boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, December 5, 2011

Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh Mantan MB Perlis terlibat RASUAH..

ISU lembu NFC yang melibatkan keluarga Ketua Wanita UMNO Malaysia masih belum terjawab, kini timbul satu lagi kes rasuah yang lagi hebat, melibat Mantan MB Perlis yang juga Yang DiPertuan Dewan Negara....


Tengok ke air muka alim aja... kaki rasuah juga....


Bahasa

Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom

December 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.

Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.

Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.

Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.

Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.

Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.

Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,

Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi.


Komen - Surat khabar UMNO diam tutup cerita,,, suratkhabar Singapore tolong maklumkan.... isk,isk jahat sungguh suratkhabar Singapore ni...



2 comments:

  1. DULU , KINI , SELAMA-LAMANYA....Kaki penyamun/perompak...Harus disekat segera, kalau tidak malapetaka kita semua..!! memang bangsa celaka..!!

    ReplyDelete
  2. UMNO dan RASUAH ibarat lagu dan irama. Tak dapat di pisahkan.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari