boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, July 23, 2011

Perpindahan Regional HQ AirAsia ke Jakarta... Ada pa yang tak kena...

Salam Sejahtera,

Berita yang tak dihebahkan oleh semua media massa dari Malaysia.... Kalau sebelum ini yang kita dok dengar atau terbaca ialah perpindahan kilang perusahaan pembuatan alatan eletronik, semua ini dah pakat keluar habis dah dari Malaysia....

Bab itu tak boleh nak dikata apa-apa,, sebabnya mereka itu pelabuh dari luar negara, tujuan mereka melabur di Malaysia nak cari keuntungan.... bila dah tak untung cabut habis...

Tetapi bila syarikat penerbangan murah Air Asia, CEO orang Malaysia, Tony Fernandes, orang kuatnya Pahamin Rejab, dan ramai lagi,, syarikat penerbangan murah yang asalnya 2 buah sahaja kapalterbang, tetapi sekarang bagaimana dah meningkat berpuloh buah pesawat....

Ini beerti Air Asia meraih keuntungan dalam perniagaan tambang murah,, tetapi kenapa ia nak berpindah Ibu Pejabat dari Kuala Lumpur ke Jakarta...apa yang tak kena,,, apakah Tony Fernandes dah tak patriotik dengan negara sendiri,,,


Tony Fernandes, Group CEO of AirAsia speaks during a joint company press conference with AirAsia in Tokyo, Japan, on Thursday. AirAsia has chosen Jakarta to be its regional headquarters in an effort to be seen as a Southeast Asian airline rather than just a Malaysian one. (EPA Photo/Everett Kennedy Brown)
Tony Fernandes, Group CEO of AirAsia speaks during a joint company press conference with AirAsia in Tokyo, Japan, on Thursday. AirAsia has chosen Jakarta to be its regional headquarters in an effort to be seen as a Southeast Asian airline rather than just a Malaysian one. (EPA Photo/Everett Kennedy Brown)


Cerita penuh di jakartaglobe. dan juga asiasentinel.


1 comment:

  1. KUALA LUMPUR 25 Julai – Ibu pejabat syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan terus berlokasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, demikian menurut syarikat itu.

    "Tiada sebarang rancangan ataupun petunjuk untuk memindahkan ibu pejabat syarikat keluar dari negara ini. Dan semua rangkaian pesawat kami yang berdaftar di Malaysia akan terus beroperasi dari LCCT”.

    Syarikat penerbangan itu berkata demikian dalam kenyataan untuk menjelaskan laporan akhbar yang menyatakan AirAsia akan memindahkan “ibu pejabat korporat"nya dari Malaysia ke Indonesia.

    Pejabat di Jakarta akan dikenali sebagai AirAsia ASEAN, sebuah entiti yang ditubuhkan di bawah naungan AirAsia, dan matlamat utama unit ini ialah bertindak sebagai pejabat perwakilan AirAsia dalam usaha mengembangkan jenamanya sebagai syarikat penerbangan “Truly ASEAN” dan memperluaskan jangkauan ke pelbagai kumpulan di rantau ini dari segi dasar penerbangan dalam lingkungan ASEAN.

    Keputusan untuk menempatkan pejabat wakil di Jakarta berdasarkan semata-mata kepada rasional yang Sekretariat ASEAN berpangkalan di Jakarta, dan pejabat serantau di sana boleh membantu AirAsia mempersembahkan ideanya berkaitan dengan penerbangan serantau dan pertumbuhan pelancongan dengan lebih cekap lagi. – Bernama

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari