boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, December 27, 2011

Kisah Ostad dengan Ustaz di Manjung....

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini timbul sedikit perbezaan pendapat dalam sistem pengajian majlis ilmu di masjid dan surau daerah persekitaran Manjung.

Bagi aku ini sebagai satu perkembangan sehat buat kita umat Islam supaya lebih berfikir dan membuat penilaian secara mendalam,, namun ada pulak segelintir ostad-ostad cap ayam yang tak boleh menerima perbezaan pendapat yang dibawa oleh seorang ustaz yang bagi aku cukup tinggi ilmunya,,

Yang hairannya, ostad ni hanya berani bising dalam kuliah-kuliahnya sahaja sehingga mencabar ustaz-ustaz yang pada angapannya salah walaupun ustaz-ustaz ni memiliki PHD sekali pun ia sanggup,,

Yang paling sedih, persengkitaan antara Ostad cap ayam dengan Ustaz ni merebak sampai ke Jabatan Agama Islam Perak yang kononnya Ustaz ni mengajar tanpa tauliah,, pulak dah,,, sebelum ni dicabarnya ustaz tu,,, namun cabaran bukan dibuat kepada ustaz tersebut, dibuat dalam kuliahnya sendiri sahaja, kini dibuat laporan Ustaz mengajar tanpa tauliah pulak,,,

Akibat dari kejadian tersebut, bayak kuliah-kuliah ustaz ni dibeberapa surau dah dihentikan kerana tanpa tauliah....

Apa pun Ilmu Allah yang nak disampaikan oleh hamba-hambanya bukan perlu adanya tauliah atau tidak, yang penting keikhlasan dan tanggungjawabnya nak menyampaikan ilmu Allah,, dan alhamdulillah,, Ustaz yang dikatakan tak ada tauliah ini telah dijemput khas oleh JAIP untuk berdailog antara Pemimpin No 1 Shiah Malaysia yang di adakan di Bagan Serai Perak,,,,

Anda semua boleh lihat di You tube dibawah ini...




Selamat meneruskan perjuangan Islam sebenar buat AlFadhil Ustaz Nasim @ Abu Naaielah...


6 comments:

  1. Ahlul Bait (Arab: أهل البيت‎; harfiah: "Orang Rumah"; ertinya: keluarga) ialah istilah yang mengarah kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

    Terjadi perbezaan dalam penafsiran baik Muslim Syiah mahupun Ahli Sunah Waljamaah. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bahawa Ahlul Bait adalah keluarga Muhammad dalam erti luas, meliputi isteri-isteri, anak-anak dan cucu-cucunya. Sementara golongan Syiah berpendapat bahawa Ahlul Bait mencakup lima orang iaitu Ali bin Abi Talib, Fatimah az-Zahra, Hasan dan Husain sebagai anggota Ahlul Bait (di samping baginda sendiri).

    Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab:أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (Bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni. Ahlussunnah adalah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.

    ReplyDelete
  2. adakah PHD lebih hebat dari keyakinan sepenuhnya kepada Allah.
    IMAN TAK DAPAT DIJUAL BELI

    YANG BOLEH JIKA IMAN DIJUAL DENGAN PANGKAT KEDUNIAAN SAHAJA.

    ReplyDelete
  3. Ulamak tak berani bila ada orang dari BN dan UMNO rasuah, jadi ia bodoh dengan kedunian.

    ReplyDelete
  4. There is a peculiar defination about 'ulamak' that all must know:

    'Establishment Ulamak' = Islamic scholars that the government provides them with comfortable living in the secularized Muslim World.

    ReplyDelete
  5. Ada tak mana2 ulamak tak kira Pas ka umno ka atau ulamak macam ostad kazim kat dalam malaysia ni berani tegoq raja? Bukan ulamak tak tau banyak raja2 kaki mabuk kaki judi dan paling ketara anak beranak raja ni tak tutp aurat. Ada tak?

    ReplyDelete
  6. bro manjungmari...
    x dak sambungan lg ka video tu.?syok betul aku tgk puak2 syiah duk berbelit2 tu.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari