boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, July 21, 2011

Tak seksilah bang !!......

Salam Sejahtera,
Kita ubah tajuk seketika,,, bukan apa.. hari ini Khamis,, malam ni boleh projek bunuh syaitan...... Jadi baca-bacalah moga-moga dapat merubah sesuatu kepada yang lebih baik....


Tak seksilah bang
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif
Ciri-ciri yang boleh buat lelaki kurang menarik
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif

Susunan
Farid Hamzah

SEMUA lelaki ingin kelihatan menarik atau seksi.

Bermacam perkara dilakukan kaum Adam untuk kelihatan seksi. Tetapi, pernahkah kita bertanya akan ciri-ciri yang membuat seorang lelaki dianggap kurang seksi, terutamanya pada mata pasangannya?

Berikut senarai yang dikumpul daripada laman Internet buat panduan bagi kaum Adam agar lebih peka akan beberapa ciri yang membuat mereka dianggap kurang seksi.

KUAT SEKS

Tiada yang lebih menjengkelkan daripada seorang lelaki yang kerap ingin mengadakan hubungan seks. Sebabnya, lelaki jenis ini kadangkala tidak fikirkan tentang waktu atau keadaan.

Ada daripada golongan ini akan cuba mengubahkan sebarang situasi menjadi lebih seksual, dan bukan romantik.

Apabila isteri anda berkata beliau letih untuk mengadakan hubungan seks, itu isyarat penting bahawa beliau enggan mengadakannya.

Jika anda meleteri isteri anda itu, ini boleh membuat beliau beranggapan anda kurang seksi.

MENYAKITKAN HATI ISTERI

Sekiranya seorang lelaki itu sering bersikap kejam, mengherdik, mengecam, menyindir, bersikap kurang ajar, tidak menghormati, marah atau menakut-nakutkan isterinya, apakah yang akan berlaku?

Pastinya si isteri akan berasa sakit hati dan akhirnya enggan tidur di sisinya.

Lebih menyakitkan lagi apabila si suami bersikap curang, berbohong tentang wang, dibuang kerja akibat melakukan kesalahan atau tidak menjaga isteri dengan baik apabila diperlukan.

Semua ini pasti akan membuat si isteri berasa sakit hati atau marah sehinggakan bunyi nafas si suami pun boleh membuat beliau berasa marah.

KERAP LAKUKAN APA YANG TIDAK DISUKAI ISTERI

Ramai di kalangan kita ada masalah 'obsesif-kompulsif', atau OCD.

Masalah ini membuat seseorang mempunyai perasaan, pemikiran, idea atau sensasi berulang atau sikap yang mendorong mereka melakukan sesuatu berulang.

Contohnya, memastikan penutup tandas sentiasa didirikan, membiarkan tilam tidak terurus atau meninggalkan tuala mandi di lantai.

Semua perbuatan ini membuat isteri menjadi marah.

Ada kala suami enggan mandi atau menggosok gigi dengan bersih sehingga membuat isteri berasa mual setiap kali mendekatinya.

Lebih buruk lagi ialah perbuatan lelaki yang sering membuang angin atau meludah, tidak kira tempat atau masa.

Perbuatan dan sikap yang tidak digemari isteri ini pasti membuat suami kurang seksi.

LELAKI BACUL

Ramai wanita gemar akan lelaki pelembut (tetapi bukan jiwanya). Tetapi, apabila bercakap pasal lelaki seksi, ia tidak dapat dikaitkan dengan lelaki lembut.

Contohnya, lelaki yang gemar mengadu tentang masalah kehidupan, kurang yakin diri, tidak dapat mengawal situasi, serta tidak dapat membuat keputusan, pastinya tarikan seksinya akan berkurangan pada pandangan isterinya.

PENAMPILAN

Wanita juga amat prihatin mengenai penampilan pasangannya.

Ini termasuk tentang cara dandanan rambut, stail pakaian, malah gaya pasangannya berjalan.

Bagi kaum Hawa, semua ini penting untuk mereka mengadili apakah seseorang lelaki itu layak dianggap seksi.


Sumber: cyberita.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari