boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 5, 2011

Video Sex Anuar - Selain dari perut buncit, ada lagi perbezaan yang sahih bukan Anwar

Salam Sejahtera,

Dalam aku dok relak seketika, datang seorang kawan sekerja, mai bagi tau kat aku, mengenai video sex yang Anwar dituduh pelakonnya...

Dia mai bagi tau kat aku, konfom video tu bohong,, BUKAN ANWAR.., sebabnya, gambar lelaki tu waktu nak pakai baju singlet nmpak anunya tak bersunat, kulup aja...

Maka nak tak nak, nak mengesahkan apa yang dicerita ooleh kawan aku tu, aku pun tengoklah juga, memang aku dah download pun, ingat nak buat koleksi... terpaksa guna leowo mp4 converter baru boleh lihat, entah apa masaalahnya laptop aku tak boleh nak baca sesetengan gambar filem,, aku convert yang baik punya, filem asal dari 4 mb convert jadi 19mb lebih,, versi yang ke3 (last),

Bila buka tengok yang mula-mula nampak perempuan cina tak habis-habis dok garu seluruh badan, entah apa pasai... gatai penyakit siplis gamaknya.., kemudia bila sampai gambar sijantan keluar dari bili mandi bermula dari time 03:09 sehingga 02:23 , dalam waktu tersebut memang nampak dok tergantung, terbuai berayun anunya tu,, memang sah kulup tak bersunat....

Jadi biarlah betul,, nak buat cerita pun.... tak kan Anuar yang dilahirkan dari baka Islam tak bersunat.....

Sayang gambar tu aku tak boleh nak copy screen, bila copy saja,, dah paste,, nak safe gambar tu tak lekat, aku tak pandai nak guna cara lain,,, jadi jika sesiapa yang boleh check balik,, semaklah,, betui atau tidak anunya itu kulup tak bersunat...

,

PAS jual mahal....

Salam Sejahtera,

Dah bermula dah,,, tak tau la hangpa perasan atau tidak,, tetapi inilah situasinya apabila adanya pemilihan dan muktamar PAS, ramai sangat yang jadi penyibuk, kalau setakat menyibuk macam Dr Aziz Bari tu boleh tahan lagi, sekadar memberi penambahbaikan untuk PAS menurut pandangan beliau,.....

Tetapi yang ini mengeluarkan pandangan yang ada hubung kait dengan UMNO, minta PAS bergabung dengan UMNO,,oiii depa kata PAS jual mahai..

Memanglah,, PAS ada harga, PAS yang memperjuangkan syiar Islam tak sama dengan UMNO yang siang malam dok berjuang atas nama Melayu, kononnya,, tetapi yang lebihnya kaum kerabat kroni didahulukan...

PAS terpaksa menjual mahal kerana Islam tu tak ternilai harganya,, UMNO selama ni membiarkan Islam terpinggir, UMNO hanya menjaga Islam sekadar perhiasan aksesori sahaja, tak lebih daripada itu...

Kenapa dah lebih 50 tahun UMNO memegang teraju pemerintahan negara, hanya selepas tsunami PRU12 2008 baru nak ajak melayu bersatu buat kali kedua, kali pertama sewaktu selepas kejadian 13 May sewaktu bapa Najib menjadi PM, di bawanya PAS bersama-sama dalan BN, bila dah rasa kkuat semula ditendangnya PAS keluar,, terkapai-kapai PAS..., bila dah rasa balik melayu tak memberi sokongan, diajak balik bersatu....

Oii kali ini PAS dah berharga,, PAS kena jual mahai demi Islam yang dibawanya..
.

Pas masih jual mahal: penganalisis

SHAH ALAM – Walaupun beberapa kali dipelawa UMNO agar sepakat dalam satu jemaah, nampaknya Pas masih enggan melayani permintaan itu disebabkan perbezaan ideologi dalam kalangan pemimpin mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sekali lagi mempelawa dan menyeru parti itu menyertai UMNO dan BN sekiranya benar-benar mahu berjuang untuk Islam.

Melihat kepada keadaan itu, penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Attory Hussain berkata, realitinya, Pas bukan enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan BN, malah parti itu tidak akan menafikan sekiranya kerjasama sekali lagi terjalin antara mereka.

“Apa yang kita nampak, setakat ini terdapat beberapa pihak terutama melibatkan generasi baru yang memiliki pemikiran baru dalam parti itu berhasrat untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Ia dikukuhkan lagi setelah Pas tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan prestasi PKR jatuh merudum di negeri itu,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kemungkinan besar sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu diambil alih orang baru, kerjasama Pas, UMNO akan terjalin.

“Kita lihat semangat untuk bermuzakarah membuak-buak dalam diri generasi baru Pas dan pemimpin UMNO kerana mereka mengambil kira isu-isu yang berlaku selepas 2008 di mana UMNO sendiri pun berada dalam keadaan kelam kabut.

“Sebab itulah, Najib menghulurkan tangan sekali lagi, malangnya Pas masih berdegil. Walaupun belum terima sebarang maklum balas, menurut pemerhatian saya, saya yakin Pas tidak berpakat untuk menggagalkan undangan UMNO itu,” katanya.

Attory berkata, kemungkinan besar isu kerjasama ini akan dibincangkan dalam muktamar Pas yang dijadualkan berlangsung Jun depan.

“Mereka akan kaji semula sama ada mahu melakukan mukabalah (perbandingan) dengan UMNO. Apa yang merunsingkan ialah, kedegilan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu berkeras enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Kepimpinan Nik Aziz menjurus kepada kepimpinan ulama, sebab itulah beliau tidak setuju dengan kepimpinan UMNO. Corak kepimpinan beliau berbeza dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.,

,

Wednesday, May 4, 2011

Orang Cina tak percaya kepada orang Cina..!!

Salam Sejahtera,

Dalam nak menegakkan keadilan bukan terletak pada sesuatu kaum atau bangsa, bukan hak orang melayu sahaja yang mengekakan keadilan di muka bumi Malaysia ini, malah secara realitinya UMNO dan BN sekutunyalah yang merosakakan keadilan yang termaktub dalam negara Malaysia.

Keadilan dan ketelusan yang cuba dibawa oleh parti-parti Pakatan Rakyat membuat satu parti kaum Cina dah anas pungkoq, harapan mungkin hanya berputih mata selepas PRU13 nanti,,

Maka nak elakkan berputih mata, MCA cuba-cuba nak main silap mata... namun kaum sebangsa MCA tak percaya....

Ini beerti MCA, UMNO dan MIC cakap tak serupa bikin ooooo... how sioww....,




Bahasa

Tiada siapa percaya MCA sanggup tolak jawatan kerajaan, kata Guan Eng

TERKINI @ 06:21:01 PM 04-05-2011
May 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Lim Guan Eng mendakwa MCA berbohong sambil menegaskan tiada siapa yang percaya komponen Barisan Nasional (BN) itu akan berada di luar kerajaan jika sokongan pengundia Cina kepadanya merosot pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung DAP (gambar) itu berkata sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam BN tidak dapat ‘mengelak’ diri mereka daripada keistimewaan dan ganjaran yang dinikmati hasil pemegangan kuasa.

Sehubungan itu, Lim menekanakn langkah Datuk Lee Kee Shin dari SUPP yang mengangkat sumpah sebagai pembantu menteri pembangunan insfrastruktur Sarawak semalam sebagai contoh klasik ugutan kosong digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan jika tidak, ia tidak akan ada perwakilan masyarakat Cina dalam kerajaan.

“Tiada siapa yang akan percaya bahawa MCA akan menunaikan kata duanya untuk menolak jawatan atau kedudukan jika pengundi (Cina) sekali lagi menolak MCA dalam pilihan raya umum.

“Lagi pun jika pengundi sudah menolak BN, mengapa tidak MCA keluar (sahaja) dari BN? Sama ada MCA menang besar atau kalah teruk dalam pilihan raya umum, MCA akan terus diberi empat jawatan menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, BN lazimnya menggunakan strategi yang sama sebelum pilihan raya untuk “beralih daripada DAP.”

Beliau menamakan ketua SUPP Sibu Datuk Wong Soon Koh dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon antara mereka yang pernah membuat janji pilihan raya untuk berada di luar tampuk kuasa tetapi secara senyap-senyap menerima jawatan kerajaan meskipun telah kalah dalam pilihan raya.

Koh dilantik sebagai senator dengan diberikan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Wong pula disebut-sebut akan dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sarawak.

Lim juga mengkritik Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana memberi ruang kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasiskan keputuskan pilihan raya negeri Sarawak daripada melihatnya sebagai seruan demokratik untuk perubahan.

“Untuk mengesahkan lagi, perjuangan MCA bukan mengenai prinsip tetapi bagi jawatan, bukan berjuang untuk rakyat tetapi bagi jawatan,” kata Lim lagi.

Sabtu lalu, Najib berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Kata Najib, masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Sehari sebelum itu, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

Dr Chua Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

‘‘Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN.

‘‘MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,” kata beliau.

‘‘Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia,” katanya.

Dr Chua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pada 8 Mac 2008, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti terbabit.

Ho ho ho... ini salah satu sebabnya..Osama di bunuh....

Salam Sejahtera,

Sebaik saja kita umat Islam menerima berita sedih (entah benar atau tidak wallahhuaklam) tetiba aja keluar kenyataan dari mangkok ayun dengan kata-kata yang menyusup perasaan..... Dunia lebih selamat dengan kematian Obama..Betul ke semua tu atau ada agenda lain disebalik kejadian tersebut..

Ni gambar kat bawah ni apa cerita.....


He he,... jimat lah sikit budget Mindef, tak gaduh nak bayar elaun luar negara.. tak nyempat-nyempat... tau-tau dah balik,,, macam dah tau-tau aja Osama nak di bunuh...hairan ya...


Ini Baru Beruk Demontrasi Jalanan....

Salam Sejahtera

Pertama sekali aku minta maaf dengan nama tajuk diatas..., bukan aku yang memulakan nama haiwan, Tentu masih segar dalam ingatan siapa yang memulakan nama beruk buat para demontrasi jalanan...
,
3 MEI 2011: Presiden Persatuan Anak-anak Malaysia, Mohamed Ghani Abd Jiman (tengah) bersama tiga yang lain ditahan polis selepas menyerahkan memorandum membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ketika sidang DUN berlangsung, di Pulau Pinang. - Utusan/SAZALI CHE DIN

Kesian pula tengok dok duduk dalam trak polis yang berkandang jeriji besi,,tak apalah sama-sama pakat rasa apa itu undang-undang yang UMNO sendiri praktikkan... Cuma sayang sekali perjuangannya pula tak mendapat liputan meluas diakhbar-akhbar pro UMNO, hanya sekadar di siar di Kosmo dan UM Online., tidak seperti sebelumnya,, kalau kes yang berkaitan kerajaan DAP Pulau Pinang, wow..muka depan.....

Utusan pun dah makin dhaif dah..., saman malu dok menunggu di mahkamah berapa banyak yang belum selesai....patutlah.. suratkhabar dah jadi pembungkus nasi lemak... opss... obesiti... nanti gemuk macam siapa?!!!.. Siapa First L***.......oppsss.....

Apa Cerita Ni !!! Mufti Perlis...

Salam Sejahtera,

Terkejut besar aku pagi ni bila nampak tajuk depan UM yang cuba nak buat isu baru, apakah isu ini sempena muktamar PAS pada awal bulan Jun nanti atau pun cuba nak menyelamatkan UMNO yang semakin dah nak mamposss...


Sebelum ini bab tugas penyatuan umat melayu ni hanya Harussani yang berani bersuara, apakah kerana Harussani dah tak laku disebabkan isu tarian poco-poco, maka Dr Juanda Mufti Perli nak mengambil alih...

Kesian aku kat Dr Juanda, mungkin beliau tak tahu bab budaya politik UMNO, orang Sarawak yang baru setahun dua menetap di Semenanjung, masih belum masak lagi dengan perangan buruk laku politik UMNO..

Tak larat aku nak tulis perangan buruk UMNO... cukuplah... aku tak rela PAS asyik dok kena tipu dan buli dengan UMNO, benarlah apa yang disuarakan oleh TGNA, kalau dah rasa nak bersatu, terimalah Islam dengan seadanya.... Bukan setakat perpaduan bangsa Melayu..

.

BERITA UTAMA

Pengkhianat Islam

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

Tuesday, May 3, 2011

Video Sex Anwar Ibrahim - Jom Tengok.. Gambar Pegawai Kanan Polis Yang Terlibat..

Salam Sejahtera,

Hebat Malaysia boleh... semua boleh asalkan untuk mu UMNO...,


Gambar diatas ialah Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC1) Abdul Rahman Ismail dari Cawangan Khas Bukit Aman bahagian Penyelidikan dan secretariat.

Menurut dari Timbalan Presiden PKR Azmin Ali , sebanyak 4 seminar telah dijalankan setakat ini melibatkan 2,000 pengetua-pengetua dan guru-guru di Kelantan. Setiap sekolah telah disuruh menghantar seorang pengetua dan 8 guru.


"Abdul Rahmah tidak memberi bersyarah tentang keselamatan Negara tetapi telah bertindak sebagai ejen fitnah untuk Umno dan menghuraikan tentang seks dan tuduhan-tuduhan lucah menerpa padaAnwar dan juga mengenai kejadian Memali," dikatakan Azmin.

"Abdul Rahman juga telah memperkatakan Anwar sebagai peliwat dan seorang lelaki yang mengejar pelacur-pelacur. Mengapa seorang pegawai kanan polis boleh menceburi dalam memberi kuliah politik dan mengulang propaganda murah membantu politik kotor Umno BN."

Sumber : malaysia-chronicle.







Monday, May 2, 2011

Utusan Malaysia - Ambik ko he he,, dah nak sampai penghujungnya..

Salam Sejahtera,

Dasar UMNO semakin hari semakin jelas sama seperti dasar Yahudi, apakah ini sebahagian dari dasar-dasar dirancang oleh penasihat UMNO iaitu APCO..

Utusan Malaysia syarikat hak milik UMNO total, moga-moga apa yang diperlakukan kepada wartawan kanannya sendiri itu sebagai tanda-tanda kemerosotan syarikat mereka,, .


He, he tengok sendiri apa yang berlaku dalam gambar, Nilai akhbar Utusan hanya sekadar pembungkus nasi lemak... Harus diingat, nasi lemak sekarang ini diperingatkan jangan malan selalu,, obesiti..., jadi apa akan berlaku selanjutnya kepada akhbar Utusan...

Masih diperlukan lagi,,, buat kaum Cina,, jika tissue toilet paper kehabisan... itu sahaja yang sesuai buat akhbar utusan...

Berita berkaitan themalaysianinsider.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lumut.3. Keputusan Pencalonan...

Salam Sejahtera...


Senarai Kepimpinan Baru PAS Lumut...

Untuk Perlantikan Saf Kepimpinan dan AJK PAS Pusat keputusan mandat diberi ke pada AJK PAS Kawasan untuk membuat pemilihan..

Pengerusi Tetap - Cikgu Hashim. Menang Tanpa Bertanding.

Timbalan Pengerusi Tetap - En Hoor Hidayat Hashim

Yang DiPertua PAS Lumut - Hj Noh Bin Ahmad - Menang T/Bertanding

Timbalan YDP Lumut - Ust Haji Mohamad Che Ghani

Naib YDP - Haji Rasdi Abd Rahman - Menang Tanpa Bertanding

Ketua Dewan Urusan Ulamak - Ustaz Ridhuan Md Junuh

Pemeriksa Kira-kira - Encik Zubir Pandak Ibrahim.
Encik Nasir Bin Ibrahim..

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lumut.2. Mesyuarat Agong baru bermula.

Salam Sejahtera..

Mesyuarat sessi pertama telah selesai... Sesi kedua mesyuarat antara anak beranak dah bermula.. apakah akan panas!!!!.....
.


Penyampaian anugerah kepada anak Allahyarham sahabat baik aku Zakaria Mad Yassin diatas gerakkerja kepada PAS sepanjang hidup beliau...




Penyampaian cenderahati kepada Peseruhjaya PAS dari YDP Lumut

Berehat dan kudapan setelah selesai mengundi



gPsj Perak bergambar kenangan nak balik selepas mendapat taklimat ringkas dari Mudir Pondok Taklim Ustaz Nasim (Sebelah kanan Psj)..

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lumut.1..

Salam Sejahtera,

Pengerusi Pemilihan Pimpinan PAS Kawasan memaklum kan tiada pertandingan (Menang tanpa bertanding) buat jawatan Pengerusi Tetap Cikgu Hashim, YDP Kawasan Lumut, NYDP, dan Ketua Urusan Ulamak..



YDP tengah memberi ucapan pembukaan.menerangkan perkembangan PAS Kawasan Lumut secara mikro, tiada penonjolan,, gerak kerja dibuat melalui Pusat Khidmat DUN,

PAS Kawasan berjaya membeli sebuah lagi Bangunan Khidmat DUN secara tunai berjumlah RM230K,.. Menubuhkan pusat pembelajaran Maktab Hadis, yang mana semua ini menjadi asset PAS Lumut......

Psj tengah memberi ucapan sekarang ini, mengarahkan ahli-ahli bekerja secara tauhid du sufuh... bekerja secara berkumpulan...

Bagaimana nak menentang UMNO, bagaimana kejadian PRN Sarawak yang lalu, secara terangan rasuah berlaku, namun SPR mengeluarkan kenyataan itu bukan rasuan, tetapi janji pembangunan...

Penyampaian dakwah atau maklumat kepada rakyat (ummah) secara basiirah ....iaitu penerima dakwah terutama orang melayu memahami apa yang disampaikan dengan sepenuhnya untuk meyokong perjuangan Islam...

Menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis yang lebih baik atau aslah (lebih berkebolehan) dari yang sedia ada, untuk memperkasakan jemaah dari PAS kawasan Lumut....

Kempen sifar ponteng mesyuarat AJK..

Mengurus sentimen..., mengurus intergriti diurus secara yang terbaik,

Kepimpinan dari Hadis yang maksudnya "mana pemimpin yang terdiri dari muslim, tetiba ia menipu (ghasun..) tak kira dari mana sekali pun...maka Allah mengharamkannya syurga,

Teruskan momentum ini kepada kaum-kaum bukan melayu terutama India dan Cina...

Alfatihah...



Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lumut...


Salam Sejahtera,

Baru nak bermula... tengah menunggu para perwakilan dan pemerhati dan perasmi iaitu Pesuruhjaya PAS Perak sendiri yang akan datang merasminya....,

,








Video Sex Anwar Ibrahim - Jom Tengok.. Ada lagi kisah menarik!!!

Salam Sejahtera,

Manusia sorang ni memang jenis manusia yang dilahirkan jenis mulut capoi,,

Sewaktu dia berkuasa dengan rejimnya dahulu, bermacam kenyataan yang menghiri sperasaan umat Islam,,,,

Siapa nak makan sup tangan pi ke Kelantan...

Isu janggut Rasullullah, Anwar Ibrahim sendiri yang lebamkan matanya pada tahun 98 yang lalu....

Ia rasa ia sangat pandai memerintah, ia rasa ia pandai dalam ekonomi sehingga sekarang ekonomi masih belum pulih berbanding dengan negara Thailand, Korea yang menerima bantuan IMF.... Malaysia waktu tu menolak IMF kerana nak menjaga kepentingan kroni dan anak-anaknya....

Kini walaupun dia sepatutnya duduk rumah rehat menghabis sisa-sisa hidupnya,, tetapi bila dah jenis mulut capoi tu, dia nak bercaka juga... Siapa dia ni,,,
Apa autority dia sekarang ni,,, adakah dia memiliki sijil sekurang-kurang 4thanawi untuk bercakap,,, oiii jangankan 4thanawi... idadi pun tak dak... tapi dia nak bercakap juga... sebab dia jenis mulut capoi....

Dr M: Sumpah laknat Eskay betul
Susan Loone
Mei 1, 11

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hak melakukan sumpah laknat untuk mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang dirakamkan pada Februari lalu.

NONEDalam sidang media di Alor Setar semalam, Mahathir berkata, perkara itu dilakukan kerana Eskay merasakan beliau mempunyai hak melakukannya.

Manakala pihak yang enggan bersumpah pula mungkin merasa melakukan kesalahan, kata Dr Mahathir (kanan) sambil menegaskan kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama.

Bagaimanapun, tidak semua senada dengan pendapat Dr Mahahir itu. Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kemuliaan masjid telah dicemari dengan tindakan yang diambil di Masjid Sentul semalam.

Bagi Naib Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, tindakan Eskay bersumpah di sebuah masjid di Sentul pada Jumaat sebagai propaganda terbaru tajaan Umno.

Beliau juga mendakwa majlis angkat sumpah itu merupakan Bidaah Dalalah (bidaah yang sesat) dalam Islam.

[Baca berita penuh]

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari