boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, January 24, 2010

Kenyataannya yang dah dilupai..

Salam Sejahtera...

Tak ada sesiapa pun umat Melayu diMalaysia ini yang lupa dengan kenyataan si mangkok hayun ni iaiatu "Melayu Mudah Lupa".

Belum pun 20 tahun lagi kenyataan itu dikeluarkan, namun simangkok ini sendiri sudah lupa apayang dia lakukan dizaman pemerintahannya selama 22 tahun.

Aku tak nafikan memang dari segi pembangunan lahiriah, negara Malaysia berkembang maju jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain dunia ketiga. Dari aspek tersebut tak ada sesiapan pun boleh mempertikaikannya.

Cuma aku nak nak tergelak besar bila kenyataan mangkok ni semalam... hanpa baca Di SINI.
Aku nak tanya, kenapa semasa duduk disinggahsana kerusi No 1 Negara selama 22 tahun dulu, tak cakap pun bila kejadian 11 sept itu berlaku, seperti kenyataan semalam.

Sedangkan kita tahu, simangkok inilah yang mereka cipta menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Kumpulan "Mujahidin" Malaysia yang kemudian tidak semena-mena ditukar namanya oleh polis kepada Kumpulan "Militan" Malaysia (KMM) pada pertengahan 2001 sebelum berlakunya tragedi 11 September.

Aku malas nak ungkit banyak-banyak kesalahan mangkok ni, cuma apa yang aku nampak simangkok ni senagaja nak buat onar dalam pemerintahan yang ada sekarang ini, sebabnya kenapa...

Ya ... sebagai manusia yang hampir nyanyok dan dah mula lupa, mangkok ni tidak mahu sesiapa saja selepasnya yang memegang teraju no 1 melebihinya, apa yang ada dalam kepala otaknya dari dulu, kini dan selamanya, ia mahukan yang hebat-hebat, ia mahu melebihi dari orang lain.

Jadi kalau kita imbau balik, sewaktu Pak Lah jadi PM, simangkok ni kacau daun, orang kata dia tak suka Pak Lah, sebab nak bagi naikkan Najib, bila Najib jadi PM pun dia dok kacau juga, memang ia ni gila publisiti.

Lagi satu apa yang dok agak, ia buat kacau semua ni bukan, apa..., ia tak mau Najib jadi PM lama-lama.., sebabnya anak jantannya Mukhris tu yang sekarang dah Timbalan Menteri tu, ia mahukan juga jadi seperti Najib,anak PM mewarisi bapanya jadi PM, kalau Najib jadi PM bapanya dah tak ada, tetapi mangkok ni mahu bila Mukhris jadi PM ia mahu ada bersama, sebab ia tak boleh tengok apa yang pesaingan diseberang tambak sana dah dapat, Lee Kwan Yu bekan PM Singapura, sekarang anaknya pula menjadi PM Singapura... Itu yang mangkok ni mahu...

Kalau Najib memerintah lama sangat mungkin turn anaknya lambat lagi, jadi ia tak sempat nak merasainya detik-detik sebegitu, jadi dengan secara tidak langsung, ia buat kacau dari luar..., bagi tekanan kepada semua PM Malaysia, sehinggalah cita-citanya berjaya.

Berjayakan Mangkok ini mencapai apa yang ia harapkan...bagi aku mungkin dapat.. tetapi hanyalah sebagai Presiden Parti Melayu UMNO @ Rasuah....


Saturday, January 23, 2010

Makkal Sakthi pula ..

Salam Sejahtera..

PPP dah kelam kabut, Gerakan pun dah kaput.., MCA pun macamnak kiuut, yang terbaru dan sensasi Parti Makkal Sakthi pula, hot and spicy Yob...

Apa tidaknya, ada pulak kumpulan 14 yang diterajui timbalan presiden A Vathemurty akan membuat laporan SPRM Isnin ini, mendakwa Thanenthiran (gambar) terlibat dalam salah laku dengan meminda perlembagaan parti dan wujudnya unsur pecah amanah.



Bukan apa sebelum ini, kira grand juga sewaktu penubuhan kemunculan Parti Makkal Sakti ni... mana tidaknya PM 1Malaysia yang pi rasminya.., punyalah muka tak tau malu... punya kebuloq sungguh, sedangkan sebelum ni Makkal Sakti inilah yang menjatuhkan UMNO dan BN semasa PRU12 2008 yang lalu.

Tup-tup lepas tu, memang jenis UMNO yang mempunya trade-mark merompak, melanun mencilok hak idea pembangkang tanpa malu-malu lagi terus pi terkam ajak kat kaum Samy Vello, rasmi Makkal Sakthi..



He he... memang dah resepi mee segera, cepat dimasak, cepat dimakan dan cepat dibuang balik... nampaknya inilah berlaku.. tak sampai setahun dah kelam kabut...

He he.. Timbalan Presiden nak seret presiden, kira hebatlah Timbalan Presiden ni, apasal tak heret sekali orang yang tukang rasmi tu sekali... baru ada akai...

Sessi Bergambar..





Sebagai tanda kenang-kenangan...., semasa lawatan di Chennai India..., Dengan Raja Tok Arab tak ada pula sessi bergambar...










Sama -sama jawatan dalam negara......
















Opppss. Cutt.....,,






Siapa Dia Mohd Jurit Ramli..

Mursyidul Am Pas jangan lepas tangan

PUTRAJAYA 22 Jan. - Gabungan NGO Malaysia berharap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersikap 'lepas tangan' dengan membiarkan anak buahnya, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbau provokatif dan kontroversi mengenai Islam.

Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, berikutan Ahli Parlimen yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam itu terus 'buat hal lagi' dengan mengeluarkan kenyataan terbaru berunsur sedemikian, pihaknya mahu Nik Abdul Aziz berbuat sesuatu.

"Dalam hal ini, Tok Guru (Nik Abdul Azizi) boleh mengadakan kelas tambahan untuk Khalid Samad iaitu dengan memberi penerangan tentang hal ehwal Islam agar beliau dapat memahami dan membuat kenyataan yang lebih beretika pada masa depan.

"Apa yang pasti, tindakan beliau mempertikaikan Enakmen yang telah diwartakan sejak 1988 telah bertindak melangkaui dan mencampuri urusan Raja-Raja Melayu yang merupakan ketua yang menjaga hal ehwal agama Islam.

"Seharusnya perkara-perkara ini dibincang secara tertutup dan bukan mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu mencari publisiti murahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau: "Khalid harus memahami tujuan larangan penggunaan dan pencetakan kalimah Allah adalah untuk mengelakkan daripada terjemahan yang menyimpang dari maksud sebenar dalam Islam, bukannya melarang mereka menyebut.

"Itulah yang berlaku sekarang di mana Khalid sendiri masih mempunyai tahap kefahaman yang masih lemah dalam agama Islam," katanya.


Komen : Mohd Jurit... (Nasib Baik Nama Permulaan Huruf J, Bayangkan kalau huruf B) juga adalah salah seorang daripada geng 6 jahanam yang ditahan Polis didakwa kerana kes pijak kepala lembu di Shah Alam baru-baru ini..., Jadi manusia sebegini yang nak tunjuk ajar kat YB Khalid Samad, siap mengatakan yang YB Khalid masih mempunyai tahap kefahaman yang masih lemah dalam agama Islam, he he.. U TURN 360.

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Meninggal Dunia..

Salam sejahtera..

Sebentar tadi jam 11.24 mlm TV3 menyiarkan kenyataan MB Johor Ghani Othman memaklumkan yang Sultan Johor telah meningkal dunia pada jam 6 30 ptg tadi.

Nampaknya Sultan Johor (1932 - 2010) mendahului Sultan Kelantan. Arahan bergabung macam-macam, bendera separuh tiang selama seminggu. semua masjid dan surau di negeri Johor hendaklan mengadakan tahlil arwah selepas sahaja dikebumikan selama 7 hari... selepas solat magrib.. tu dia..., pakai miss kulaih magrib selama seminggu.

Tahlil arwah tu sunat ke tidak belum tentu lagi, yang komform bidaah.., tambah main dok paksa rakyat melaksanakannya...

Itu pasal Noh Gadut (Bekas Mufti Johor) cukup susah hati sewaktu Dr Asri jadi Mufti Perlis yang banyak mengeluarkan kenytaan-kenyataan yang menyentuh banyak program yang kononnya keagaamaan itu berbentuk bidaah.

Apa pun aku puji pihak waris-waris sultan Johor, mereka lebh mempercayai Hospital tempatan, dari Hospital luar negara, kalau nak kira berapa sangat jauhnya Hospital-hospital di Singapura..

Apakah tahun 2010 ini tahun kemangkatan Sultan-Sultan dalam malaysia..., Sebab tahun 2009 adalah tahun kematian banyak wakil rakyat..., apa pun ini semua hanyalah kebetulan, Kerja Allah, sapalah yang tahu, yang penting aku sendiri, bila!!!! Dah bersedia!! Belummm... Masyaallah..

Tahniah 1Malaysia - Harga Barang Melambung Naik, Kompaun Saman pun turut Naik.

Salam Sejahtera...

Ura-ura pemotongan elaun Cola dan Sewa rumah buat kakitangan kerajaan telah dinafikan oleh Presiden Ceupacs, sejak bila pula si Omar Osman ni menjadi jurucakap kerajaan, tu yang agaknya Najib dok kata beliau tak ada moral...

Oleh kerana malu agaknya Menteri Kewangan kita, nak laksanakan pemotongan tersebut, maka dengan tak semena-mena idea baru dah dapat..., apa dia...

Nampaknya Ong Tee Kiat cuba membodek Najib.., ialah... Isu krisis Kepimpinan MCA belum selesai, sedangkan baru-baru ini Najib dah menyesyorkan Tee Kiat berundur mengikut keputusan majlis CCC MCA..., dah doh berangandah Tiong Lai Menteri Kesihatan nak jadi Presiden MCA,,, tup-tup Tee Kiat buat tergeliat pulak..., sama stail macam Samy Vello dan M Kaveas PPP, ketegak liat ...,
Ong Tee Kiat dah pun dapat ong nampaknya, idea dia kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Feb ini.

Oii dulu denda tu cuma RM 50.00 sahaja..., ini dah berapa ratus peratus naik...oii mampus la rakyat.. lepas ni...asyik nak bayar saman...


Banjir di Sabah - Dimana Bung Mohktar...

Banjir di Kinabatangan semakin teruk

KOTA KINABALU 21 Jan. - Banjir di Kinabatangan semakin buruk hari ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 2,355 orang berbanding 1,121 orang semalam.

Pegawai Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Aznam Ashraf berkata, semua mangsa dari 13 buah kampung itu terpaksa dipindahkan berikutan paras air di Sungai Kinabatangan naik secara mendadak.

Menurutnya, paras air di sungai itu yang dicatatkan pada tahap 10.28 meter semalam meningkat kepada 11.21 meter pada pukul 2 petang ini.

"Meskipun keadaan cuaca bertambah baik di kebanyakan kawasan namun hujan yang turun di bahagian hulu sungai mengakibatkan paras air terus naik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aznam berkata, hanya lapan mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Beluran selepas 350 penduduk dibenarkan pulang hari ini.

Menurutnya, mereka dijangka dibenarkan pulang esok sekiranya cuaca terus baik seperti hari ini.

"Bilangan mangsa banjir di Telupid yang masih ditempatkan di pusat pemindahan kekal 1,129 orang," katanya.

Sementara itu, Aznam memberitahu, semua pusat pemindahan banjir di Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas telah ditutup selepas banjir pulih sepenuhnya.

Sumber: Utusan

Komen: Kesian Penduduk-penduduk Kinabatangan... Apa cerita ya Ahli Parlimennya... Banjir juga kah.....


Panel Hakim Eusoff Chin Silap! Betul ka?

Salam Sejahtera...

Dah sembilan tahun berlalu, keputusan kontroversi pada 2001 dalam kes Adorna Properties lwn Boonsoom Boonyanit @ Sun Yok Eng, membenarkan pemindahan hak milik tanah secara penipuan adalah salah. Baca Selanjutnya. Dan di SINI

Betulkah Keputusan itu silap, Nak tau juga siapa lawyer yang memenangkan kes tersebut... Adakah Lawyer VK.Linggam Correct, Correct...., Kalau Lawyer VK.Linggam, ini beerti bukan Eusoff Chin, silap... tetapi itu dah sah SiiiiSUAH.......

Giliran PR Selangor Pula..

Salam sejahtera...

Kerajaan PAS Kelantan mungkin boleh rehat sebentar, instructor aku kata "take five"..., maka boleh lah tarik nafas untuk menyedapkan kaki (Kekuda) dan tangan untuk persediaan menepis serangan selanjutnya dari UMNO dan sekutu-kutunya...

Mungkin juga UMNO Kelantan pun tengah panas juboq. apa tidaknya bagaimana nak menghadapi suasana yang akan bakal sampai, mana nak letak muka masing-masing untuk menjawab isu royalti minyak.., nak harap Najib tolong awab, dia pun tak tau mana nak taruh muka, nak buat-buat senyum macam kerang busuk bila wartawan tanya pun tak mau jadi dah..., apa tidaknya,,, rancangan isu kalimah hingga melibatkan kebakaran gereja dah nak kena songkil dengan US..,, dah gelabah puyuh, dapat anugerah dari Raja Saudi pun dah tak berapa ceria...,

Hilang isu gereja terbakar, Surau kat Johor pula jadi sasaran..., berapa orang pulak lepas ni yang akan kena tangkap...

Muhyiden..., ia pun sibuk juga... Najb pi Arab, ia pi lawatan kat Eropah,,, masing-masing nak melawat.., perabih duit rakyat, dalam pada rakyat semakin kena cekik.

Yang tinggal kena jawab Mustafa Mohamad dengan Awang Adek,, silap jawab dah kena smash dengan Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara yang kena pecat oleh Mahathir dan Sultan Johor..

Bila Kelantan dah tak makan cekak, tak boleh selesai.. UMNO menukar arah, nak attack Kelantan pun tak dapat apa, depa mula serang Selangor pulak,, bermula dengan isu Kalimah Allah, YB Khalid Samad jadi sasaran, JAIS dengan MAIS jadi peluru buat UMNO, bahkan Sultan pun turut bersama,, Awas Kerajaan PR Selangor,

Isu Kalimah tak berapa nak menjadi..., ubah dan tambah strategi...beberapa Pembantu Khas EXCO dan politik Selangor pula ditahan semalam, kononnya terlibat dalam perjualan pasir..SPRM pulak yang main peranan membantu UMNO untuk nak merampas Selangor,

Hairan bin ajaib, dalam dok kecoh pasir dan macam-macam hal... tup-tup AJK Keadilan Kuala Selangor pula keluar Parti, tinggal ketuanya sahaja Khalid Ibrahim.. saja, lumpuh Keadilan Kuala Selangor... itu berita dari media.., nak penyedap pembaca yang menyokong UMNO.... Apakah harapan UMNO untuk mengambil Selangor akan menjadi kenyataan. Wallahuaklam..


Thursday, January 21, 2010

KD SRI Inderapura - CO kena Court Martial..

Bekas pegawai memerintah KD Sri Inderapura akan didakwa


LUMUT: Bekas pegawai memerintah KD Sri Inderapura akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera pada 25 Januari ini berhubung kes kebakaran kapal itu pada 8 Oktober lalu.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Seri Abd Aziz Jaafar, berkata tertuduh akan menghadapi dua pertuduhan dan boleh mngambil peguam bagi membela diri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas istiadat pelucutan tauliah KD Sri Inderapura dan KD Sotong pagi tadi.


Komen : Itulah sahaja tindakan yang dapat diambil oleh pihak atasan, selalunya kes-kes sebegini didalam Mahkamah Tentera, amat sukar dibuktikan, tambahan pula dengan adanya bantuan peguam-peguam handalan dari luar. walaupun terbukti kesalahan sekali pun, namun wang rakyat berjuta-berjuta nilainya hangus begitu sahaja.

Pihak atasan Kementah hanya asyik mahukan penambaikan peralatan tentera, beli kapak, kapal selam, pesawat baru, tetapi dari senggaraan (maintenance) malas nak cerita..., bagaimana pula dengan pealatan pemadam api, kenderaaan bomba skylift itu pun dah 20 tahun lebih umurnya.., langsung tiada diberi perhatian bagi peningkatan peralatan tersebut.

Isu Rokok - Cadangan yang Bangang..

Salam Sejahtera...

Sekotak rokok pek 20 btg berharga RM50.00. Aku mula belajar merokok waktu aku masih sekolah lagi, waktu tu rokok 555, sebatang 5 sen, sekotak 10 batang 50 sen, kalau duit tak berapa mengcukupi, aku hisap roko Gold Leaf, murah 10 sen dari rokok 555, kekadang tu ada lebih sikit rokok Benson& Hedges (Rokok ini kekal hingga sekarang).

Bila lepas sekolah habis SPM, tahun 1978, aku mula bekerja di Kilang Perak Carbide Corp Bhd, sekarang di tukar nama MCB bersebelahan Simpang TOL keluar Taiping Utara (Kemunting), aku mula hisap rokok yang ada brand sikit Lucky Strike, mahai sikit, RM1.30 sekotak 20 btg, kekadang Camel, kemudian berubah yang lebih keras lagi, Pall Mall panjang sikit dari Lucky Strike.

Rokok dah tak boleh jalan lagi dengan aku, sampai 2 kotak sehari, aku cuba sulam dengan hisap pipe, tembakau Cap Nenas, kekadang tembakau Blend Eleven, memang menjimatkan satu tin tembakau tahan 3 hari buat aku.

Bila aku masuk Navy, tahun 81, aku masih hisap pipe, rokok kekadang sahaja, mulalah kekawan aku panggil aku tok.. sebab hisap paip, sehinggalah sekarang ni, masih panggil aku Tok sehinggalah ditempatkan di Woodland Singapura. Rokok di Singapurarasanya tak sama dengan rokok Malaysia, rasanya lebih kurang rokok free tax di Labuan ataupun Langkawi, tak power langsung, dan rokok Malaysia hanya sekotak sahaja yang dibenarkar bawa masuk oleh Kastam Singapura.

Bila aku di Singapura rokok Malaysia susah nak dapat, tembakau pipe pun mahal, lepas tu paip aku tu kekawan banyak dok minta sama nak hisap, gila.. mana boleh nak bagi...nak cari jalan mudah, aku tukar lagi hisap rokok balut pula, aku dah lupa jenamanya, tetapi bila kita beli tembakau bungkus warna biru, ada disediakan sekali kertas pembalut rokoknya, masih mengungtungkan jika dibandingkan dengan harga rokok.

Nak jadikan cerita, sewaktu aku di Woodland, aku telah ditugaskan mengiring peluru-peluru yang dibawa berpindah dari Kem Tebrau Johor Bahru ke Lumut dengan kapal KD Indra Sakti, seronoklah hati sebab bila selesai tugas boleh dapat cuti balik kampong di Taiping.., sewaktu dalam kapal dua hari satu malam, rokok yang aku hisap ialah rokok free duty sahaja, sebab dalam kapal ada jual rokok dan arak free duty.. ini waktu tahun 80 han.. sekarang arak dah tak ada lagi..

Bila aku balik ke kampong, aku diserang demam dan batuk, sehingga mengeluarkan kahak yang mengandungi berdarah, mungkin kerana sewaktu dalam kapal suasana tak sesuai, ditambah cuaca yang amat panas, daripada demam dan batuk ini, tekak aku menjadi pahit rasanya, baki rokok Lucky Strike yang beberapa batang lagi terus aku peronyok dan buang, dan dari sini aku bertekad dan terus berhenti merokok sehingga sekarang.

Bila aku dah ada pengalaman merokok, aku tahu masaalah merokok..., memang susah nak berhenti, 6 bulan lebih aku merana, berlejeh air lior bila selepas makan, tetapi aku terpaksa kuatkan semangat sehingglah sekarang alhamdulillah.

Bila cadangan Timbalan Menteri Kesihatan akan membuat kajian menaikkan harga rokok sehingga RM 50,00, aku rasa itu cadangan bangang untuk rakyat yang merokok tetapi
menguntungkan kangtung kerajaan dan juga penyeludup rokok. Bila rokok dalam pasaran terlalu mahal, rokok seludup dari negara jiran akan bertambah, penyeludup yang akan mengaut keuntungan.
Setakat kempen Tak Nak, mana ada orang nak ikut, malah ada jawapannya, rokok bengkok kat dalam gambar tu memanglah tak nak...

Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan dah menggezetkan merokok itu haram buat orang Islam, tetapi tak Majlis Agama Islam peringkat negeri nak mewartakan fatwa tersebut, melainkan negeri Selangor, sewaktu Allahyarham Dato Ishak baharom menjadi Mufti.

Kenapakah Kerajaan tidak mahu bersungguh-sungguh mengharamkan apa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa dalam hal rokok, sperti mana di Mekah dan Madinah, rokok hanya ada jual di pasaran gelap.

Kalau iklan rasuah sekali sekala ada keluar dalam TV, kenapa merokok itu haram tak dapat dilaksanakan..., apakah cukai rokok yang cukup memberansangkan tabung kewangan negara menyebabkan kerajaan lebih suka menaikkan harga rokok hingg RM50.00.

Kesianlah anak-anak dan tanggungan kepada ahli perokok tegar. Merekalah yang akan menjadi mangsa kepada kenaikan harga rokok. Masaalah rakyat kalau sebegini pasti tidak akan selesai.

Berita berkaitan: utusan.

Wednesday, January 20, 2010

Hampir Setahun Berlalu, Isu Rasuah Sex bermain semula...

Salam Sejahtera..

Kalau setahun yang lalu, rasuah sex dibuka bicara dengan cerita projek pembinaan perumahan dinegeri Perak, yang mana 2 EXCO PKR terlibat.

Hari ini cerita yang sama "rasuah sex" dimainkan semula, malah lebih ramai lagi yang ditahan, seramai 34 orang, dengan tuduhan memudahkan permit mendapatkan pasir untuk dieksport. Baca SINI.

Apakah ini strategi UMNO untuk mengambil alih Selangor? Kita kena ingat, kes siasatan beberapa ahli politik DAP Selangor masih belum selesai lagi, nasib mendiang Teoh Beng Hock jadi penyelamat seketika.

Suasana politik Selangor macam-macam boleh jadi sekarang ni, Isu kalimah Allah yang dimainkan UMNO membuat PR terutama PAS dah kucar kacir seketika, masih lagi dimainkan, bagaimana pulak dengan keputusan kes siasatan olek AJK Disiplin PAS terhadap pimpinan PAS Selanor akan diketahui minggu depan, apakah keputusan ini akan menjadikan sesuatu diluar dugaan.

Teringat kata-kata Tun Mahathir, dalam politik tak ada yang mustahil.....


Anggota Hospital Di Cadang Jadi pengundi POS.

SPR kaji perluaskan hak undi pos

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 19 Jan. – Doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.

“Kita sedang teliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.

“Pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

‘‘Jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut cadangan berkaitan pengundian pos, Abd. Aziz berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan satu tempat pengundian yang sesuai kepada anggota tentera yang berkhidmat di perbatasan sekiranya jumlah yang terlibat ramai.

“Mengikut sistem pengundian pos sedia ada, pengundi kalangan anggota tentera dan polis ini boleh membawa pulang kertas undi itu ke rumah sebelum mengeposnya,” katanya.

Menurutnya, SPR juga sedang memikirkan untuk mengubah nama pengundi pos kepada pengundi awal.

“Mengikut perjalanan mengundi secara pos sekarang ini pun, mereka yang mengundi akan memasukkan kertas undi ke dalam sampul sebelum karungnya dibawa untuk penjumlahan undi.

‘‘Ini dilakukan semasa penjumlahan undi oleh pengundi berdaftar lain. Konsep pengundian pun kini bukan lagi secara pos, justeru eloklah diubah kepada pengundi awal,” katanya.


Komen: Apakah Pengundi dari Anggota Tentera dan Polis tak cukup untuk membantu UMNO dalam mempertahan kuasa dalam PRU13 nanti...

Soalan Cepumas - 8 lelaki yang ditahan dari kumpulan mana..


Salam Sejahtera..

Berita tv3 jam 1.30 tgh tadi, ada berita menyiarkan kenyataan Pengarah CID Bukit Aman Datuk Bakri Zinin mengesahkan seramai 8 orang telah ditahan untuk siasatan kes bakar gereja Metro Tabernacle minggu lalu .

Suspek pertama ditahan di sebuah hospital di Kuala Lumpur ketika mendapatkan rawatan untuk kesan kebakaran di dada dan lengannya.

Antara yang ditahan itu termasuk dua beradik bersama pakcik mereka. Semua tahanan berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 26 tahun.

Satu pesanan atau amaran dari Datuk Bakri iaitu, janganlah cuba nak mengaitkan 8 orang yang ditahan itu dengan mana-mana kumpulan....aiyo..yo... mana kumpulan mau tolong cover line tu... ada siapa boleh tolong jawab...

BUBAR DUN Perak - Boleh jadi ka?..

Salam Sejahtera...DUN Perak akan dibubarkan... Itulah yang aku dok terbaca selama ini, dah berapa lama... oii, sejak dari rampasan kuasa 5 Feb 2008, dah nak masuk genap setahun UMNO merampas kuasa dalam terang...

Sejak dari itu dah nak muak aku dok baca DUN Perak akan bubar, yang terbaharu kononnya SPR pun dah mengadap ke istana, keputusan kes mahkamah Nizar menang 4-1, sebelum tu 3-2, Zambri pun ikut Najib bersama dalam lawatan ke negera arab tu pun nak bincang hal tu dan macam-macam lagi

Apakah benar DUN Perak akan bubar... kalau jawapan dari aku, aku tetap kata tidak...tidak.. tak kan UMNO nak cari penyakit...apa ke jadahnya... Ok kita ambik dari beberapa faktor..

Najib akan menurut apa yang maklumat risikan sebelum mebubarkan DUN, dalam suasana negara yang kacau bilau dengan 1001 macam masaalah ini nak diadakan PRK sebuah negeri, memang nak cari nahas, sedangkan PRU DUN Sabah dan Sarawak pun masih belum berjalan..

Kes keputusan mahkamah - banyak spekulasi mengatakan Nizar menang kes, jadi DUN akan bubar...., riuh rendah..., tup-tup Ketua Hakim Negara 2-3 lepas keluar kenyataan yang semacam kononnya menyelebahi Nizar, lebih senang lagi telus, tegaslah kononnya... Phoorah...Oii tak kan tak kenal dari mana asal siapa Ketua Hakim Negara tu...dah berbuih dah mulut Karpal Singh mahukan Ketua Hakim Negara dipecat..jadi setakat kenyataan Ketua Hakim negara aku dok nampak ini semua lakonan wayang Cina atas pentas di depan penonton sahaja, dok atas pentas juga dibelakang tirai yang penonton tak nampak dah lain cerita dia...

Maka keluarlah dalam akhbar yang Ketua Hakim ini tegas dan telus..., hangpa tunggu sajala apa keputusan sebenar selepas ini, Nizar atau Zambri MB Perak...

Aku tetap beranggapan keputusan Mahkamah akan menyebelahi Zambri, sebabnya ini bukan sahaja melibatkan kerajaan UMNO, tetapi juga dengan istana sekali, pasai apa lambat sangat keputusan dia... saja depa nak bagi upset sikit..., biar selepas ni rakyat akan riuh lagi, pembangkang pun riuh sama..., yang penting rakyat jelata ikut sama riuh, biarlah mereka riuh, sama riuh macam isu kalimah Allah, sekurang-kurangnya masalah apa yang rakyat bawahan alami masyarakat Malaysia dah terlupa seketika, lupa dah harga gula, roti dan keperluan harian yang semuanya akan naik menggila.

Dari sini kita yang pro PR semua akan kata Najib PM 1Malaysia dah jatuh reputasinya..., peduli apa reputasi jatuh, yang penting kuasa!!!, Orang UMNO dan atas pagar lain cerita... akhbar dan media dah tonjolkan Najib mendapat anugerah tertinggi dunia dari kerajaan Arab Saudi.. bukan semua orang yang boleh dapat, salah seorang pemimpin dunia yang dapat adalah bekas Presiden Amerika George Bush, sebabnya Bush banyak berjasa pada rakyat Palestine, Iraq dan Afghanistan, itu pasai dia dapat anugerah tersebut.. dan Najib pula apakah jasanya... 1Malaysia dan Monggolia..betui ka.?

Tuesday, January 19, 2010

Umpama Pusingan Roda, Kenapa Mereka boleh sepakat?!!!



Sabah , Sarawak... Kini W.P & Pulau Pinang... Betullah tu.. lakonan saja..

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. Namun di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah.Seterusnya...

Hoo itu macam ka..., apasal itu enakmen mau ambik kira... itu enakmen bukannnya hadis ata alquran..., banyak undang-undang enakmen Islam dinegeri-negeri kelam kabut.. langsung tak bertepatan dengan hukum sebenar syariah...

Senang cerita itu semua alasan saja...hakim bagi keputusan ikut perlembagaan, sapa yang buat perlembagaan semua tu!!!. .... lakonan dah berjaya.., gereja pun dah 10 biji rosak.., seorang pelajar nasib tak baik dah kena tuduh.. apa lagi mau cerita....yang penting banyak kes-kes panas dapat cover sekejap.., nanti boleh create lain cerita pula...



Monday, January 18, 2010

Facebook ...

PELAJAR Aswara, Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, keluar dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas diikat jamin. Beliau didakwa secara sedar memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding...". Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Foto Sairien Nafis

Sunday, January 17, 2010

Adakah Pemimpin PAS Kelantan Yang Khianat..

Takiyuddin persoal maklumat mesyuarat Exco bocor

Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan mempersoalkan bagaimana keputusan mesyuarat Exco negeri itu berhubung pembelian aras bawah Bazar Tok Guru di sini boleh bocor kepada pihak tertentu.

Beliau yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri turut hairan bagaimana pemilik laman blog Kickdefella memperoleh maklumat tersebut kerana keputusan mesyuarat pada Rabu lalu itu masih belum disahkan. seterusnya.

Jawapannya siapa yang melakukan semua orang dah tau dah.. Malas nak komen banyak-banyak....kang ramai lagi dok maki hamun kat aku...

Vladimir putin, Barrack Obama & Najib Tun Razak..

Yahoo...

PM 1Malaysia dapat anugerah King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini pada Sabtu malam.

Hebat ooo, mana ada lagi orang Malaysia yang dapat, melainkan PM sorang saja..sebelum ini laki Najib, Dato seri Rosmah dapat anugerah 7 juta US Dollar dari Raja Arab juga...., Dr Mahathir pun tak dapat, Pak Lah... lagi laa... lena aja..., yang sama dapat anugerah tu Perdana menteru Russia Vladimir Putin dangan Presiden Amerika Barrack Obama...

Huhh, nanti balik Malaysia PM pun boleh bagi fatwa...., sebab dan dapat tauliah dari King Abdullah, penjaga dua Masjid...

Apa-apa cerita yang lalu, seperti C4, Altantunya, Kapal Selam, Eurocopter kira settle la... tutup buku.. PM dah dapat anugerah tertinggi, dia dah jadi yang terbaik.. jangan dok kata apa lagi.. tau.. tak baik.. dia dah dapat anugerah tertinggi dari Raja Abdullah Arab Saudi...

PRK Parlimen Batu - TPM dah mula kempen..


Salam Sejahtera...

Mentang-mentang kuasa pemerintahan ditangan UMNO buat masa ini, maka seolah-olah mereka dah tahu apakah keputusan yang bakal berlaku....


Mengapakah PRK DUN Kota Puteri di Kedah senyap sunyi !!!!!

Bagaimana dengan keputusan kes DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang...pun senyap sunyi... shyyyyttt...diam-diam....shuuut.. Ketua Hakim dah pun bersuara. Betulka.!!?



Saturday, January 16, 2010

Yang Mana satu - Ngigau, Nyanyok, Lupa, Merapu dan lain-lain lagi..

Salam sejahtera..

Sebagai oarang No 1 dalam perundangan negara, aku hairan kenapa ia boleh bercakap sebegitu rupa...

Padanlah dalam parlimen Karpal Singih tak habis-habis mahukan orang no 1 ini dipecat sahaja...

Pelantikannya pun kira lain dari yang lain..., tu yang dok keluar kenyataan dalam keadaan sedar atau pun tidak.. wallah hu aklam. Baca di Di SINI.

Apakah ia tak tahu atau tak diberitahu atau sengaja buat-buat tak tahu atau tak mau nak mengambil tahu sampai bila kes MB Perak nak diberi keputusan oleh Mahkamah Persekutuan... Oii mahkamah Persekutuan..

Apakah kenyataan yang dikeluarkan itu hanya membaca skrip....








Friday, January 15, 2010

Boleh Percayakah Kenyataan KSU KDN..

Salam Sejahetra...

"Ia tiada kaitan dengan kerajaan tetapi kes itu adalah antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kes itu akan mula didengar pada 25 Januari ini."

Itulah kenyataan dari mamat gambar sebelah ni... Baca selanjutnya DI SINI Tobat lahum aku tak percaya....

Oii, hangpa jangan kata aku fanatik kepada pembangkang pulak,, tetapi mari sama-sama kita fikir balik dari segi logik...

Pada 13 Jan 2010 yang lalu, mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden.

Siapakah 3 responden itu..., Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Cerita lanjut di DI SINI

Oii Menteri tu apa statusnya..., Ketua pendakwa Syarie dan Pengarah JAWI tu sapa?!!!! Hairan sungguh aku, seorang Menteri yang kita ketahui umum seorang yang berpendidikan agama boleh sama-sama terlibat dalam konspirasi DSAI.. Inilah padahnya bila dah menjawat jawatan besar dalam UMNO.. Hukum hakam tolak tepi,...,

Mengenai kenyataan KSU KDN ni aku tak boleh nak lebel apa... tapi aku ulangi balik, memang aku tak percaya...terpulanglah pada pembaca...kalau nak pembohong pun tunggulah masuk waktu dulu...kalau tak faham lagi memanglah tengikkkk.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari