Salam Sejahtera..
Lebih kurang sebulan lebih yang lepas, sewaktu aku dok menjalani latihan Fisiotherapy di Hospital Manjung, datang seorang pemuda yang sama seperti aku juga, membuat latihan fisio, setelah berkenalan, rupanya ia seorang anggota TLDM, kemalangan motosikal pada pagi sewaktu nak pergi bertugas ke kapal KD…..
Oleh kerana kronologi kemalangan dia ni tak bersalah, aku pun tanya dah claim ke insuran kenderaan yang melanggarnya,, dia menjawab,, tak boleh lagi bang… saya kena tunggu selepas kelulusan permohonan menyambung perkhidmatan ke 21 tahun dahulu, kalau saya buat sekarang, jika pihak pengurusan Navy dapat tahu, saya memang tak akan dapat menyambung perkhidmatan…Sekarang hanya pihak pegawai kapalnya sahaja yang tahu dan tolong cover kesnya itu.. OKlah dia ni kira bernasib baik...
Tu dia,, macam ini sekarang ni stail kebajikan Navy
Semalam 10.08.2011 aku mengulangi balik latihan fisio sekali setiap minggu, bertemu pula seorang lagi pemuda, dia ni dah banyak kali membuat latihan fisio bersama aku, tapi tak ada kesempatan nak berkenalan, Cuma semalam ada peluang dapat bercerita,,, rupanya seorang lagi anggota TLDM, eksiden motor juga sewaktu nak pergi makan tengahari,,,,
Lagi teruk dari aku kerana tulang betis kakinya hancur, dah setahun lebih dah, dan sekarang dah mula boleh nak berjalan tanpa menggunakan bantuan tongkat ketiak… Sudah menjadi kebiasaan aku bila bertemu anggota TLDM yang muda-muda aku selalu bertanya bila nak pencen,, itu dah menjadi satu soalan wajib buat aku….
Malang buat anggota TLDM ni, tahun hadapan perkhidmatannya akan tamat, baru bertugas 15 tahun lebih,, anak baru berumur 3 tahun…aku tanya kenapa, jawabnya COnya (Commanding Oficcer – Pegawai Memerintah) KD… tidak mahu menanda tangan kelulusan permohonan menyambung perkhidmatannya untuk ke 18 tahun…
Sedangkan pegawai perubatan dari HAT Lumut telah mengsahkan yang dia sehat untuk kembali bertugas di kapal, dan mendapat sokongan dari XO (Executive Officer – Timbalan Pegawai Memerintah) dalam permohonannya itu, kenapa si COnya tak mau nak tandatangan, justifikasi permohonanan kenapa tak si sokong pun tak nak dibagi,,,
Aku yang gatai mulut pi tanya lagi, Co hang tu Melayu ka,,, jawabnya melayu bang.. dah haji dah pun… pangkat Commandder… mak aii, kommander pun takut nak sain untuk anak buah sendiri… aku pun tak tau macama mana situasi dalam TLDM sekarang ni, dengar ceritanya gaji masing-masing semuanya permulaan dah RM seribu lebih, tak seperti zaman aku dulu, jauh berbeza,, apa tidaknya,, aku dah tinggal setahun dua lagi nak pencen baru nak rasa gari RM seribu…
Tetapi itulah, bila gaji dah mewah, kerja pula susah, silap sikit kena berhenti,, tetapi patutkan dengan apa yang berlaku kepada anggota tu, tak dapat nak sambung,,, sedangkan dia berminat nak terus berkhidmat, apakah disebabkan kemalangan dan bercuti sakit selama setahun lebih menjadi asas tidak dapat menyambung perkhidmatan,,, Bukannya ia mahu atau sengaja menempah kemalangan tersebut…
Yang menjadi massalah, anggota ni nak bawa kesnya ke pihak atasan,, takut kerana tidak mengikut saluran… itu masaalahnya,, anggota tentera terikat dengan disiplin yang kekadang tu boleh memakan diri sendiri,
Tak taulah, hanya ini yang dapat aku bantu,, moga-moga ada pihak-pihak berkenaan membacanya dan membuat perubahan berkebajikan untuk anggota bawahan….
.
Pelik navy ni ,army,air force,Tak ada masaallah pun siap nasihat lagi anak buah sambung, jangan berhenti NAVY NI IKUT PMAT MANA........(BEKAS ARMY ,TKC)
ReplyDeleteNak cerita pasal insuran kat koperasi tentera (takaful perwira) punya susah nak claim,smpai setahun blum tentu dapat. Bla kempen bkan main lagi, mcm-mcm bleh..pi dah.
ReplyDeleteSaya memang suka baca pengalaman blogger ni, sebab ianya boleh dikatakan 70% benar. Tapi ada ugak yang diluar pengetahuan kita. Saya sekadar berkongsi kerana saya kerja di syarikat insurans 'singa'...hehe..
ReplyDelete1) Kes anggota TLDM 1 yg encik temui
- Memangla die tunggu dpt sambung perkhidmatan, sebab sekiranya die claim insurans ketika ini, pihak insurans akan byr tetapi setelah mengesahkan status die ni sebagai 'telah hilang upaya' tertakluk kepada syarat yg ditetapkan dlm polisi. Katakan jika dapat pampasan insurans bermakna hilang upaya. Kalau dah hilang upaya, bukan TLDM je tak nak amik, kat syarikat sy pun tak nak amik pekerja. Ikut Akta pekerja 1955, 2 bulan je selepas hilang upaya yg company blh byrkan gaji.selepas itu kena berhenti. Betula la die kata nak tunggu dpt menyambung dulu ke 21 tahun... Walaupun sy tak faham sgt ttg TLDM ni, tapi dari segi rasional tindakan die, sy faham kerana sy bekerja di syarikat insurans 'singa.hehe So tak baik nk blaim organisasi pulak...hehe
2)Yang kedua pun lebih kurang sama la. Kalau saya jadi CO (commander officer) pun, saya pun tak naktandatangan kelulusan. macam mana nak mempertahankan orang awam daripada peperangan kalau orang awam lebih sihat dan kuat dari anggota tentera sebegini. Betul la tindakan CO tu.
betul ke Pegawai perubatan sahkan dia sehat dan boleh bertugas? pasti ke encik, mane tahu anak sedare tiri bapak belah emak ke, boleh nego-nego..hehe kan encik kate die punya tulang betis kaki hancur. Kalau hancur, sihat macam mane pun tak boleh gerenti.suatu hari nanti, mesti perlukan tongkat balik. sebab semakin usia meningkat, adakah kite yakin kalsium dalam tulang kita akan terus kuat? so itu la rasional tindakan co tu pada pendapat sy la...
Point sy di sini ialah, kita jgn salahkan organisasi atau pihak lain....Apa-apa kita tengok keupayaan diri kita dahulu. Redha je, kalau itu bukan rezeki kita. bagila anak muda lain pulak mencuba nasib dlm kerjaya TLDM...
Apa2pun komen saya di sini bukan bermaksud apa2 yg negatif, tetapi cuma ingin memberikan respon sy terhadap cerita encik sebab sy memang suker baca cerita pengalaman blogger2.... Apapun sy mendoakan agar kesihatan encik bertambah baik dari hari ke hari..Amin...