boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, October 24, 2010

Dimanakah Tengku Razaliegh ....

Hairan aku dengan UMNO ni.....

Hangpa tengok, tak cukup dengan mak dan bapak kepada adik kecil bergeluman dengan UMNO, anak kecik berumur 2 tahun ni dah di asuh dengan wajah-wajah yang mewarnai UMNO,, moga-moga bila anak ni dah besar dan dewasa dapat mengenali yang mana satu Islam dan yang mana satu munafik, maka ia akan meninggalkan parti UMNO tu... Itu pun kalau UMNO dapat bertahan nayaw asetahun dua ni lagi...

Tujuan aku paparkan gambar adik kecil ni bukan kerana dia dipergunakan oleh mak dan bapa nya,,, tetapi bayangkan.. anak sekecil ini pun ada di ambik gambarnya di PAU yang lalu...

Tetapi aku tak nampak langsung gambar kelibat Tengku Razaliegh selaku Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Sedangkan sebelum ini Ku Li lah yang disebut-sebut sebagai pahlawan UMNO yang akan merampan Kerusi DUN Galas pada 4 Nov nanti..

Inikah sikap media-media UMNO terhadap Ku LI selaku Ghurka UMNO...

OKlah, yang ditayang oelh media inilah... cuba kita lihat gambar-gambar dibawah ini.


Ngangalah luas-luas...Harapan aku ini adalah kali yang terakhir.....
SMILES AND LAUGHTER GALORE... Umno delegates having a good laugh when the humourous Raja Arif Raja Ali from Kuala Nerus, Terengganu, took to the stage during the debate pertaining to religion and education at the 61st Umno General Assembly in PWTC. -- Picture by NST/ Yusni Ariffin


Apakah masih ada lagi harapan buat UMNO......



Datin Seri Rosmah Mansor menyuapkan pulut kuning kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2010, Sabtu. Foto: MOHD SAHAR MISNI/The Star.

Oiii Sayang sungguh... Apataknya... Dah dapat RM111 juta... Bukan setakat suap ke mulut aja sanggup, cuci juboq laki dia dikhalayak ramai pun sanggup....

Betul pulak firasat aku..

Salam Sejahtera,...

Selamat berehat di hari minggu, lupa buat seketika apa yang berlaku dalam seminggu ni, tambahan bab isu UMNO yang baru sahaja habis bersidang di PWTC... Sedar atau tidak UMNO telah menggunakan apa segalanya punca-punca media dengan secara langsung menunjukkan kemegahan mereka bersidang, mereka menggunakan entah bayar entah tidak, tetapi kalau RTM tentulah dengan pecuma, hanya UMNo sahaja yang menyalah kuasa media hak kerajaan atau rakyat... MCA, MIC, Gerakan dan PPP tidak menggunakan seperti mana UMNO menggunakan..... Itulah hebatnya UMNO...

Cheeiihh, dalam dok kata tama sebut hai UMNO pun aku dok sebut juga,, nak buat guana weeihh, UMNo dah menjadi musush aku....

OKlah, buka topik baru pagi ini, sebelum ini selepas Negeri 9 suku akhir Piala Malaysia, seorang rakyat N9 telah SMS kat aku ajak negeri Perak bernaung di bawah negeri, Pheerahhh... sayang aku dah terdelete SMS tu...



Entah macam mana sengaja aku SMS balik saja-saja buat ramalan kat mamat ni.. nak tengok nun disudut hatinya



Tak sampai beberapa second, terus jawab balik mamat ni kat aku... perghhh...






Aku pun jawab balik,,, kali ini mamat ni mesti kena dgn aku pulak,, selalunya dia saja dok mengenakan kat aku.... siap kau....




Tak terjawab mamat ni.... itu saja yang ia terdaya.... he he he...


Ada lagi babak-baka lain,,,, tapi demi akta keselamatan dalam negeri aku tak dapat nak siarkan... he he he....

Saturday, October 23, 2010

Dah hilang akal seorang naib presiden UMNO..

Pusing kut belah sini tak kena, beralih ke arah sana pun tak jadi, last-last pusing U-turn 160 darjah... ambik ko..., dah hilang akalnya dah..., tunggu masa sikit hari lagi masuk wad hospital bahagia.... Tanjong Rambutan atau Tampoi Johor...

Tam sampai setahun lagi,,, siapa yang yang dok riuh rendah, sampai dengan Sultan-sultan pun tumpang toi buat sibuk sekali, seolah-olah masjid tu hak bapa mereka punya.... Keluar arahan jangan guna masjid untuk kepentingan politik...Sekarang ni apa cerita pulak ni....

Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.

AJK Masjid di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.... Awassss nampak saja puak UMNO mai nak guna Masjid nak daftar pengundi, halau aja dengan dengan penyapu....

Majlis Ulama UMNO...

Berkatalah syeikh-al-umnori. selepas kepenatan membela apa yang telah dilakukan oleh permaisuri puaka kepada presiden parti yang dianutinya....

"Kita tak mahu masing-masing bercakap dan mengulas. Wujud ketidakselarasan dalam mengeluarkan kenyataan, apabila ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak," Baca SINI.

Jadi kesimpulannya Umno disaran tubuh majlis ulama..

Eloklah tu, untuk kebaikan umat melayu, senang nak berfatwa, nak lawan berdebat dengan ulama PAS pun juga,, baru umph..., nanti senang nak bagi fatwa fesyen ala-ala Islam, judi bola, sekolah harapan dan banyak lagi yang perlu difatwakan....

Cuma yang aku takut nanti jangan ada yang cadang adakan juga mursyidul Am UMNO, dan orang yang layak menjawat jawatan tu hanyalah Sheikhah ni


Malu la UMNO Bukit Gantang...

Rasa kekecewaan di hati masih belum hilang, sudahlah tak dilantik menjadi calon PRK Parlimen Bukit Gantang, lepas tu UMNO kalah pulak menyebabkan mangkok di masih berpenyakit sawan sindrom gila nak bercakap..tetapi tak habis....

"Teguran-teguran dan nasihat lebih banyak datang dari pentas politik daripada majlis fatwa atau Jakim seperti isu tazkirah oleh Adun wanita bukan Islam dari DAP, isu duit sumbangan dari wang judi
lumba kuda kepada umat Islam di Pulau Pinang, isu khatib mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan banyak lagi. Baca
SINI

Namun setakat itulah isu yang berani disentuhnya.... ha ha ha.. malu orang Bukit Gantang.... Isu judi bola sebelum ni tak sentuh pun,, itu pun isu agama..... Isu fesyen tulisan nama nabi lagi la tak berani nak sebut, mati hidup balik, bati lagi sekali, hidup balik,,, tak berani nak sebut.... tobat ,,, memang penakut piang ...

Oii orang UMNO Bukit Gantang, hang suruh Rosli tu balik pi tunggu kat dusun durian lagi ada faedah.....

Tahniah Syeikh al-UMNOri...

Ha ha... ini baru betui seorang anak muda berjiwa ulamak...

Tahniah... aku dok tunggu juga, ingat kut diam membisu seribu bahasa, rupanya masih tetap berbisa mempertahankan pujangganya.

Buah ucapan pertamanya " manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak" Setuju,,, betui tu..

Kemudian ada lagi. "Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," Setuju,,, betui tu..

Ada lagi sambungannya."Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)." Setuju,,, betui tu.

Aku tak boleh nak komen apa-apa sebab aku punya taraf sekolah pun sampai Tingkatan 5 sahaja..., tak layak pun,, cuma aku nak tanya soalan bodoh, orang yang kata Kalau mereka ikhlas...., mengapa tidak tarik tangannya,,, kami nak nak tarik bagaimana kami kat luar geng,,, yang lu dok dalam sesama geng apa pasal tak tarik keluar...!!!

OOO, kalau kat ketua lu lu suruh siasat, teliti hal tersebut, oiii pundeklah,,, yang UMNO awai-awai lagi buat tuduhan kat calon PAS PRK DUN Galas tu apa cerita,,, ada depa siasat sebelum buat cerita..Oii mangkok... lu pegi nasihat balaci-balaci UMNO tu dulu sebelum lu nak komen kat musuh UMNO.....

Sudahlah,,, naik loya aku baca lu punya statemen, tak setuju 100%, tapi lu tunggu lagi dalam UMNO,, lu punya tugas lu sendiri dah gagal.Gua kesian juga kat lu.. kan lu dah kena gelar .TAIK BABI..


Dedikasi atau Daddy kasi

Inilah kisah anak-anak orang kenamaan UMNO


Owh Inilah Anak Rais Yatim...Dino!


E-mailPrintPDF

Anak Rais Yatim, DINO, dinamakan di dalam satu kes mahkamah yang dikemukakan oleh dua ahli perniagaan.

Dakwaan dibuat kononnya anak Rais Yatim, DINO, dicadangkan oleh ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi untuk memberi DINO pegangan equiti sebanyak 5 peratus di dalam syarikat yang bernama Magic Telekom untuk tujuan mendapatkan kelulusan untuk spektrum dan lesen-lesen tertentu.

Ia hanya dakwaan. Penyiaran afidavit ini oleh akhbar Malay Mail ini sudah pasti menjelaskan kenapa blogger Rockybru dan Bigdog menulis mengenai pemberian spektrum oleh Rais.

Sekarang, giliran Rais menjawab tuduhan dan dakwaan yang terkandung di dalam afidavit ini.

Rockybru, Bigdog dan beberapa blog lain semalam turut memberi ulasan mengenai tindakan mahkamah ini. Pandangan mereka boleh dibaca di blog berikut:

1) Rockybru: http://rockybru.com.my/2010/10/dino-rais-in-telcos-dispute.html
2) BigDog: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/10/22/rais-what-says-you-now/
3) Parpukari: http://parpukari.blogspot.com/2010/10/rais-oh-rais-siapa-yang-kena-dakwa-kat.html
4) Wee Choo Keong: http://weechookeong.wordpress.com/2010/10/22/mcmc-how-is-the-usp-being-managed/

Sumber: SINI


Sah,,, Memang Betui Melayu Pulau Pinang Kritikal..

Bodoh punya melayu,,, bagi duit ehsan, belagak... pulang balik, duit haram...

SEORANG pengunjung orang kurang upaya (OKU) Pn.Kupizah A Kadir 48 dari Permatng Pauh Pulau Pinang pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 menunjukkan tanda hormat semasa melihat potret 6 mantan dan perdana menteri Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 22 Okt. - Utusan/Noor Asrekuzairey Salim

DAP memerintah baru 2 tahun lebih, sebelum ni sapa yang memerintah!!!!!!!!!!

Ingat Kut artis... rupanya bekas mak mertua artis..

Cuba teka siapa ni…

Agak-agak siapa dia ni,,, Bakal Ketua Puteri UMNO yang baru agak nya kut..., Kalau yang ini Ketua Peturi baru ada class....

Sesekali pandang macam artis penyanyi Fauziah Latiff pun ada...

Oii tak kan tak ada yang tak kenal kut....

Ok aku bagi klu sikit... sini.


Tak percaya..... hah hangpa baca DI SINI

Apa pun kalau kita renung kembali sejenak...memang betuilah dengan apa yang Allah S.W.T jadikan manusia ni,,, baru sesuai dengan namanya Puteri..., umur dah 60 pun urghhhh. Tetap Puteri juga lagi....

Oii 10 kali lebih OK dengan Di sini ..

Friday, October 22, 2010

Kesian kat pelajar-pelajar arab...

Pelajar Arab beritahu pegawai agama, arak halal di negara mereka

Aku rasalah, pelajar arab yang kena tahan, silap tempat tu..., mungkin arak dinegara dia tu jenis hak yang dalam gambar tu....

Mai belajag kat Malaysia, dok dengar cerita Malaysia negara Islam, semuanya Islam, Hub halal dan macam-macam lagi,...

Jadi konfidenlah ,,, rupanya salah masuk... malam pulak tu...

kena cekuplahhh...

Tapi tak apa,,, nanti bicara minta hukuman cara Islamic law,, hukum hudud, minta dirotankan....

Sahih UMNO kelam kabut, rakyat negara asing kena rotan minum arak, nanti penacung tak masuk, Raja pemerintah Negeri Aduka Taruna pula mesti akan bagi pengampunan,

Jadi kena ambik tugas-tugas kebajikan, kerja ringan, tolong kumpul seluar dalam mufti wanita yang berlebihan untuk didermakan kat negara-negara ketiga...

Berita kisahnya DI SINI.

Apakah Status Datuk Abd Aziz Mohd Noh..

Media utama masih lagi dok main isu mendiang Teoh Beng Hock dengan menuduh beliau membunuh diri dijadikan isu......., tetapi bab bila kena batang hidung mereka terus tutup buku.... senang sungguh...

Aku cuma sekadar sampaikan apa yang diluahkan oleh Ds IR Nizar pada malam kuliah magribnya Ahad lepas, katanya kes Datuk Aziz ni telah ditanya sebagai soalan bertulis kepada menteri agama umno Jamil Khair, tetapi sampai sekarang masih belum ada jawapannya.

Soalan Nizar ialah apakah status kedudukan mendiang Datuk Aziz jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Polis dengan mengatakan bunuh diri... Bolehkah ia dikafan dan sembahyang jenazah atas beliau sebelum dikebumikan.... sedangkan hukum orang bunuh diri masih banyak dipertikaikan, malah Rasullulah sendiri tidak menyembahyangkan jenazah manusia yang membunuh diri.

Kemudian, bagaimana kelayakan sebagai seorang Ketua UMNO sahaja, bukan ADUN atau Bukan Ahli Parlimen boleh mendapat dapat lesen permit memiliki senjata api, dan kes ini senang-senang saja ditutup, sedangkan mangsa yang kena tembak Siti Rohana Ismat seorang janda yang mempunyai anak, tidak mendapat pembelaan, anaknya perlu tahu, kenapa ibunya senang-senang dibunuh, dimanakah undang-undang untuk membela diatas kematian ibunya,,,,, senang-senang tutup kes,,, kenapa.... di diam terus cerita ni...

Sebenarnya ini bukan kali pertama kes bunuh diri dikalangan pemimpin UMNO, ada lagi sebelum ini, siapa ingat ada satu kes mati dengan mengejut seorang calon UMNO yang kalah PRU12 2008 dulu,,, tak payah sebutlah namanya,,, heboh cerita tersebut, cuma polis sahaja yang tak sahkan dalam akhbar seperti kes Datuk Abd Aziz...

Apakah kejadian sebegini akan berulang kembali buat UMNO dan pemimpin UMNO...aku kata ya....selagi UMNO tolak perjuangan Islam,, maka tunggu sahaja lah...

Berita mana yang benar,,,,

Dah banyak kali dah kisah mangkok hayun UMNO ni ..., apakah kisah yang dilaporkan di Malaysian Insider tidak benar.... saman aja Malaysia Insider tu... setakat nak buat penafian, semua orang boleh buat penafian...

Najib pun nafi siap bersumpah lagi dalam masjid tak mengaku dan tak kenal siapa iti Altantunya,,,,,





Syahid atau Mati Katak...

Bersemangat pun biar bertempat, kata-kata ni kalau nak sedap lagi etreme lah, extreme kat Islam ada juga faedahnya, kalau nak extreme kat Melayu, yang itu bangang namanya..., tak ada sesiapa yang suruh pun, apa ke jadahnya.. Melayu sama melayu pun gaduh, berebut, bukan melayu UMNO gaduh dengan melayu PAS, bukan melayu UMNO gaduh dengan melayu PKR dan buka juga melayu UMNO gaduh dengan melayu DAP.... tetapi melayu UMNO gaduh dengan Melayu UMNO sama sendiri,

Bukan UMNO bahagianA dengan UMNO bahagian B,,, tidak... Melayu UMNO A gaduh sama Melayu UMNO A juga... seorang kalah kat mahkamah kena bayar RM250,000.00. Kalau dah sesama melayu, sesama parti, sesama bahagian pun gaduh, macam mana nak bersatu dengan melayu lain,,, dah kalau dah melayu sama melayu tak boleh nak bersatu,,, macam mana nak pertahan hak orang melayu....

Phiraahhh, kat persidangan MCA bukan main sedap kata orang Cina buka pendatang kat tanah melayu,,, kat persidangan UMNO terpekik terlolong, pertahankan hak melayu... BIAR HILANG NYAWA..... Bodo piang punya pemimpin,,, pengikut pula apa yang aku nak kata... bahlul.... kalau dah hilang nyawa pertahan hak melayu,,, mati katak lah lu..... baik sikit dari sahabat lu yang bunuh diri tempoh hari....

Berita kisahnya DI SINI.

PRK P185 Batu Sapi - Masih Belum Terlambat...

Memang aku dah dok agak dah.... sebelum ni pun aku dah beleter kat Sini . Namun sapalah nak pandang pandangan kita ni, yang nyata pertandingan 3 penjuru di Batu Sapi...

Aku bukan nak memihak kepada parti SAPP, tetapi kata-kata

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding,"

Itu yang membuat aku timbul simpati kepada mereka....

Pimpinan PKR kenalah ambik kira diatas pengorbanan dan keberanian mereka yang tak kesampaian, ingat kut berjaya ke Putrajaya pada 16 Sep, rupanya tak menjadi..

Kalaulah pertandingan 3 penjuru menjadi kenyataan,petuga-petugas dan penceramah dari parti-parti PR yang lain, tak payahlah nak dok pi kempen kat Batu Sapi, buang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja, lebih baik beri kemenangan percuma kepada BN... hati tak sakit ..

Oii, SAPP bukan macam calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris yang hanya menang 62 undi di PRK Bukit Gantang, kalau standard tu tak apa, tetapi SAPP ada pengaruh, ada ahli dan penyokongnya tersendiri di bumi Sabah, faktor kena ambik kira...

Kalau dah separuh ke SAPP, separuh lagi ke PKR, manakala parti yang nak ditentang, bukan jenis kecik anak, PBS, tentu kau orang semua ingat, PBS pernah memerintah Sabah, selepas parti Berjaya jatuh, kalaulah UMNO tak main kotor di Sabah waktu tu, yang diketuai oleh arwah Tun Ghafar Baba, aku rasa PBS masih lagi memerintah Sabah..

PBS satu hal, kemudian seperti yang sedia maklum, bila dah bertanding tu tuan rumah dah johan menunggu, kemudahan yang sedia ada seperti SPR, PBT, Polis dan macam-macam lagi,,, jadi sendiri faham lah..

Jadi buat pimpinan PKR, fikir-fikirlah, janganlah nak menyusahkan kawan-kawan dalam PAS dan DAP, aku rasa bukan kami saja tak suka, ahli PKR sendiri pun ramai yang tak suka dengan keputusan ini..

Alangkah cantik kalau SAPP bertanding, PKR, DAP dan PAS pakat ramai-ramai pi bantu mengempen, baru BN lihat semakin kecut teloq, pengundi-pengundi atas pagar yang bakal menentukan kemenangan akan dapat memikir akan kesepakatan pembangkang, ini tidak, sesama kita dah berpecah, seolah-olah BN dah dapat kemenangan yang pasti berpihak kepadanya.

Aku tak taulah pulak, mungkin PKR ni hebat di Sabah, tak macam di Semenanjung, sampai PRU12 yang lalu pun... erghh malas nak ceritalah,,, nak cerita, nak kutuk, pun kekawan juga,

Itu pun cita-cita tinggi macam Mat Jenin......nak rampas kerajaan dan nak tadbir Putrajaya!!!, kes sekecik ni kalau tak boleh selesai juga, tak payahlah nak mimpi semua tu..., jadilah lagi Ketua Pembangkang kat parlimen, itu pun kalau menang kes Saifolll... .

Thursday, October 21, 2010

Semakin Nak Tersungkor...

Yang berbaju biru tu beriya-iya nak tunjuk hemoi nak buat baik....., tapi yang baju merah macam layan tak layan aja.....

MANTAN Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kiri) bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika kedua-duanya hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-61, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 21 Okt. - Utusan/SHAIFUDIN MOHD NOR

Nak genggam salam pun tak mau...., phuiih.....

Aku Sokong Zaid Ibrahim..

Salam Sejahtera....

Selama ini hanya gambar Dato Zaid disebelah atas gambar blog aku sahaja yang aku paparkan sebagai tanda sokongan aku kepada Dato Zaid sebagai Timbalan Presiden PKR.... Aku tak banyak cerita hal mengenai Dato Zaid, cuma yang dapat aku salin balik dari ureka.asia


Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.

1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?
2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.
3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.
4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.
5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.
6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.

Apa pula manifesto BA+DAP?

1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.
2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.
3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.
4. Kita akan kembalikan hak rakyat.
5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.

Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP.

Itu sebelum menang. Bila dah menang?

Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap?

Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji.

Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti?
Tapi bila orang kata Zaid ejen Umno…terus percaya?

Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin.

Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja.

Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah.

Aku kenal Zaid macam aku kenal Anwar. Cuma tengok dari jauh. Cuma dalam setahun dua ni baru aku ada peluang duduk sembang dengan Anwar. Itu pun secara berkumpulan.

Kali pertama aku berhadapan dengan Zaid ialah masa Majlis Dialog yang dianjurkan oleh AMK Perak kira-kira tiga bulan lalu. Dialog selama dua jam itu yang menarik minat aku. Bukan aku minat tentang kepetahan dia, tapi idea dia tentang Pakatan Rakyat dan macam mana nak ke Putrajaya. Frank and straightforward. Tak ada retorik…walaupun ada masanya sakit hati jugak bila dia kutuk PKR kerana masih lemah berbanding Pas dan DAP. Tapi apa yang dia cakap adalah realiti.

Lepas tu aku tak pernah jumpa dia. Aku tak minat nak jumpa orang ‘atasan’, tapi pasai dah terdesak, aku jumpa dia juga minta tolong.

Team aku sedang membangunkan sistem pemantauan pengundi untuk JPRP. SPR buat macam-macam kat Daftar Pemilih, menghilangkan pengundi, mengubah tempat mengundi..tapi sapa nak pantau apa yang SPR buat? Berapa banyak Cabang PKR yang ada Daftar Pemilih terkini? Kebanyakan Cabang tak tau pun Daerah Mengundi depa sudah berterabur. Hangpa pi la tanya …Cabang mana yang ada Daftar Pemilih terkini? Masa PRK Hulu Selangor, Dolah Sani sendiri tak tau Batang Kali dah ada 18 Daerah Mengundi. Dia masih pakai Daftar Pemilih 2008 yang ada 16 Daerah Mengundi.

Tapi nak buat sistem bukan murah. Nak beli Daftar Pemilih seluruh Malaysia memerlukan antara 60-70 ribu. Nak bayar programmer pun makan 10-20 ribu. Bukan senang nak menjejak 12 juta pengundi di Malaysia. Umno memperuntukkan 14 juta untuk membangunkan sistemnya. boleh tengok disini…http://sikap.com.my. Tapi hangpa tak boleh masuk kecuali ikut pintu belakang.

Aku cuma minta 300 ribu untuk menghasilkan sistem yang lebih baik dari itu. Dan JPRP setuju. Bayar ikut mana yang mampu…secara ansuran pun takpa.

Fasa pertama, kena beli Daftar Pemilih. Kami keluar 50 ribu. Dah siap…duit tak ada. 50 ribu hanya cukup untuk bayar programmer, dan Daftar Pemilih untuk 4-5 negeri.

Sampai sekarang, satu sen pun tak dapat dari parti. Modal hangus, member terpaksa jual Harrier. Aku tebai muka. Kereta tersadai kat workshop dah tiga bulan. Tapi aku tetap nak buat juga, sekurang-kurangnya…dapat beli daftar pemilih. Dan aku minta tolong kat Zaid, sebab orang kata dia banyak duit.

Zaid bagi tau, kalau nak daftar Pemilih dia boleh tolong dapatkan, kalau nak programmer, dia boleh dapatkan. Tapi kalau nak cash..sori la. Tak kan nak beli Daftar Pemilih pun parti tak mampu? Buat Kongres habih berjuta, nak beli Daftar Pemilih tak ada duit? Habih tang situ.

Aku kata, toksah nak beli Daftar Pemilih…nak hantar notis Mesyuarat Agung pun tak dak duit nak beli setem.

Macam tu nak pi Putrajaya? toksah la berangan-angan nak pi Putrajaya kalau parti pun teruk.

Kemudian demam Pemilihan pun bermula. Semua calon nak cari kaki. Dan kaki Zaid untuk Perak ialah Hj. Mail. Hj. Mail minta aku tolong, sebab dia rasa Zaid lebih baik. Dengan Mus, Hj. Mail tak ngam. Dengan Azmin, sejarah lama masih terngiang dikepala. Aku jadi derebar Hj. Mail. Dan kali kedua aku jumpa Zaid kat R&R Bukit Gantang makan kacang rebus dan pekena kopi O. Bukan kat hotel.

Tiba-tiba, Hj. Mail dapat jemputan dari Azmin untuk perjumpaan di Permatang Pauh. Hj. Mail kata dia saja nak pi tengok. Tapi bila balik, dia pusing 180 darjah. Sebabnya? If you’re not with Azmin, you’re out.

Memang Hj. Mail patut cakap macam tu, sebab bila dia lawan Azmin masa dia jadi Pengerusi PKR Perak dulu…dia out. This time, kalau Azmin menang, Mus gerenti out.

Hubungan dengan Zaid terputus.

Satu hari dalam bulan puasa, aku dijemput oleh seorang wakil Zuraida untuk berbuka puasa. Aku terima. Selepas berbuka, Kami berbual dan aku diminta untuk menulis tentang keburukan Zaid. Dibayar setiap bulan untuk menjadi blogger hantu.

Aku kata, tak payah jadi blogger hantu. Aku akan tulis di UREKA menggunakan nama aku sendiri. Dan aku akan dedahkan tentang keburukan Zaid. Zaid dikatakan disponsor oleh Daim Zainudin. Zaid bagi 10,000 untuk setiap cabang. Zaid adalah Trojan Horse. Aku minta bukti dan aku akan siarkan dalam UREKA. Kita singkir Zaid dari PKR. Aku setuju untuk menulis….right here in UREKA.

Tapi aku perlukan bukti, sebab dia ada banyak lawyer. Nanti kalau aku kena saman, naya saja. Dan kalau tak ada bukti dan tak ada orang yang mahu bertanggungjawab, aku tak mau. Huloq tengkok buat apa.

Zuraida gagal memberikan bukti. Sebaliknya dia menuduh aku jadi barua Zaid. Dan aku jadi macam Zaid. “Aku tak buat pun depa kutuk. Lebih baik aku masuk gelanggang.”

Aku sokong Zuraida bila dia melancarkan “No to Gutter Politics”. Sekarang aku sokong Zaid, “No to Umno Politics” sebab apa yang dibawa oleh Team Azmin dan Zuraida adalah politik Umno.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari