Posted by Aspan Alias
Tan Sri! Jangan samakan rally Bersih dengan keganasan di Tottenham itu - Ianya berbeza
Untuk menyamakan apa yang berlaku di
Jika itu adalah keyakinan Muhyiddin sendiri maka Muhyiddin boleh kita anggap sebagai seorang yang tidak bijak menilai keadaan dan suasana kedua-duanya kejadian itu, iaitu rally anjuran Bersih dan pengganas di
Inilah masalahnya pemimpin-pemimpin kita. Mereka sudah menjadi kebiasaan
Tottenham merupakan kawasan yang di diami oleh masyarakat yang kebanyakanya miskin dan tempat itu adalah tempat di mana berlakunya jenayah yang banyak. Begitu juga di Brixton serta beberapa tempat dan daerah lain yang dihuni oleh masyarakat yang agak melata jika di bandingkan dengan daerah dan kawasan sebelah barat kotaraya Metropolitan London. Berjalan kesaorangan di kawasan Tottenham itu tidak begitu selesa kerana tempat itu terkenal dengan kawasan yang banyak kejadian jenayah. Begitu juga di kawasan Brixton, Barking dan sebagainya.
Huru hara yang berlaku yang bermula di Tottenham ini telah dilakukan oleh penjenayah yang menembak dan membakar bangunan dan kenderaan kerana memprotes di atas kematian rakan mereka di tangan polis. Dalam masa 24 jam huru hara telah berlaku di tempat lain di sekitar
Rally anjuran Bersih baru-baru adalah jauh kelainannya. Rally Bersih di anjurkan oleh kumpulan 62 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan penganjur telah memohon kebenaran untuk berjalan secara aman tetapi dipermain-mainkan oleh pihak berkuasa. Bersih merupakan isu transformasi dalam sistem pilihanraya yang ramai beranggapan belum jelas kebenaran dan ketelusannya.
Pihak penganjur telah mengadap Kebawah Duli Tuanku Yang di Pertuan Agong dan telah berunding dengan pihak pemerintah walaupun akhirnya rundingan itu gagal.
Jadi jika seorang Timbalan Perdana Menteri boleh menyamakan ‘hooliganism’ di Britain dan Rally anjuran Bersih itu maka saya tidak dapat hendak meletakan Muhyiddin ini sebagai apa. Kalaulah pemimpin tertinggi kerajaan boleh membuat penialaian dan intrepetasi sebegini maka semakin terbuktilah kekurangan keupayaan beliau untuk berfikir
Cara berfikir sebeginilah yang kadang-kadang rakyat merasa muak kerana mereka merasakan seolah-olah mereka dipermainkan dengan perbahasan yang membosankan. Saya berharap pemimpin tertinggi UMNO yang lain tidak meletakan diri mereka begitu rendah pemikiran kerana kata-kata itu mudah di nilai oleh rakyat yang ramai.
Dengan kenyataan Muhyiddin itu sekarang rakyat sudah yakin yang pihak pemerintah telah merasakan dan mengakui yang rally anjuran Bersih itu telah menempa kejayaan besar yang menyebabkan pemimpin pemerintah hari ini tidak dapat lagi melupakan isu walaupun rally itu sudah lama berlalu. Ramai di antara pemimpin kita masih lagi bercakap merapu dan merepek tentang isu rally anjuran Bersih ini seolah-olah seperti berjalan dijadikan tongkat dan jika tidur dijadikan bantal.
Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan tidak lagi menyebut isu ini kerana ianya akan hanya memberikan markah yang lebih tinggi kepada pembangkang. Yang perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib ialah untuk memperbaiki sistem pemilihan di dalam pilihanraya nanti.
Pihak kerajaan misalnya mesti memperuntukan masa yang sama banyak untuk kedua-dua belah pihak, pemerintah dan pembangkang untuk menggunakan media
Kalaulah ahli-ahli parti pembangkang dan pemimpinnya tidak diberikan kemudahan yang sama maka elok dicadangkan supaya semua ahli parti pembangkang dikecualikan dari membayar cukai kepada kerajaan.
Rakyat sudah jemu dengan dakyah dengan niat kotor digunakan oleh parti pemerintah kepada pihak lain yang sama-sama membiayai badan-badan penyiaran itu.
Sumber: tan-sri-jangan-samakan-rally-bersih.
Saya setuju dgn post dr Aspan. Penulis bijak menilai dan mempunyai ilmu yg tinggi dlm menganalisa sesuatu cerita/kenyataan. Moga akan ada lagi penulis yg berani menyatakan sesuatu idea bernas pada masa akan datang nanti.
ReplyDeleteceh...depa tengok guna kepala lutut tu yang nampak sama...
ReplyDeleteEntri Menarik Di Sini:
1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Boboi Boy Download
HE!HE!HE!
ReplyDeleteASPAN...HE!HE!HE!
sesungguhnya amt malang rakyat Msia yg mempunyai pemimpin yg otaknya terletak di lutut.
ReplyDelete