah majoriti undi demikian disifatkan sebagai `kurang selamat’ berbanding dengan kawasan DUN,” katanya lagi.
Beliau juga berpendapat segala-galanya bergantung kepada Khalid sendiri selaku Ahli Parlimen dan Menteri Besar samada mahu mengosongkan kerusi atau sebaliknya
“Jika dia yakin dan tetap berkemampuan memegang kedua-dua kerusi ini, kenapa perlu dia melepaskan jawatan,” katanya.
Bagaimanapun sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Shukor menjelaskan parti dan kepemimpinan PAS kawasan tetap bersiap sedia untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan strategi jika kemungkinan ini berlaku.
23 Jun, 2009 16:05 PM
Parti Pembangkang Jangan Pandang Rendah Kekuatan BN, Kata Muhyiddin
PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan parti pembangkang supaya jangan pandang rendah terhadap kekuatan Barisan Nasional dalam cubaan mereka merampas kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang.
-- BERNAMA
Berita Harian Online melaporkan....
Salam Sejahtera.....BN tidak perlu tanding di Manek Urai?
RENCANA bertajuk "Pilihan Raya Kecil Lagi? Apa Kata Barisan Nasional Tarik Diri Juga" dalam akhbar mingguan Nanyang Siang Pau hujung minggu lalu memberi pandangan mengenai kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ismail Yaacob. Kematian itu menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya kecil sekali lagi.
Akhbar itu membangkitkan soal pilihan raya kecil yang dianggap semakin membosankan. Menurut akhbar itu, ketika negara sibuk berpolitik dan terlibat dengan pelbagai pilihan raya kecil, negara lain sibuk mengejar perkembangan ekonomi.
"Ada orang mengatakan menjadi hakim memilih ratu cantik begitu memenatkan, tetapi rakyat kita pula penat mendengar kisah pilihan raya kecil.
"Malah ada di antara pilihan raya kecil itu bukan kerana keadaan memaksa ia diadakan tetapi hanya memenuhi cita-cita ahli politik, demi memuaskan agenda individu tertentu,'' tegas akhbar itu.
Malah Nanyang Siang Pau turut mengemukakan cadangan agar Barisan Nasional tidak bertanding di Manek Urai. Sama seperti yang dilakukan sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Penanti minggu lalu.
Akhbar itu "berhujah'' bahawa Manek Urai di Kelantan itu adalah kubu kuat PAS. Jadi buat apa membazir duit untuk bertanding?
"Kita percaya satu hari nanti BN mampu menggerakkan langkahnya seperti yang dilakukan di Perak.
"Rakyat Malaysia memang cukup menderita, yang ingin mereka lihat tidak muncul-muncul. Tetapi yang tidak mahu didengar pula asyik berulang-ulang, sudah tujuh kali pilihan raya kecil.
"Selepas ini kita harap semua Ahli Parlimen dan ADUN menjaga kesihatan. Jangan jadikan pilihan raya kecil itu mimpi buruk rakyat."
Begitulah hujah akhbar tersebut tanpa mengambil kira pilihan raya kecil di Manek Urai terpaksa diadakan kerana kematian ADUNnya. Sedangkan kematian bukan urusan atau percaturan manusia.
Akhbar itu berhujah tanpa mempedulikan sensitiviti sedangkan situasi di Manek Urai dan Penanti ternyata sangat berbeza.
"Orang Malaysia sungguh hebat"
Rencana dalam kolum Pena Berdakwat tulisan C. K. Tay dalam akhbat Kwong Ming Daily pada Sabtu lalu bertajuk "Orang Malaysia Sungguh Hebat" menyifatkan rakyat kita tidak kisah dengan duit.
Tulisan itu mengaitkan laporan mengenai Kawasan Bebas Cukai Pelabuhan Klang yang melibatkan puluhan juta ringgit. Pihak berkuasa pelabuhan dikatakan membuat pinjaman sebanyak RM46.32 juta. Faedah ke atas pinjaman tersebut selama 20 tahun ialah RM25.6 juta. Jumlah kos penambahan seluruhnya meningkat kepada RM74.53 juta dan pada tahun 2051 nanti, ia akan menjadi RM124 juta.
Selain itu, pihak berkuasa Pelabuhan Kelang juga dikatakan perlu membayar faedah sebanyak RM14 juta kepada syarikat KBSB kerana urusan berkaitan tanah.
Menurut penulis itu, kalau gaji bulanannya sebanyak RM10,000 maka beliau akan mendapat RM120,000 setahun.
Dia mencongak dengan mengabaikan soal makan minum, bayar cukai, rumah, petrol dan sebagainya.
Katanya, jika semua duit gajinya disimpan tanpa dibelanja walaupun sesen, maka dia akan mendapat RM1.2 juta dalam tempoh 10 tahun. Maka dalam tempoh 100 tahun baru dia mendapat RM12 juta.
Sebagai rakyat golongan kerdil, RM1 juta adalah angka yang wujud dalam mimpi sahaja.
Tetapi angka itu biasa-biasa sahaja kepada negara. Pasaran saham jatuh boleh hilang beberapa ribu juta. Tol tidak dinaikkan pun boleh hilang puluhan juta ringgit.
"Nampaknya bina Menara Berkembar Kuala Lumpur juga tidak bermanfaat kepada rakyat kebanyakan. Apa kata duit itu dibahagi-bahagikan sahaja?
"Jumlah penduduk Malaysia kira-kira 26 juta. Tanpa mengambi kira usia - tua atau bayi - jika semua orang diberi RM50, baru berapa juta sahaja duit yang dibelanjakan itu,'' tegas C. K. Tay
Manjungmari.. Sokong tak payah bertanding... membazir....kesian kat polis-polis.........