boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 29, 2011

Najib PM terakhir dari UMNO....

Salam Sejahtera,


Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa ‘gerun’ di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan


Baca sepenuhnya di najib-pm-terakhir-umno


2 comments:

  1. Itulah yang aku doa dan nanti-nantikan. Tumbangnya kerajaan zalim pada rakyat.

    Walau bagaimana pun ini slogan untuk pembela-pembela UMNO.

    Sayang Najib, undilah BN,
    Sayang Rosmah, undilah BN.

    ReplyDelete
  2. hahaha...masuk bulan ramadhan nie, byk2 kan lah doa utk kejatuhan kerajaan jahiliah lagi zalim BN.
    ameeeeeeeeeeeeeeen

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari