boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, July 2, 2013

Dimana suara Ahli Parlimen Islam PR yang lain-lain...

Agensi Lembaga Urusan Tabung Haji,, ditubuhkan oleh Professor Ungku Aziz atas tujuan untuk membantu umat Islam di Malaysia memudahkan menunaikan rukun Islam ke5 iaitu fardhu Haji...



Aku berasa lega bila terbaca berita ini...


PR bantah lantikan Pengerusi TH







Abdul Azeez Abdul Rahim
Abdul Azeez Abdul Rahim
KUALA LUMPUR - Pelantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen dari PR kerana mendakwanya sebagai bersifat berat sebelah dan mempunyai kepentingan politik BN.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneliti semula pelantikan itu supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno-BN.

"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus-politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.

"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Abdul Azeez sebagai pengerusi agensi kerajaan itu yang berkuatkuasa semalam.

Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011 dilantik menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.


Umno memang cekap untuk membaham keuntungan dari Tabung Haji, seperti mana satu lagi tabungan iaitu KWSP, seperti mana setiap tahun, berapa persen keuntungan yang dibayar kepada penyimpan, berbanding dengan Bank Rakyat dan Koperasi Tentera...

Cukuplah, sebelum ini kita duk dengar bagaimana dan dimana Tabung Haji melabur dengan agensi-agensi yang diragui halal haram,,sedangkan kita semua tahu status Tabung Haji itu sendiri,

Sepatutnya semua Ahli Parlimen Islam PR malah kalau boleh Ahli Parlimen UMNO pun turut serta buat bantahan,,bukan Nurul Izzah sorang sahaja.., bukan Ketua Putera Umno yang menganjur konvoi Mat Rempit jantan betina satu ketika dahulu jadi pengerusinya,,,, 

Dan yang hairan sekali, aku ada terbaca,,, ada sekali tu Najib nak lantik Syed Hamid Albar jadi Pengerusi Tabung Haji,,, kalau Pak Syed ini,, aku rasa tak siapa pun nak bantah, sebab kredibilty Hamid Albar masih ada value, namun oleh kerana Rosmah tak restui, perlantikan itu dibatalkan..,, 


Kalau nak lantik sangat pemimpin Umno pun,, aku rasa 100 kali lebih baik lantik bekas menteri-menteri umno di JPM portfolio Agama sebagai Pengerusi, seperti Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Md Zin dan ramai lagi,malah lantik Pak Lah Badwi pun boleh...  

Apakah lantikan ini sebagai nak mengukuh sokongan umno Kedah kepada Najib dalam perhimpunan agung umno yang akan datang nanti..




9 comments:

  1. JOM RAMAI-RAMAI KELUARKAN DUIT DARI TABUNG HAJI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya. isteri2 dan anak2 akan keluarkan semua duit didlm TH, sebelum ianya dimakan oleh Bapak Jerung.

      Delete
    2. Saya, isteri2 dan anak2 akan keluarkan simpanan sebelum ianya dimakan oleh Bapak Jerung....

      Delete
  2. ape nk heran MM.. yg brkuasa itu harus mamak juge.. TANPA MAMAK SIAPALAH UMNO.. tngok kt Perak udah le.. ade 29 adun melayu UMNO, mamak nan 1 itulah yg brkuasa.. Presiden UMNO paling liat skali Tun M mamak juge..

    ReplyDelete
  3. Wassatiyah tu............

    ReplyDelete
  4. Nampaknya sejarah tetap berulang, sudah berapa kali melayu jatuh dik mamak tetapi mamak juga menjadi pujaaaaaaaan hatinya. Sebab mamak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan, sebab itulah semua jawastan penting dimalaysia mesti dianugerahkan kepada kumpulan mamak ni. Kalau masih di negeri asal, rasanya nak bawa kereta lembu pun belum pasti, usahkan mercerdes......
    MELAYU MUDAH LUPA.

    ReplyDelete
  5. mari kita bantah dengan apa cara sekali pun... di cadangkan pemegang akaun TH menunaikan solat hajat.

    ReplyDelete
  6. ini baru permulaan, kan Najib janji nk bagi status bumi kat KIMMA jika BN mng PRU...he3 ada pemimpin melayu pun hanya pandai tunjuk ibu jari mcm gambar post MM sebelum ni kah! kah! kah!

    ReplyDelete
  7. spm pon lingkop leh jadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji? kahkahkah

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari