boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, June 23, 2009

Cukup Sampai Di Sini... Jangan Bagi TGNA Menangis Lagi..

Salam Sejahtera....

Berakhir sudah episode kemelut yang melanda dalam jemaah PAS semenjak selesainya muktamar PAs 55 yang lepas..

Aku tak tau sama ada ini semua yang berlaku adakah lakonan, sandiwara atau pun wayang cina, cuma apa yang boleh aku katakan semua perkara yang berlaku itu salah satunya adalah usaha UMNO hendak menjatuhkan PAS setelah PAS berada dalam keadaan yang agak stabil kekuatannya baik dalam parti mau pun bersama dengan Pakatan Rakyat.

Perjumpaan yang diadakan semalam bersama TGNA dengan Presiden, Timbalannya, Naib Presiden dan yang lain-lain adalah kali kedua dalam isu yang sama telah diperkatakan mengenai nya sebelum ini iaitu topik sejagat untuk
perpaduan Orang Melayu.

Masih segar dalam ingatan pada tahun lepas, selepas PRU12 yang lalu, dalam topik yang sama.. cuma nama tajuk yang berlainan, Pertemuan yang pertama ini dapat dikesan oleh blog penarik beca dan MSK mula-mulanya, kecoh seketika.. membuatkan TGNA tidak senang dengan perkara tersebut, lalu di panggil pertemuan diadakan di kediamannya, untuk menjernihkan keadaan muzakarah yang dinamakan sebelum ini telah ditukar menjadi muqabalah.

Lanjutan dari kejadian tersebut telah dibawa ke muktamar PAS 54 di Ipoh, dimana keputusan telah diambil tiada lagi apa-apa perhubungang dengan UMNO, melainkan dengan Pakatan Rakyat sahaja...

Lega seketika, tup-tup tahun ini dalam suasana UMNO bergelora di ketika perebutan jawatan Presiden, alih-alih dengar cerita ada lagi perkara yang tak sedap ... macam-macam cerita yang didengar, dan bermacam-macamlah alasan yang diberikan untuk menguatkan hujah mengnai perkara tersebut..

Rentetan dari kejadian tersebut maka UMNO tidak melepaskan peluang yang ada, mereka sedaya upaya cuba dari dalam dan luar parti untuk menjatuhkan PAS, maka isu ulama pun ditimbulkan... maka bertempiaranlah ahli-ahli PAS terkeliru dengan isu yang dimainkan, menyebabkan TGNA sendiri cuba menerangkan mengenai apa itu yang dikatakan ulama.
Di sini UMNO telah berjaya memecah belahkan keharmonian yang ada dalam parti PAS, disamping ada permainan kotor yang ada dalam PAS sendiri seolah-olah muktamar 55 yang lepas seumpama PRU pembangkang lawan kerajaan.

Aku berasa PAS bernasib baik dengan adanya TGNA yang sentiasa tegas dan mengambil sikap yang cukup berani untuk masa depan dan hala tuju PAS selepas ini.

Apakah kejadian yang seumpama ini akan berulang lagi!!!. Aku tidak pasti.. dengan TGNA aku yakin 100% tetapi dengan orang politik boneka UMNO kena wasapada, tiada yang mustahil.... cuma bagi aku adalah lebih baik untuk keselamatan PAS yang akan datang kedua-dua watak di atas perlulah direhatkan dari kerja-kerja parti, ramai lagi pimpinan yang berkaliber dan taat setia dengan perjuangan parti boleh diketengahkan..

Apa pun, harapan aku pada semua cukuplah.. kasihanilah pada TGNA, berilah peluang pada beliau untuk mentadbir negeri Kelantan dengan penuh harmonis, janganlah lagi membiarkan beliau menangis merayu pada Allah untuk memohon kestabilan negeri yang beliau tadbir.. moga-moga Kelantan menjadi model negara Islam kepada kaum bukan Islam di Malaysia, sebelum PAS dapat mentadbir negara...Inyaallah.




1 comment:

  1. ha ha ha ha ha ,,,, mangjungmali,,,, semoga ekau dapat ikut stail TUAN GURU,,, ikut dari a sampai z ,,, insyaalah ekau akan mendapat barakah yg teramat MULIA,,,,

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari