boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2 - Najib telah melaksanakan apa yang dia sebut-sebutkan semasa PAU dahulu......

Salam Sejahtera,


Bila aku terbaca satu entry yang mengatakan Najib hatinya terlalu mulia, DI SINI terasa cukup meloyakan, entah apa yang merasuk pemikiran penulis tu, mungkin seorang yang kurang waras atau akalnya tak cukup sekupang...

Apa yang ada dalam diri Najib bagi aku, beliau adalah seorang pelakon hebat,,, kalau sebelum ini di Malaysia pelakon Rosyam Noor seorang aktor hebat, bagi aku Najib lagi hebat jika nak dibandingkan dengan Rosyam, sebabnya Rosyam hanya di filem atau drama sahaja, tetapi Najib berlakon di alam nyata yang penuh realiti dan hidup dengan penuh kepura-puraan.......

Dalam kelembutan yang ada diraut wajah Najib, tetapi didalam hati dan perasaannya kita tidak tahu apa yang nak dinilaikan,, kalau tidah masakan bahan peletup peledak C4 sanggup digunakan, fakta yang ini bagi aku satu-satunya yang cukup terlalu tinggi nilainya jika nak dibandingkan dengan banyak lagi dalam sejarah hidupnya apa yang dia lakukan.......





Apa yang aku nak sampaikan, cuba kita ingat balik apa yang Najib ucapkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang lalu..."Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".. kemudian diulangi lagi ucapan tersebut pada perhimpunan sejuta belia baru-baru ini... DI SINI .

Jadi tak menghairankan apabila apa yang berlaku keatas perhimpunan BERSIH dengan situasi-situasi sejak beberapa hari dikebelakangi ini,,, Sekejap saya bersetuju akan menimbangkan... besoknya pula lain pula bunyi cakapnya,, berbelit-belit.... kenapa boleh jadi begini..... hanya manusia munafik sahaja yang bersikap sedemikian.

Apa yang ada dalam kotak pemikiran mereka ialah kuasa yang berpusat di Putrajaya mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun, by hook or by crook,,, sedangkan mereka lupa kuasa penentu segala-galanya hanyalah terletak pada Allah Subhanahu Wataala. .


.


2 comments:

  1. yg paling aku ingat dia cerita pasal ilang teloq

    ReplyDelete
  2. Tiada siapapun mampu mengatasi keupayaan Anwar Ibrahim berlakon.

    Lihatlah bagaimana dia terbaring apabila pipinya tercalar.


    catatan : Buruk benar Hj Hadi pakai jubah kemudian sarung t shirt bersih.

    Maaflah, macam nangka berbalut..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari