boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, September 4, 2013

Pengarah Filem dah tukar jadi pelakon/pembohong..

Kempen baguih punya ... heboh satu Malaysia, Kerajaan DAP Pulau Pinnag pun turut kempen secara tidak sengaja,,, namun tetap tidak mendapat sambutan...
Akibatnya....



Shuhaimi Baba dakwa terima ugutan bunuh
1:02PM Sep 4 2013



Pengarah Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba mendakwa beliau menerima ugutan bunuh pada tahun lepas sewaktu filem itu mula dibatalkan tayangannya.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Berita Harian, Shuhaimi mendakwa ugutan itu adalah sebahagian daripada dugaan yang dihadapinya dalam usaha memastikan filem itu ditayangkan di pawagam.

"Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahu lalu, saya menerima ugutan bunuh.

"Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini.

"Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?" kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau memilih untuk tidak melaporkannya kepada polis kerana yakin individu itu hanya berani bertindak demikian selagi identitinya tidak diketahui.

"Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera," katanya.

Tanda Putera yang tinggal dua hari sahaja lagi bagi tayangan wajib menelan belanja produksi sebanyak RM5 juta.

Setakat ini ia mencatatkan kutipan sebanyak RM500,000 dan ketinggalan di belakang filem komedi KL Zombi yang sudah mengutip RM3 juta.

Penonton filem cerita ni, awai-awai kena tipu,,, aku dengar cerita,, paparan lokasi tak kena dengan tarikh waktu kejadian filem ni,,, ambik ko pengarah... 
Bila dah gagal,,, tak dapat kutip balik modal yang dah habis berjuta,,, pengarah dah mula meroyan,, buat cerita macam-macam,,, boleh percaya ka.... 

8 comments:

  1. padan muka ja lah yg patut kata kat suhaimi baba tu.

    biar bankrup cepat2 sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...bankrupt apenya Bro, kerajaan yg modalkan buat filem hampeh tu 4j...rakyat gak yg tanggung kerugian baru ada akai!

      Delete
    2. ooo ya ka? memang tak patut.

      amboi special sgt ka org seni ni, yg susah dpt kad diskaun 1malaysia, yg nak buat bisnes mcm produser filem ni di-bagi modal bukannya sikit, juta2 beb. amno sayang sgt kat penyanyi/pelakon.

      rakyat marhaen yg dok kerja cari makan cara halal, petani, nelayan, teknokrat, pakar2 (macam dlm lagu pakngah tu), kerajaan amno buat tempat kutip duit. rasa nak duit belion belion buat akta saman lah, kutiplah.. senang ja dpt, cerdik cara perompak. aku rasa kerajaan amno tak kisah boros ka nak bangkrup ka, sumber duit mudah ada, rakyat yg pembayar cukai dan pembayar saman ni jenis obedient, saman ka charge apa ka.. kita bayar ja, sememangnya kita telah sedia bayar mcm2, pendek kata langkah ja kaki, duit keluar. sampai pakcik motor buruk pun disuruh polis saman. buta perut dan kejam amat sgt kerajaan amno ni. pengundi totok amno nnti rasakan lah bahagian kamu di akhirat.

      ambik saman bagi brim.

      Delete
  2. NAK BUKTIKAN KEHEBATAN DIRI AGAKNYA.

    ReplyDelete
  3. [paparan lokasi tak kena dengan tarikh waktu kejadian filem ni]
    Melayu punya cara kerja, buat dulu baru rancang.Mat saleh pakai PC sejibik dah boleh cipta dunia lain..bkn stkt bangunan ~ siap boleh sync waktu lagi.Hal2 cuba jaya @ try & error suka sgt org kita praktik.. cuba & jaya tu hanya utk matematik shj makcik pakcik.Makcik pakcik suka sgt cuba & jaya psl kesenangan skrg..psl masa depan x mau cuba jaya.. masa PRU x pandai @ bodoh plk psl cuba jaya ni.. suka makan ikan shj,pergi mengail @ memukat x mau!

    ReplyDelete
  4. Dah kantoi, mula kata filem sejarah lepaih tu kata filem fiksyen. Xlaku, org MENO pun xtengok.
    Ada ke org nak bunuh dia? Abihkan boreh yo!

    ReplyDelete
  5. Perkasa usulkan tayang percuma.. buat wayang pacak.

    ReplyDelete
  6. sudahnya baba ngaku ni semua filem history fiction...kantoi! kahkahkah

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari