boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 22, 2011

Betul Polis Tidak Zalim

Salam Sejahtera,

Gambar dan hujah akan membuktikan segala-galanya,,,

,



Baca dan fikir........



Nukilan - Haji Subky Abd Latif,

Buktikan polis tidak zalim

July 22, 2011

22 JULAI — Sudah masuk dua minggu tunjuk perasaan Bersih 2.0 berlalu, persoalan yang dipolemik dalam masyarakat ialah polis dikatakan bertindak berlebihan atau keterlaluan.

Macam-macamlah orang kata tentang polis. Ada pun Bersih itu boleh jadi ia ada terus atau ia mungkin tidak ada lagi. Tetapi polis mesti ada selagi ada orang dan ada negara.

Perbincangan kejadian pada 9 Julai 2011 tentang polis akan berlangsung lebih lama dari perbincangan tentang Bersih.

Maka polis seperti sedang dibicarakan dalam mahkamah umum oleh masyarakat umum dalam negeri dan luar negeri.

Lalu polis pun dalam pembelaan dirinya minta orang ramai, khususnya penyokong Bersih 2.0 buktikan polis zalim atau polis ganas dalam menangani peristiwa 9 Julai itu.

Apakah polis zalim atau ganas atau sebaliknya tidak dapat ditentukan oleh orang ramai. Ia ditentukan oleh sikap dan tindakan polis sendiri.

Hari 9 Julai 2011 itu sendiri dapat menyatakan apakah polis hari itu ganas atau adil?

Untuk mendapatkan bukti dari orang ramai tentang polis hari itu zalam atau tidak akan memakan masa yang lama dan payah. Ia memerlukan makanisma yang payah untuk dilaksanakan.

Jika dikehendaki juga pengumpulan bukti itu ia bererti memperpanjang pembicaraan umum tentang polis yang tidak diketahui bila ia berakhir.

Persoalannya sekarang bagi memungkinkan polis bebas dari gema dan kesan 9 Julai itu ialah polis sendiri membuktikan ia adil atau ia tidak zalim.

Sekalian pegawai kanan polis hari itu berada di Lembah Kelang. Kecuali pegawai polis yang anaknya kahwin hari itu saja yang tidak beruniform. Tetapi mereka sudah beruniform lebih dari seminggu menjelang hari itu. Malah kepala menteri yang menjaga polis tidak cuti dari persoalan unjuk rasa Bersih itu.

Maka sekaliannya menumpukan pengumpulan bukti masing-masing bagi membuktikan polis yang bertugas hari itu tidak ganas a tau tidak zalim.

Polis boleh bagi bukti itu sebaik saja matahari 9 Julai itu terbenam. Senarai polis yang bertugas menjelang hari itu dan pada hari itu lengkap. Mereka boleh bersumpah naik saksi membuktikan ia tidak zalim.

Ia juah lebih senang dari mendapatkan bukti tentang kezalimannya dari orang ramai kerana orang ramai itu ada bermacam-macam sifat dan perangai. Ada yang mahu memberi bukti dan ada yang tidak mahu memberi bukti. Dan mereka ada bermacam-macam kerja. Mereka sudah memberikan masa untuk Bersih dan mereka mungkin mahu menggunakan masa untuk perkara lain pula.

Jadilah pula gunanya menggunakan masa dan tenaga lagi untuk membuktikan pula polis itu zalim.

Tetapi apalah untungnya polis jika dapat dilambakkan bukti bagi mengesahkan ia zalim pada hari itu?

Apa yang polis patut buat sekarang bukan mengumpulkan bukti menjadikan ia zalim. Polis itu akan berkhidmat selama-lamanya dan tidak putus-putus. Apa akan jadi pada polis yang ada jika dapat dibuktikan nanti ia ganas?

Apa pun polis memang menghadapi sembang-sembang di merata-mata tentang isu kebijaksanaannya pada hari itu.

Apa yang perlu dibuat oleh polis ialah duduk dan berfikir membuktikan ia bertindak betul pada hari itu. Sebaik terbenam saja matahari ia sudah boleh memberikan bukti ia adil dan memenuhi tugas profesional pasukan polis.

Ia perlu mengeluarkan bukti yang diterima oleh semua orang baik yang berada di tengah gelanggang tunjuk perasaan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan yang berhampiran dengannya serta orang-orang yang hadir di seluruh negara tetapi memerhati dari dekat intenet dengan teliti.

Dan termasuk juga bukti-bukti yang boleh didapati dari pancaran setelit di tepi langit sana yang disalurkan kepada semua berita dunia di bumi. Semua bukti ia baik dan adil itu diterima oleh semua pihak.

Tugasnya memang berat dan mencabar. Bukti itu bukan sekadar disenangi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, tetapi ia mesti disenangi oleh semua.

Barulah ia dikatakan adil dan telus.

Apabila sekalian polis dapat membuktikan ia pada hari itu tidak zalim dan tidak ganas, maka selesailah tanggungjawab dan masalah yang dihadapinya.

Sekali pun mengumpul sekalian polis yang bertugas untuk membuktikan polis tidak zalim adalah lebih senang dari mengumpulkan sekalian saksi bagi membuktikan polis zalim, mendapatkan persetujuan semua orang di luar polis bahawa polis tidak zalim adalah lebih susah dari membuktikan polis itu zalim.

Bukti mudah dicari. Semua orang yang kena katuk, kena rempuh, kena tembak meriam air dan sekalian yang kena tahan ssereta sekalian lari ke sana dan ke mari dari kejaran polis akan menjadi kesaksian tentang kerja luar biasa polis itu.

Dengan bukti itu akan memayahkan polis juga.

Maka sebelum mereka tampil memberikan bukti tentang polis itu zalim adalah lebih baik polis memilih membuktikan ia baik dan adil. Bila ia dapat membuktikan ia adil dan baik, maka dengan sendirinya ia tidak zalim.

Bolehkah a tau tidak polis membuktikan ia adil dan baik, ia adalah terserah kepada kebijaksasnaan polis sendiri.


Lihat!!!!! baik hati kan Polis...,


Nak tunai tanggungjawab dengan Allah dalam keadaan tangan terikat, mana ada zalim Polis,,, aku rasa Polis Israel pun tak macam ni punya zalim...


Sumber Artikel : buktikan-polis-tidak-zalim ..



4 comments:

  1. ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR

    HAMBA ALLAH NI NAK BERSOLAT

    AKU BERSUMPAH KALAU POLIS YG BERUGAMA ISLAM JUGAK BUAT GINI KAT ORANG ISLAM NAK SOLAT..YA ALLAH KAU KABULLAH DOAKU

    BINASA KAN LAH POLIS ITU HARI INI JUGAK

    ReplyDelete
  2. barua polis...
    lagi byk hangpa kelentong lagi byk rahsia terbongkar. nk muhong pun agak2 la barua woiiiiii. lama mana hgpa nk hidup...??? barua jenih tadak kesian belas kat manusia ka hgpa nie polis??? khhaaaaaaaq ptuihhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. jilat ambiga lagi sedap laa.... amaran pengharaman perhimpunan babi2 kuning semelaysia di kl...kalo nak solat & makan sedap kat pulapol ada semua disediakan...makan duit rakyat..

    ReplyDelete
  4. YANG BERSOLAT TU YANG ZALIM. MASJID, SURAU MELAMBAK TAPI SOLAT TEMPAT MACAM TU.

    KOMAN SANGAT KE ISLAM NI ?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari