Salam Sejahtera...boikot
Segarkan ingatan anda...
Wednesday, June 24, 2009
MSO - Tetap Terus Menghentam PAS Kelantan..
Salam Sejahtera...Apakah Benar Berita Ini....
Sahabat Terkenal dari Kelantan
Tuesday, June 23, 2009
Halatuju PPSMI
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa menjawab soalan lisan no. 2 daripada YB Kepong, Dr Tan Seng Giaw, semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada pagi tadi menjelaskan bahawa keputusan mengenai halatuju dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diputuskan awal bulan Julai selaras dengan selesainya kajian menyeluruh mengenainya.
YAB Tan Sri Muhyiddin juga mengakui bahawa pencapaian dasar tersebut, yang telah dimulakan sejak tahun 2003, setakat ini adalah nominal, yakni tidak memberi impak yang besar di dalam penguasaan Bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik. Pandangan yang diutarakan oleh YAB Menteri Pelajaran adalah selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan pada Februari 2009, yang berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.
Daripada aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian tersebut mendapati terdapat ramai lagi guru-guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74 orang) Sekolah Rendah dan 25.3 peratus guru (93 orang) Sekolah Menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, Pembina mendapati:
(i) Sekolah Rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.
(ii) Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
(iii) Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya 2 mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.
Kajian Pembina juga mendapati bahawa pelaksanaan PPSMI telah menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada lebih kurang 75 peratus murid-murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh negara, menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009).
Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan yang telah dibuat YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan bahawa keputusan akhir yang jelas mengenai dasar ini akan diumumkan pada awal bulan hadapan. Pemuda UMNO juga bersetuju dengan penjelasan YAB Timbalan Perdana Menteri bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut, dan oleh sebab itulah Pemuda UMNO menyokong penuh cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar. Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda UMNO agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
Bagi Pemuda UMNO, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada pelajar-pelajar kita. Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan "cost-benefit analysis" halatuju PPSMI ini haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara. Yang penting dalam isu PPSMI ini adalah kesungguhan YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran untuk membuat keputusan muktamad dalam masa yang terdekat tanpa membuang banyak lagi masa dan tenaga. Jangan kita menganggap pelajar-pelajar kita sebagai bahan eksperimen bagi satu dasar yang jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara. Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita.
Ingatan TPM buat Pakatan Rakyat...
23 Jun, 2009 16:05 PM
Parti Pembangkang Jangan Pandang Rendah Kekuatan BN, Kata Muhyiddin
PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan parti pembangkang supaya jangan pandang rendah terhadap kekuatan Barisan Nasional dalam cubaan mereka merampas kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang.
-- BERNAMA
Berita Harian Online melaporkan....
Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin: TPM
PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat diingatkan jangan terlalu yakin untuk menubuhkan kerajaan dan memandang rendah sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin, sebentar tadi.
Tindakan Terbaik Presiden PAS..
Langkah Abdul Hadi tunjukkan perbezaan dalam PAS Selesai.
KUALA LUMPUR, Jun 23 — PAS nampaknya benar-benar mahu melupakan krisis dalaman mereka. Ini dibayangkan oleh tindakan presiden parti itu, Datuk Abdul Hadi Awang yang menolak usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menyalahkan 10 anggota Parlimennya yang membuat kenyataan bersama menolak kerajaan perpaduan.
The Malaysian Insider difahamkan, dalam mesyuarat khasnya malam tadi, ada AJK PAS Pusat yang mempertikaikan tindakan 10 anggota Parlimen itu yang disifatkan memberikan imej yang buruk kepada PAS.
Kesepuluh mereka adalah Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
Namun, sebaik sahaja isu itu dibangkitkan, Abdul Hadi menolaknya dengan berkata, perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Ini adalah kuasa pengerusi," Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata dalam mesyuarat itu apabila seorang AJK membangkitkannya.
Ketegasan Abdul Hadi menolak perkara sebegini dijangka akan meredakan segera pertembungan dalam PAS sebelum ini. Abdul Hadi pula mengambil tindakan ini dalam keadaan kenyataan itu seolah-olah menyerang beliau sendiri selaku pihak yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ini.
Sebelum ini sudah ada cakap-cakap yang mendesak 10 anggota Parlimen ini dikenakan tindakan kerana melanggar keputusan yang telah dicapai oleh PAS untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehinggalah kata sepakat dicapai.
Kesepuluh anggota Parlimen ini membuat sidang media di lobi Parlimen 18 Jun lalu dan menegaskan agar PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dan menolak kerjasama dengan Umno.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan meminta timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus hendak kepada kerajaan perpaduan.
Petang semalam, Nik Aziz dan Nasharudin bertemu dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka dan kemudiannya bertemu dengan media penuh dengan wajah ceria.
"Jikalah Abdul Hadi membuka ruang untuk membahaskan tindakan 10 anggota Parlimen itu dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat semalam, nescaya tidak pernah habislah isu ini," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.
Mesyuarat semalam dimulakan dengan Presiden PAS yang mempengerusikan mesyuarat itu membacakan dua kenyataan iaitu kenyataan bersama tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang menolak kerajaan perpaduan dan kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz yang menarik balik kenyataannya terhadap Nasharudin sebelum ini.
Dengan permulaan baik itu, mesyuarat khas malam tadi telah berjalan lancar dan penuh dengan semangat ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) yang kukuh di kalangan pemimpin PAS.
Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Nik Aziz sendiri di samping dua AJK Pusat yang dilantik Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Mereka akan bertemu lagi 18 dan 19 Julai depan dalam retreat khas sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai yang bakal menyaksikan pasukan PAS akan pergi dalam bentuk yang satu tanpa pecah-pecah lagi.
Source.malaysianinsider.
KUALA LUMPUR, Jun 23 — PAS nampaknya benar-benar mahu melupakan krisis dalaman mereka. Ini dibayangkan oleh tindakan presiden parti itu, Datuk Abdul Hadi Awang yang menolak usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menyalahkan 10 anggota Parlimennya yang membuat kenyataan bersama menolak kerajaan perpaduan.
The Malaysian Insider difahamkan, dalam mesyuarat khasnya malam tadi, ada AJK PAS Pusat yang mempertikaikan tindakan 10 anggota Parlimen itu yang disifatkan memberikan imej yang buruk kepada PAS.
Kesepuluh mereka adalah Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
Namun, sebaik sahaja isu itu dibangkitkan, Abdul Hadi menolaknya dengan berkata, perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Ini adalah kuasa pengerusi," Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata dalam mesyuarat itu apabila seorang AJK membangkitkannya.
Ketegasan Abdul Hadi menolak perkara sebegini dijangka akan meredakan segera pertembungan dalam PAS sebelum ini. Abdul Hadi pula mengambil tindakan ini dalam keadaan kenyataan itu seolah-olah menyerang beliau sendiri selaku pihak yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ini.
Sebelum ini sudah ada cakap-cakap yang mendesak 10 anggota Parlimen ini dikenakan tindakan kerana melanggar keputusan yang telah dicapai oleh PAS untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehinggalah kata sepakat dicapai.
Kesepuluh anggota Parlimen ini membuat sidang media di lobi Parlimen 18 Jun lalu dan menegaskan agar PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dan menolak kerjasama dengan Umno.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan meminta timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus hendak kepada kerajaan perpaduan.
Petang semalam, Nik Aziz dan Nasharudin bertemu dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka dan kemudiannya bertemu dengan media penuh dengan wajah ceria.
"Jikalah Abdul Hadi membuka ruang untuk membahaskan tindakan 10 anggota Parlimen itu dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat semalam, nescaya tidak pernah habislah isu ini," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.
Mesyuarat semalam dimulakan dengan Presiden PAS yang mempengerusikan mesyuarat itu membacakan dua kenyataan iaitu kenyataan bersama tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang menolak kerajaan perpaduan dan kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz yang menarik balik kenyataannya terhadap Nasharudin sebelum ini.
Dengan permulaan baik itu, mesyuarat khas malam tadi telah berjalan lancar dan penuh dengan semangat ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) yang kukuh di kalangan pemimpin PAS.
Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Nik Aziz sendiri di samping dua AJK Pusat yang dilantik Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Mereka akan bertemu lagi 18 dan 19 Julai depan dalam retreat khas sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai yang bakal menyaksikan pasukan PAS akan pergi dalam bentuk yang satu tanpa pecah-pecah lagi.
Source.malaysianinsider.
Cukup Sampai Di Sini... Jangan Bagi TGNA Menangis Lagi..
Salam Sejahtera....




Monday, June 22, 2009
Harap-harap Dah Selesai..



Pakatan tolak idea kerajaan perpaduan
BERITAIsnin Jun 22, 2009 Pakatan tolak idea kerajaan perpaduan Oleh G. MANIMARAN KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat yang baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan Umno-BN. Idea itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hujung tahun lalu. Berita dari Malaysiakini..
|
Cambah Fikiran 1....
MONDAY, JUNE 22, 2009
Respon Pengunjung Jun (Part II)
PERSOALAN USUL SISTERS IN ISLAM
Penjelasan yang saya beri adalah seperti apa yang berlaku. Bukan kerana tekanan dari mana-mana pihak dan tidak sebagai ‘after thought’. Bagi yang berminat, boleh check Malaysian Insider kerana saya membuat penjelasan yang sama pada petang Ahad 7 Jun itusendiri sebelum mendapat apa-apa respon dari mana-mana pihak. Penjelasan itu dibuat semasa masih di Stadium Melawati sebaik sahaja saya sedar bahawa usul itu disampaikan ke PAS Pusat dalam bentuk asalnya. Penjelasan saya adalah untuk menjelaskan apa yang berlaku demi menolak salah tafsir terhadap sifat perjuangan PAS itu sendiri dan uslub dakwah yang ingin dilaksanakan.
Pendirian kita terhadap SIS tidak berubah dan kita masih meminta supaya pendekatannya disiasat. Itu jelas.
KENYATAAN MEDIA KERAJAAN PERPADUAN
Akhirnya, ada yang bertanya kenapa keluarkan kenyataan media ini? Saya jawab untuk menegaskan keputusan muktamar dan menyokong kenyataan TGNA.
Saya hairan apabila kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan keputusan muktamar dikeluarkan, semua pakat diam. Adakah keputusan berhubung UG yang diambil dimuktamar? Yang dipersetujui bersama ialah kukuhkan PR sambil berinteraksi dengan semua. ‘Berinteraksi dengan semua’ dihujjahkan berdasarkan usaha dakwah, Nabi Musa (AS) dengan Firaun; mana datangnya UG? Apa kaitannya dengan UG? Tidakkah UG ini jelas bercanggah dengan perkukuhkan PR?
Sememangnya TGNA marah kerana dia faham apa yang sedang diusahakan. Zaman ini bagaikan zaman ‘pintu belakang’. Ada kerajaan ‘pintu belakang’. UG hendak dibawa masuk keatas PAS melalui pintu belakang.
Ada yang tanya mengapa hanya sepuluh MP? Sepuluh budak hitam? Jawapan ringkasnya kerana hanya sepuluh yang ada pada masa siding media itu. Tetapi kalau perlu untuk memuaskan kehendak tuan-tuan, petang ini (Isnin) kita boleh cuba buat sekali lagi. Yang tidak sempat hari itu YB Pengkalan Chepa, YB Kota Bharu, YB Pasir Putih, YB Sik, YB Jerai, YB Bukit Gantang dan beberapa yang lain. Ada di antara mereka yang saya sebut tadi yang diragui akan bersama dengan kenyataan ini?
YB Mahfuz dan YB Sallahuddin sebagai Naib Presiden telahpun mengeluarkan kenyataan lebih awal meminta Ust Nasha pergi berjumpa dengan TGNA. Ust Nasha kena pergi itu memang kena pergi dan saya sokong, tetapi pendirian kita berhubung UG yang tidak pernah dibincang dan bercanggah dengan usaha memperkukuhkan PR perlu disanggah awal-awal lagi.
Apabila sudah tidak mempuyai hujjah, ada pula yang ingin menuduh kami ini ‘Munafik’. Di antara sifat munafik, bila dia bercakap dia berbohong. Tetapi saya tak berbohong. Alhamdulillah, sejak dari dulu sampailah sekarang saya masih konsisten dengan pendirian saya berhubung UMNO dan kerjasama dengannya. Sebelum dan semasa pemilihan AJK PAS pusat saya tolak. Selepas pemilihan pun saya masih tetap tolak. Pihak yang berbohong adalah mereka yang berkata telah “dipersetujui MS Ulama’, dipersetujui AJK PAS Pusat dan sebagainya”, “tak nak, tak nak, tak nak” sebelum pemilihan, “mungkin, mungkin, mungkin”, selepas pemilihan. Siapa itu? Kajilah sendiri. Tapi jangan pula salah faham. Saya tidak menuduh sesiapa munafik, seperti yang telah dilakukan keatas kami. Saya hanya menjelaskan ada sifat-sifat sebegitu yang jelas perlu dibenteras bersama.
Ada yang bertanya “ada ke sebenarnya perbincangan dengan UMNO?” Malangnya dalam soal ini, berdasarkan pengalaman terdahulu, kita kena tunggu UMNO yang dedahkan. Lepas itu barulah pemimpin-pemimpin tertentu akan mengaku. Masa tu pun dah kena tipu, tak ingat lagi ke? Kasihan Mahfuz. Dulu dah jadi mangsa. Nanti tidak tahu siapa pula. Namun, saya pasti kali ini beliau tidak akan benarkan dirinya menjadi mangsa sekali lagi.
Ada pula yang kata, “Sabar dulu. Tunggu isu ini jelaskan”. Saya hendak bertanya kenapa kalau belum dijelaskan kepada pimpinan dan ahli ianya telah diketengahkan? Bukankah itu kerja yang kurang bijak namanya? Apa hak untuk menengahkannya? Apakah tujuannya? Membelakangkan amalan syura dan sebagainya?
Akhir sekali saya nak tanya yang bijak pandai, apabila PAS cadangkan UG dan UMNO sambut baik, selepas itu PKR dan DAP yang tentu akan tolak, apa yang kita nak buat? PAS patah balik kepada PR akan dituduh tunduk pada DAP dan PKR. Ya lah, PAS teringin tetapi DAP dan PKR tidak mahu. Takkan mahu kata PAS tak setuju dengan cadangannya sendiri pada masa itu, mana masuk akal! PAS setuju juga tetapi rakan-rakan tak setuju maka kita terpaksa tarik balik. Maka “sah boneka DAP!” akan tersiar muka depan akhbar.
Kemungkinan kedua, PAS pergi seorang diri dan akan berpecahlah PR (ini bercanggah dengan keputusan muktamar) dan menyerah cantik leher PAS untuk dipancung UMNO untuk kali yang kedua!
Ini merupakan langkah politik yang menjerat diri. Tidak mustahil diilhamkan dan dirancang oleh mereka-mereka yang ditugaskan untuk membunuh politik PAS di negara kita ini.
WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD
Cambah Fikiran.....
SUNDAY, JUNE 21, 2009
Respon Pengunjung Jun (Part I)
PERANG SIFFIN DAN PERPADUAN BN
Pertamanya, artikel saya mengenai peristiwa ini TIDAK bertujuan menyatakan siapa salah di antara Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah, atau mencerca Muawaiyyah serta memuji Saidina Ali. Ini yang dilarang ulama’. Yang cuba ditengahkan adalah pengajaran yang patut diambil.
Saya cuma mendedahkan bagaimana melalui isu perdamaian/gencatan senjata, kontroversi timbul, tentera yang sedang menang boleh hilang kelebihan kedudukannya dan akhirnya pihak yang sedang kalah menyelamatkan diri dari kekalahan yang muktamad.
Dalam keadaan itu persoalan perdamaian/gencatan senjata demi tahkim dicadangkan oleh yang diasak sebagai helah perang. Dalam soal PAS, dicadangkan oleh pihak yang sedang mengasak demi menimbulkan perbalahan?!
Kedua, bagi yang menimbulkan soal ‘Qiyas maal Faarik’ telah dijelaskan dengan baik oleh wan sek 7 dan saya setuju bahawa tuduhan ini lebih sesuai bagi yang mengatakan usaha perpaduan adalah sama dengan apa yang diusahakan oleh Nabi Musa (AS) bila beliau berhadapan dengan Firaun. Ini ikut kitab mana ya?
Seterusnya, bagi yang menimbulkan soal masalah perang siffin berlaku hasil Muawaiyyah tidak wala’ kepada Ali saya pun agak hairan. Kenapa Saidina Ali tidak sebut sahaja, “wala’,wala’, wala’?” Maka semua akan sepatutnya bersama beliau. Begitu juga dengan keadaan apabila tenteranya sendiri yang telah condong kepada perdamaian yang beliau sendiri tidak. Mengapa Saidina Ali tidak melaungkan “wala’, wala’, wala’?”
Mungkin beliau dan para sahabat tak ikuti apa yang dianggap sesetengah pihak sebagai ‘tarbiyyah PAS’ kot? Yang mana ianya boleh menghasilkan kata-kata dari seorang pimpinan pusat, “saya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan, tetapi apa sahaja yang keluar dari mulut Presiden, saya sokong”. Tarbiyyah yang sebegini memang tiada pada zaman itu dan wala’ yang diminta tidak sehingga peringkat taat melulu, walaupun atas persoalan pandangan. Maaf, saya tak ikuti tarbiyyah sebegini. Soal hukum lain cerita.
Sebenarnya Saidinna Ali telah mengadakan syura dan malangnya pandangan syura mengatasi pandangan beliau sendiri dan beliau akur. Walaupun beliau lebih hebat ke’ulama’an dirinya dari mana-mana pimpinan kita pada ketika ini, Saidina Ali mengamalkan syura. Ini adalah kerana dia faham bahawa sebagai pemimpin yang akan menjadi contoh sepanjang zaman, amalan dirinya akan menjadi panduan untuk ummat Islam satu ketika nanti. Beliau mengadakan syura dengan pimpinan dan sahabat lain kerana syura itu wajib, malah ada yang mengatakan ianya Fardu bagi kepimpinan Islam. Mereka memutuskan damai/tahkim dan Saidina Ali akur. Keputusan mereka tidak salah dari sudut syara’ (walaupun bukan itu yang saya cuba ketengahkan) tetapi dari sudut politik jelas tersilap kerana akhirnya matlamat Amr Al-As tercapai.
Persoalan sekarang isu kerajaan perpaduan datangnya dari pihak mana? Ust Halim, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa telah menyebut, tidak pernah dibincang samada peringkat MS Ulama’, Lujnah Politik, mahupun AJK PAS Pusat. Mengapa agenda beberapa individu boleh dijadikan agenda parti? Wala’ bersyarat terlebih dahulu pemimpin mesti adakan syura. Islam bukan sistem diktator walaupun oleh seorang alim. Ini yang sering ditohmahkan oleh musuh Islam terhadap Islam, ‘Dictatorship of the Mullah’. Dan inilah yang ingin kita sanggah. Malangnya mereka-mereka yang menjaja isu wala’ kerana tidak mempunyai kekuatan hujjah mencemarkan imej Islam tanpa mereka sedari. Golongan ini akhirnya membantu usaha musuh Islam untuk memburuk-burukkan imej Islam.
Yang pelik lagi ada yang mengatakan kemenangan Muawaiyyah adalah OK kerana menghasilkan kerajaan Bani Umayyah yang melahirkan Umar Abd. Aziz. Hujjah ini tampak lebih hebat! Maka adakah dengan itu penindasan kaum Quraish terhadap Rasulullah (SAW) juga boleh kita aggap OK kerana menyebabkan berlakunya Hijrah! Saya nak sebutlah, kalau mahu kemukakan hujjah pun biarlah yang waras. Sedangkan jumhur ulama’ dalam kes ini menyatakan Ali di pihak yang benar. Ada juga hujjahnya yang melibatkan kematian Ammar Bin Yassir tetapi saya kira itu tidak perlu saya kemukakan di sini. Hakikatnya Muawaiyyah tidak digolongkan bersama Khulafah Ar Raashidiin.
Dalam masa yang sama ada juga yang menggunakan ayat 61 Surah Al-Anfal sebagai hujjah untuk mewajibkan perdamaian. Saya ceritakan kisah perang Siffin supaya mereka-mereka ini berfikir. Sekiranya benar tafsiran mereka bahawa ayat tersebut mewajibkandamai apabila pihak lawan condong pada perdamaian, mengapa Saidina Ali berkeras tidak mahu? Adakah beliau yang digelar sebagai ‘pintu gerbang ilmu’ tidak arif akan ayat ini? Adakah sahabat-sahabat yang berhempas-pulas berhujjah dengan beliau tidak tahu ayat ini sehingga tidak menyedarkan beliau bahawa pandangan beliau ‘bercanggah dengan Al-Quran’? Ataupun diri sendiri yang tersalah tafsir? Lagipun ada banyak ayat yang lain yang perlu juga diambil kira. Bagaimana dengan ayat 113 Surah Hud yang sering kita baca dalam ceramah-ceramah kita tempoh hari? Apa? Dah lupa? Ayat yang bermaksud :-
“Dan janganlah kamu condong kepada mereka-mereka yang Zalim, kamu akan digenggam api neraka……”Ohhhh…. UMNO/BN dah tak zalim…….Hmmm, macam-macamlah alasan bila teringinkan jawatan…
ULASAN MUKTAMAR
Dalam artikel tersebut saya hanya memberi ulasan atas beberapa pengamatan saya sepanjang muktamar yang ke-55 yang lalu. Malangnya, teguran negatif sekali lagi tidak menumpu kepada analisis yang dikemukakan tetapi sebaliknya kepada apa yang dianggap sebagai sikap saya yang dianggap tidak betul. Harap dapat tumpu pada analisis dan jangan ‘divert’ pada isu yang lain.
Sebagai contoh, bagi yang tidak faham-faham, apabila Saidinna Umar Al-Khattab disoal oleh Abu Dharr berhubung jumlah kain yang diambil Umar untuk membuat Jubah baru (sedangkan yang lain mendapat jumlah yang tidak mencukupi untuk membuat Jubah), Umar serta sahabat-sahabat lain tidak menemplak Abu Dharr dengan menjawab :-
- Wala’, wala’, wala’ – sedangkan Abu Dharr menyatakan kami tidak akan dengar dan tidak akan patuh sehingga persoalan ini dijelaskan..
- “Thiqah dan husnuh dzan ya Abu Dharr, mana tarbiyyah kamu?” kerana kenyataan Abu Dharr bagaikan menuduh Umar tidak adil.
- Tiada adab dan sebagainya. Umar pada masa itu Khalifah dan kedudukan Umar sebagai sepuluh yang dijanjikan syurga diketahui umum.
Apabila saya persoalkan kempen yang dilakukan untuk Ust Nasha melalui program Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ sepatutnya persoalan saya dijawab; begitu juga berhubung peranan kempen melalui Harakah, serta percakapan yang bercanggah sebelum dan selepas yang sekarang ini semakin jelas; ini semua patut dijawab ataupun dijelaskan sepertimana dijawabnya soalan Abu Dharr itu.
Rasulullah (SAW) dan para sahabat menunjukkan kepada kita keterbukaan dalam amalan menyoal pemimpin, kenapa kita tidak mahu membenarkan? Tarbiyyah yang macam ini pun saya tak pernah ikuti iaitu jenis tarbiyyah yang ingin menjadikan ahli PAS sebagai tukang angguk atas alasan wala’, thiqah, husnus dzan dan sebagainya.
Soal kononnya saya ini ada kepentingan perniagaan, ingin saya nyatakan disini bahawa saya adalah seorang MP full-time. Saya tiada menyerahkan apa-apa tawaran atau cadangkan untuk kerajaan Negeri Selangor, samada dari Jerman, Jepun, Australia atau mana-mana Negara sekalipun. Harap yang menuduh buktikan tuduhan tersebut. Di sini pun tidak mengapa…
insyaAllah bersambung petang esok...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Mustapa sedia wakili parti..
TGNA - Saya bukan Degil, Tetapi Istiqamah...
Sunday, June 21, 2009
Kenyataan TGNA semasa pertemuan dengan DSAI..
Penjelasan ....Mengenai Gambar ...
Manjungmari aku harap kau dapat buanglah iklan kat atas tu..tuduhan anda sangat melulu...mereka tersebut sebenarnya belum terbukti bersalah...mana dokumen2 mengenai UG yang telah disediakan oleh mereka...jika sekalipun anda tidak boleh menerima pandangan mereka tetapi sebagai seorang yang mengaku Islam kita tidak boleh mengaibkan orang lain dan mengajak orang bersubahat dengan kita...kelak Allah akan menyempitkan hidup anda...yang lepas tu sudahlah...aku menegur atas sedikit iman yang Allah kurniakan kepada aku..
Pertama sekali aku ucapkan berbanyak terima kasih ada lagi sahabat yang bertanggungjawab sedia memperingati apa yang aku laku kan.. terima kasih sahabat.
Di sini biarlah aku terang perkara sebenar kenapa aku lakukan sebegitu.. tiada niat dihati aku nak menuduh mereka mengenai UG, bukan kerana itu.. sila baca posting aku yang lepas-lepas DI SINI dan juga DI SINI dan banyak lagi kalau aku nak sebutkan.. perkara dah berlalu biarlah.. malas aku nak tulis banyak-banyak hal yang telah berlaku, itu yang aku tak puas hati.
Aku tak mau lagi nak dok bising bila kejadian-kajadian selepas muktamar.. cukuplah.. cuma apa yang aku nampak beberapa pimpinan bersama Mustafa Ali mempermainkan TGNA.. itu yang aku kesalkan.. sehingga TGNA telah melakukan tindakan yang jelas terhadap Timbalan Presiden, mengenai Timbalan Presiden pula tak perlulah aku nak sebutkan lagi.. kecuali si Nasha pergi berjumpa TGNA selesaikan apa yang berlaku...
Kalau dilihat dari apa yang aku minta pada mereka jelas, iaitu letak jawatan sebagai SUA dan Timbalan Presiden, itu saja.. tapi kalau dari TGNA lagi clear terus minta lepas kerusi AP Bachok dan keluar dari PAS..
Lagi satu , sebelum aku buat sesuatu ini pun aku dah rujuk perkara ini kepada kekawan yang lebih tua dari aku, baik dari segi umur dan keilmuan, aku dah rujuk semuanya.. jika aku bersalah aku pasrah apa yang aku laukan.. tetapi tujuan aku hanyalah satu, aku sayang pada Islam yang diperjuangkan oleh TGNA dan para pimpinan yang lain. Aku tak mau PAS hancur dari kesilapan oleh segelintir ahli ....
Makluman Buat Para Pengunjung...
Saturday, June 20, 2009
Putuskan sepenuhnya hubungan dengan Umno
KOTA BARU, Jun 19 — Putuskan sebarang perhubungan dengan Umno. Itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan krisis dalaman PAS sekarang.
Pandangan ini disepakati di kalangan pemimpin PAS khasnya dari negeri ini, Kelantan. Menjelang pilihanraya kecil Manek Urai, perkara ini perlu dikuatkuasakan sepenuhnya. Mana-mana pemimpin PAS yang dikaitkan ada hubungan dengan Umno akan disisihkan dari sebarang aktiviti parti di sini.
Dalam pilihanraya kecil Manek Urai, para penceramah PAS patut di‘skrin’ sepenuhnya. Mereka yang dikira menyokong kerajaan perpaduan akan dikeluarkan dari senarai penceramah.
“Kami tidak mahu memberikan signal yang negatif kepada pengundi dan rakyat negeri ini. Ini kerana rakyat tidak boleh mendengar nama Umno sekarang, imejnya terlalu buruk,” kata seorang penganalisa politik yang juga aktivis PAS di negeri ini.
Ketika ditanya, apakah asas kepada analisa ini dan sejauh manakah ia akan tepat, beliau berkata, “kejayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri Kelantan adalah bukti analisa ini betul”.
Bagi beliau, deria ketujuh yang ada kepada pemimpin PAS di Kelantan membuktikan perkara ini betul.
Bagi beliau, pemimpin PAS Kelantan menentang agenda kerajaan perpaduan kerana sedar ia ditolak oleh rakyat.
“Kami dapat rasa penentangan rakyat terhadapnya. Perkara ini juga disedari oleh Tok Guru Nik Aziz. Sebab itu, dari awal lagi, jika ada sahaja unsur kerjasama antara PAS dengan Umno, beliau akan menentangnya,” kata beliau lagi.
Nik Aziz mula menunjukkan penentangan terhadap hubungan dengan Umno sejak timbul isu muzakarah PAS dan Umno lagi. Beliau menekan dengan sungguh-sungguh betapa pentingnya PAS memperkuatkan hubungannya dengan Pakatan.
“Cara nak kuatkan PAS dengan Pakatan adalah menjauhkan diri dari Umno agar ia tidak dicurigai atau disalah anggap PAS cuba mengkhianati mereka,” kata aktivis PAS itu.
Nik Aziz pernah mengkritik secara terbuka Pengerusi Harakah yang juga Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dianggap memperlekehkan agenda 16 September yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat sokongan penuh rakyat.
Mustafa kemudiannya telah menemui Nik Aziz dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka berdua.
Kini, krisis dalaman PAS dianggap sedang memuncak. Nik Aziz telah meminta Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa agar mengosongkan kerusi Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus mahu dengan agenda kerajaan perpaduan.
Nik Aziz bukan sahaja menentang kerjasama PAS dengan Umno bahkan kerjasama antara Pakatan Rakyat dengan BN kerana Umno ada di dalamnya.
“Hina sangat ke Umno dan mulia sangat ke DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu,” tanya seorang pemimpin Umno.
Memang. Bagi Nik Aziz Umno terlalu hina.
“Masa dia hendakkan kita, dia akan pujuk kita tetapi bila dah tak suka, dia akan tendang sahaja kita,” kata Nik Aziz mengenang kembali bagaimana PAS ditendang dari BN 1978 lalu.
Ketika itu, Nik Aziz yang sudah sekian lama mengajar di Masjid Muhammadi di Kota Baru, juga dihalang dari mengajar di masjid negeri itu lagi.
Sejak itu, difahamkan, Nik Aziz bersumpah tidak akan memijak lagi kakinya ke masjid itu. Beliau mula mengajar di Bangunan PAS, Jalan Dato’ Pati sehinggalah sekarang.
Kini, Nik Aziz bertegas, beliau tidak akan benarkan PAS mengadakan hubungan dengan Umno. Nampaknya, penyokong PAS bersama beliau.
“PAS akan sentiasa berada di nombor 2 jika bekerjasama dengan Umno. Kalau kita di luar, kita berpeluang menjadi nombor satu dalam politik negara ini,” kata Datuk Husam Musa, penyokong kuat Nik Aziz.
Husam kalah dalam pertandingan tiga penjuru untuk jawatan timbalan presiden PAS baru-baru ini. Nasharudin Mat Isa menang jawatan itu dan menghantar signal seolah-olah perwakilan PAS menyokong agenda kerajaan perpaduan yang didokong beliau bersama Abdul Hadi.
“Semasa muktamar lalu perwakilan ditipu oleh puak-puak ini dengan agenda menyokong kepimpinan ulama, padahal sebenarnya mereka ini mahu membuat kerjasama dengan Umno,” kata penganalisa politik Kelantan itu tadi.
Dengan keadaan yang ada tiada jalan lain nampaknya. PAS perlu memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Umno. Hantarkan mesej yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan lagi dengan Umno, barulah keadaan dalam PAS akan reda semula.
Mustafa Kecewa..
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin PAS yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan.
Beliau berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan untuk dibincangkan dan dengan itu adalah tidak wajar bagi pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya.
Pada peringkat ini belum ada pertemuan secara rasmi antara Umno dan PAS berhubung cadangan itu, katanya dan menegaskan tiada salahnya keduadua parti mengadakan perbincangan demi kepentingan bersama.
"Kami amat kecewa (dengan tindakan) beberapa anggota (dan pemimpin) PAS. Apa salahnya duduk semeja dan membincangkan cadangan itu," kata Mustapa kepada pemberita semasa ditanya mengenai bantahan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin PAS terhadap pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS Ke-55 baru-baru ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu merasmikan sukan antara agensi kementerian itu di Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri juga berkata, Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan. BERNAMA
Komen: Mula-mula tengok tajuk terkejut juga aku, ingatkut Mustafa Ali.. Rupanya Mustafa Jeli.. he he.. kecewa kat TGNA tak setuju.. pulak dah.. apasal pulak.. Kat Mahathit tak pula rasa kecewa, Che det pun tak setuju juga...

