boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, August 13, 2011

Pulangkan kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada PAS..

Salam Sejahtera,,

Nampaknya pertempuran individu antara Najib dengan Anwar bakal berakhir sedikit masa lagi, ini kerana Najib sanggup menghadirikan diri ke mahkamah semalam untuk memberi isyarat kepada Hakim dan ini membuktikan yang ia betul-betul mahukan Anwar kembali masuk ke penjara Kajang.

Apakah helah dan trick yang dapat dilakukan lagi oleh Karpal Singh untuk melengah-lengahkan perbicaraan tersebut, dan itu pun yang kita harapkan...

Apa yang aku nak perkatakan ialah jika keputusan perbicaraan tersebut membuktikan Anwar bersalah dalam tempoh terdekat ni, dan sudah tentu seperti juga yang lepas-lepas, itulah tujuan UMNO pun...... dan Najib memang memerlukan PRU 13 untuk membuktikan kekuatan dan meluaskan pengaruh kuasanya...

Dua hari lepas aku ada terbaca dari Blog Anak Sungai Derhaka, beliau mengjangkakan BN dan UMNO akan merampas kembali kerusi Parlimen dan ketiga-tiga DUN Penanti, Permatang Pasir dan mempertahankan kerusi Seberang Jaya...
Perkara ini tak mustahil boleh berlaku, tambahan pula terlalu banyak isu-isu agama Islam dan Melayu yang dimainkan oleh UMNO membuatkan sedikit sebanyak membuat melayu akan terpengaruh....

Jadi aku rasa adalah lebih elok kerusi Parlimen Permatang Pauh dikembalikan kepada PAS semula, kerana sebelum ini pada PRU 1978 Kerusi ini dipegang oleh PAS iaitu calonnya Ustaz Zabidi Ali, bila PRU tahun 1982 Anwar menyertai UMNO lalu Mahathir telah meletakkan Anwar bertanding dan merampas kerusi Permatang Pauh kembali dari PAS...

Namun diatas kekuatan yang ada pada Anwar kerusi tersebut dapat dipertahankan sehingga sekarang, tetapi apakah kerusi itu dapat dipertahankan lagi jika Anwar dah berada di Penjara, Wan Azizah dah tak boleh bertanding, tak perlulah nak meletakkan anaknya Nurul Izah,, jika perkara ini berlaku seolah-olah memberi bola tanggung kepada UMNO, percayalah.... Nurul Izah lebih sesuai dan mempertahankan kerusi Lembah Pantai..
Kenapa aku cadangkan kerusi Permatang Pauh di kembalikan kepada PAS, aku yakin PAS akan dapat mempertahankan kerusi ini kembali, jika calon PAS yang bertanding ialah Timbalan Presiden PAS sendiri iaitu Tuan Haji Mad Sabu,

Bang Mad Sabu pernah bertanding di sini menenteng Anwar dalam tahun 1986, dan majoriti yang Anwar dapat hantalah 10,479, ini beerti Mad Sabu pun ada pengaruh di Permatang Pauh selepas Anwar.. Lihat wikipedia.

Jadi, pimpinan Pakatan Rakyat fikir-fikirkan lah, kalau rasa-rasa tak mau kerusi tu balik ke UMNO.....




.

3 comments:

  1. hmmm...btol tue ...kalau serah dekat Pas senang sikit...

    Jom terjah sini:
    Antara Sebab Malaysia Kalah Dengan Singapore

    ReplyDelete
  2. sesiapa pun boleh asalkan pakatan rakyat menang.

    ReplyDelete
  3. ada hati jugak puak2 Parti Kebajikan Semalaysia nie nak Permaatang Pauh... huhuhuhuhuhuh.. PKR laa yang berhak.. khakkkktuiiiii .... ingat ckit.. klu xdak PKR..ingat PAS bleh dapat sokongan macam PRU-12 kaa..... piiiiirahhhhhh

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari