boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, September 24, 2010

Alangkah Hebatnya Kalau PM 1Malaysia Begini..

Salam Sejahtera...

Hanya tumpang gumbira bila masih ada lagi pemimpin negara Islam yang berani di hadpan negara-negara kuffar menyatakan kebenaran....


Nak harap PM Malaysia berucap sebegini... ieee.... mati, hidup kembali, mati, hidup kembali,,, walau pun sampai 18 kali mati idup pun... selagi UMNO yang memerintah jangan harapla ada PM yang ada telur berani begitu....

Shafie Afhdal jadi Raja Sehari?..Bukan lagi "KIA BOH"..

Ha ha ha.... Berita dari Sabahkini.net...



Baca seterusnya..... Sumber : sabahkini.

Statemen bodoh dari seorang bakal PM......

Salam sejahtera....

Pepagi Jumaat ni aku nak tergelak besar..., seorang TPM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia boleh mengatakan dengan penuh siuman tanpa penuh syak yang seorang Menteri tidak ada kuasa dibawah kementeriannya....

Baca DI SINI.

Macam ni punya menteri pun ada.... tu pun ada perasaan nak jadi PM lepas ni..., nanti kalau dah jadi PM.... PM yang tak ada kuasa.... Kuasa ada kat bini macam blk mama first lady..... muaaa.....

He he,,,, nak buat kampus UIAM kat Pagoh ada pula kuasa... Memang menteri CAP AYAM......

Thursday, September 23, 2010

Cinta itu Buta...


Yang ini betui-betui punya cinta bodo piang..., sama standard bodo macam orang UMNO...


Kisah selanjutnya baca SINI.

Minta lindung dari Allah S.W.T supaya anak-anak dan keturunan aku mendapat isteri macam ini punya perangai....

Wednesday, September 22, 2010

Apa Kena Lu... Utusan Online..

Gambar ni aku copy paste semalam... dari Utusan Online....
.

Tetapi sebentar tadi aku terpandang gambar yang sama di bawah ni....dah jadi rupa ini.... kenapa ya...



Agaknya nak menjaga maruah remaja-remaja ni kut... Remaja sebegini lu nak jaga maruah..., tetapi pimpinan Ulamak PAS lu tulis cerita yang mengarut-ngarut... khahkk..... pthuiih...

Suspek Kes Sosilawati Bukan Racist..

Baru umur 24 tahun.... dah menjanda kematian suami akibat dari perbuatan suspek utama kes Sosilawati...




Jadi dengan kejadian tersebut, beerti suspek-suspek tidak mengira kaum, kaum sejenis, sebangsa dan seugama dengan mereka pun dia orang boleh tibai..., jadi tak ada hal lah kalau sapa saja boleh menjadi mangsa mereka tak kira kaum...

Pesawat Tergelincir Di LTSM

Alhamdulillah, Nasib baik semua krunya selamat...


Pesawat tergelincir tayar pancit, lima kru selamat

September 22, 2010

KUALA TERENGGANU, 22 Sept — Sebuah pesawat jenis Falcon 900 milik kerajaan Malaysia tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini, setelah tayar kirinya pancit.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Samsuddin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika pesawat itu baru tiba di LTSM dari Lapangan Terbang Subang ketika menjalani latihan biasa.

Katanya lima kru yang berada dalam pesawat berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. — Bernama


Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal pula nikah dengan artis cun..

Fuiyo....

Semangat 1Malaysia......

Kalau sebelum ini ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dapa artis putih gebu Zizie....

Namun kini sorang lagi pimpinan UMNO Sabah tak lepas peluang, Shafie Afdal pulak...., padanlah seketika dahulu ia dok merapu mengatakan parti PAS sesat...., ia saja yang betui....,

Betui kena ke dia rupanya....,

He he kuat nafsu orang-orang Sabah ni,,,, ya., apa depa dok mentekedarah bagi nafsu kuat ni..., makan biawak ke minum minyak dhab.....

Baca kisahnya SINI dan SINI

Inilah hebatnyanya menteri UMNO, yang penting ada rupa paras, tak kira artis, GRO apa saja, semua boleh pakai......





Apa Kata Umno ?!! - Anak-anak ini salah siapa?...

Salam sejahtera......

Inilah rupanya anak-anak melayu dibawah pemerintahan UMNO......


Kisah nya yang aku salin balik dari berita ONline...

ARKIB : 21/09/2010

Pasangan kembar dan rakan akhirnya ditemui di Pulau Pinang

21/09/2010 3:00pm

PULAU PINANG 21 Sept. – Pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan NurulAshiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd. Razak yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar, Perak pada 11 September lalu telah ditemui di sini hari ini.

Ketiga-tiga remaja itu ditemui bersama-sama dua lelaki dipercayai teman pasangan kembar terbabit di sebuah rumah di flat Green Garden, Paya Terubong kira-kira pukul 8 pagi ini. – Utusan dan lagi DI SINI dan SINI



Komen Manjungmari....
Bila terpandang sahaja gambar kedua kembar dalam gambar tersebut, aku dapat dan boleh menilai kedua-dua anak gadis tersebut, dalam hal ini bagi aku ibu bapa perlu dipertanggungjawabkan ke atas pembesaran anak-anak gadisnya kenapa jadi begini...
Kalau anak dah sebesar ini dah susah dah nak dibentuk, melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T sahaja....


Tuesday, September 21, 2010

MCA pun sama dengan DAP racist...

Salam Sejahtera...

Sebelum ini kita dok dengar dan terbaca yang UMNO dok laung-laungkan yang kaum-kaum Cina dari parti pembangkang terutamanya DAP yang racist....

Tetapi nampaknya apa yang mereka dok laung riuh rendah tidak bertepatan sama sekali...

Parti komponen mereka dari MCA pun sama-sama racist, sama juga macam UMNO, menjaga kepentingan kaum Cina di Kedah ....

kalau di Johor DAP yang menjadikan mangsanya pengetua SMK Kulaijaya, tetapi di Kedah MCA yang ambil alih menjadikan pengetua SMK Bukit Selambau sebagai mangsa mereka..Baca .DI SINI

Sumber Gambar Pengetua di SINI

Bukit Selambau adalah sinonim dengan dengan, disitulah kaum kerabat sebelah arwah ibu ku menetap di sana, malah kubur arwah ibu ku pun berhampiran masjid Bukit Selambau, malah sepupu-sepupu aku ramai lagi yang UMNO totok di Bukit Selambau.

Dimanakah titik penyudah dalam isu-isu perkauman di Malaysia ini, selagi UMNO memerintah, maka selagi itulah isu-isu yang menyentuh perkaumanan akan didendangkan.... yang tertipu melayu bangang, melayu UMNO...

Sampai bila....................................................

















Hurhgg... Nasib baik,,,

Salam Sejahtera...

Nasib ada 3 orang mangkok didalam gambar ni sanggup jadi peguam suspek kes Datuk Sosilawati, aku dok risau kalau Sivarasa ka, Manoharan Hindraf, Kulasegaran atau anak beranak Karpal Singh, sahih riuh rendah lagi, depa main isu perkauman parti pembangkang....
Tengok ke rupa muka lawyer-lawyer ni pun, sama macam samseng dalam filem Tamil aja..., yang misai tu sesekali macam Naib Cancelor UITM Datuk Seri Ibrahim (yang pro melayu UMNO tu..)...... he he ada harapan ka pendakwa nak membuktikan kes ada prima facie atau tidak....



Apa Kata Umno ?!! - Pandai Pemimpin UMNO menguruskan harta rakyat..

Aku cukup hairan bagaimana pimpinan UMNO menjaga atau mengawal harta rakyat... siapa ingat lagi bagaimana bijaknya Mahathir sewaktu menjadi PM, ketika mengarahkan kerajaan membeli saham MAS yang bernilai RM4 sesaham, tetapi kerajaan membelinya dengan harga RM8 sesaham, pandai sungguh dia berniaga..seronok Tajudin Ramli waktu tu.....

Nampaknya ilmu perniagaan Mahathir itu dituruti hingga ke hari ini..., kita lihat pula bagaimana Tanah KTMB, satu-satunya lagi nama hak orang Melayu, nilai RM400 juta, di lelong dengan harga RM50 juta... bijak.... bijakk..

Bagaimana pulak ya tanah-tanah KTMB di Singapura,,, boleh percaya ka.....




Baca seterusnya di malaysiatoday.

Apa Kata Umno ?!! - Inilah Sikap Blogger UMNO, Mahkamah jadi mangsa..

Salam Sejahtera...

Kesian kat mahkamah,,,, tak pasal-pasal dapat penghinaa Ke***a B****h...




Kisahnya DI SINI-

Rahmat Allah sempena Sultan baru buat rakyat Kelantan..

Salam Sejahtera...

Inilah yang dikatakan rezeki tak kan ke mana, walaupun di sekat atau dihalang kut mana sekali pun, Allah nak bagi tetap akan dapat, Hoiii banyak oiii, 4 billlion,,,

Baca DI SINI




Apa yang akan tinggal lagi harta negara....

Masih dok teringat lagi kata-kata seorang Menteri Luar Malaysia waktu tu, yang juga bekas pakar bakar jambatan dengan kata katanya Kita Malaysia masih lagi Win-Win.... isu Pulau Batu Putih selepas Mahkamah Dunia memberi keputusan.....



kalau dulu ICJ memberi keputusan,,, tetapi kali ini ICA pulak dah... Yang tetap untung Singapore...., isu jual air yang akan tamat 2011 apa cerita ya..... masih harga lama lagi ka..., baik hati betul UMNO dengan Cina Singapura....


Monday, September 20, 2010

Penawar untuk sakit STRESS

Aku rasa penemuan penawar untuk atasi tekanan (stress) ni dah banyak lagi terbacanya..., cuma kali ini mungkin secara lebih resmi,

Bagi aku memang betui lah tu..., kalau tak dapat tu yang naik stress tu..... tu lah agaknya ya kalau kena kerja di bawah boss-boss bujang terlajak tak kira lah anak dara tua ka, teruna tua ka problem..., tambah-tambah lagi kalau bawah anak dara tua..., ini dari pengalaman aku....,, jadi nak elak stress, kenalah nikah, kalau yang dah nikah, nak tambah lagi satu, dua atau tiga, itu bukan nak hilang stress, itu nak cepat lagi mamposs kalau tak kena gayanya..,,,. ....





Semua Yang Haram Ada Didalam UMNO...

Salam Sejahtera,,,

Sewaktu aku kecik-kecik dulu tahun 60 han, aku sering dengar Loteri Kebajikan Masyarakat, Nombor wawih(ekor) dan berbagai lagi..., Ini adalah dari hasil usaha UMNO zaman Tunku Abdul Rahman yang membenarkan judi.... Jadi judi menjadi satu perkara biasa dalam UMNO...

Kalau judi dah ada, arak mesti tak ketinggalan, tak payahlah nak cerita banyak bab arak ni, paling kelakar bila isu sebat 6 rotan terhadap seorang wanita yang mengaku salah minum arak, bertempiaran pemimpin uMNO mengulas isu tersebut...c

Kemudian Rasuah,, pepatah melayu sebut tumbuk rusuk, kalau sekarang bermacam-macam lagi sebutan, sehinggakan terbawa dalam persidangan UMNO, bila bermula? Kalau tak silap aku zaman Mahathir, jadi Rasuah sudah menjadi budaya UMNO.....

Kepercayaan tahyul dan kurafat, UMNO cuba timbulkan semula, kalau dalam bulan ramadhan yang lalu siaran TV dihidangi dengan aturcara syahadah, jejak rasul, pengajian alquran dll, tetapi bila bulan syawal, TV penuh dengan cerita-cerita tahyul, hantu, seolah-olah hantu dah terlepas dari ikatan semasa bulan ramadhan.

Pembawa ajaran sesat seperti Ayah Pin, Imam Rasul melayu, mereka ke semuanya adalah ahli UMNO, untuk mengelakkan banyak lagi senarai ahli-ahli UMNO didedahkan, laman web UMNO telah menutup semakan online ahli-ahli UMNO.

UMNO sentiasa inginkan pembaharuan iaitu yang haram kalau boleh nak dijadikan harus..., apa tidaknya sekarang mereka cuba berusaha melindungi anak-anak gadis (pelajar) hamil pula dengan mendirikan sekolah khas, dengan ini lama-kelamaan masyarakat melayu dah tak ambk kisah bila anak gadis hami tanpa nikah, seperti mana sekarang wanita tak tutup aurat masyarakat tak kisah, pergaulan remaja bersosial tak kisah dah, murid-murid sekolah Tingkatan 1 dah mula pandai kurang ajar dan melawan guru menjadi perkara biasa....dan berbagai-bagai lagi lagi gejala...

Dan yang terkini dan paling sensasi dalam UMNO ialah budaya bunuh diri, satu lagi budaya paling terbaharu, dimulai oleh seorang ketua bahagian UMNO, (mengikut laporan polis) dan nampaknya ada perkembangan baik, kerana dah pun menjadi ikutan seorang lagi iaitu rakan karib arwah sosilawati (laporan polis)....

Inikah hasil dari UMNO memerintah negara kita, membuat masyarakat melayu menjadi dungu, tak kisah dengan apa musibah yang berlaku, apakah kita mahu bala dari Allah seperti di negara seberang kita sahaja!!!

Tepuk dada tanya iman masing-masing, .....





Fatwa oleh Ketua Penerangan UMNO

Dalam kesibukan suasana hari raya, kes pembunuhan high profail, hari penubuhan Malaysia dan bermacam-macam lagi, tup-tup keluar pula fatwa baharu.... Perjuangan UMNO adalah Jihad....
tuu dia, dalam sibuk bunuh diri, rasuah dah menjadi budaya amalan cara hidup, boleh lagi tanpa rasa malu mengakui perjuangan mereka adalah satu jihad.... Lu fikirlah....


Sumber : ahmadmaslan.


Sunday, September 19, 2010

Boss cakap lain, Setiausaha cakap lain.....

Cakap memang senang..., pemimpin perlu rasai derita rakyat..., ish, ish, isk ,, rasa nak gelak sambil guling-guling sangat-sangat... nasib baik ada anak penakan bini aku baru sampai singgah sebelum nak balik ke UITM Seri Iskandar..

Fikirkanlah oiiiBerapa banyak rakyat yang derita, sampai tak habis-habis siri Bersama mu anjuran TV3...

Rakyat yang derita, yang hidup melarat, yang fikiran yang terbelenggu seperti dijajah inilah yang setia sampai mampos menyokong UMNO, apabila mendapat RM50, sekampit beras, sehelai kain batik......



Tetapi bagaimana setiausahanya pula bercakap, bab waris arwah Sosilawati memang tak ada masaalah, 7 keturunan pun makan tak habis lagi, tetapi bagaimana yang 3 keluarga lagi, memanglah kena terima hakikat, ketua cawangan pun akan cakap begitu juga...

Tetapi hairan juga ya,, kes sebegitu riuh rendah satu malaysia, kenapa diwakilkan kepada Setiausaha yang bercakap,, ada apa-apa ka,,, mungkin ada persamaan agaknya........





Saturday, September 18, 2010

Bab yang ini aku sokong Karpal Singh..

Salam Sejahtera...

Cadangan yang cukup baik, bukan sahaja untuk parti DAP, malah PAS dan PKR pun hendaklah ambik perhatian serius mengenai hal ini... untuk yang sekarang atau yang lepas dah tak boleh nak diundurkan kebelakang, perjuangan mesti diteruskan...

Jadi sebagai persediaan yang akan datang, calon-calon PR tak payahlah nak pegang kerusi Parlimen dan DUN.., terlalu berat tanggungjawabnya...

Contoh yang paling hampir aku nampak ialah DS IR Nizar, selaku ADUN Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, memanglah boleh handle, tetapi mencungaplah...pengundi kalau ahli-ahli PAS yang faham masaalah sebegitu lainlah, walaupun ada Pegawai Khidmat DUN, tetapi kepuasan dihati pengundi ia mahu tubuh batang ADUN tu berada dihadapan matamereka...








Berita Terkini - Perdana Menteri Cedera Tangan Kanan

Sesuai dengan slogan baru Rakyat Diutamakan, maka menurut sumber-sumber yang boleh dipercaya, Perdana Menteri Malaysia telah mengalami kecederaan tangan kanan kerana dok sebok mencedok makanan kepada tetamunya seramai 50,000. Ulang perkataan 50,000 orang... Fuiyo.....



Agak-agaknya ada di antara kita yang sanggup makan dari tangan itu... Minta maaf la..., bukan nak cakap takbur atau riak,, aku tak sanggup nak makan dari senduk tangan-tangan itu.... biarlah aku berlapar 4 hari 4 malam sekali pun.....

Friday, September 17, 2010

Apa Kata UMNO : Lihat Gambar Menarik Ini..

Bila aku terbaca kisah-kisah yang cukup gampang... itu mungkin perkataan yang terbaik dari aku...

Minta maaf penjilat-jilat UMNO..... Ini lah rupa-rupa manusia... entahlah...

Mangkok ni hanya layak sebagai Pengerusi !!............;
Mengikut Arahan Iblis & Syaitan

Kisah selanjutnya baca di blog khalidsamad.


Terkini.. Laman WEB Malaysiakini pin dah kena

Salam Sejahtera...

Sebelum ini laman Blog PemudaBesut kena attack, kemudian sehari dua ni blog Albrangi pun kena, dan sebentar tadi Malaysia kini pun....


Apakah ini projek SKMM ka ni...

Tahniah Pak Ali... Takziah buat umat Islam...

Salam Sejahtera...

Masih dengan suasana bulan Syawal kesibukan raya, kesibukan kes pembunuhan berprofail tinggi, (kalau profail rendah ... mati lah lu... dah sampai ajal)... sesuai dengan hari ini hari Jumaat yang penuh keberkatan maka terlaksanalah apa yang kita dengar sebelum ini.....



Apakah ini boleh menyelesaikan masaalah, aku sendiri tak faham, ini baru satu sekolah tersebut akan di dirikan, selepas ini maka akan berpuluh-puluh lagilah bangunan sekolah-sekolah sebegini akan ditubuhkan....

Kenapa aku kata begitu... Lihat balik penjara... Kalau dua puloh tahun dahulu berapa buah penjara dalam Malaysia, boleh dibilang dengan jari, tetapi sekarang berapa puloh yang ada, yang runtuh hanya penjara Pudu, itu pun sebab tanahnya ada harga ........, tetapi masih tak cukup ruang nak ini pesalah-pesalah yang semakin bertambah...

Itu bab penjara, bab Pusat Serenti pulak bagaimana,,, berapa banyak dah pusat serenti, tetapi mat gian masih bersepah, peratus semakin hari semakin naik..., apa cerita semua ni...

Jadi lepas ni kalau Melaka dah ada Sekolah Hamil, mungkin Sabah atau Sarawak pulak yang akan ikut kemudian , dan lepas tu semua negeri jajahan BN yang lain akan ikut....

Selagi kita tidak mengikut hukum Allah apa yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis, selagi itulah Allah akan tunjuk kuasanya...

Apa yang aku nampak, semuanya ini mempunyai peluang untuk UMNO buat duit, itu sahaja... kalau ikut hukum Al-Quran, Insyaallah, kejadian tidak bermoral akan berkurangan, jadi tak adalah projek masyuk poket..

YA ALLAH, JIKA KAU MURKA DI ATAS PERBUATAN HAMBA-HAMBA MU YANG MUNAFIK ITU, MAKA AKU BERMOHON BERLINDUNG DENGAN MU YA ALLAH, JANGANLAH KAU MURKAI HAMBA-HAMBAMU YANG SENTIASA BERJUANG KA ATAS JALAN MU, KASIHANILAH KAMI YA ALLAH, KAMI YANG LEMAH INI TAK MAMPU NAK MENGHALANGI PERBUATAN-PERBUATAN MEREKA ITU, !!! AMPUNLAH KAMI YA ALLAH... .


Wednesday, September 15, 2010

Ku Pohon Maaf Buat Semua Pembaca...

Salam Sejahtera...

Satu SMS dari seorang blogger ternama aku terima tengahari tadi... sedap kata-katanya...

" Mana lu bro? Tgh adjust anak anak sosilawati ke? Pisau cukur punya jantan."

Kekata itu memang biasa bagi aku dengan dia, itulah cara dia bergurau dengan aku. mungkin lama blog tak update.last pagi semalam... Apa pun untuk pengetahuan semua, bermula dari hari Jumaat , Sabtu, Ahad dan Isnin seharian hingga ke malam aku dok dalam kereta. Hari Jumaat berolak balik ke Joohor, hampir jam 10 malam baru sampai, hari Sabtu berjalan beraya sampai ke malam, hari Ahad pun beraya..., hari Ahad aku dapat pengalaman jalan jam, pertama dari JB ke Kota Tinggi, dan yang yang paling hebat waktu balik dari simpang Felda Pasak ke Kota Tinggi, perjalanan yang sepatutnya 15 minit menjangkau sejam setengah..

Hari Isnin sebelum balik aku pi beraya lagi, rumah mertua abang ipar aku, bersebelahan dengan rumah Hamid Albar kat Kampong Jawa Kota TInggi, Pagi Isnin tu juga awai-awai lagi Dr Wahab Arbain dan SMS tanya jam berapa boleh sampai Kapar... Jam 4 lebih aku dah sampai Kelang terus call Dr Wahab, dia minta ke Meru dan tunggu di Station Petronas.., tak lama kemudian Dr Wahab sampai dan dan menyusurinya hingga ke rumahnya...

Beriya-iya Dr Wahab meminta aku makan malam di rumahnya, tetapi jarak Manjung dengan Kapar masih lagi jauh, terpaksalah aku tolak dahulu... cukuplah makan kueh dengan mee goreng, sampai 3 kali tambah anak lelaki aku no 3 yang kebulor... Jam 6.oo lebih aku sambung semula perjalanan balik ke Manjung...

Sampai Manjung jam 9 malam lebih, perut dah meloya lapar, cari kedai makan hampir keseluruhan tutup. pusing round akhirnya satu restoren di jalan menghala Teluk Rubiah ada menjalankan perniagaan.., tetapi mak datuk... ramai nya orang, masing-masing dok menunggu makanan sampai ke meja..., alhamdulillah, dapatlah aku menjamah nasi goreng pataya setelah seharian aku berlapar...

Pagi Selasa aku naik kerja macam biasa, walaupun badan aku dah mula rasa sakit-sakit dtambah pula dengan batuk yang dah seminggu lebih aku kena... Balik kerja jam 5 ptg semalam aku tak banyak cerita terus pi klinik, Dr Pathma yang memeriksa mendapati badan aku cukup panas dengan batuk yang kuat, membuat aku terus di injet kat bontot satu jarum..Aku diberi cuti rehat sehari, hari ini dengan beberapa jenis ubat yang agak special, apa tidaknya ubat batuk sebelum ini dah dua tiga jenis aku dok makan,. tapi tak juga lega batuk tu, tetapi semalam aku dapat ubat batuk warna oren,, bila malam aku makan rasanya sebiji macam jus oren...., tak rasa macam ubat batuk..., nak kata budak-budak punya pun aku tak pasti,,, tetapi alhamdulillah, batuk yang aku hadapi dah berkurangan...Inilah yang aku dapat setelah 4 hari hidup dalam perjalanan..

Bangun pagi tadi selepas subuh, aku sambung balik tidur aku..., sehingga ke tengahari.. baru ada sedikit kelegaan, badan dah mula ringan balik..., petang tadi pergi selesai beberapa perkara tertunggak untuk siang hari besoknya... Besok sehari lagi lagi aku nak berpuasa 6 Syawal..., hari last... Hari Jumaat aku boleh raya lagi.. Raya posa 6...


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari