boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, December 3, 2012

Artikel Terjemahan dari Akhbar Guang Ming Daily (1)

Seperti yang sedia maklum, diatas laman blog aku ada iklan Forum Hentikan Tangisan Penyu yang dijadualkan malam esok 4 Dis 2012, Kenapa perlu diadakan forum tersebut,, nak harap surat khabar melayu jangan haraplah,, ada tak ada pun surat khabar Cina yang nak ambik tau,,, lalu admin Media Perak telah terjemahkan,,
Nak tau lebih lanjut sila baca,, kerenah hasil perbuatan UMNO dengan Zambry dan kuncu-kuncunya..





Oleh DOMINIC LOH
Guang Ming Daily
SERI MANJUNG, Perak
Dengan keluasan yang merangkumi hampir 21,000 kilometer persegi, Perak sepatutnya berbangga dengan hutan-hutan semuajadi yang indah, dimana sekurang-kurangnya 20 didalam Daerah Kinta dan Seri Manjung sahaja. Ini menjadikan Daerah Kinta dan Seri Manjung sebagai daerah terbaik dalam penjagaan ekosistem di Malaysia.
Malangnya, selepas Barisan Nasional berjaya merampas kembali pemerintahan dari Pakatan Rakyat dalam bulan Februari 2009, kerajaan negeri telah meluluskan dua projek mega, kilang besi dan penapisan gas di Hutan Simpan  Tanjung Hantu di Seri Manjung.
Sejak beberapa tahun lepas, para aktivis alam sekitar dan NGO telah meminta Jawatankuasa Perancanag Ekonomi Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk seri Zambry Abdul Kadir untuk menimbang kembali projek yang akan membinasakan hutan simpan tersebut.
Kawasan hutan simpan seluas 287.94 hektar tersebut merupakan tempat pendaratan penyu untuk bertelur, manakala hutan dara dan hutan bukit pantai yang terdapat situ tidak sepatutnya dimusnahkan oleh manusia.
Pegawai Penyelidik Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman memberitahu, Hutan Simpan Tanjung Hantu merupakan tempat dimana sejenis pokok berharga yang dikenali sebagai shorea glauca didapati. Pokok ini merupakan jenis kayukeras pantai dan boleh menahan hakisan pantai.
Kayu jenis ini biasanya digunakan untuk membuat sampan dan beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kawasan ini dibangunkan untuk mendapatkan kayu tersebut.
“Saya difahamkan , terdapat banyak pokok Shorea Glauca yang tumbuh dikawasan tersebut yang menyaksikan berlakunya pembalakan haram. Dengan pengumuman kerajaan negeri yang memansuhwartakan kawasan hutan simpan ini, pembalakan haram semakin berleluasa oleh kerana kawasan tersebut bukan lagi dibawah pengawasan Jabatan Hutan.”
Meor Razak juga menyebut, ” Saya tidak faham dengan Menteri Besar ini. Masih banyak kawasan bekas lombong dalam negeri ini, tapi mengapa Hutan Simpan Tanjung Hantu yang dipilih?”
Beliau memberi contoh, Menteri Besar telah memansuhwartakan tanah hutan simpan seluas 3,178.14 ha  di Gunung Besout untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Pentingnya Lapuran EIA
Dari maklumat yang diperolehi, sebuah syarikat yang “dorman”, yang dikenali sebagai Ati Gas Technology Sdn bhd, masih belum menyerahkan Lapuran EIA kepada Jabatan Alam Sekitar sedangkan projek tersebut akan dimulakan penghujung tahun ini.
Dua kontraktor yang terlibat dalam projek ini juga tidak memberikan penerangan kepada orang awam ataupun pihak berkuasa tentang perkembangan terkini, menyebabkan ramai yang tertanya-tanya sama ada dua projek mega di Tanjung Hantu ini akan diteruskan mengikut jadual ataupun tidak.
Pengarah JAS, Halimah Hasa mengesahkan kepada Guang Ming Daily melalui e-mail bahawa Lapuran DEIA yang diserahkan oleh Maegma Steel Intergrated Sdn Bhd telah diluluskan oleh JAS pada 23 May 2008.
Walaubagaimanapun, projek tersebut masih belum dimulakan dan setakat ini, MSI gagal memberikan maklumat lanjut tentang perkembangan projek ini.
Beliau juga memberitahu, setakat ini, JAS masih belum menerima permohonan rasmi ataupun EIA daripada Ati Gas Technology.
“Kami meminta supaya kedua-dua syarikat ini mematuhi syarat-syarat dan menghantar lapuran EIA yang diperlukan.
Melalui laman web JAS Perak, didapati bahawa Maegma Steel HRC telah menyerahkan lapuran DEIA kepada JAS pada 27 November 2007 dan kelulusan telah diberikan pada 23 May 2008. Walaubagaimanapun, tiada rekod diperolehi sama ada Ati Gas Technology telah menyerahkan Cadangan EIA ataupun DEIA.
Menurut lapuran media, EXCO kanan kerajaan, Datuk Hamidah Osman telah mengumumkan pada 10 Jun 20111 bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan tanah seluas 60 hektar di Pasir Panjang Segari untuk Ati gas Technology untuk membangunkan kilang kilang penapisan gas. Beliau juga mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan mengimpot LNG dari Qatar dan projek tersebut melibatkan pelaburan sebanyak RM5.8 billion. Menurutnya, projek tersebut mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan gas negara selepas 15 bulan beroperasi.
Pegawai Penyelidik SAM, Meor Razak menekankan bahawa SAM bukan menentang projek kilang besi dan LNG tersebut tetapi tempat dimana projek tersebut akan dibuat adalah tidak sesuai.
Kedua-dua projek tersebut akan dibuat disepanjang pantai Pasir Panjang, dimana terdapatnya pantai yang berpasir putih yang merupakan tempat dimana penyu bertelur. Tidak dapat dinafikan bahawa projek tersebut akan memberikan kesan negatif kepada alam sekitar terutamanya kehduoan laut dan hutan bakau dimana akhirnya menyebakan kepupusan penyu laut dan kesan kepada industri perikanan tempatan.
Pasir Panjang, yang terletak kira-kira 2 km dari Segari dan 5 km dari Pantai Remis, mempunyai pantai sepanjang 6 kilometer, dan merupakan  pantai terpanjang di daerah Seri Manjung. Dengan pasir pantai yang halus dan dikelilingi oleh pokok bakau, kesunyian persekitaran menjadikan ianya tempat yang paling sesuai untuk penyu bertelur.
Penyu laut, dimana 90% daripadanya tergolong dalam spesis Agar dan Lipas, akan mendarat untuk bertelur dari bulan March hingga Julai setiap tahun. Untuk memberi perlindungan kepada penyu-penyu ini, kerajaan negeri telah membina satu pusat penjagaan penyu pada tahun 1990 seluas 0.1 ekar. Dua tahun kemudian, pusat penjagaan penyu tersebut telah memohon untuk membesarkan kawasan tersebut kepada 10 ekar tetapi kerajaan negeri hanya meluluskan 5.5 ekar pada tahun 1994.
Rekod menunjukkan bahawa jumlah penyu yang bertelur telah menurun sejak beberapa tahun lalu, dimana hanya 38 ekor mendarat pada tahun ini berbanding 200 ekor pada tahun 1994. Lebih menyedihkan, hanya satu jenis penyu yang masih lagi datang bertelur berbanding tiga jenis sebelum ini.
Apabila dihubungi oleh Guang Ming Daily, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memberitahu bahawa Datuk Seri Zambry sepatutnya menjelaskan kepada orang ramai tentang perkembangan terkini kedua-dua projek tersebut dan sama ada projek tersebut bercanggah dengan Perancangan Fizikal Negara.
“Pembangunan yang tidak teratur hanya akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan menjejaskan destinasi pelancungan Perak dimana terdapatnya penyu bertelur.”
Pada bulan Jun 2011, Nga mendedahkan dalam satu sidang media dimana kerajaan BN Perak telah mengumumkan sebulan sebelum itu bahawa projek LNG bernilai RM5.8 billion telah diberikan kepada sebuah syarikat dorman yang mempunyai modal hanya RM1.
Pegawai Penyelidik SAM, Meor Razak berkata, Menteri Besar cuba mengelak isu ini walaupun SAM telah menulis kepada kerajaan negeri sebanyak tiga kali dan MB hanya membalas surat pada 30 Ogos lalu selepas beliau bertanya secara peribadi tentang projek ini dalam satu majlis berbuka puasa pada 7 Ogos lalu.
“Menteri Besar tidak melayan pertanyaan saya, sebaliknya Pegawai Khas beliau, Datuk Azhar Ahmad hanya memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi perhatian isu ini.”
Meor Razak juga menjelaskan, walaupun kerajaan negeri mempunyai hak untuk menukar status penggunaan tanah, tetapi Menteri Besar telah gagal merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Hutan, Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar sebelum meluluskan sesuatu projek.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/02/hentikan-tangisan-penyu-segari-1/




8 comments:

  1. Hebat ko mnjungmari setan babi. Bagaimana pula kes kolam udang yg cina babi guna buat kolam secara haram?.. Woi babi setan kebas duit madah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu ni pengkianat Islam,Melayu & Malaysia.

      Duit umno lu sapu 40 juta, lu buat diam. lu ni barua umno.

      Delete
    2. anon 8.09....spesis bodoh yg masih memuja umno....dia hanya nampak salah cina....tapi puak dia yg jadi penipu dia diam sebab dah diperbodohkan oleh umno...betul le kata cek det dlm umno hanya tinggal yg bangang...

      Delete
    3. lu la pengkhianat islam. kau lacurkan islam pd DAP

      Delete
    4. islam umno nak tutup aurat bini pun takut.....

      Delete
  2. sama la dengan kes lynas. puak ie dr PAS sendiri kata lynas okay, tapi sicibai mm dok meneran pasal alam sekitar konon. surau madah ko tu dok pasang antena dalam kawasan dengan alasan dpat sewa bulanan. ko tak kaji pulak radiasi pencawang bodoh ko tu dengan manusia kediaman sekitar madah ko tu wahai setan mamnjungmari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello kawan, buat apa dok terpekik terlolong cam orang gila ni. Klu MM rebat duit Surau report polis ma. Kalau lu orang UMNO report cepat polis ambil tindakan. Mungkin juga MM tak kongsi duit tu sama lu, itu yang melolong macam gila talak tu..

      Delete
  3. Biasa la MM...parti dia buat apa semua rasa betul

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari