boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 30, 2011

Yahoo Tarif Letrik dah naik...Terimak ksih Menteri BN...

Salam Sejahtera,

Hebat,,, inilah baru dikatakan menteri-menteri UMNO BN pandai memerintah, sikit-sikit naik, sikit naik,, naik tetap naik..berita yang disiarkan berapa naik aku pun tak faham,,

Lu orang semak balik dengan laporan akhbar media perdana..


Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 30, 11
5:20pm

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.



TERKINI

Struktur tarif baru elektrik berkuat kuasa 1 Jun ini

30/05/2011 5:38pm

PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun ini.

Dalam struktur baru tersebut, 75 peratus pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil selagi mengekalkan penggunaan pada kadar 300 kWj sebulan. - Utusan,


Mutakhir





Kerajaan umum penyelarasan kadar tarif elektrik sebanyak 2.23 sen/kwj


2011/05/30

PUTRAJAYA: Kerajaan sebentar tadi memgumumkan penyelarasan kadar tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun depan.

Oleh itu, kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini.
Penyelarasan itu adalah kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.


Apakah muka-muka ini nak bertaubat...

Salam Sejahtera,


Berpolitik, berdakwah, semuanya ada dalam PAS, dan sebagai orang yang betanggungjawab dalam hukum Islam, TGNA telah menjalankan tugasnya, memberi peringatan sesama umat Islam......,


Namun apakah muka-muka tiga orang ni sanggup melakukankan apa yang TGNA sarankan....



,

Kesian Ketua Pemuda PAS .....

Salam Sejahtera,

Semalam bukan main hebat dapat liputan sepenuh muka akhbar MM, hari ini lain pulak cerita, sesama geng perpaduang bantai dia balik, apakah ini betul-betul bukan lakonan atau sebaliknya...

Apa pun bila dah dok minat dengan UMNO, sedikikit sebanyak perangai yang dok ada dalam UMNO dah berjangkit nampaknya...
.

POLITIK

Pengacau: Mustafa sanggah kenyataan Nasruddin

KUALA LUMPUR 29 Mei - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyanggah kenyataan Ketua Dewan Pemudanya, Nasruddin Hassan yang mendakwa terdapat 'pengacau' yang mahu menganggu proses pemilihan parti itu minggu depan.

Menurut Mustafa, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.

"Semuanya berjalan seperti biasa kerana saya tidak nampak wujud golongan pengacau seperti didakwa berdasarkan tiada sebarang laporan yang diterima pihak saya sehingga kini.

"Malah, kempen pemimpin yang bertanding berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kerana semua pihak menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Nasruddin tentang wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan Pas kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, kata Nasruddin, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.

Mustafa menambah, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh terdapat golongan pengacau dalam Pas pada musim pemilihan kali ini selagi ia tidak dilaporkan dengan disertakan bukti kukuh.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatankuasa pemilihan Pas dan pejabat saya tidak ada menerima sebarang aduan mengenai 'pengacau' dimaksudkan," ujarnya.


Sunday, May 29, 2011

Bukti Zahid Hamidi nak mengenakan Najib.....

Salam Sejahtera,

Sebelum ni isu enjin jet pejuang F15E TUDM yang hilang siapa yang buka cerita ke pengetahuan orang ramai, dan banyak isu-isu lain lagi yang berkaitan dengan ketenteraan.

Corak permainan Zahid memang boleh dibaca, sedikit sebanyak memberi penekanan kepada bos no 1nya sendiri, ia lebih berpihak kepada Muhyidin, apa tidaknya TPM dengan Pm pun dah tak sekata, buktinya baca di SINI ,

Kali ini lagi sekali Zahid memang nak mengenakan Najib, kalaulah Zahid berjaya menjadi saksi memberi keterangan di mahkamah Perancis, aku yakin sahih Najib akan terpalit dalam isu kapal selam altantuya, mau tidak mahu Najib kena letak jawatan, Muhyidin naik jadi PM, jawatan TPM cerah dalam gengaman Zahid,, dalam politik tak ada yang mustahil...


Siasatan Perancis: Menteri sedia beri keterangan
Mei 29, 11 2:55pm

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit.

Ahmad Zahid Umno VP“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan hari ini.

Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidk sah mengikut undang-undang Perancis.

Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat.

Suaram sedang mengumpulkan dana bagi menanggung membiayai kos guaman kepada peguam-peguamnya.

Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Ahmad Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”

[Baca berita penuh]

,

Berita SEDIH.. Terpaksa diberi secara percuma....

Salam Sejahtera,

Semakin hari semakin menampakkan ada perubahan, moga-moga sampai ke segera penghujung hayatnya...,



Kalau dah macam ni rupanya siapa lagi yang nak beli......,


Jadi terpaksalah diberi percuma, ambik, ambik, jangan tak ambik, pakat ambik bawa balik, lepas tu boleh buat bungkus nasi lemak.....,



Apa dah jadi dengan Ketua Pemuda PAS ni,,,,

Salam Sejahtera,

Kalau nak tunggu blogger UMNO yang bawa isu ni, aku rasa sampai PRU15 pun depa tak kan usik, jadi nak tak nak, walaupun sakit aku terpaksa tulis juga, kalau ada sesiapa penyokong yang taat setia kepada Pak Sheikh ni yang nak maki hamun kat aku sila kan,, aku terima, selagi aku rasa tak puas hati selagi itu aku akan tulis...,



Terkejut beruk aku pagi ni,.. kenapa boleh jadi macam ni, bukan sekadar ruangan berita kaki, tetapi hampir satu muka penuh, kenapa begitu baik sekali Utusan Malaysia yang dah nak pupus pengeluarannya memberi ruangan satu muka penuh,

Agak-agak hangpa semualah, rasa-saranya semenjak muktamar pemilihan pimpinan parti PAS sejak 2009 yang lalu, adatak Utusan memberi ruangan yang sama sebegini kepada Husam, Mat Sabu atau senang cerita kepada golongan Erdogan... ada tak....

Yang aku tak puas hati, cukup tak puas hati.... pimpinan tertinggi mengarahkan ahli-ahli bawahan macam aku ni, boikot dengan Utusan, tup-tup Ketua Pemuda PAS yang sama taraf dengan ulama boleh buat pusingan U 360 juga, cukuplah Dato Tuan Ibrahim seorang buat pusingan U,... dah lah tu, pi dok cerita hai masaalah parti kepada surat khabar musuh,, cantik sungguh, pandai... beginikah rupanya nak jadi pimpinan parti PAS yang nak menghadapi UMNO,,,

Lu orang fikirlah,,, perwakilan muktamar, fikir-fikirlah, kuasa ditangan anda semua untuk kebaikan parti PAS masa depan, jika anda silap PAS akan disembelih oleh UMNO, tak kan tak kenal hati budi UMNO yang dididik dan asuk oleh APCO yahudi...... Musuh Islam UMNO dan APCO tak kenal siapa saja...selagi kita yang perjuang Islam beerti musuh mereka, tak itu pun tak faham kut....

,


Mufti Perak - Tak Salah gaji dari hasil wang judi..

Salam Sejahtera,

Isu ni dah kira lama juga dah, yang aku ingat di bawa oleh blogger Taipingmali, habis dengan aku sekali kena tempiasnya,,,

Cuma aku sedikit terkilan, begitukah nilai seorang penceramah PAS, kalau setakat ahli PAS tegar apa pun yang dibawa oleh penceramah PAS ia boleh terima, tetapi bagaimana dengan orang atas pagar yang sentiasa memikir,

Bagaimana tempohari pemimpin, ustaz-ustas yang menyokong Pakatan Rakyat membela kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu pemberian wang judi, tup-tup tak berapa bulan, Ustaz Azli bawa balik isu yang sama seperti UMNO Pulau Pinang bawa,, itu yang aku konfius, .dan yang jadi mangsanya pulak tok Mufti, wakakaka... Ustas Taliban hentam mufti....

Tok mufti pun tak senang duduk,, jawab mesti kena jawab,, tercabar beb!!!, kang kontrak jawatan nak kena sambung, sekali nyawa ada dibadan, selagi itu jawatan mufti.......


POLITIK

Mufti Perak bidas Azli

IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.

Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi




,

Saturday, May 28, 2011

Menjawab tuduhan UMNO

Salam Sejahtera,

Sama-sama kita baca dan berfikir secara rasional dengan hati yang terbuka.... siapa yang mempergunakan orang melayu...


Sidang Redaksi Roketkini Menjawab tuduhan UMNO – Alahai, Tengku Adnan…

Sama ada mahu menegakkan benang yang basah atau cuma mahu membodek boss UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pun tak ketinggalan dalam sandiwara menghentam DAP. Tak ada apa yang baru dalam kutukannya melainkan mengulangi herdik lapok dan basi. Agaknya pemimpin UMNO ini ingat minda orang Melayu masih lapok dan basi. Mungkin ramai juga ahli UMNO yang meloya dengan skrip perkauman ala 1960-an ini. Segala tuduhan Tengku Adnan ini dilaporkan dengan oleh organ parti UMNO yang bernama Utusan Malaysia pada 25 Mei 2011

Tuduhan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siapalah DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

Tuduhan: Katanya, rancangan itu juga merupakan bukti bahawa DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

Tuduhan: “Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi”.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

Tuduhan: “DAP ini parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.”

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti mmebuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

Tuduhan: DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

Tuduhan: DAP sebenarnya mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tuduhan: Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

Tuduhan: Tetapi strategi itu ternyata tidak membuahkan hasil, jadi mereka (DAP) kini merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum. – Roketkini.com


Hurgh...Akulah yang paling smart,,,,,,

Perhatikan diri aku ini ,


Siapakh lagi yang paling hebat melainkan aku, akulah orang no 1 dalam negara ini, tengok kat baju aku pun tertera no 1, mereka yang lain semuanya tiru aku, kononnya nak bodek aku.....

Malah laki aku pun adalah wanita pertama Malaysia....hi hihi.....,

Kenapa sekarang baru nak siasat...

Salam Sejahtera,

Inilah salah satu tajuk utama Harian Metro hari ini!!...


Bila dah dah sebut bir arab sudah tentu bir ini....




Cuma yang aku rasa kecewa, aku pun dah berbotol-botol turut sama minum, mula-mula keluar tak berapa berani, tetapi bila bir ini Ustaz yang jual, Ustaz pulak yang ajar bab akidah, jadi aku pun beli,, 3 botol RM10.00,balik bubuh dalam petisejuk, bila dah sejuk baru minum...pergh....

Kemudian bila Tesco dibuka di manjung, ada satu kedai dalam tesco, nama pun nama arab kedai tersebut.. Little Dubai, dia jual semua produk arab, kat kedai ni lagi murah, 6 botol baru RM16 lebih, jatuh satu botol RM2 lebih,, lagi murah dari Ustaz dok jual,, aku beli lagi,,

Nasib baik lepas tu aku tak berapa boleh minum lagi, kerana ada kesan dengan penyakit ghout... jadi aku dah berhenti tak minum lagi..

Apa yang aku kesalkan kenapa dah bertahun-tahun bendaalah ni ada dipasaran, dan beratus ribu umat Islam yang menogaknya, baru pihak yang bertanggung jawab nak buat siasatan....

Berita penuh di SINI .




Friday, May 27, 2011

Yahooo...Lulus..lulus...Terima kasih...

Salam Sejahtera,

Hari ini adalah hari yang paling gumbira buat umat-umat melayu penyokong dan ahli-ahli UMNO, apa tidak dengan cogankata rakyat diutamakan, maka terbuktilah sudah.... Tahniah..... terima kasih..., kham sia,,,thank you...


K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik
Mei 27, 11 4:17pm

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

[Baca berita penuh]









,

Kerjasama Pakatan Rakyat - MCA pun dah mula risau...

Salam Sejahtera,

Serba tak kena apa yang dibuat oleh UMNO sementara nak sampai ke penghujung nyawanya, pada mulanya dipujuknya PAS keluar dari Pakatan dan duduk bersamanya dalam BN, PAS bo layan,,,,, di ajaknya pula DAP selepas PAS tak layan, pun tak ada respomd juga, hangat punya pasai dicabarnya DAP bertanding atas nama DAP bukan PR,, pulak dah,, itulah bengongnya UMNO sementara nak mampos,, orang kata dah nak buang tabiat.....

Sahabat karib UMNO, parti dominan kaum Cina, MCA pun dah sama-sama mula goyang, dah pakat kecut teloq, tetapi dalam dok kecut tu depa buat kerja untuk kaum depa, terutama isu biasiswa, namun dah terlambat dah, buat lah apa pun,,, kaum Cina dah tak mau lagi dengan parti kaum Cina yang bersama dengan BN, contoh keputusan Pilihanraya Sarawak,, mereka dah buat keputusan muktamad,,

Aku terpaksa dalam satu artikel, apakah selepas PRU13 nanti tidak ada lagi wakil Cina dalam kabinet, baca Disini.

Harapan aku bukan saja wakil Cina,.malah kalau boleh aku nak tengok Najib akan jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Parlimen,, INSYAALLAH..

Berbalik kepada isu MCA, dalam serba tak kena, MCA masih nak buat kacau macam mana perangai UMNO saudaranya, .


Utusan Malaysia - Dah nak sampai penghujungnya..

Salam Sejahtera,



Kes saman malu kat mahkamah menimbun dok menunggu giliran, hasil jualan semakin menurun... jadi apa yang ada lagi...

Nampaknya apa yang dok berlaku kat UM blogger UMNO sendiri naik risau... he he... terimalah kenyataan sunnah tullah...

Teringat kata Prof Dr Abu Hassan dari Zentrum, Utusan hanya laku penjualannya disekitar 370,000 naskah sahaja... dan yang paling laku hanyalah akhbar Harian Metro, tetapi harus kita ingat, Harian Metro boleh diumpamakan sebagai kek lapis yang mempunyai pelbagai rasa....

Utusan Malaysia akan hilang di dunia jika........

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata “Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia”.

Mungkin jika ditafsirkan dalam lain perkataan, “membujur lalu melintang patah namun Utusan ku pertahan jua”.

Katanya, ketika pembangunan negara ini masih merangkak wartawan Utusan Malaysia atau Utusan Melayu ketika itu menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita dengan menggunakan mesin taip.

Pengorbanan sebegini tidak terdapat dalam akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup bergolok-bergadai seperti akhbar Utusan.

Justru itu kata beliau rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Apa juga saranan, semangat dan nostalgia yang berkobar-bokar semua itu tidak akan menjamin ‘survival’ Utusan untuk terus hidup di muka bumi Melayu ini.

Utusan akan berkubur jika Melayu sudah tidak membaca Utusan dan Melayu tidak lagi mahu berkorban RM1.50 untuk membeli Utusan Malaysia.

Jika Utusan tidak lagi dibaca, ’ciruclation’ Utusan akan menjunam dan apabila ‘circulation’ Utusan menjunam pengiklan-pengiklan tidak akan lagi menempah iklan dalam Utusan.

Dalam ledakkan informasi sejagat Utusan harus boleh bersaing dan Utusan sudah terbukti meredah dari zaman ‘taipwritter’ kepada zaman ‘laptop’ tetapi Utusan harus ingat bahawa persaing-pesaing mereka juga bukan calang-calang pemain seperti The Star.

Ramai di kalangan elit Melayu sendiri membaca akhbar ‘The Star’ daripada membaca Utusan mungkin kerana takut dilihat kolot dan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Apa pun Utusan sentiasa dilihat akhbar perasaan Melayu, jiwa Melayu dan darah Melayu sebab itu buku ‘Mei 13 Sebelum dan Selepas’ hasil tulisan YTM Tunku Abdul Rahman diterbitkan oleh Utusan Melayu tetapi sebaik YTM Tunku Abdul Rahman bersara dari Perdana Menteri beliau telah dipinggirkan dan The Star menjadi pilihan beliau untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Kerajaan melalui ruangan ‘Looking Back’ dan ‘As I See It’ malah Tunku dilantik menjadi Pengerusi akhbar The Star.

Konklusinya untuk hidup seribu tahun lagi orang Melayu mesti membeli Utusan RM1.50, “Satu Melayu Satu Utusan” tidak cukup berkokok berdegar-degar tetapi membaca akhbar lain.

Seperti kata kumpulan Sepah Maharaja Lawak “KATA HANG TUAH, TAK MELAYU HILANG DI DUNIA TETAPI HANG TUAH SENDIRI HILANG ENTAH KE MANA”..


Sumber : DI SINI



Thursday, May 26, 2011

Kenapa masih nak mempertahan jawatan Timbalan!..

Salam Sejahtera,

Siasah Bil:  0266
Hati kecil dan perasaan ku tertanya-tanya... KENAPA,.. Dua tahun lalu di Muktamar Shah Alam, sama juga senarionya 2 orang yang cabar, dan tahun ini sama juga, cuma pelakon yang sorang dah bertukar

Kalau 2 tahun dulu kedua calon yang mencabar digelar dari Erdogan, satu mainan jahat dari musuh-musuh parti, tetapi kali ini tinggal seorang pelakon lama dan seorang muka baru dan boleh dikategori sebagai ulamak....

Keputusan 2 tahun dulu kalau jumlah undi kedua-dua calon yang mencabar dicamporkan melebihi dengan jumlah undi juara menunggu, namun walaupun menang dengan majoriti 1 undi sekali tetap di kira menang,

Mungkin dari sifir congak perkiraan 2 tahun lalu, maka penyandang juara masih nak mempertahankan jawatan tersebut kerana berkemungkinan akan menang lagi seperti 2 tahun lalu..

Disni timbul perasaan dibenak hati ku, kali ini pencalonan buat Mat Sabu berapa banyak yang beliau dapat, malah di Kelantan sendiri Mat Sabu mendapat berapa banyak pencalonan, dan penyandang juara hanya pencalonan....

Jadi, tidak ada perasaan malukah dalam diri penyandang jawatan, inikah nilai yang dikatakan sebagai pemimpin gerakan Islam.... ingatlah.. kami ahli-ahli bawahan mahukan perubahan kepimpinan,,

Teringat balik aku kepada arwah Tun Ghafar bila jawatannya dicabar DSAI satu ketika dahulu, bila pencalonan buat Anwar begitu banyak, Tun Ghafar dengan rela hati menarik diri,,,

Arwah Tun Ghafar lebih bermarwah dan ada harga diri dari penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang..,


Wednesday, May 25, 2011

Tiada KAITAN Pilihanraya.... Boleh percaya ka...

Salam Sejahtera,

Menteri yang tukang jaga harga barang hari ini, telah mengistiharkan tiada kenaikan harga barangan yang berasaskan petrolieum,,, he he.. katanya tiada kaitan dengan pilihanraya umum tak lama lagi...

Biasalah jawapan pemimpim UMNO semua yang tidak tu jadi benar belaka, jadi faham-fahamlah... Pilihanraya umum bakal akan di adakan...

Moga-moga rakyat Malaysia tak tertipu lagi..

.
.

Menteri: Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 25, 11
2:09pm

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

NONE"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Tiada kaitan pilihan raya

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.

azlanIsmail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.”

“Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.

NONEIsmail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang.

"Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya.

Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.

“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.

Kerajaan sentiasa prihatin

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana “cerita bohong” yang dibawa oleh pembangkang ini lebih dipercayai.

“Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut."

“Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini.”

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.

azlanAdalah difahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC akan putuskan

NONENONEPanel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.

ahmad husni hanadzlahNONEDalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

azlanTaklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

[Baca berita penuh]


,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari